KONSTRUKTIVISME TEORI CHAI HUI YI, LAI MEI LIN
TEORI KONSTRUKTIVISME Menurut Khadijah (2011) dalam Voon, S. H. dan Amran, M. S. (2021), pendekatan ini adalah satu inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan. Pendekatan ini menerangkan bagaimana murid menyesuaikan semua maklumat baru yang diperolehi dengan pengalaman sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baharu dan disusun dalam minda. Dalam Konstruktivitisme, guru bertindak sebagai fasilitator di mana individu murid yang berfikir akan berusaha untuk membina pengetahuan tanpa menerimanya secara pasif.
TEORI KONSTRUKTIVISME Jean Piaget (1976), iaitu pelopor teori Konstruktivisme dalam bukunya ‘To Understand is to Invent: The Future of Education’ menerangkan bahawa pengetahuan dikembangkan daripada pembinaan pengetahuan oleh seseorang individu apabila individu berkenaan memahami pengetahuan tersebut (Voon, S. H. & Amran, M. S., 2021).
TEORI KONSTRUKTIVISME Teori konstruktivisme dikembangkan oleh Piaget pada pertengahan abad ke-20 (Sanjaya, w., 2007). Menurut Piaget, pada dasarnya setiap individu sejak kecil sudah memiliki kemampuan untuk membina pengetahuannya sendiri. Pengetahuan yang dibina, menjadi pengetahuan yang bermakna, sedangkan pengetahuan yang hanya diperoleh melalui proses pemberitahuan tidak menjadi pengetahuan yang bermakna (Norul Haida Hj. Reduzan, 2015).
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Guru boleh menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek di mana pelajar diberi projek yang memerlukan mereka mencari maklumat sacara aktif, menyelesaikan masalah dan bekerjasama dengan rakan sebaya mereka. Projekprojek ini boleh direka bentuk untuk mencermnkan konteks budaya, sejaraha dan realiti sosial Malaysia.
PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI MALAYSIA
PERBINCANGAN DAN KERJASAMA Pendekatan ini menggalakkan pembelajaran melalui perbincangan dan kerjasama antara pelajar. Guru boleh mengajurkan perbincangan kumpulan atau projek kolaboratif di mana pelajar boleh berkongsi idea, pemahaman dan pengalaman mereka. Ini bukan sahaja membantu pelajar membina pengetahuan mereka sendiri, tetapi juga memudahkan pemahaman yang lebih mendalam melalui pertukaran idea.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN Malaysia telah memakai teknologi dalam pendidikan, dan pendekatan konstruktivisme dapat diperkukuh melalui penggunaan platform pembelajaran dalam talian, perisian interaktif dan sumber digital lain. Teknologi boleh digunakan untuk menyokong pembelajaran aktif, interaktif dan berasaskan kerjasama. Creative games
IMPLIKASI PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MEMBUKA PELUANG DAN MENYEDIAKAN ALTERNATIF KEPADA GURU-GURU Pendekatan ini membolehkan guru untuk memilih dan menggunakan kaedah yang bersesuian dalam pengajaran dan pembelajaran. Utami (2016) mengatakan bahawa guru mampu melibatkan pelajar secara aktif bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan Konstruktivisme. Pendekatan ini turut memberi peluang kepada guru untuk menyesuaikan proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu murid (Voon, S. H. & Amran, M. S., 2021).
PERANAN GURU DAN PELAJAR MENDAPATKAN KESEIMBANGAN Dengan adanya pendekatan ini guru tidak akan bercakap dari awal sampai ke akhir. Dalam pendekatan ini, peranan guru juga bertukar menjadi sebagai pembimbing atau fasilitator dalam merancang strategi pengajaran-pembelajaran. dengan itu, beban guru akan berkurang dan lebih berperanan sebagai pembimbing (Voon, S. H. & Amran, M. S., 2021).
MENINGKATKAN MINAT PEMBELAJARAN PELAJAR Menurut kajian Rangkuti (2014), Konstruktivisme menggalakkan murif berfikir, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok dalam aktiviti yang dilakukan. Proses pengajaran dan pembelajaran pasti berlaku dengan berkesan dan bermakna sekiranya aktiviti yang dijalankan dapat menarik perhatian murid (Voon, S. H. & Amran, M. S., 2021).
RUJUKAN Voon, S. H. & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.285 Norul Haida Hj. Reduzan. (2015). Penggunaan Model Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Proceeding 3rd Regional Conference on Educational Leadership and Management.
THANK YOU!