PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID,TAMAN TERATAI
JINGGA,05050 ALOR SETAR,KEDAH
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI BANDAR PUTERI
JAYA,
08000 SUNGAI PETANI,KEDAH
Nama:Nisa Irdiena Binti Ahmad Fadzrol
Tingkatan:1
Guru penilai:Cikgu Asiah Binti Asmuni
Bil. Tarikh Aktiviti
1. 1/9/21 Menerima tajuk tugasan geografi daripada
cikgu geografi.Serta mendengar taklimat
tentang kerja lapangan daripada cikgu
geografi.
2. 8/9/21 Perbincangan bersama guru tentang:
1-kesan sisa domestik
2-jenis sisa domestik
3-langkah langkah
3. 10/9/21 Mengumpulkan maklumat dari
- internet,
15/9/21 buku teks,rakan rakan serta ibu bapa.
4. 16/9/21 Memproses data maklumat.
5. 17/9/21 Menulis laporan tentang sisa domestik.
6. 18/9/21 Menulis laporan hasil kajian.
7. 19/9/21 Melengkapkan maklumat dan tugasan.
8. 30/9/21 Menyerah tugasan kepada guru.
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru atas
bimbingan dalam menjalankan kerja lapangan.Terima kasih
juga saya ucapkan kepada rakan saya iaitu Tunku Intan
Maryam& Rania Qismina atas bantuan mereka sepanjang
kajian.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa saya iaitu Nurul Haznida dan Ahmad Fadzrol atas
sokongan.
Pendahuluan
Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi.Tajuk kerja
lapangan saya ialah sisa domestik.Saya telah memilih tajuk ini
atas sebab sebab tertentu.Sebab pemilihannya tajuk ini sebagai
kawasan kajian saya kerana mudah dan cepat untuk
mendapatkan maklumat.Tempoh kajian saya ialah 11 hari.
Objektif kajian:
Objektif kajian saya ialah:
a.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di Bandar
Puteri Jaya,08000 Sungai Petani,Kedah
b.Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik Bandar
Puteri Jaya,08000 Sungai Petani, Kedah
c.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa secara bijaksana di Bandar Puteri
Jaya,08000 Sungai Petani,Kedah
Kawasan kajian
Kawasan kajian saya ialah Sungai Petani.Ia terletak di daerah
Kuala Muda.Negeri Kedah.Jarak kawasan ini dari pusat
bandaraya Sungai Petani ialah 12 km.Masa perjalanan ke
Pusat Bandaraya kira kira 15 minit.Kawasan ini merupakan
kawasan pandang darat budaya.
Pandang darat fizikal yang ada di sini termasuk:tumbuh-
tumbuhan semula jadi.
Pandang darat budaya yang ada disini termasuk:ciri² buatan
manusia & pengangkutan kegiatan
Peta Lakar Kawasan Kajian
Kaedah
a.Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian
pada 18 September 2021.Jam 1:25 tengahari untuk
mengkaji sisa domestik.Tujuan saya mengumpulkan
maklumat tentang kawasan kajian.Saya telah catatkan apa
yang diperhatikan dalam borang pemerhatian.
b.Rujukan
Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang
kawasan kajian.Selain ini saya juga telah merujuk kepada buku
teks muka surat 144 hingga 152 untuk mendapatkan maklumat
tentang kajian sisa domestik.
c.Temubual
Saya telah menemu bual beberapa responden untuk
mendapatkan maklumat berkenaan sisa domestik di kawasan
Bandar Puteri Jaya ini.Terdapat beberapa kesan sisa domestik
dan langkah langkah bagaimana mengatasi sisa domestik yang
tidak sistematik di kawasan ini.
Hasil kajian
Jenis jenis sisa domestik di kawasan Bandar Puteri Jaya,08000,Sungai Petani,Kedah
Menurut Wikipedia,sisa domestik ialah bahan bahan buangan
yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa
makanan,plastik,kertas dan bahan logam terpakai.
Jenis jenis sisa domestik di kawasan Bandar Puteri Jaya,08000,Sungai Petani,Kedah
Menurut pemerhatian saya,sisa domestik yang terdapat di kawasan
Bandar Puteri Jaya,terdiri daripada bahan tidak organik seperti
plastik,tin,kaca dan besi buruk.Sisa organik seperti sisa makanan,sisa
kebun dan kertas.Sisa domestik di kawasan ini juga terdiri daripada
sisa pepejal seperti kertas,tin dan kaca manakala sisa cecair seperti
minyak masak dan kumbahan.Kesan pembuangan sisa domestik di
kawasan Bandar Puteri Jaya ialah pencemaran udara,wabak penyakit
dan banjir kilat.
Pencemaran
Menurut buku teks Geografi tingkatan 1,kesan pembuangan sisa
domestik yang dialami oleh penduduk di sini ialah
pencemaran.Jenis pencemaran yang dialami termasuklah
pencemaran udara,pencemaran air dan pencemaran bau.Sumber
air tercemar berlaku apabila sampah sarap dibuang ke kawasan
sumber air.Pencemaran udara berlaku disebabkan pembakaran
sisa domestik di tapak pelupusan sampah manakala pencemaran
bau berlaku apabila timbunan sisa domestik tidak diurus dengan
baik.
Wabak penyakit
Sisa pembuangan secara langsung dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan
seperti tikus,lipas dan lalat.Sebagai contoh,penyakit
taun,demam denggi,malaria,zika dan rotavirus.Apabila
hujan lebat,jumlah air akan meningkat.
Contoh: Banjir kilat berlaku akibat pembuangan sisa domestik
ke dalam longkang.
c.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa secara bijaksana di Bandar Puteri Jaya
i. Amalan 3R iaitu kurangkan(Reduce),guna semula(Reuse)
dan kitar semula(Recycle) dapat mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik.Masyarakat seharusnya dididik
untuk memahami konsep berkenaan
ii.Penguatkuasaan undang undang
•Pihak berkuasa tempatan(PBT) telah menguatkuasakan
undang undang berkaitan sisa domestik dengan
mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
•Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007(Akta 672) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam(Akta 673) dibuat untuk
menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik.
iii.Gotong-Royong
Gotong royong iaitu amalan saling menolong atau kerja
bersama sama.Amalan bergotong royong merupakan amalan
yang mulia dan harus dipupuk sejak kecil.
Rumusan
Setelah menjalankan kerja lapangan,saya telah menemui
mengetahui sisa domestik dijumpai di kawasan Bandar Puteri
Jaya,08000 Sungai Petani,Kedah ialah sisa domestik terdiri
daripada pepejal dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai
bahan organik dan bahan bukan organik.Saya juga mengetahui
kesan pembuangan yang berlaku termasuk pencemaran,wabak
penyakit dan banjir kilat.Langkah langkah pengurusan sisa
domestik yang bijaksana ialah amalan 3R,penguatkuasaan
undang undang dan gotong royong.Dengan itu,saya berharap
kesan pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan di
kawasan Bandar Puteri Jaya,08000 Sungai Petani,Kedah.
Rujukan
Hisham Azman Bin Rahim dan Muhammad Khairun Fitri
Bin Ahmad (2017) .Geografi tingkatan 1,Kuala
Lumpur:Penerbit Era Visi SDN.BHD.
Internet
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik
http://my.toponavi.com/65741-65750
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Gotong-
royong_di_Malaysia