PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP MAOKIL
85300 LABIS,
JOHOR DARUL TAKZIM. Telefon : 07-9191686
Telefaks : 07-9191686
E.Mail: [email protected]
Ruj.Kami : JEA7037.31/100-23/2/16( )
Tarikh : 7 Mac 2019
IBU BAPA, PENJAGA PELAJAR,
SMK LKTP MAOKIL, LABIS
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24, SMK LKTP MAOKIL 2019
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Merujuk perkara di atas, AJK PIBG dan pihak pengurusan sekolah dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan tuan/puan untuk hadir ke majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 SMK LKTP Maokil
tahun 2019.
2. Butiran tentang program adalah seperti berikut:
a. Tarikh/Hari : 19 Mac 2019 ( Selasa )
b. Masa : 2.30 petang
c. Pendaftaran : 1.50 – 2.15 petang
d. Tempat : Dewan Bestari, SMK LKTP Maokil
e. Perasmi : YB Dr. Sahruddin Bin Jamal
(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian
Negeri Johor Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Bukit Kepong.
3. Sempena majlis tersebut juga, AJK PIBG telah bersetuju untuk mengadakan kutipan
derma kilat bagi menambahkan lagi tabung kewangan PIBG sekolah. Sehubungan dengan itu,
kami berharap agar tuan dapat menghulurkan derma tersebut dengan seikhlas hati.
4. Akhir sekali, pihak kami berharap agar tuan dapat hadir beramai-ramai bagi menunaikan
tanggungjawab sebagai ahli serta menjayakan majlis tersebut . Kehadiran tuan kami dahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………….
(HAIRULHISAL BIN SALIKIN)
Yang Dipertua PIBG,
SMK LKTP Maokil
S.K 1. Pengetua SMK LKTP Maokil
2. Fail PIBG
Aturcara Majlis
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 24
SMK LKTP MAOKIL
SESI 1
1.50- 2.15 ptg - Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga
- Ketibaan AJK PIBG dan Guru
2.20 ptg - Ketibaan Perasmi : YB Dr. Sahruddin Bin Jamal
2.30 – 4.20 ptg ( Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan
Pertanian Negeri Johor, Merangkap
(Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Bukit Kepong).
- Majlis perasmian dimulakan
- Nyanyian lagu Bangsa Johor
- Bacaan Doa
- Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK LKTP Maokil :
En. Hairulhisal Bin Salikin
- Ucapan Pengetua SMK LKTP Maokil :
Tn. Hj. Anuar Bin Hashim
- Ucapan Perasmian : YB Dr. Sahruddin Bin Jamal
( Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan
Pertanian Negeri Johor, Merangkap
(Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Bukit Kepong).
- Majlis penyampaian hadiah Kecemerlangan SPM 2018
- Majlis penyampaian Sijil Ahli Jawatankuasa PIBG 2018/2019
- Majlis penyampaian cenderahati kepada :
YB Dr. Sahruddin Bin Jamal
(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan
Pertanian Negeri Johor), Merangkap
(Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Bukit Kepong).
-Nyanyian Lagu Negaraku
4.20- 4.40 ptg - Rehat (Jamuan Ringan)
SESI 2 - Mesyuarat Agung PIBG SMK LKTP Maokil kali ke-24
4.45- 5.35 ptg - Cabutan bertuah
dimulakan. - Majlis bersurai
5. 40 ptg
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 24
SMK LKTP MAOKIL
Ex-Oficio : Tn. Hj. Anuar Bin Hashim (Pengetua)
Pengerusi : En. Hairulhisal Bin Salikin (YDP)
Timb Pengerusi : En. Miskam Bin Salman (NYDP)
N. Pengerusi 1 : GPK Pentadbiran
N. Pengerusi 2 : En. Md. Azhar Bin Abu Yamin (GPK HEM)
N. Pengerusi 3 : Cik Herlina Binti Osman (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Cik Nor Saliza Binti Samingan
N. Setiausaha : Cik Nur Farah Binti Ishak
Bendahari : Tn. Hj. Madon Bin Aripin
Penyambut Tetamu / Protokol
1. En. Hairulhisal B. Salikin (YDP)
2. En. Miskam B. Salman (NYDP)
3. Tn. Hj. Anuar B. Hashim (Pengetua)
4. Tn. Hj. Adib Adham B, Daud (GPK1)
5. En. Md. Azhar B. Abu Yamin (GPK HEM)
6. Cik Herlina Bt. Osman (GPK Koku)
Hiasan Pentas/Meja Mesyuarat/ Meja Pencatat
1. Datin Hjh. Jamilah Bt. Hussain (K)
2. Cik Wan Zarina Bt. Wan Ismail
3. En. Mohd. Alias B. Idris (Hiasan Pentas)
4. Tn. Hj. Madon B. Aripin (Banner)
5. Pelajar MPV
Persiapan Dewan/ Kerusi/Meja
1 .En. Muhamad Sabri B. Ibrahim (K)
2. En. M. Syahrul Idham B. Razak
3. Ustaz Mohd.Asmidi B. Abd. Ghani
4. Tn. Hj. Madon B. Aripin
5. Pekerja Swasta
Pendaftaran
1. Pn. Noor Faizatul Fadzlin Bt. Motahar (K)
2. Cik Wan Zarina Bt. Wan Ismail
3. Ahli SLB
Trafik dan Kawalan
1. Pengawas / Kadet Polis
Cenderahati / Sijil AJK
1. Pn. Noormajuraida Bt. Jusoh (K)
2. Pn. Norazlina Bt. Ramli
3. Pn. Nurul Husna Bt. Abu
4. Pn. Nazima Bt. Ahmad
5. Ahli SLB
6. Pn. Nadiah Bt. Md. Salleh (Sijil)
Penyediaan Hamper & Cabutan Bertuah
1.En. Miskam B. Salman (NYDP PIBG) (K)
2. Tn. Hj. Abd. Hadi B. Mohamad(AJK PIBG)
3. En. Mohammad Fadzli B. Mohd. Yusof (AJK PIBG)
4. Pn. Zuraidah Bt. A.Kadir (AJK PIBG)
5.Pn.Rasidah Bt. Aris (AJK PIBG)
6. Datuk Hj. Rusdin B. Mahamud
7. Cik Nor Saliza Bt. Samingan
8. Tn. Hj. Madon B. Aripin
En. Zaini B. Md. Sohol
Jemputan & Pengelola Anugerah SPM 2018
1. Cik Nor Saliza Bt. Samingan
Bacaan Doa
1. Ustaz Mohd.Asmidi B. Abd. Ghani
Buku Program
1. Pn Nurul Husna Bt. Abu. (K)
2. Pn. Nor Aziah Bt. Ruwandi
3. Ahli SLB
Pencatat Minit
1. Pn. Norsurayahani Bt. Yaacob
Pengacara Majlis
1. Pn. Nurul Farhana Bt. Mustafa
Tabung Derma Kilat
1. Pn. Sofie Hanizah bt. Jahori (AJK PIBG) (K)
2. Pn. Noorhasikin Bt. Sulaiman (AJK PIBG)
3. En. Mohamad Ali B. Haron (AJK PIBG)
4. En. Ahlan B. Saebon (AJK PIBG)
Jamuan VIP, Guru & Ibu Bapa
1. Pn.Rasidah Bt. Aris (AJK PIBG) (K)
2. Pn. Noorhasikin Bt. Sulaiaman (AJK PIBG)
3. Pn. Sofie Hanizah bt. Jahori
4. Pn. Sapinah Bt. Sulaiman
5. Pn. Noor Faizatul Fadzlin Bt. Motahar
6. Pn.Maimun Bt. Kesot
Juru Gambar
1. En. Mohd. Hambali B. Yazid (K)
2. Pelajar
P.A Sistem & Penyediaan Lagu (K)
1. En. Hambali B. Mohd. Yazid
2. En.Mohd. Alias B. Idris
3. En. Othman B. Johari
Kebersihan & Pengemasan Semula
1 .En. Zulkifli B. Zabir (K)
2. En. M. Syahrul Idham B. Razak
3. En. Muhamad Sabri B. Ibrahim
4. En. Ayob B. haron
4. .Ustaz Mohd.Asmidi B. Abd. Ghani
5. Pekerja Swasta
Kompang & Bunga Manggar
1.En. Ayob B. Haron
2. Pelajar
Ahli Jawatankuasa PIBG
SMK LKTP MAOKIL
Sesi 2018/2019
JAWATAN NAMA
EX-OFFICIO : TN. HJ ANUAR BIN HASHIM
: EN. HAIRULHISAL BIN SALIKIN
YANG
DIPERTUA : EN. MISKAM BIN SALMAN
NAIB YANG : CIK NOR SALIZA BINTI SAMINGAN
DIPERTUA
SETIAUSAHA
NAIB : PN. NUR FARAH BINTI ISHAK
SETIAUSAHA : TN. HJ. MADON BIN ARIPIN
BENDAHARI
AHLI : 1. TN. HJ. ABD. HADI BIN MOHAMAD
JAWATANKUASA : 2. EN. MOHAMMAD FADZLI BIN MOHD.
IBU BAPA
YUSOF
: 3. EN. MOHAMMAD ALI BIN HARON
: 4. EN. AHLAN BIN SAEBON
: 5. PN. ZURAIDAH BINTI ABD. KADIR
: 6. PN. RASIDAH BINTI ARIS
7. PN. NOORHASIKIN BINTI SULAIMAN
: 8. PN. SOFIE HANIZAH BINTI JAHORI
: 1. CIK WAN ZARINA BINTI WAN ISMAIL
2. DATIN HJH. JAMILAH BINTI HUSSAIN
AHLI : 3. CIK AIMIE FATIEAH BINTI ALIAS
JAWATANKUASA : 4. EN. MOHD. ASMIDI BIN ABD. GHANI
GURU 1. DATUK HJ. RUSDIN B. MAHAMUD
: 2. EN. MUHD. SABRI BIN IBRAHIM
:
JURU AUDIT :
DALAMAN :
AKTIVITI TAHUNAN PIBG
SMK LKTP MAOKIL, LABIS JOHOR
TAHUN 2018/2019
1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Sesi 2018/ 2019
2. Aktiviti/ / Program PIBG bersama Sekolah
2.1 YDP dan Ahli Jawatankuasa hadir bersama ke program-program anjuran sekolah seperti Program
Akademik, HEM dan Kokurikulum sepanjang sesi 2018/ 2019.
2.2 Projek Penanaman Kelapa Sawit.
2.3 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.
2.4 Hari Pengumuman & Penyerahan Keputusan Peperiksaan PT3 dan SPM
2.5 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
2.6 Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah
2.7 Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah
2.8 Majlis Solat Hajat Perdana
2.9 Jamuan Akhir Tahun Peringkat Sekolah
2.10 Majlis persaraan dan majlis perpisahan guru-guru yang berpindah.
Agenda Mesyuarat
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke - 24
SMK LKTP MAOKIL
AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG – En. Hairulhisal Bin Salikin
AGENDA 2 : Ucapan Pengetua SMK LKTP Maokil - Tn. Hj. Anuar Bin Hashim
AGENDA 3 : Membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke - 23 /2018
AGENDA 4 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan oleh Bendahari
AGENDA 5 : Membahas usul-usul yang telah ditapis.
1. Menaikkan kutipan bayaran tambahan PIBG dari RM 50.00
kepada RM 55.00.
2. Mewujudkan SQUAD PARENTS melalui Kumpulan Whatsapp
Guru Tingkatan, Ibu Bapa/ Penjaga dan Pelajar.
AGENDA 6 : Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019-2020
AGENDA 7 : Memilih 2 orang Juruaudit Dalaman
AGENDA 8 : Ucapan penangguhan (Wakil ahli)
: Bersurai
LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LKTP MAOKIL
KALI KE-23 SESI 2018/ 2019
1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ( EN. HAIRULHISAL BIN SALIKIN)
-Ucapan kata-kata aluan kepada semua hadirin.
-Berasa bertuah kerana dapat bertemu dengan Tn Hj Hashim Kalang dan medoakan semoga murah
rezeki kepada perasmi
-Ucapan tahniah kepada ibu bapa yang hadir dan terima kasih kepada guru-guru yang bertugas
dalam melaksanakan majlis
-Keputusan SPM 2016 adalah pencapaian yang membanggakan kerana lulus 100%, namun turun
sedikit pada tahun 2017 iaitu 96.49%.
-PIBG berusaha untuk menyediakan persekitaran yang kondusif walau sumber kewangan yang
dimiliki adalah terhad
-Ucapan terima kasih kepada komuniti, walaupun telah keluar dari sekolah, namun masih
memberikan sumbangan sama ada berbentuk wang atau tenaga
-Beliau merasakan masih banyak perancangan PIBG yang belum terlaksana dan diharap
jawatankuasa dapat melaksanakannya
-Memaklumkan jika ada apa jua program sekolah, jawatankuasa PIBG akan menjemput seramai
mungkin ibu bapa penjaga.
-Ibu bapa perlu bersama-sama memberi galakan kepada anak-anak untuk memperoleh keputusan
yang baik.
2. UCAPAN PENGETUA - ( TN. HJ. ANUAR BIN HASHIM )
-Kata-kata aluan kepada hadirin.
-Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ibu bapa dan penjaga.
-Mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tn. Hj. Hashim bin Kalang untuk merasmikan Mesyuarat
Agung pada tahun ini.
-Memaklumkan bahawa masih lagi baharu dilantik sebagai Pengetua SMK (LKTP) Maokil pada bulan
Januari 2018.
-Memaklumkan, pada 15 Mac 2018, keputusan SPM 2017 telah diumumkan dan sekolah
memperolehi GPS 5.31 dan kelulusan 96.4% berbanding 100% pada tahun 2016. Dua orang pelajar
gagal dalam subjek sejarah.
-Memaklumkan bahawa kedudukan sekolah adalah tangga ke 17 daripada 24 buah sekolah.
-Menyatakan bahasa visi dan misi sekolah adalah ’menebus maruah’. SMK LKTP Maokil pernah
berada di puncak kegemilangan antara tahun 2010-2013. Beliau berharap agar dapat
mengulanginya dan mengambil semula kegemilangan kedudukan tempat pertama antara sekolah-
sekolah Felda mengalahkan SMK Palong Timur dan SMK LKTP Pemanis.
-Pelajar SPM 2018 perlu menaikkan kembali keputusan SPM kerana prestasi pelajar adalah lebih
baik.
-Target SPM 2018 adalah 4.27 (GPS) dan berada di kedudukan 10 terbaik dalam daerah segamat
-Kerjasama diharap dari pihak guru, ibu bapa dan badan korporat untuk melonjakkan semula nama
SMK LKTP Maokil.
-Berharap, agar Ibu bapa perlu memantau segala kerja rumah anak-anak yang diberi oleh guru dan
tidak leka dengan gadget dan televisyen. Waktu maghrib perlu berada di rumah dan tidak
meremehkan solat lima waktu
-Usaha perlu dari sekarang untuk mendapatkan keputusan yang baik selain kelas tambahan yang
telah dijalankan sama ada pada waktu malam atau siang.
-Mengakhiri ucapan dengan harapan agar keputusan 100% SPM pada tahun 2018.
3. UCAPAN PERASMIAN – ( TN. HJ HASHIM BIN MOHAMAD KALANG, PENGARAH STU
ASIA SDN BHD )
-Kata-kata aluan kepada hadirin.
-Mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG dan Pengurusan Sekolah kerana berjaya
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.
-Mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau ke mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.
-Kehadiran ibu bapa sedikit mendukacitakan jika dibandingkan dengan jumlah pelajar sebenar.
-Anjakan ke-9, dalam PPPM adalah melibatkan komuniti dalam membantu pihak sekolah dalan
segala aspek.
-SMK LKTP Maokil adalah bertaraf 5 bintang suatu ketika dahulu, maka perlu dibantu dan
mengambalikan semula kejayaan-kejayaan yang pernah dicipta dahulu.
-Perbanyakan program berunsur KBAT supaya pelajar-pelajar boleh berfikir di luar kotak.
-Penglibatan ibu bapa adalah kurang dalam program sekolah. Bapa, sebagai ketua keluarga perlu
libatkan diri dalam program anak-anak.
-Pemantauan gadget anak-anak adalah perlu walaupun diberi kebebasan dalam menyelami bidang
teknologi.
-Pemakanan sunnah kepada anak-anak dalam mencelikkan minda dan mencerdaskan otak selain
mendoakan anak-anak untuk lembut hati.
-Anak-anak yang tiada pendidikan adalah kurang berjaya pada masa hadapan. Pendidikan
bertunjang Al-quran dan As Sunnah penting dalam pembentukan keperibadian anak-anak.
-Hadiah misteri akan diberikan kepada pelajar cemerlang PT3 dan SPM 2018 dengan memperolehi
kesemua A dalam semua subjek.
-Ucapan tahniah kepada Guru Kaunselor Sekolah, Cik Nor Saliza Binti Samingan yang berani datang
ke rumah untuk menjemput dan mengundang beliau sebagai Perasmi Mesyuarat Agung PIBG pada
tahun ini.
-Sebagai salam ukhwah, guru-guru dan ahli jawatankuasa PIBG diberi sehelai baju batik dan
cenderahati, Perpustakaan sekolah akan menerima set buku dan baju batik kepada ahli-ahli
kompang sekolah.
-Mengakhiri ucapan beliau dengan menyatakan kesyukuran dapat bersama-sama dalam Mesyuarat
Agung PIBG pada kali ini dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua hadirin pada hari
ini dan sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK LKTP Maokil Kali Ke-23.
4. MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2017/2018
5. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PELAJAR.
5.1 Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2017
5.2 Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Koakademik Peringkat Antarabangsa
(Majlis Pemimpin Muda Negeri Johor @JSLC) kepada Pelajar dan Penyelaras.
5.3 Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan
(Softball ) kepada Pelajar dan Jurulatih.
5.3 Penyampaian Cenderahati Tn. Hj. Hashim Bin Mohamad Kalang kepada
Pengetua sebagai wakil SMK LKTP Maokil.
6. MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERA HATI KEPADA PERASMI : TN. HJ HASHIM BIN
MOHAMAD KALANG (PENGARAH STU ASIA SDN. BHD.)
Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke – 23 , Tahun 2018
Tarikh : 27 Mac 2018 (Selasa)
Masa : 4.35 petang
Tempat : Dewan Bestari SMK LKTP Maokil
Pengerusi : En. Hairulhisal Bin Salikin ( YDP PIBG )
Perasmi : Tn. Hj. Hashim Bin Mohamad Kalang ( Pengarah Syarikat Tugas Utama
Asia Sdn. Bhd. )
Kehadiran : 118 orang ( Ibu Bapa / Penjaga ) dan 33 orang ( Guru & AKP )
Agenda :
1. Ucapan Yang Dipertua
2. Ucapan Pengetua SMK LKTP Maokil
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil. 22/2016
4. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Dis 2017
5. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2017
6. Membahaskan usul-usul.
7. Pemilihan AJK PIBG tahun 2018/2019
8. Pemilihan Juruaudit Dalaman
9. Ucapan Penangguhan.
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG - (En. Hairulhisal Bin Salikin)
Kata-kata aluan kepada semua hadirin.
Memaklumkan kehadiran seramai 117 orang ibu bapa penjaga walaupun hujan lebat sebelum bermula
pendaftaran dan ini menunjukkan komitmen dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak dan cucu.
Bersyukur kerana telah selesai perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 dan berterima kasih kepada
perasmi Tn. Hj. Hashim bin Mohamad Kalang.
Bersyukur juga kerana perasmi telah memberi sumbangan yang memberi faedah kepada pelajar, guru
dan PIBG.
Mengharapkan ukhuwah yang di bina bersama perasmi akan lebih memberi banyak manfaat dan faedah
dalam membina kecemerlangan sekolah.
Memaklumkan pada tahun ini ada pemilihan Ahli Jawatankuasa kerana telah selesai dua penggal AJK
PIBG melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Memohon maaf kepada semua ahli jika beliau ada melakukan kesalahan semasa menjalankan tugas
sebagai Yang Dipertua PIBG.
2. Ucapan Wakil Pengetua – (En.Md. Azhar Bin Abu Yamin)
Kata-kata aluan kepada semua hadirin dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ibu
bapa.
Menyampaikan salam daripada Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir bersama dalam mesyuarat Agung
ini dan hanya berkesempatan bersama-sama ketika majlis perasmian sahaja kerana perlu menghadirkan
diri ke Persidangan MPSM Negeri Johor.
Mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG kerana dapat menarik kehadiran ibu bapa
penjaga dan menyediakan cabutan bertuah yang banyak dan agak lumayan kepada mereka yang hadir.
Mengucapkan rasa syukur kerana dapat kembali bertugas di SMK LKTP Maokil dengan jawatan yang
baru iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid setelah sebelum ini bertukar ke SMK Seri Bali Chaah
selama lebih kurang 3 tahun.
Mengharapkan sokongan dan kerjasama daripda semua AJK PIBG dan ibu bapa penjaga agar dapat
membentuk sahsiah yang cemerlang di kalangan para pelajar.
Mengharapkan kehadiran ibu bapa yang ramai dalam semua program Unit Hal Ehwal Murid.
3. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil 22/ 2017.
- Cik Nor Saliza Binti Samingan selaku Setiausaha Kehormat membentangkan minit mesyuarat
merujuk seperti yang tercatat dalam buku program.
-
- Pengesahan minit mesyuarat :
Pencadang – Pn. Sofie Hanizah Binti Jahori.
Disahkan oleh – Pn. Aminah Binti Bahrin.
Sokongan – Sebulat suara
Tindakan : Setiausaha Kehormat PIBG
4. Membentangkan dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Dis 2017.
- Tn.Hj. Madon Bin Aripin selaku Bendahari Kehormat membentangkan penyata
kewangan PIBG seperti yang tercatat dalam buku program.
Pengesahan Penyata Kewangan :
Pencadang – En. Ahlan Bin Saebon
Disahkan oleh – En. Md. Isa Bin Mahat
Sokongan- Sebulat suara
Tindakan : Bendahari Kehormat PIBG
5. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2017/2018
- Cik Nor Saliza Binti Samingan selaku Setiausaha Kehormat PIBG membentangkan laporan aktiviti
yang telah dijalankan merujuk kepada buku program.
Pencadang – Pn. Zuraidah Binti A. Kadir
Disahkan oleh – Pn. Noorhasikin binti Sulaiman
Sokongan- Sebulat suara
Tindakan : Setiausaha Kehormat PIBG
6. Membahaskan usul
6.1 Usul Pihak Pengurusan Sekolah :
- Tn. Hj. Madon Bin Aripin mengusulkan bayaran sumbangan PIBG dikekalkan seperti tahun
lepas iaitu sebanyak RM50.00.
- Pengesahan usul dibentangkan :
Pencadang : En. Mohamad Fadzli Bin Mohd Yusof
Disahkan oleh- En. Mohd. Alias Bin Idris
Sokongan: Sebulat suara oleh Ahli PIBG
Diterima dan disahkan berkuatkuasa selepas Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 23.
6.2 Usul AJK PIBG
- Pn. Noorhasikin Binti Sulaiman mengusulkan penambakan jalan untuk tempat ibu bapa/
penjaga menghantar dan menunggu pelajar pulang dari sekolah.
- Pengesahan usul dibentangkan :
Pencadang - Pn. Sapina Binti Muharam.
Disahkan oleh –Pn. Fatimah Binti Mohamad.
Sokongan- Sebulat suara oleh Ahli PIBG
Diterima dan disahkan berkuatkuasa selepas Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 23.
6.3 Usul Pihak Pengurusan Sekolah
- Pn. Zuraidah Binti A. kadir mengusulkan penebangan pokok jati dan sentang dan akan
digantikan dengan penanaman kelapa sawit.
- Pengesahan usul dibentangkan :
Pencadang : Tn. Hj. Murad Bin Othman
Disahkan oleh – Pn. Norlida binti Sangidi
Sokongan- Sebulat suara oleh Ahli PIBG
Diterima dan disahkan berkuatkuasa selepas Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 23.
7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2018/2019
1. YDP PIBG
- Pn. Aminah Binti Bahrin mencadangkan En. Hairulhisal Bin Salikin.kekal sebagai Yang Dipertua
PIBG.
- Disahkan oleh Pn. Rasidah Binti Aris
- Disokong sebulat suara.
2. NYDP PIBG
- En. Mohamad Ali Bin Haron mencadangkan En. Miskam Bin Salman kekal sebagai NYDP PIBG.
- Disahkan oleh En. Mohamed Yacob Bin Taib
- Disokong sebulat suara.
3. AJK PIBG
- Cik Nor Saliza Binti Samingan mencadangkan 3 orang AJK lama dikekalkan iaitu Pn. Zuraidah
Binti A. Kadir, Pn. Rasidah Binti Aris dan Pn. Noorhasikin Binti Sulaiman
- Disahkan oleh Hj. Madon Bin Aripin.
- Disokong sebulat suara.
4. AJK PIBG
- En. Mastor Bin Kamsin mencadangkan En. Ahlan Bin Saebon
- Disahkan oleh Pn. Misinah Binti Ahmad.
- Disokong sebulat suara.
5. AJK PIBG
- Pn. Siti Rahmah Binti Isa mencadangkan Pn. Sofie Hanizah Binti Jahori.
- Disahkan oleh Pn. Sapina Binti Muharam
- Disokong sebulat suara.
6. AJK PIBG
- En. Mohd. Noor Bin Pit mencadangkan En. Mohamad Fadzli Bin Mohd Yusof
- Disahkan oleh Pn. Hamidah Binti Hj. Noor
- Disokong sebulat suara.
7. AJK PIBG
- En. Sabani Bin Brau mencadangkan Tn. Hj. Abd. Hadi Bin Mohamad.
- Disahkan oleh En. Hamdan Bin Muhammad
- Disokong sebulat suara.
8. AJK PIBG
- Tn. Hj. Madon Bin Aripin mencadangkan En. Mohamad Ali Bin Haron.
- Disahkan oleh Mohd Tokhar bin Abdul Rahman
- Disokong sebulat suara.
Tindakan : Setiausaha Kehormat PIBG
8. Pemilihan Juru Audit Dalaman
- En. Mohamad Fadzli Bin Mohamad Yusof mencadangkan Datuk Rusdin Bin Mahmud.
- Disahkan oleh En. Kambali Bin Amat
- Disokong sebulat suara.
Tindakan : Setiausaha Kehormat PIBG
Manakala pemilihan AJK dan Juru Audit Dalaman daripada wakil guru akan dilakukan oleh
Pengetua.
9. Ucapan Penangguhan.
En. Hairulhisal Bin Salikin selaku YDP PIBG mengumumkan kutipan sumbangan bagi tahun 2018
adalah sebanyak RM50.00 berdasarkan kepada bayaran yang dikekalkan seperti tahun lepas dan
telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh semua ahli PIBG. Beliau juga memohon kerjasama dan
komitmen yang tinggi dari semua ahli PIBG untuk sama-sama membantu pihak pengurusan sekolah
menaikkan kembali kecemerlangan akademik SMK LKTP Maokil.
Datuk Rusdin Bin Mahmud memaklumkan beliau adalah Guru Besar dari SK Kudong dan berjanji
melalui pengalamannya mentadbir SK Kudong maka beliau akan berkongsi sebanyak mungkin
pengalamannya bersama barisan AJK PIBG.
Datuk Rusdin juga melahirkan rasa bangga beliau terhadap YDP PIBG sekolah yang agak muda tetapi
begitu komited untuk membangunkan SMK Maokil. Selain itu beliau, rasa bangga kerana Tuan
Perasmi mengetahui tentang kejayaan-kejayaan lepas SMK LKTP Maokil dan tidak mustahil untuk
sekolah ini mengulangi kejayaan tersebut dengan sokongan dan kerjasama semua.
En. Miskam Bin Salman selaku NYDP PIBG yang baru mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
PIBG kerana masih memberi kepercayaan kepada beliau untuk membantu menerajui PIBG SMK
LKTP Maokil dan seterusnya berjanji untuk membuat yang terbaik demi kecemerlangan dan
kejayaan sekolah
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.
Disediakan oleh :
...........................................................
(NOR SALIZA BINTI SAMINGAN)
Setiausaha Kehormat PIBG,
SMK LKTP Maokil.
s.k : 1. YDP PIBG
: 2. Pengetua SMK LKTP Maokil
: 3. Fail PIBG
Laporan Kewangan PIBG 2018-2019
Anugerah Kecemerlangan SPM
SMK LKTP MAOKIL
TAHUN 2018
SENARAI CALON CEMERLANG SPM 2018
DSL MUHAMMAD NAZIRUL NAZIB BIN ITHNIN
(8 A)
JSL NUR ANIS ATASHA BINTI HJ. MURAD
(5 A)
DSL NUR AKMAR BINTI JALALUDDIN
(5 A)
DSL NORHANA BINTI YA’AKOB
(5 A)
TAHNIAH!!!
\
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SMK MAOKIL, LABIS
TAHUN 2019 / 2020
JAWATAN NAMA
YANG :
DIPERTUA :
NAIB YANG :
DIPERTUA
SETIAUSAHA
NAIB :
SETIAUSAHA
BENDAHARI :
AHLI : 1.
2.
JAWATANKUASA : 3.
IBU BAPA 4.
: 5.
6.
: 7.
8.
: 1.
2.
: 3.
4.
: 1.
2.
:
AHLI :
JAWATANKUASA :
GURU
:
:
JURU AUDIT :
DALAMAN :
SEKALUNG BUDI,
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Ahli Jawatankuasa PIBG, Pengetua, Guru-guru , jawatankuasa pelaksana dan putera-
puteri Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Maokil, Labis ingin merakamkan ucapan
TERIMA KASIH kepada :
Yang Berhormat Dr. Sahruddin Bin Jamal
( Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor ),
Merangkap
(Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Bukit Kepong).
Pengetua, Semua Guru, AKS dan Pekerja swasta SMK LKTP Maokil
Pengusaha Kantin SMK LKTP Maokil
Individu dan Perseorangan
Pihak Ibu Bapa / Penjaga
Di atas sumbangan ikhlas seperti HAMPER, WANG, MASA dan TENAGA bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 ini.
Terima kasih juga di atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan setiap aktiviti PIBG sepanjang tahun
Semoga kehadiran tuan / puan akan menjadi pendorong kepada kemajuan putera-puteri
sekolah ini.
Terbang selisih si burung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain tahun berjumpa lagi.
Berkejar-kejaran ombak di laut,
Menyentuh pantai berpasir bersih,
Budi Tuan disebut-sebut,
Kerja selesai dan terima kasih.
TERIMA KASIH