The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ruslinabakar76, 2022-07-25 06:41:37

MAJLIS PERSARAAN EN SOKRI PN ZARINAH PN JIHAN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga

sekolah kerana memberi kesempatan untuk titipan memori indah ini.

Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan
pelbagai komitmen menyebabakan kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas

meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah dengan tempoh perkhidmatan saya. Tempoh
26 tahun bukan jangka masa yang pendek. Sudah pasti dalam tempoh tersebut begitu

banyak pengalaman suka duka dalam dunia pendidikan. Tempoh 14 tahun di SMKPT
(2009-2022) menyimpan memori terindah sepanjang bergelar pendidik.

Realiti pada hari ini menjadi seorang guru bermaksud kita perlu berhadapan dengan

karenah pelbagai pihak serta cabaran globalisasi. Cabaran globalisasi menuntut
perubahan yang dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang
berkualiti dan mampu bersaing di peringkat global.


Semoga rakan-rakan guru dapat memangkin semangat baru untuk terus
mencurahkan khidmat bakti dalam usaha mendidik generasi muda sebagai modal insan

yang terbilang. Semoga pelajar-pelajar SMKPT akan menjadi manusia holistik yakni
cemerlang pencapaian akademiknya, malah molek keperibadiannya, serta teguh pegangan

agama juga nilai-nilai moralnya. Semoga kita terus dilimpahi keberkatan serta mencapai
kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Terima kasih Tn. Pengetua, barisan pentadbir, terutama GKMP (Bahasa) & rakan-

rakan guru. Warga SMKPT sangat dekat di hati saya. Saya amat berterima kasih kepada
semua pihak yang tidak pernah lokek berkongsi kepakaran dan pengalaman khususnya
dalam bidang IT. Terlalu banyak jasa & pengorbanan tuan puan kepada saya dalam

merealisasikan tugas-tugas yang diamanahkan.

Sebelum mengundur diri, saya memohon kemaafan atas segala kesalahan dan
kekhilafan saya sepanjang menjadi warga SMKPT.

LATAR BELAKANG DIRI
PN JIHAN BT SAID

NAMA PASANGAN: ABDUL MUGHITH BIN MOHAMAD
BILANGAN ANAK : 2 ORANG(1 LELAKI DAN 1 PEREMPUAN

CUCU : 3 ORANG



LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

SRK BATU LANCANG, P.PINANG (1974-1979)
SMKA (P) AL MASHOOR P.PINANG (1980-1984)
PROGRAM MATRIKULASI UIAM (1985/86)

IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI UIAM(1990)
POST GRADUATE IN TESL UITM SHAH ALAM (1994)

DIPLOMA PÉNDIDIKAN USM(1996)






SEjarah pErkhidmatam

Mula Brkhidmat– SMK PANTAI REMIS PERAK(7/1996— 12/1999)
SMK TUNKU PUTRA BALING (1/2000—12/2000)

SMK SUNGAI KOB KULIM KEDAH (1/2002—12/2008)
SMK KOTA KUALA MUDA KEDAH (1/2009—2/2009)
SMK PINANG TUNGGAL KEDAH (2/2009—SEKARANG)





pEnglibatan
1. JU NEGERI PENGAJIAN MATEMATIK &SAINS DLM BAHASA

INGGERRIS DAERAH KULIM BANDAR BARU
2. JU BENGKEL ASPIRASI CEMRLANG DAERAH KMY.

3. FELLOW TEACH FOR MALAYSIA(TFM)PADA TAHUN 2015





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga

sekolah kerana memberi kesempatan untuk titipan memori indah ini.

Tanggal 01 Januari 2008 dengan izin Allah ,SWT saya telah ditempatkan di sekolah
yang penuh bermakna ini setelah berkhidmat lebih 16 thn diperantauan, menabur bakti
bermula di SM Teknik SP2, SM Sains Miri, Sarawak.,SMK Dato' Harun,

Tanjung Karang, Selangor, SMK Cheras Jaya, Selangor, SMK Jalan 4, Bandar Baru
Bangi, Selangor, Dan SMK Syed Manshor Batang Kali, Selangor Dan selepas itu
pulang ke kg halaman sendiri di SMK Pinang Tunggal.

Tanggal 06 Februari 2022 dengan ketentuan Allah SWT jua saya telah dibersarakan
atas faktor kesihatan oleh Lembaga perubatan Malaysia.
Tentunya SMKPT memahat kenangan manis, indah, istimewa, suka, duka dan
segalanya kerana SMKPT sangat istimewa. Saya bersyukur ke hadrat Illahi atas kurnia

hidayah dan izin Nya maka kehadiran saya di SMKPT diterima dan dihargai oleh
Keluarga Besar ini.

Buat Cikgu Roshadarwati dan Cikgu Nur Mardhati, penghargaan dan ucapan terima
kasih atas kebaikan hati dan keikhlasan berbakti melaksanakan amanah dan
tanggungjawab bersama sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
di SMKPT .Saya mengakhiri tugas sebagai GBKSM SMKPT dengan penuh kepuasan,
sepenuh hati dan semuanya berlaku hasil semangat kerja sepasukan kita.
Pelajar SMKPT sentiasa dihati saya. Sayang saya pada semua. Saya yakin dengan
SMKPT wadah terbaik sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan lantas saya bawa

anak saya Muhammad Zahiruddin bin Suhaimi menamatkan sesi pendidikan menengah
di SMKPT.
Terima kasih semua khasnya Tuan Pengetua, Barisan Pengurusan dan Pentadbiran.

Rakan-rakan guru .Hanya Allah SWT jua yang tahu betapa saya amat menyayangi
semua, tidak terbalas segala budi dan jasa kalian semua. Betapa berat untuk saya
meninggalkan kerjaya yang saya sayangi ini, begitu juga tak termampu untuk saya
ucapkan Selamat tinggal kepada semua warga sekolah ini. Namun saya tetap akui saya
perlu akur untuk tinggalkan semua ini atas faktor kesihatan saya. Oleh itu saya akan
sentiasa doakan kebahagian semua pihak dan teruslah berbakti kepada anak-anak
bangsa kita ini khususnya anak-anak Pinang Tunggal .

Maaf Zahir dan Batin.
Sekian. Zarinah binti Ali

2008 -2022
SMKPT SENTIASA DIHATI

Bangga dan Bahagia Dilahirkan Sebagai Seorang Guru

PN ZARINAH BT ALI
NAMA PASANGAN: SUHAIMI B. ZAMAN
BILANGAN ANAK : 4 ORANG (LELAKI)

CUCU : 1 ORANG



SEjarah pErkhidmatam

Mula Brkhidmat– SM VOKASIONAL SG PETANI 2 (6/1993—12/1993)
SM SAINS MIRI SARAWAK(1/1994—6/1997)

SMK DATO’ HARUN TG KARANG SELANGOR(7/1997-12/2000)
SMK CHERAS JAYA (1/2001—4/2002)
SMK JALAN EMPAT BANGI SELANGOR(4/2002-2004)

SMK SYED MASHOR (2004—2007)
SMK PINANG TUNGGAL ( 2007—SEKARANG)



KEJAYAAN DALAM pErkhidmatam

ANUGERAH CEMERLANG : 3 KALI (2004,2008,2017)
PENGURUSAN TERBAIK KAUNSELING DAERAH KMY 2016

PENGURUSAN TERBAIK KAUNSELING 5 BINTANG DAERAH KMY 2017
KAUNSELING BERFOKUS TERBAIK DAERAH KMY 2019
KAUNSELING BERFOKUS TERBAIK NEGERI KEDAH2019

MEWAKILI KEDAH UNTUK PERINGKAT KEBANGSAAN KAUNSELING BERFOKUS





Assalamuallaikum

Terima kasih atas kesmpatan yang di beri kepada saya untuk mencoret sedikit coretan memori

sepanjang saya berkhidmat sebagai guru. Bersara itu benar. Alhamdulillah, saya bersyukur
kehadrat Allah kerana:

i)Berjaya menamatkan perkhidmatan hingga ke umur persaraan wajib iaitu 60 tahun.


ii)Diberi kesihatan yang baik untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang pesara.


Saya telah berkhidmat selama 33 tahun sebagai seorang pendidik bermula tahun 1989 hinggalah

tahun 2022. Segala cabaran dan rintangan terpaksa ditempuh demi untuk anak-anak bangsa

tercinta. Di Smkpt saya bertugas mulai tahun 2013 sebagai PK Pentadbiran di bawah 3 orang

pengetua.


Kepada semua guru saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas
kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada saya sepanjang bertugas sebagai

PK Pentadbiran. Teruskan usaha tuan/puan untuk meningkatkan prestasi SMKPT di dalam semua
bidang

Kepada pihak pengurusan (G8) saya percaya di bawah bimbingan

Tn Pengetua En Zainuddin b. Abd Manan akan berjaya membawa SMKPT ke arah kecemerlangan.

Insyaallah ramailah “Adiwira Ku” akan di lahirkan.


Kepada pelajar-pelajar, saya harapkan supaya belajarlah bersungguh-sungguh untuk kejayaan

di dunia dan akhirat.


Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan
saya sepanjang perkhidmatan di SMKPT.


Terima Kasih



KITALAH ADIWIRA

LATAR BELAKANG DIRI

EN MOHAMAD SOKRI B.ABDUL RAHMAN
NAMA PASANGAN : PN ROSMINAH BT ISMAIL

BILANGAN ANAK : 3 ORANG ( 2 PEREMPUAN DAN 1 LELAKI)





LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

SK SIDAM KIRI(1969-1974)
SMK PADANG SERAI KULIM 1975-1977)

SMK KULIM (1978-1979)

MATRIKULASI USM (1980 –1981)

IJAZAH SARJANA MUDA DGN PNDIDIKAN(1982-1986)






SEjarah pErkhidmatam

Mula Brkhidmat– SMK AYER LANAS (GURU PENOLONG 8/1989—11/1993)
SMK TUNKU SULONG - GURU PENOLONG 1/1994 —3/1998

- GKM TEKNIK & VOKASIONAL 3/1998— 5/1998
- PENOLONG KANAN HEM 6/1998—7/2004

- PENYELIA PETANG 1/2004—7/2004
- PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 8/2004—1/2005

- PENYELIA PETANG 2/2005—12/2005
SMK KOTA KUALA MUDA KEDAH (PENOLONG KANAN HEM 12/2005—4/2006)

SMK KHIR JOHARI (PENOLONG KANAN HEM 4/2006—12/2012)
SMK PINANG TUNGGAL (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 1 /2013—SEKARANG)





JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : : En. Zainuddin bin Abdul Manan ( Pengetua )
Naib Pengerusi 1: Pn. Su’uda bt. Saad ( PK HEM)
Naib Pengerusi 2: Pn. Zaini bt Salleh (PK Kokurikulum)

Pengarah : Pn . Haziatun bt Muhammad
Pen. Pengarah : En. Azmil b. Jamil
Setiausaha : Pn. Noor Azwin bt Bakri
Bendahari : Pn. Sharifah Hanita bt. Syed Omar


PENYELARAS : PENYELARAS : PENYELARAS :
PN HAZIATUN BT MUHAMMAD
PN. ZULAIKHA BT. MAT RUZKI PN. KHARIAH BT. MD. NOOR
SIARAYA & PERALATAN
SAMBUTAN / PERARAKAN HIASAN PENTAS DAN PERSIAPAN DEWAN TEKNIKAL
Pn Hafizah bt Baharom (K) En. Norizan b. Che Nordin (K)
Pn. Farah Syuhaila bt. Ibrahim (K)
Pn Sakinah bt. Mat Sulaiman Pn. Saadiah bt. Ayob En. Noorisham b. Che Mat
Pn. Noor Azura bt. Mohamad Yusoff Pn. Azmin Najlah bt. Husin En. Mohd Asri bin Osman
Cik Zurhana bt. Md. Saad
PENGACARA MAJLIS TAYANGAN MULTIMEDIA
Pn Ruslina bt Bakar @ Jamaludin (K)
En. Hasnizal b. Jamil (k) HADIAH & CENDERAMATA
En Farhan bin Rohim
Pn. Che Dashiela bt. Che Dak Pn. Mazni bt. Ismail (K)
Pn. Rosilawati bt. Baharom
Pn. Nur Mardhati bt. Abdul Malik Pn. Rosiawati bt. Yaacob
Pn Suhaila bt Shaari PELERAIAN TEMPAT
BUKU PROGRAM
Pn. Azdiah bt. Ali En. Faisal b. Ibrahim (K)
Pn. Khairiza bt. Zakaria (K)
Pn. Mazura bt. Omar En. Tharmarajan a/l Subramaniam
Pn. Hasnawiyah bt. Saad Pn. Raihan bt. Hashim
Pn. Hafizah bt. Ghazali
Pn. Jama’ayah bt. Salleh
PENGKISAHAN SEJARAH Pn Solihah bt Ahmad Kamal
Pn. Maryah bt. Yahya
Pn. Adawiyah bt. Hashim (I)
PERSIAPAN TEMPAT
Pn. Roshadarwati bt. Abdul Kadar
En Harmizi bin Harun (K) PENYELARAS : PN. NOOR AZWA BT. ZAKARIA
Pn. Ibrizi bt. Shar Afendi
En. Junif b. Sarip PERSEMBAHAN
Pn Fazilah bt Yusoff
En. Zakaria b. Aziz Pn. Nurul Ilyana bt Maszelan (K)
BANNER En. Shanmugam a/l Pachamuthu Pn. Ku Azelina bt Ku Ismail
Pn Wan Hamidah bt Wan Hussein Cik Noraniza bt. Ayob Pn Rathana Devi a/p Subalenggam

Pn. Zamzaliza bt. Mohd. Zainon
KAWALAN DISIPLIN & KESELAMATAN MURID
Pn. Noorzalina bt. Ahmad
En. Shahrul Nizam b. Alias (K)
En Fakhrurrazi bin Ramli
Pn. Azziah bt. Azzemin
Pn. Hasniyatun Nizar bt. Ismail

FOTOGRAFI/PERAKAM PERISTIWA
En. Azmil b. Jamil (K)
En. Andrew Tan Hsien-U
Pn Noor Azwin bt Bakri

11.10 pagi : Semua guru dan pelajar berkumpul

di dewan al-Farabi.

11. 30 pagi : Aluan pengacara majlis

: Bacaan doa

: Pengkisahan sejarah & persembahan multimedia

Pn. Jihan bt. Said

, Pn. Zarinah bt. Ali

En. Mohamad Sokri b. Abd Rahman

: Ucapan yang diraikan ( Pn. Jihan bt. Said)
: Ucapan yang diraikan (Pn. Zarinah bt. Ali)

: Ucapan yang diraikan (En. Mohamad Sokri b. Abd. Rahman)

: Ucapan pengetua ( En Zainuddin b. Abdul Manan)



12.30 ptg : Persembahan pelajar

: Penyampaian hadiah / cenderamata



01.30 ptg : Sesi bersalaman & lambaian kasih



02.00 ptg : Bersurai

Harum semerbak si bunga melur

Jadi hiasan taman larangan,

Sejambak pantun mesra di hulur

Setulus ingatan mengimbau kenangan



Kicau-kicau mendayu-dayu,

Tumbuh berangan di hujung desa,

Sebak di dada pilu di kalbu,

Sejuta kenangan segunung jasa



Hujung daksina merimbun celagi,

Beralun tualang indah bersemu,

Walau ke mana diriku pergi,

Insan sepertimu takkan bertemu



Alangkah dinginnya menjelang senja,

Mentari terbenam di ufuk barat,

Doaku ikhlas untukmu sahaja,

Bahagia di dunia hingga akhirat,


Click to View FlipBook Version