The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52340591, 2023-03-30 05:17:55

MAJLIS PERSARAAN GB & CIKGU ALINAH

MAJLIS PERSARAAN GB & CIKGU ALINAH

BIODATA PN NORLIAH Pemilik nama lengkap Norliah Bt Abu Hassan merupakan anak jati Tanjung Karang, Selangor. Beliau dilahirkan pada tanggal 11 Jun 1964 di Tanjung Karang. Beliau merupakan anak keenam daripada lapan orang adik-beradik. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Jalan Bomba Batu 9, Tanjung Karang pada tahun 1971-1976. Kemudian, beliau meneruskan pelajaran alam menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa Tanjung Karang, Sekolah Menengah Kebangsan Seri Tanjung Kuala Selangor dan Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras pada tahun 1977-1981. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun1986-1988. Selepas bergelar pendidik, beliau kemudiannya memperoleh Ijazah PJJ pada tahun 1997 dalam bidang Psikologi Linguistik. Puan Norliah menamatkan zaman bujang pada tanggal 10 November 1991 bersamasama suami tercinta, Encik Mohd Anuar bin Mohd Yusoff. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata. Tarikh keramat beliau pertama kalinya menjejakkan kaki ke sekolah sebagai pendidik adalah pada tanggal 01 Januari 1988. Sekolah pertama beliau ditempatkan adalah di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor, Kuala Selangor. Seterusnya, beliau bertukar ke SK Ijok, Kuala Selangor. Setelah beberapa tahun bergelar pendidik, beliau kemudiannya menjawat jawatan sebagai PK Hal Ehwal Murid di SK Dato’ Maharaja Lela, Kuala Selangor. Beliau seterusnya menerajui bidang pentadbiran sebagai PK Pentadbiran di SK Ijok, Kuala Selangor. Pada tanggal 06 Jun 2018, Puan Norliah telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar di SK Sungai Serdang sehingga kini. Di sinilah beliau akan menamatkan perkhidmatan dalam menabur bakti dan mendidik anak bangsa serta menjadi saksi kisah suka duka. Banyak sumbangan beliau sepanjang berada dalam dunia pendidikan, antaranya Pesuruhjaya Pandu Puteri Daerah Kuala Selangor (1989 - 1993), Bersama-sama pasukan Matematik PPK membina modul Numerasi LINUS (2009-2012 ) , Bersama-sama teknikal Sains Negeri Selangor menggubal Modul Kelab dan Persatuan untuk sekolah-sekolah negeri Selangor, Pegawai Teknikal Sains dan Teknologi Negeri Selangor (2006 – 2017), dan Jurulatih Utama Pakar TBB & KT (Teknologi Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga) 2014-2016, program KPM-USM. Banyak kejayaan beliau sepanjang mentadbir sekolah, antaranya Johan Bilik Pendidikan Pencegahan Dadah Terbaik Sekolah Rendah Daerah Kuala Selangor 2015 di SK Dato Maharaja Lela. Beliau juga mendapat Johan Peringkat Negeri Selangor 2019 di SK Sungai Serdang. Terkini, SK Sungai Serdang memperoleh Pengurusan Cemerlang PPDa Peringkat Kebangsaan 2020 Simpsium Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Peringkat Kebangsaan. Bukan sedikit pengalaman beliau. Maka tidak hairanlah Puan Norliah pernah memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1993, 2010 dan 2018. Terima kasih, Puan Norliah atas segala khidmat baktimu sebagai pendidik. Semoga beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat.


BIODATA PN ALINAH Tanggal 20 Februari 1967 merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di Kg Sungai Buaya Banting, Selangor. Beliau merupakan cahaya mata kedua daripada lima beradik , bagi tambatan hati pasangan bahagia Encik Ngalimoon bin Abdul Razak dan Puan Mastingah binti Sariman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya pada tahun 1974 hingga 1979. Meneruskan pendidikan Tingkatan 1 - 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis pada tahun 1980 hingga 1983 dan Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok. Sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan beliau terus mendapat tawaran meneruskan pelajaran di bidang perguruan di Maktab Perguruan Kinta Ipoh, Perak dalam jurusan Pengajian Melayu pada tahun 1986 hingga 1988. Di sinilah bermulanya titik pertemuan ikatan hati dengan si jejaka, Encik Turman bin Basri. Tanggal 11 Jun 1988, termeterailah ikatan hati pasangan sejoli ini . Mengecapi bahagia, setelah 7 tahun perkahwinan, beliau telah mengambil seorang anak angkat perempuan. Hasil pengkongsian hidup, setelah 18 tahun, beliau telah dikurniakan seorang putera. Sebaik sahaja tamat tempoh pengajian, beliau di tempatkan di SK Kg Raja Uda pada 3 Januari 1989. Setelah 3 tahun berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Raja Uda, beliau memohon pertukaran ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang pada tahun 1991 sehingga kini. Keterampilan beliau telah membawa kepada penganugerahan Sijil Khidmat Cemerlang pada tahun 1999 dan 2013. Sejarah perkhidmatan beliau sepanjang 34 tahun, pernah menjadi pemeriksa kertas UPSR, Penulisan SK 17 tahun, Pemahaman SJKC 4 tahun, Urusetia PSKPP Bola Jaring Daerah Klang, Hakim Syair Daerah , Jawatan Kuasa Pelaksana Pertandingan Pidato Peringkat Zon. Sepanjang perkhidmatannya, beliau merupakan seorang yang ramah, berdedikasi, sopan-santun dan lemah-lembut. Namun dalam kelembutan ada ketegasan ketika menangani kerenah anak didiknya. Gaya penampilannya yang sederhana tetapi menarik sering menjadi idola rakan sejawatan dan anak didiknya. Terima kasih, Cikgu Alinah atas segala khidmat baktimu sebagai pendidik. Semoga beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat.


TENTATIF PROGRAM 7.30 pagi : Bacaan yasin : Pergerakan murid ke dewan 9.00 pagi : Ketibaan tetamu : Perarakan masuk Yang Diraikan : Nyanyian lagu Negaraku : Ucapan Pengerusi Majlis : Bacaan doa : Ucapan wakil pentadbir : Ucapan YDP PIBG : Bacaan biodata Cikgu Norliah : Tayangan video : Ucapan Puan Norliah : Persembahan : Bacaan biodata Cikgu Alinah : Tayangan video : Ucapan Cikgu Alinah : Penyampaian hadiah : Lambaian Perpisahan : Acara simbolik persaraan 11.50 pagi : Majlis bersurai


Click to View FlipBook Version