The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilasymawi, 2023-07-18 14:52:24

Isu Dalam Kesantunan Berbahasa

BMMB1144 Kesantunan Berbahasa

Isu Kesantunan Berbahasa TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK BMMB 1144


PENGENALAN DIRI NAMA : NABIL ASYMAWI BIN SAUFE KELAS : PPS3-9 ANGKA GILIRAN : 2022172310083 NAMA PENSYARAH : PUAN NORANI BINTI ABD RAHIM


KESANTUNAN BERBAHASA Kesantunan ialah perihal santun, kesopanan, kehalusan dalam budi bahasa atau budi pekerti yang baik dalam konteks penulisan ataupun percakapan. Kamus Dewan Edisi Keempat - kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.


ISU KESANTUNAN BERBAHASA


ISU BAHASA Masyarakat pada masa kini tidak mengamalkan kesantunan dalam pertuturan dan komunikasi seharian mereka. Ketika berkomunikasi, pemilihan kata perlulah sesuai dan penutur perlulah sopan serta beradab bagi menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain. Begitu juga di media sosial. Penggunaan kata dan ayat yang bersesuaian adalah perlu bagi mengelakkan pelbagai isu berlaku.


ISU BAHASA Gambar di sebelah menunjukkan satu komen yang telah disiarkan dalam aplikasi Facebook oleh seorang individu. Individu tersebut telah memberi komen supaya orang tersebut meninggal. Walaupun berniat untuk bergurau, kita dilarang untuk menggunakan bahasa yang kurang sopan ketika berkomunikasi. Penggunaan kata seperti ini merupakan satu isu bahasa yang menyebabkan perasaan kurang senang kepada orang lain. Penggunaan bahasa yang kurang sopan


ISU BAHASA Gambar di sebelah menunjukkan satu kata-kata di dalam aplikasi twitter. Individu tersebut telah mengeluarkan kata kesat dalam kata-katanya iaitu "lancau ". Penggunaan kata kesat ini merupakan satu isu bahasa yang boleh menyebabkan perbalahan di media sosial. Penggunaan bahasa yang sopan mestilah diterapkan dalam penggunaan media sosial. Penggunaan kata carutan


ISU BUDAYA Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Masyarakat harus peka terhadap budaya dan agama kaum lain. Ketika berkomunikasi, setiap individu haruslah menghindari ayat atau perkataan yang boleh menyebabkan pergaduhan. Kita dilarang untuk menyentuh perkara sensitif tentang kaum mereka.


ISU BUDAYA Gambar di sebelah menunjukkan satu posting yang telah dimuat naik oleh seorang individu di aplikasi Twitter. Individu tersebut telah memainkan isu perkauman dengan menyebut kaum 'cina' dan menghinanya. Isu perkauman ini akan memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat dan menimbulkan pergaduhan. Masyarakat sepatutnya mengelak untuk memainkan isu perkauman agar dapat mengelakkan pertelingkahan dalam media sosial. Isu Perkauman


ISU BUDAYA Gambar di sebelah menunjukkan satu posting yang telah dimuat naik di aplikasi Twitter. Pengguna tersebut telah melanggar kesantunan berbahasa dengan memainkan isu agama iaitu "hindu". Perkara tersebut boleh menimbulkan kemarahan kepada penganut agama hindu dan boleh menyebabkan pergaduhan. Isu agama ini perlu dielakkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat dan pengguna aplikasi tersebut. Isu Agama


ISU SOSIAL Media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Twitter dan seumpamanya kian banyak digunakan pada masa kini yang menyebabkan kesantunan bahasa seseorang terjejas. Banyak penggunaan perkataan singkat yang digunakan misalnya penggunaan "knp" yang bermaksud kenapa. Selain itu, pengguna banyak menggunakan bahasa kasar dan memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak sesuai.


ISU SOSIAL Gambar di sebelah merupakan satu perbualan antara seorang guru dan muridnya. Murid tersebut menggunakan kata ganti nama diri yang kurang sopan iaitu 'aku '. Perkara ini menunjukkan isu kesantunan berbahasa murid tersebut dan boleh menyebabkan gurunya terguris hati. Penggunaan kata ganti nama diri perlulah sesuai misalnya penggunaan 'saya'. Penggunaan kata ganti nama diri


ISU SOSIAL Gambar di sebelah menunjukkan satu posting yang telah dimuat naik dalam aplikasi Facebook. Individu tersebut telah menggunakan panggilan 'Bangnon' yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim. Penggunaan panggilan ini menunjukkan kesantunan bahasa individu tersebut. Kita mesti menggunakan panggilan yang sesuai mengikut pangkat atau taraf sosial seseorang itu. Penggunaan kata panggilan


Cara Menangani Isu Kesantunan


Ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai individu contoh dan teladan kepada anak-anak (Nurul Izzah Sidek, 2007). Ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam menangani isu kesantunan bahasa dalam media sosial. Ibu bapa mestilah menjaga sikap di depan anak-anak baik dari segi tingkah laku mahupun pertuturan. Anak-anak cenderung untuk mengikut dan meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak untuk menjaga kesantunan berbahasa dimana sahaja. Didikan ini perlulah dilakukan sejak anak-anak berumur setahun jagung lagi.


Pihak sekolah atau guru boleh memainkan peranan dalam mendidik pelajar mengenai kesantunan berbahasa. Guru merupakan individu yang paling dekat dengan anak muda selepas ibubapa dan boleh menjadi teladan. Guru perlu sentiasa memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesantunan berbahasa semasa sesi pembelajaran berlaku. Contohnya, guru boleh memberi nasihat kepada pelajar yang tidak mengamalkan kesantunan berbahasa dan mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga kesantunan dalam berbahasa tidak kira dimana pun.


Pihak kerajaan seharusnya mengambil serius isu kesantunan berbahasa di media sosial. Hal ini dapat menghancurkan bahasa yang digunakan pada generasi akan datang jika dibiarkan. Misalnya, Kementerian Komunikasi Digital boleh melakukan kempen kesedaran atau ceramah untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berleluasa. Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya penggunaan kesantunan berbahasa di media sosial. Kementerian Pendidikan juga boleh mengadakan kempen kesedaran ini di kalangan pelajar sekolah untuk mendedahkan kepada mereka dengan lebih awal kebaikan menjaga kesantunan berbahasa.


Secara ringkasnya, penggunaan kesantunan berbahasa di media sosial kian diabaikan oleh masyarakat. Perkara ini dapat memberi kesan yang negatif sehingga boleh merosakkan nama bangsa Melayu yang cinta akan bahasanya. Malah, masyarakat juga akan dipandang hina dan tidak disenangi masyarakat lain. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi. Kerajaan juga mestilah mencari jalan untuk mengembalikan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat seperti masyarakat Melayu terdahulu yang terkenal dengan bahasa yang sopan, baik dan berbudi bahasa. RUMUSAN


Click to View FlipBook Version