BUMI PESONA
KETOKOHAN
BERWIBAWA:
BAPA PERPADUAN MALAYSIA
PENDAHULUAN
“kurang ajarnya tetap santun,
lembutnya cukup jantan,
dajalnya masih selamba,
nakalnya bersulam jenaka,
menikam dengan pantun,
manyanggah dengan senyuman,
marahnya dalam tertawa,
merendah bukan menyembah,
meninggi bukan melonjak.”
,
Bait-bait indah nukilan Usman Awang, sasterawan Negara yang
juga kelahiran Johor memberi gambaran jelas mengapa Bapa
Perpaduan lahirnya di bumi Johor.
Itulah Tun Hussein Onn, yang menjadi kunci utama kepada
kesejahteraan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, budaya
dan agama. Marilah sama-sama mengenali lebih dekat dan
mengingati semula jasanya sebagai panduan bersama.
PESERTA I
“Putih putih bunga melati
Ditanam kakak di pekarangan
Nama saya Sri Maha Letchmy
Izinkan saya mulakan lembaran”
Sri Maha Letchmy A/P Srivijaratanam
[email protected]
Tingkatan 4.1
SMK Sri Rahmat, Johor Bahru
PESERTA II
“Bunga Raya berseri merah
Cantik letaknya di telinga
Nama diberi cik Khadijah
Dengan Sri menyumbang bersama”
Khadijah binti Abdul Rahim
[email protected]
Tingkatan 4.1
SMK Sri Rahmat, Johor Bahru
BIODATA, PENDIDIKAN & KERJAYA
Beliau dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari 1922
merupakan anak kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946.
Ibunya bernama Datin Halimah Hussein
Menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura
Menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940
Memasuki Maktab Tentera Sandhurstdi Dehradun, India
Pulang ke Malaya dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru
Bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu
pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa
penjajahan British
Pernah meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan
melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's
Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.
Beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur
Berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah dan
mempunyai enam orang anak.
Merupakan Perdana Menteri Ketiga Malaysia
SUMBANGAN
Sebagai Menteri Pelajaran1970, di bawah pentadbiran beliau, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju
Beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh
Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru.
Beliau arif tentang hal ehwal keselamatan dan memberi penekanan kepada
konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancamandadah.
Angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan
Usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar telah
diperhebatkan
Ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya
untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi
ekonomi dan sosial.
Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba
untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan
jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi.
Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang
membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.
Amanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan
ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan
NILAI TELADAN & KESIMPULAN
Berani GIGIH Beliau sentiasa
menghadapi gigih berusaha
ancaman dan BERANI dalam
cabaran demi SEDIA pelajaran,
keamanan. politik dan
kerjaya.
Meskipun sesuatu
berlaku secara
mengejut, dengan
ilmu dan
keberanian, beliau
sedia memikul
tanggungjawab
dengan jaya.
Kesimpulannya, generasi yang bakal meneruskan legasi kepimpinan negara dan seterusnya
mewarisi Malysia sepatutnya meneladani sifat Bapa Perpaduan kita. Malaysia wujud kerana
kita semua bersatu dan perpaduan utuh itu berjaya dijana oleh Tun Hussein Onn.
Nah, cetaknya sudah ada,mari kita contohi bersama!
RUJUKAN
Perdana.org.my. (2018) Biografi Tun Hussein Onn. [Online]
http://ns1.perdana.org.my/index.php?option=com_content&view=article
&id=186&Itemid=132
Ms.Wikipedia. org (2018).Hussein Onn. [Online]
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
Anak – anak Johor yang Tersohor Bahagian 1, [Online]
http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-
tersohor.html
PRODUCTION OF:
Student Board Leaders
SMK SRI RAHMAT, JB