The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pembangunan Kelestarian dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by genia17062003, 2021-12-26 10:41:04

Pembangunan Kelestarian dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Pembangunan Kelestarian dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Search

Pembangunan Kelestarian dan
Wawasan Kemakmuran Bersama
2030

Oleh Kumpulan 3

Menerangkan Pembangunan
Kelestarian dan Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030

Nama Pensyarah: Puan Ninie Amira Binti Drahim
Kod dan Nama Kursus: Penghayatan Etika &
Peradaban(MPU21032)
Jabatan: Jabatan Perdagangan
Program: Diploma Sains Kesetiausahaan
Kelas:DSK1AK1
Sesi: 1 2021/2022
Nama Pelajar: Eugenia Ruth Empiang(20DSK21F1010)
Mitchel Anak Welfred(20DSK21F1013)
Nicolia Anak Nyalau(20DSK21F1004)
Flora Anak Besi(20DSK21F1034)

Penghargaan

Salam sejahtera kami ucapkan dan penuh rasa bersyukur kami kepada Tuhan
yang maha esa kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami iaitu Puan Ninie Amira binti Drahim atas tunjuk ajar yang
diberikan kepada kami untuk menjayakan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya Eugenia Ruth
Empiang, Flora Santhia dan Mitchell anak Welfred atas kerjasama dan komitmen
yang telah diberikan sepanjang tempoh tugasan ini diberikan.

Abstrak

Buku ini ialah sebuah buku ilmiah yang mengandungi unsur-unsur sejarah yang berkaitan dengan
Pembangunan Kelestarian dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 . Bagi menghasilkan buku ini, kami
telah membuat pencarian dan penelitian melalui kaedah melayari internet. Kami mengumpulkan segala
maklumat penting yang bersesuian dengan tajuk yang dipilih. Kemudian, kami olah semula maklumat
tersebut mengikut kefahaman masing-masing lalu digabungkan bersama. Dari hasil penelitian kami itu
tadi, kami telah mempelajari tentang Pembangunan Kelestarian dan Wawasan Kemakmuran Bersama
2030. Masing-masing mempunyai maksud yang berbeza dan disertakan dengan contoh yang sepadan.
Secara kesimpulannya, buku ini dihasilkan bagi berkongsi kefahaman mengenai Pembangunan
Kelestarian dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Kami selaku penulis berharap agar buku ini dapat
memberi manfaat kepada segenap pembaca.

Senarai isi 1.Penghargaan
kandungan 2.Abstrak
3.Definisi Pembangunan Kelestarian
dan Wawasan Kemakmuran Bersama
2030
4.Latar belakang Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 dan
matlamat pembangunan kelestarian
5.Isi kandungan
6.Penutup/Kesimpulan
7.Rujukan

Definisi Pembangunan Kelestarian dan Wawasan Kemakmuran Bersama Search
2030

Pembangunan lestari merupakan pembangunan yang dapat memenuhi keperluan semasa Save
tanpa menjejaskan keupayaan untuk memenuhi keperluan masa hadapan. Cancel
Pembangunan lestari, pembangunan mampan atau pembangunan berlanjutan merupakan
satu pendekatan pembangunan penempatan yang dikerjakan atau didiami oleh manusia yang
dijalankan secara terancang dan berterusan dengan prinsip "memenuhi keperluan sekarang
tanpa mengorbankan keperluan generasi masa akan datang".

Wawasan kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) merupakan rangka tindakan kerajaan
yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam
tempoh masa 2021 hingga 2030. Tujuannya adalah untuk meningkatkan pendapatan semua
kumpulan etnik, terutamanya Bumiputera yang terdiri daripada golongan b40 (golongan
berpendapatan rendah), miskin tegar, miskin ekonomi, mereka yang berada dalam peralihan
ekonomi, Bumiputera Orang Asli, Sabah dan Sarawak, orang kurang upaya, belia, wanita,
kanak-kanak dan warga emas.

Latar belakang Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan matlamat Search
pembangunan kelestarian

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Save
Cancel
Diumumkan pada ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan pada Mei 2019. Dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober
2019 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad selepas jurang ekonomi yang besar antara orang asli yang tidak dapat
diselesaikan. Kerana rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa di kalangan ahli politik orang asli dan penjawat awam
negara, pembangunan adil dan pengagihan semula struktur penduduk negara tidak dapat direalisasikan, seterusnya
menghalang wawasan pembangunan banyak negara pada masa lalu. Bertujuan mempromosikan kemakmuran rakyat pribumi
Malaysia dan perdana menteri dalam pelbagai sektor negara bagi memastikan sebarang pembangunan di Sabah dan Sarawak
mengikut pelan tindakan tidak akanmelanggar tanah hak adat (NCR) orang asli di wilayah masing-masing.

Matlamat Pembangunan Kelestarian

Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) diperkenalkan sewaktu persidangan United Nations Conference on Sustainable
Development di Rio de Janeiro pada 2012. SDG adalah rangka tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan
mampan untuk semua. Ia menangani cabaran-cabaran global yang kita hadapi, termasuk yang berkaitan dengan kemiskinan,
ketidaksamaan, perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar, keamanan dan keadilan. Malaysia merupakan salah sebuah
negara yang komited dengan matlamat ini dan telah mengambil langkah-langkah untuk menerapkan strategi-strategi SDG
dengan memperkenalkan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) pada tahun 2017. GTMP memainkan peranan yang penting
dalam mencapai matlamat-matlamat SDG, seperti Matlamat ke-6 (air bersih dan sanitasi), Matlamat ke-7 (tenaga yang
bersih dan berpatutan), Matlatmat ke-11 (bandaraya dan komuniti yang mampan), Matlamat ke-12 (penggunaan dan
penghasilan yang bertanggungjawab) dan Matlamat ke-13 (tindakan iklim).

Isi kandungan Search

Pembangunan lestari mempunyai 17 matlamat iaitu: Save
1) membasmi kemiskinan Cancel
2) menamatkan kelaparan
3) hidup yang sihat seta sejahtera
4) menjamin Pendidikan yang berkualiti
5) kesaksamaan jantina
6) kecapaian dan pengurusan air dan sanitasi kpd semua
7) pencapaian tenaga yang berpatutan dan dipercayai
8) pekerjaan yg lebih produktif dan mempromosikan perkembangan ekonomi
9) untuk mebina industri, inovasi dan infrastruktur
10) untuk mengurangkan ketaksamaan
11) bandar dan komuniti dalam keadaan aman dan harmoni
12) penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab
13) mengambil Tindakan dengan secepatnya utk menangani masalah perubahan iklim dan juga kesannya
14) memulihara kehidupan air
15) memelihara dan memulihara kehidupan di darat
16) keadilan damai dan institusi yg kuat
17) Kerjasama demi matlamat

Wawasan kemakmuran terbahagi kepada 3 objektif iaitu:
1. Pembangunan untuk semua(menstruktur ekonomi)
- Menstruktur semula ekonomi yang lebih progresif berpaksikan ilmu & bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat.

2. Menangani jurang kekayaan dan pendapatan (Menangani ketaksamaan)
- Menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat pada 2030.

3. Negara bersatu, makmur & bermaruah ( membina negara)
- Menjadikan Malaysia sebuah negara yang Bersatu, Makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 mempunyai 7 teras iaitu:
1. Ekosistem perniagaan & industri
2. Aktiviti pertumbuhan ekonomi utama
3. Modal insan
4. Pasaran buruh & pampasan
5. Kesejahteraan sosial pekerja
6. Keterangkuman wilayah
7. Modal sosial

Isi kandungan Search

Kelangsungan kelestarian negara melalui etika dan peradaban: Save
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada sistem pemerintahan Cancel
negara. Perlembagaan digubal berasaskan undang-undang negeri Melayu yang sedia ada dan juga tambahan unsur
baharu. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri tradisional dan moden yang menjadikan perlembagaan di
negara kita yang unik. Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa seiring dengan kemerdekaan pada 31 ogos 1957. Selepas
itu, perlembagaan dipinda bagi meyesuaikannya dengan keperluan semasa negara.

Ciri-ciri tradisional dan moden Perlembagaan Persekutuan:
1. Kesultanan atau pemerintahan beraja
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Kedudukan orang Melayu dan bumiputera
5. Kerajaan Persekutuan
6. Sistem Demokrasi
7. Kewarganegaraan

Penutup/Kesimpulan Search

Kesimpulannya, pembangunan lestari merujuk kepada kemampuan untuk memberi sokongan Save
untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain. Selain
itu, wawasan kemakmuran bersama merupakan iltizam yang menjadikan Malaysia sebuah
negara yang terus membangun secara mampan. Seterusnya, kelangsungan kelestarian
negara melalui etika dan peradaban dapat disimpulkan melalui perpaduan yang ditakrifkan
dengan keadaan rakyat yang pelbagai etnik, agama, dan wilayah hidup dengan aman dalam
masyarakat yang bersatu.

Cancel

Rujukan https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembangunan
_lestari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_Kem
akmuran_Bersama_2030#cite_note-7
https://www.iwk.com.my/my/sustainable-
development-goals
http://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdo
cuments/buku_ucapan_wkb2030
https://issuu.com/emilyleonghuiru/docs/et
ika_b__3_.pptx
https://www.youtube.com/watch?
v=MEFuGw6a0Pc

Sekian Terima
Kasih!


Click to View FlipBook Version