The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauziahmohd67, 2021-01-28 11:52:54

SOALAN LAZIM SPBT

Soalan Lazim SPBT

SOALAN DAN JAWAPAN YANG LAZIM DITANYA OLEH IBU BAPA/PENJAGA

1. Adakah murid TIngkatan 5 2021 akan menggunakan buku teks yang sama dengan murid Tingkatan 5 tahun 2020?
Tidak. Murid Tingkatan 5 Tahun 2021 akan dibekalkan dengan buku teks Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi kegunaan
tahun 2021.

2. Bilakah murid, selain murid Tingkatan 5 tahun 2020, perlu memulangkan buku teks dan mengambil buku teks baharu?
Pemulangan dan pengagihan buku teks akan dilaksanakan berdasarkan jadual pemulangan dan pengagihan secara berperingkat mengikut jadual
yang disediakan oleh pihak sekolah. Tempoh pemulangan dan pengagihan bermula dari 26 Januari hingga 2 Februari 2021.

Jadual tersebut telah dihebahkan melalui media rasmi sekolah seperti melalui Whatsapp dan Telegram ibu bapa/ penjaga , Facebook dan laman
web rasmi sekolah.

3. Siapa yang akan memulangkan buku teks tersebut?
Ibu bapa yang perlu memulangkan buku teks tersebut.Hanya seorang sahaja dibenarkan masuk dan murid-murid tidak dibenarkan berbuat
demikian.

4. Bagaimana sekiranya ibu bapa / penjaga berada di luar daerah atau negeri ?
Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan ibu bapa/ penjaga merentas negeri atau daerah untuk hadir ke
sekolah bagi tujuan pemulangan dan dan pengambilan buku teks.

5. Buku teks dipulangkan mengikut kelas tahun 2020 atau 2021 ?
Mengikut kelas tahun 2020 di mana murid tersebut berada.

6. Bagaimana dengan murid baru yang baru masuk pada tahun 2021 ?
Ibu bapa/ penjaga boleh merujuk kepada guru kelas untuk menyemak sesi atau masa pemulangan/pengagihan buku teks dan datang berurusan di
kaunter SPBT.

7. Bagaimana sekiranya ibu bapa/penjaga tidak boleh memulangkan buku SPBT kerana bergejala, dikuarantin, positif Covid 19 atau atas sebab-sebab
lain yang tidak dapat dielakkan?

Sila beri makluman kepada guru kelas bahawa tuan/puan tidak dapat hadir untuk urusan tersebut dan anak tuan/puan boleh menggunakan buku
teks digital atau buku daripada Pusat Sumber SUTAMA melalui pautan berikut:

https://drive.google.com/file/d/1WjJIeZFZss9jkNP_kp9BocOEXmwt4Tky/view?usp=drivesdk

https://fliphtml5.com/bookcase/yeygy

8. Bagaimana sekiranya buku anak saya hilang?
Tuan/puan boleh menggantikan buku tersebut atau melengkapkan Borang Akuan Mengganti yang boleh dicetak sendiri atau memperolehinya di
pondok pengawal dan serahkan borang tersebut kepada guru kelas bersama dengan bayarannya sekali. Senarai buku berserta harga telah dikongsi
oleh guru kelas dalam group ibu bapa/ penjaga.

9. Bagaimana cara menghantar buku ?
Buku mestilah diikat dengan kemas. Pastikan semua buku mencukupi mengikut senarai yang diberikan oleh guru kelas.
Untuk tingkatan 4 dan 5 sahaja, buku untuk matapelajaran teras dan elektif mesti diikat secara berasingan.. Matapelajaran teras adalah Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik , Sains , Sejarah , Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

10. Adakah Unit SPBT akan membuat sesi kedua untuk pemulangan dan pengagihan buku SPBT?
Ibu bapa/penjaga diminta berusaha sedaya upaya untuk memulangkan buku SPBT kerana sekiranya ia tidak dipulangkan, ia akan menjejaskan
peluang murid lain untuk mendapatkan buku teks tersebut. Hanya ibu bapa/penjaga yang bergejala, dikuarantin, positif Covid 19 atau sebab yang
tidak dapat dielakkan sahaja diberi pengecualian.

Anak tuan/puan dimohon untuk menggunakan buku teks digital sebagai rujukan. Sila berhubung dengan guru kelas sekiranya tuan/puan ada
masalah yang berkaitan dengan pemulangan buku.

11. Bagaimana dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi semasa pemulangan buku teks?
Tuan/puan dimohon membaca surat dan garis panduan yang diberikan sebelum mula berurusan di mana tuan/puan perlu mengikut prosedur yang
biasa seperti mengambil suhu badan, imbas kod QR Mysejahtera atau menulis nama, mensanitasi tangan, memakai pelitup muka dan sentiasa
menjaga jarak selamat 1 meter.

Laluan masuk adalah di Pintu C berhampiran Dewan Gemilang dan laluan keluar adalah melalui Pintu A (Pintu Utama).
12. Bagaimana sekiranya saya mempunyai beberapa anak yang berlainan tingkatan?

Tuan/puan boleh datang sekali sahaja dan menguruskan untuk semua anak mengikut sesi yang ditetapkan bagi salah seorang anak tuan/puan.

13. Apakah medium yang ada untuk rujukan bagi pemulangan buku SPBT?
1. Facebook rasmi sekolah
https://www.facebook.com/groups/559102117522737/?ref=share

2. Telegram rasmi sekolah
https://t.me/SMKSAUJANAUTAMAinforasmi

3. Laman web rasmi sekolah
https://www.sutama.edu.my/

4. Group Whatsapp/ Telegram Kelas


Click to View FlipBook Version