The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hannan Najwa, 2023-04-20 13:29:33

Sejarah Tulisan Khat dan Jenis-Jenis Khat

Penghasilan Produk Tugasan 4 BMMB1114

Sejarah Tulisan Khat Dan Jenis-Jenis Khat


Khat Nasakh


Sejarah Khat Nasakh Berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Khat ini menjadi terkenal pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Abatikah, mereka bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan Al-Quran. Seterusnya tesebar di timur dan barat dunia Islam 1. 2.


Khat Nasakh


Khat Thuluth


Sejarah Khat Thuluth Thuluth bermaksud satu pertiga. Khat ini direka oleh Ibu Muqlah Shirazi, seorang berbangsa Parsi. Khat ini muncul pada kurun ke-11 M. Dalam khat Thuluth, satu pertiga setiap huruf condong. Ia skrip besar dan anggun, digunakan pada hiasan masjid dalam Zaman Pertengahan. Beberapa gaya khat lain berkembang daripada Thuluth melalui perubahan kecil bentuk. Khat ini digunakan untuk menulis tajuk surah-surah dalam AlQuran. Beberapa salinan tertua Al-Quran ditulis dalam gaya khat Thuluth. 1. 2.


Khat Thuluth


Khat Diwani


Sejarah Khat Diwani Khat Diwani atau dikenali juga sebagai Khat al-Sultan disebabkan khat ini turut dipelajari oleh sultan-sultan zaman kerajaan Turki Othmaniah. Khat Diwani mula diperkenalkan oleh Ibrahim Munif seorang penulis khat selepas pembukaan kota Istanbul (Constantinople), kemudian disusun kaedah penulisannya oleh Mumtaz Bik (1280 H) sehingga menjadi tulisan yang senang dibaca. Tulisan tersebut menjadi tulisan rahsia kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada gabenor-gabenor mereka demi mengelakkan rahsia kerajaan bocor ke tangan musuh yang berkemungkinan berniat jahat kepada kerajaan Islam. Khat Diwani terbahagi kepada dua jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Jali


Khat Diwani


Khat Kufi


Khat Kufi merupakan sejenis khat yang tertua dan mempunyai banyak pecahan. Sesetengah penulis khat menyatakan bahawa Khat Kufi adalah berasal dari tulisan Nabati, Hirah dan Anbari. Dinamakan sebagai Khat Kufi disebabkan khat tersebut terkenal di daerah Kufah, Iraq. Sebelum wilayah Islam belum tersebar luas, Khat Kufi adalah tulisan yang tidak mempunyai titik ataupun baris. gunakan ukuran berserta darjah kesesuaian. Namun, pada zaman sekarang, khat ini bukan sahaja sebagai tulisan berseni, tetapi khat ini juga menjadi perhiasan untuk rumah-rumah kediaman, masjid dan logo perniagaan Sejarah Khat Kufi


Khat Kufi


Khat Farsi


Sejarah Khat Farsi Khat Farsi merupakan gaya khat yang agak berbeza gaya penulisan dan kecondongannya berbanding khat yang lain. Khat Farsi kecondongannya lebih ke kiri daripada atas menjadikan seni tersebut agak unik. Mengikut Afif al-Bahnasiy (1979), Khat Farsi mula ditulis oleh Hasan al-Farisi sekitar abad ke-4 Hijrah dan menjadi tulisan utama bagi mereka yang berbangsa Farsi dan juga mempengaruhi bangsa Hindi. Tulisan ini masyhur di Pakistan, India, Afghanistan dan di Turki. Sultan Ali al-Mashudi telah mengindahkan lagi Khat Farsi dan antara tokoh yang memperbaharui khat ini adalah Mir Imad al-Husni di Iran serta Muhammad al-Yasari di Turki


Khat Farsi


Khat Riq'ah


Khat Riqa’ah adalah tulisan pantas serta ditulis di atas daripada garisan lurus melainkan beberapa aksara huruf sahaja yang ditulis daripada atas garisan ke bawah daripada garisan .Khat ini mula diperkenalkan semasa era kerajaan Turki Othmaniah semasa pemerintahan Sultan Abd al-Majid Khan (1280 H). Penulis Khat yang telah mula menulis gaya Khat Riq’ah adalah Mumtaz Bik berbangsa Turki. Khat Riq’ah ditulis dengan pantas dan matanya agak tebal. Walaupun setiap loh hurufnya tebal, namun Khat Riq’ah mempunyai kesenian yang tersendiri. Tulisan ini boleh didapati dalam penulisan dokumentasi serta manuskrip. Khat Riq’ah juga terkenal di Mesir dan .negara utara Afrika Sejarah Khat Riq'ah


Khat Riq'ah


Tulisan Khat Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru


Kesimpulan Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan Al-Quran. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah Al-Quran. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni


Click to View FlipBook Version