The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hannan Najwa, 2022-10-16 08:58:57

E-Portfolio BMMB1074

Tugasan 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Nama : HANNAN NAJWA BINTI ABDUL RAHMAN
Angka Giliran
No. K/P : 2022182310008
Ambilan
Unit : 041113-06-0626
Kod & Nama
: PPISMP JUN 2022
Kursus
Tajuk Tugasan : BAHASA MELAYU 1
Nama Pensyarah
Tarikh Hantar : BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU

: E-PORTFOLIO

: EN.YAZI BIN KERYA

: 11 OKTOBER 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: _______________________ Tarikh:

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah
Tandatangan
Tandatangan Cop
Tarikh
Cop

Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:

Isi Kandungan

Penghargaan...........................................................................................1
1.0 Pengenalan.......................................................................................2
2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi………………………..2
2.1 Sistem Ejaan Sebelum Merdeka

2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson……………………………………………3
2.1.2 Sistem Ejaan Za’ba…………………………………………………3
2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia……………………………………………4
2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres………………………………………4
2.2 Sistem Ejaan Selepas Merdeka
2.2.1 Sistem Ejaan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya(PBMUM)…………………………………………………………..5
2.2.2 Sistem Ejaan Malindo………………………………………………5
2.2.3 Sistem Ejaan Baru………………………………………………….6
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam
Menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi ...................................................6
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Depan…………………………..7
5.0 Penutup.............................................................................................8
Rujukan.....................................................................................................

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada
pensyarah saya, En. Yazi Bin Kerya kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

1

1.0 Pengenalan
Sejarah perkembangan sistem ejaan rumi bukanlah satu permulaan yang wujud

dalam perkembangan Bahasa melayu. Sebaliknya, perkembangan sistem ejaan ini
bermula mengikut fasa kedatangan atau pengaruh asing dalam Bahasa yang akhirnya
dioalah dan dikemas kini mengikut ketamadunan bangsa Melayu. Hal ini demi
memastikan bangsa Melayu memiliki imej tersendiri dengan adanya Bahasa rasmi

Pada mulanya, kajian menunjukkan Bahasa melayu dipengaruhi Bahasa Sanskrit dan
Bahasa Arab yang digunakn dalam Bahasa Melayu klasik (Shamsul et al,2020). Rentetan
itu, semasa tanah Melayu masih berada dalam gengaman penjajah sistem ejaan rumi
telah mula dipergiatkan. Maka wujudlah, sistem ejaan Wilkinson, sistem ejaan Za’ba,
sistem ejaan Fajar Asia dan sistem ejaan Kongres.

Setelah negara Berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Oktober 1957 (Zulhimi
& Rohani, 2010), usaha untuk mempergiatkan lagi sistem ejaan rumi Kembali berlangsung
dengan lebih kompeten. Hal ini menyebabkan perkembangan sistem ejaan rumi dapat
dilihat secara berterusan dengan sistem ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia (Ejaan
MALINDO). Terakhir sekali, iaitu sistem ejaan rumi Bahasa Melayu 1972.

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi

Sejarah membuktikan bahwa sistem ejaan Belanda dan Inggeris mengusai tulisan
Bahasa Melayu oleh kerana Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Pada Ketika itu, daerah
Melayu telah dibahagikan kepada dua Kawasan iaitu Indonesia di bawah belanda
manakala Tanah Melayu diletakkan pula di bawah british atau Inggeris. Kedua-dua
penjajah tersebut menggunakan tulisan dan ejaan untuk menulis dalam Bahasa Melayu.
Belanda telah menggunakan sistem ejaan Van Ophujisen(1901) untuk menulis dalam
Bahasa melayu dalam semua penerbitannya dan juga untuk berhubung dengan rakyat.
Sistem ejaan Wilkinson pula digunakan oelh pihak Inggeris.

2

2.1 Sistem Ejaan Sebelum Merdeka

2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson (1903)

R. J. Wilkinson merupakan antara pegawai pemerintah Inggeris yang
berperanan unutk memperbaiki sistem persekolahan di Tanah
Melayu..Sistem ejaan Wilkinson merupakan perancangan ejaan di Tanah
Melayu yang pertama. Sistem ini telah diusahakan oleh Jabatan Pelajaran di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan dengan menubuhkan jawatankuasa ejaan pada tahun 1902.
Jawatankuasa ini terdiri daripada anggota tinggi seperti H. Conway Belfield,
D. G. Campbell dan R. J. Wilkinson sendiri sebagai pengerusi. Jawatankuasa
ini ditugaskan untuk mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan rumi.
Selain itu, sistem ejaan Wilkinson ini juga untuk memperkemaskan sistem-
sistem ejaan sebelumnya seperti Sistem Marsden (1812) dan Shellaber (1901)

2.1.2 Sistem Ejaan Za’ba

Za’ba merupakan pakar bahasa yang disanjungi kerana pengetahuan
dan minatnya ynag mendalam terhadap bahasa sehingga beliau telah
dianugerahkan gelaran Pendeta semsa kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu pada tahun 1956 (Ahmad & Tasnim,2020). Za’ba telah
mengemukakan bahawa sistem ejaan rumi beliau ini merupakan sistem
tulisan sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu sebelum Perang
Dunia Kedua. Nama lain bagi sistem ejaan ini adalah Ejaan Sekolah kerana
digunakan di kebanyakan sekolah di Tanah Melayu.

Za’ba tidak menggunakan teori dan Teknik linguistik untuk mencipta
sistem ejaan rumi Bahasa Melayu sebaliknya beliau berbuat demikian bukan
berlandaskan keterangan lengkap tentang fonetik atau bunyi dalam bahasa
Melayu. Dalam erti kata mudah, penghuraian sistem ejaan rumi beliau tidak
menggunakan unsur saintifik. Beliau melambangkan fonetik Bahasa Melayu
dengan huruf rumi dan menyesuaikannya dengan semua huruf jawi yang
digunakan dalam sistem ejaan Jawi.

3

2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia

Sistem ejaan Rumi Fajar Asia adalah kaedah ejaan yang digunapakai
dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura pada
tahun 1943 yang mana Za’ba sebagai ketua pengarang. Menurut
Muhammed Salehudin (2016), sistem ini ditubuhkan dan digunakan dalam
masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu melalui terbitan majalah
Fajar Asia. Majalah ini diterbitkan dan diedarkan sekitar tahun 1943. Kaedah
yang diterapkan dalam majalah Fajar Asia merupakan satu kaedah yang
diambil daripada sistem ejaan Wilkinson dan ejaan Za’ba. Pada tahun 1945,
iaitu selepas berakhirnya pendudukan Jepun, ejaann ini terhenti
penggunaannya dan sistem ejaan Za’ba digunakan semula di Tanah Melayu.

2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres

Sistem ejaan kongres merupakan sistem ejaan rumi Bahasa melayu
yang telah dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang
diadakan kali ketiga pada tahun 1956.Sebenarnya sekitar tahun 1950
sehingga 1956, berlaku pergolakan untuk menentukan jenis tulisan Bahasa
Melayu yang rasmi iaitu antara tulisan rumi ataupun tulisan Jawa. Maka,
pada tahun 1956 kongres kali ketiga telah menetapkan untuk menjadikan
tulisan rasmi Bahasa Melayu ialah tulisan rumi (Zurina & Adi,2020).

Berdasarkan kongres ini,terdapat empat dasar yang dirumuskan iaitu
ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disamakan atau disatukan. Hal
ini bagi memastikan sistem ejaan rumi dapat diseragamakn memandangkan
itu antara usaha yang dilakukan oleh Za’ba semasa mengendalikan Fajar
Asia. Selain itu, sistem ejaan kongres menetapkan agak peraturan ejaan
yang ingin dilakukan haruslah peraturan yang mudah. Hal ini menyebabkan
sistem fenologi dapat diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada
sistem fonetik atau satu fenom hendaklah digambarkan dalam satu huruf
sahaja. Malahan, pengejaan hendaklah sekata mengikut kaedah satu dan
semacam. Akhir sekali ialah kata-kata yang dipinjam dariapda bahasa asing
hendaklah disusun pengejaannya mengikut hukum fonologi bahasa Melayu

4

2.2 Sistem Ejaan Selepas Merdeka

2.2.1 Sistem Ejaan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)

Sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM) adalah sistem ejaan rumi yang digunakan dalam Jurnal Bahasa
dan telah diterbitkan oleh PBMUM pada tahun 1959. Secara dasarnya,
sistem ejaan rumi PBMUM bukanlah kaedah sistem ejaan rasmi yang telah
diperakukan. Namun, Tindakan ini diambil sebagai satu inisiatif untuk
percubaan melanjutkan ke arah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia. Hal ini demikian kerana, sistem ejaan ini hamper
menyerupai sistem ejaan yang diketengahkan oleh sistem ejaan Fajar Asia.

PBMUM telah mengusulkan tentang sistem ejaan PBMUM semasa
Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu yang ke-2 pada tahun 1956.
Cadangan PBMUM ini mencangkupi penolakan huruf-huruf kembar ataupun
rangkap konsonan. Hal ini menyebabkan fonem perlu digantikan dengan
huruf lain seperti fonem ch digantikan dengan c. Selain itu, ejaan Malaya
hendaklah dicantumkan dengan ejaan Indonesia dengan kadar segera.
Malahan,PBMUM juga menekankan agar ejaan ‘pun’ dipisahkan yang
bereerti ‘juga’ dan sebaliknya. Selain itu, fonem ‘ain’ dan fonem ‘hamzah’
tidak berlaku sebarang perubahan memandangkan ejaan rumi diolah sedikit
daripada tulisan Jawi (Muhammad Arif,1994).

2.2.2 Sistem Ejaan Malindo

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), pada tahun 1959,satu mesyuarat
unutk menstandardkan sistem ejaan Rumi telah dijalankan. Sebuah
Jawatankuasa telah dibentuk unutk menghalusi Ejaan Kongres dan
membuat hubungan dengan pihak Indonesia unutk tujuan penyelarasan.
Natara persetujuan yang dicapai dalam sistem ejaan ini adalah sistem ini
mengandungi 6 huruf vokal (a,e,e,i,o dan u),tiga diftong (ay,aw dan oy).
Selain itu, fonem f,s dan z hendaklah digunakan untuk menggambarkan
kata-kata asing. Perselisihan politik antara Malaysia dan Indonesia
memyebabkan sistem ini akan digunakan sepenuhnya pada tahun 1964.

5

2.2.3 Sistem Ejaan Baru

Perbincangan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia
tentang ejaan Bersama terjadi setelah berakhirnya konfontasi Indonesia-
Malaysia (1963-1966). Sebagai hasil dari usaha bersama-sama kedua-dua
negara ini, ejaan rumi Bahasa Malaysia baru telah dibentuk. Keselarasan
antara ejaan rumi ini memfokuskan kepada keselarasan huruf vokal yang
mempunyai pengejaan kata jati daripada bahasa Melayu dan pengejaan
kata pinjaman daripada bahasa asing (Mohd Naim,1991).

Ini kemudian dikenali sebagai ejaan rumi Bahasa Melayu baru, seperti
yang terkandung dalam Pedoman umum untuk ejaan rumi baru Bahasa
Melayu pada tahun 1972. Di Indonesia, sistem ini juga dikenali sebagai
ejaan Bahasa Indonesia yang diperluas. Ejaan Bersama ini dilancarkan
secara serentak oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
di Kuala Lumpur manakala Presiden Soeharto melancarkannya di Jakarta
pada tanggal 16 Ogos 1972. Ejaan baru ini merupakan muafakat Malaysia-
Indonesia yang akan menggantikan Ejaan Za’ba di Malaysia dan Ejaan
Soewandi di Indonesia. Hal ini dapat dilihat melalui usaha secara bersama
yang berterusan dalam merancang pembinaan bahasa dalam jangka masa
yang panjang.

3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam Menyeragamkan Sistem Ejaan
Rumi

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mula ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebelum
Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan. DBP diletakkan di bawah seliaan Kementerian
Pendidikan Malaysia. DBP dibina di Johor Bahru hasil daripada keputusan Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang
begitu penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah,
kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah
organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan
menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang
merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah
mahupun sekolah menengah.

6

Pihak DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa
Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh
DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang
kesusasteraan, pendidikan dan juga industri percetakan Negara. Menurut Bekas Menteri
Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990:1) bahawa Dewan Bahasa dan
Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul
buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai
medium penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan
dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya. Dalam masa yang
sama DBP juga memerlukan penglibatan para sarjana, pengkritik dan pemantau bahasa,
agar buku-buku terbitan DBP dapat dianalisa dan diberi ulasan-ulasan fragmentasi atau
resensi buku, agar orang ramai akan dapat menikmati dan memahami intipati buku-buku
yang diterbitkan oleh DBP.

4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Depan

Sistem ejaan rumi terus diperkasakan agar ejaan ini tidak lapuk pada zaman yang
kian membangun maju ini. Antara cabaran pada masa kini adalah penggunaan bahasa
rojak. Penggunaan bahasa rojak ini berleluasa akibat daripada media sosial. Namun,
penggunaan bahasa rojak ini telah dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka
ketika perdagangan antarbangsa. Penggunaan bahasa ini juga telah menjadi satu
kebiasaan dalam kehidupan setiap individu ketika berkomunikasi. Hak ini demikian
kerana, mereka beranggapan bahasa rojak lebih mudah unutk digunakan berbanding
bahasa Melayu baku. Namun, ia boleh menjejaskan darjat sesebuah bahasa.

Seterusnya, sikap rakyat Malaysia sendiri yang tidak berbangga dengan bahasa
Melayu yang diguna pakai pada masa kini. Sikap tidak yakin seseorang individu dalam
penggunaan bahasa Melayu mengakibatkan bahasa Melayu itu sendiri dipandang rendah.
Justeru, menyukarkan pihak yang bertanggungjawab atau diri sendiri untuk
memartabatkan bahasa Melayu dan seterusnya akan dipandang rendah oleh orang lain.

Akhir sekali, kurangnya bahan rujukan dan buku yang ditulis dalam bahasa Melayu
juga tekah menjadi salah satu cabaran dalam memperkasa sistem ejaan rumi. Hal ini
menjadikan para pelajar yang ingin membuat rujukan dan pembacaan perlu
menggunakan sumber daripada bahasa Inggeris kerana ia mudah untuk didapatkan.

7

5.0 Penutup
Sebagai penutup wacana, berdasarkan analisis terhadap sejarah perkembangan

sistem ejaan rumi pascamerdeka dan selepas merdeka jelaslah bahawa sistem ejaan
rumi merupakan elemen terpenting dalam memastikan Bahasa Melayu dapat terus
digunakan oleh rakyatnya. Hal ini demi memastikan penggunaan Bahasa melayu
penulisan dan pertuturan dapat diaplikasikan dengan sebaiknya menggunakan sistem
ejaan rumi. Menurut Za’ba, tanggungjawab memajukan dan mengangkat darjat Bahasa
dan pengembangannya jauh lebih sukar dan mendesak jika dibandingkan dengan
gembar-gembur yang dimainkan oleh percaturan politik (Ahmad&tasnim,2020)

Konklusinya, bahasa Melayu memainkan peranan penting yang tinggi dalam
kehidupan harian kita. Ia bertindak sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa
perpaduan, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi. Dunia semakin berkembang,
masyarakatnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga dengan bahasa
Melayu. Sejak dahulu bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi
yang begitu tinggi, kepada kemasukan istilah-istilah baru dan kata asing. Dinamika ini
amat diperlukan untuk memastikan bahasa melayu tidak terkubur seperti yang berlaku
kepada bahasa Sanskrit.

8

Rujukan

blogspot. (2010, August 2). Retrieved from Sistem Ejaan Malindo: http://caeser-
rio.blogspot.com/2012/08/sistem-ejaan-malindo-menurutsiti-hajar.html

Moain, A. J. (1992). Perkembangan Penggunaan Tulisan dalam Bahasa Melayu. Jurnal
Bahasa, 1060-1967.

Musa, H. (2006). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

nrllysazm. (2021, November 15). Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi. Retrieved from
anyflip: https://anyflip.com/dtfgb/knjf/basic

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu 1975. (n.d.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Shamsul Aizuwan Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff. (2020). Pergenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version