BUDAYA HEDONISME
MPU 23042 -NILAI
MASYARAKAT MALAYSIA
NAMA AHLI KUMPULAN :
JOSSEY JOYNNA CRIA ANAK DANGGANG
(20DKA21F128)
VIRGINIA GLORIA ANAK JICKY
(20DKA21F1065)
PUAN FAYZATOL JAAMIYAH BINTI ABDULL RAHIM
KATA PENGHARGAAN 2
Setinggi-tinggi syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, E-book ini dapat dilancarkan sebagai
panduan atau rujukan kepada semua pembaca. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar
hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Fayzatol Jamiyaah Binti Abdull Rahim, selaku
pensyarah kursus kerana telah banyak membantu saya dalam melaksanakan E-book. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada selaku ahli kumpulan saya yang memberi kerjasam yang baik
dalam menjalankan E-book.Secara khususnya, e-book ini memperkatakan pelbagai isu semasa, kesan dan
cabaran dalam mengatasi budayA hedonisme masyarakat di Malaysia. E-Book ini dihasilkan sebagai satu
inisiatif bagi membantu pensayarah dan pelajar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara kolaberatif dan interaktif bersesuaian deng
an fenomena pendidikan norma baharu. E-Book ini juga
menyediakan kandungan yang padat berasaskan keperluan dalam mengatasi budaya hedonisme
masyarakat di Malaysia. Di samping itu, E-Book ini menyediakan latihan pengukuhan yang menguji minda
pelajar serta pembaca. E-Book ini juga sesuai dibaca oleh masyarakat awam yang ingin mengetahui
faktor, kesan dan cara terbaik dalam mengatasi cabaran-cabaran masalah sosial yang semakin
membimbangkan di negara kita. Diharapakan E-Book ini memberi impak yang besar kepada
pembangunan modal insan yang holistik.Akhirnya, E-Book ini dapat diterbitkan dengan bantuan sokongan
dan komitmen semua pihak . Ribuan terima kasih kepada Pn. Fayzatol Jamiyaah binti Abdul Rahim,
Pensyarah kursus bagi subjek Nilai Masyarakat Malaysia ini kerana telah banyak memberi komen dan
membantu penambahbaikan dalam menyediakan dan menghasilkan E-Book ini.
ISI KANDUNGAN 3
MUKA DEPAN 1
KATA PENGHARGAAN 2
PENGENALAN 4
OBJEKTIF 5
FAKTOR BUDAYA HEDONISME 6
KESAN BUDAYA HEDONISME 9
CARA MENGATASI 10
CONTOH ISU 12
RUMUSAN 14
AKTIVITI PENGUKUHAN 15
RUJUKAN 16
4
PENGENALAN
Hedonisme merupakan budaya baru yang wujud kesan daripada proses
globalisasi yang berlaku dengan pesat. Hedonisme juga diertikan
sebagai kepuasan rasa dan kenikmatan yang menjadi ukuran tingkah
laku sesuatu perbuatan yang baik. Hedonisme menilai kebaikan hanya
berdasarkan kepada keseronokan semata - mata. Nilai moral dianggap
mempunyai persamaan dengan nilai kebaikan yang diperoleh dalam
budaya hedonisme ini. Penganut fahaman ini dikenali sebagai hedonis
dan sifat golongan ini yang mementingkan keseronokan disebut sebagai
hedonistik.
OBJEKTIF 5
MENGENAL PASTI KEWUJUDAN BUDAYA HEDONISME DI MALAYSIA
MENGKAJI SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BUDAYA HEDONIME DI MALAYSIA
MENCARI FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH MENGATASI CABARAN
MEMBERI CONTOH ISU CABARAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA
RUMUSAN KESELURUHAN MENGENAI BUDAYA HEDONISME
FAKTOR BUDAYA 6
HEDONISME
Melalui perkembangan media massa,
pengaruh budaya hedonisme ini dapat
menular ke negara ini dengan begitu
mudah.
Wujudnya pelbagai pusat hiburan dan pusat
perjudian budaya hedonisme ini begitu cepat
menular di kalangan remaja yang mudah
terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti
yang dianggap dapat menghilangkan rasa
bosan terutama remaja di bandar besar.
7
Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan
rumah tangga yang berpunca daripada perceraian,
poligami dan sebagainya juga memberi tekanan
kepada jiwa para remaja dan anak-anak. Sekaligus
menyebabkan mereka bertindak mencari
ketenangan di luar rumah.
Kurang pengawalan atau pengawasan ibubapa sikap
ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan
kepada anak-anak juga memberi peluang kepada
remaja-remaja ini untuk keluar bersiar-siar dan
menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang
tidak bermanfaat.
8
Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan
muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat ketenangan
jiwa dan inilah menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam
kancah budaya hedonisme.
KESAN CABARAN 9
Menggagalkan usaha remaja menjadi Meningkatkan gejala sosial dalam
golongan yang manusia yang sempurna kalangan remaja dan belia
dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
Golongan remaja dan belia semakin
Menggagalkan usaha kerajaan jauh dari pada nilai-nilai keagamaan
untuk melahirkan masyarakat
yang berwawasan dan berilmu
pengetahuan
Keruntuhan akhlak dalam
golongan remaja
Ibubapa perlu memainkan peranan yang 10
penting dalam mendidik anak - anak mereka
CARA
agar tidak mudah terpengaruh dengan MENGATASI
budaya yang negatif
Pihak berkuasa boleh membuat
pemantauan yang disyaki mempunyai unsur
- unsur hedonism yang melibatkan remaja.
Masyarakat juga perlu melaporkan
kegiatan hedonism kepada PBT agar dapat
menangi masalah hendonime
11
Ahli keluarga perlu meluangkan masa
bersama dan menasihati adik - beradik yang
lain agar tidak mudah bergaul dengan
remaja yang dipengaruhi budaya hedonisme
Menerapkan nilai - nilai sivik dan
moral dalam pembelajaran di sekolah
pada semua peringkat
CONTOH ISU BUDAYA 12
HEDONISME
Remaja terlalu melebihkan hiburan yang
melampau seperti bermain telefon pintar
tanpa pemantauan ibubapa
Remaja sering melakukan aktiviti yang Bebas melakukan aktiviti yang tidak
tidak berfaedah seperti melepak di bermoral seperti seksual, menagih
lorong - lorong yang gelap atau di
pusat membeli belah dadah dan merokok merata
13
Pergi ke pusat karaoke atau kelab malam
beramai - ramai tanpa pengetahuan
ibubapa
Membeli belah menggunakan kad credit
ibubapa sesuka hati
RUMUSAN 14
SECARA UMUMNYA, BUDAYA HEDONISME AMATLAH DITITIKBERATKAN OLEH
MASYARAKAT PADA MASA KINI KERANA BUDAYA INI MEMBAWA IMPAK YANG
NEGATIF KEPADA GENERASI MUDA. OLEH HAL YANG DEMIKIAN, IBUBAPA DAN
KERAJAAN HENDAKLAH BERGANDING BAHU BAGI MENGATASI MASALAH INI AGAR
GENERASI YANG BARU TIDAK AKAN MUDAH TERJEBAK DALAM DUNIA GLOBALISASI
SEPERTI BUDAYA HEDONISME.
AKTIVITI 15
PENGUKUHAN
SOALAN 1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HEDONISME
SOALAN 2 BERIKAN DUA CONTOH BUDAYA HEDONISME DI
SOALAN 3 NEGARA LUAR
APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA
GENERASI MASA KINI INGKAR AKAN NASIHAT
KELUARGA DAN BERTINDAK AGRESIF HANYA UNTUK
BERSERONOK?
RUJUKAN 16
http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/kesan-negatif-budaya-hedonisme.html
http://journalarticle.ukm.my/16949/1/46771-151086-1-SM.pdf
https://123dok.com/document/yjmv31my-budaya-hedonisme-definisi-punca-punca-kesan-dan-
penyelesaiannya.html
http://cahayapermataaa.blogspot.com/p/faktor-berlakunya-pergaulan-bebas.html
https://www.gramedia.com/best-seller/gaya-hidup-hedonisme/
17
E-BOOK INI MENJELASKAN CABARAN - CABARAN YANG YANG WUJUD DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT DI MALAYSIA. ANTARA CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA
YANG DIBINCANGKAN DALAM E-BOOK INI IALAH IDEOLOGI SONGSANG, PENGARUH BUDAYA LUAR,
PENDIDIKAN, SAINS DAN TEKNOLOGI, GEJALA SOSIAL, JENAYAH SIBER, HEDONISME DAN
MATERIALISME. PERBINCANGAN CABRAN - CABARAN INI TELAH DISESUAIKAN DENGAN
MENGHUBUNGKAITKAN ISU SEMASA YANG SEMAKIN BERLELUASA DISEBABKAN FAKTOR - FAKTOR
YANG MEMPENGARUHINYA DARI PELBAGAI SUDUT, E-BOOK INI JUGA MENJELASKAN KESAN -
KESAN DARIPADA CABARAN TERSEBUT SERTA MENGEMUKAKAN USAHA - USAHA DALAM
MENGATASI MASALAH TERSEBUT DARIPADA TERUS MENULAR