The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ismail Drahman, 2020-06-04 20:01:23

Manual Kerja Kursus (Kerja Kursus)

Bahasa Melayu Kertas 5(9105)

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek)
Bahasa Melayu
Kertas 5 (910/5)

Semester 3 Tahun 2020

PERINGATAN:
Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja dan tidak boleh
dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Manual ini terdiri daripada 32 halaman bercetak.
© Hak cipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2020.

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

KANDUNGAN Halaman
Perkara
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA 3
1 Pengenalan 3
2 Objektif 3
3 Pelaksanaan Kerja Kursus 3
3.1 Arahan Kerja Kursus 3
4
3.2 Tanggungjawab Pengetua
5
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 6
7
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 8
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 8

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 9
9
BAHAGIAN II: CALON
10
3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 10
3.6.1 Penulisan Esei Ilmiah 10
3.6.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah
11
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 13
3.7.1 Penulisan Esei Ilmiah 17
3.7.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah
19
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
3.8.1 Penulisan Esei Ilmiah 19
3.8.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah
20
3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus
21
4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
22
4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
4.2 Sekolah Swasta 22
4.3 Calon Persendirian Individu 23
24
5 Format Penulisan 25
26
6 Struktur Penulisan 30
31
7 Penskoran

8 Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah)
Bahasa Melayu

9 Borang yang Digunakan

10 Contoh Tajuk

Lampiran 1: Muka Hadapan Kerja Kursus
Lampiran 2: Borang Perakuan Calon
Lampiran 3: Borang Rekod Kerja Kursus Calon
Lampiran 4: Borang Markah Kerja Kursus Calon
Lampiran 5: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

Tema kerja kursus 2020

2 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

1 PENGENALAN

Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah
kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis semester 1, 2, dan
3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.

2 OBJEKTIF

Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan
keupayaan calon untuk

2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu

2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini

2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini berasaskan pembelajaran
sepanjang semester

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS

3.1 Arahan Kerja Kursus

(a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua
calon pada semester 3.

(b) Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM.

(c) Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan
pelajaran.

(d) Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi semester 3 juga boleh dijadikan tema kajian
esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklah
diajarkan pada awal semester 3.

(e) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang semester 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

(a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus (KK) Tingkatan Enam peringkat sekolah

(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat
bimbingan daripada guru

(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran
dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang
berasingan

(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan
penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon

(e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan

(f) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang
ditetapkan

(g) Mengesahkan markah kerja kursus yang diperoleh calon dengan menandatangani
Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) [Lampiran 5]

(h) Memastikan guru menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM mengikut
tarikh yang ditetapkan
3 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(i) Memastikan guru menghantar BRuMKK ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas
penghantaran markah dalam e-submission

(j) Memastikan guru menyemak markah kerja kursus calon yang dimuat naik di portal
MPM pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM

(k) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidence penulisan esei ilmiah calon
di sekolah

(l) Memastikan guru menyimpan evidence penulisan esei ilmiah calon dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(m) Memastikan evidence penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Menandatangani Borang Akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5) dan
menyerahkannya kepada urus setia semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar kepada
MPM

(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(d) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM

(e) Menjalankan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk penulisan esei
ilmiah

(f) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei
ilmiah

(g) Mengisi Borang Rekod Kerja Kursus Calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan

(h) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

(i) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih

(j) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber

(k) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya
pada 24/9/2020 untuk disemak dan dinilai

(l) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon

(m) Mengadakan sesi pembentangan mulai 28/9/2020 hingga 27/10/2020

(n) Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu

(o) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani
oleh calon, Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3), dan Borang Markah
Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)

(p) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan perisian
e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

PERINGATAN: Guru mestilah memastikan bahawa markah yang dimasukkan
dalam e-submission adalah BETUL.

(q) Menghantar BRuMKK ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran
markah dalam e-submission (guru mestilah menyimpan satu salinan borang markah
yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru)

4 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(r) Menyemak markah kerja kursus calon yang dimuat naik di portal MPM pada tarikh
yang ditetapkan oleh MPM

PERINGATAN: Guru mestilah memastikan bahawa markah yang tertera di
portal MPM adalah BETUL.

(s) Menyimpan evidence penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga
tarikh keputusan STPM diumumkan

(t) Melupuskan evidence penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan

CATATAN: Sekiranya guru memerlukan penjelasan lanjut berkaitan dengan kerja
kursus, sila hubungi Jurulatih Utama Negeri (JU). Maklumat JU boleh diperoleh
daripada Sektor Pentaksiran dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Negeri,
(u.p. Pegawai Meja STPM).

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai
pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Menandatangani Borang Akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5
(910/5) dan menyerahkannya kepada urus setia semasa taklimat kerja kursus,
untuk dihantar kepada MPM

(c) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan

(d) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yang
diberikan oleh guru sekolah swasta

(e) Menilai pembentangan calon secara individu

(f) Menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)

(g) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

PERINGATAN: Pemeriksa mestilah memastikan bahawa markah yang
dimasukkan dalam e-submission adalah BETUL.

(h) Menghantar BRuMKK ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas
penghantaran markah dalam e-submission (pemeriksa mestilah menyimpan satu
salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus
pemeriksa)

(i) Menyemak markah kerja kursus calon yang dimuat naik di portal MPM pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM

PERINGATAN: Pemeriksa mestilah memastikan bahawa markah
yang tertera di portal MPM adalah BETUL.

(j) Menyimpan evidence penulisan esei ilmiah calon di sekolah masing-masing atau
di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan

5 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk
menyimpan evidence penulisan esei ilmiah sahaja)

(k) Melupuskan evidence penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak
dibenarkan untuk menyimpan evidence penulisan esei ilmiah sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Menandatangani Borang Akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5
(910/5) dan menyerahkannya kepada urus setia semasa taklimat kerja kursus,
untuk dihantar kepada MPM

(c) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitu
kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa
penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan

(d) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei
ilmiah

(e) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
kepada calon

(f) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang
ditetapkan

(g) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan

(h) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannya
kepada calon

(i) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah

(j) Menilai pembentangan calon

(k) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

PERINGATAN: Pemeriksa mestilah memastikan bahawa markah yang
dimasukkan dalam e-submission adalah BETUL.

(l) Menghantar BRuMKK ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas
penghantaran markah dalam e-submission (pemeriksa mestilah menyimpan satu
salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus
pemeriksa)

(m) Menyemak markah kerja kursus calon yang dimuat naik di portal MPM pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM

PERINGATAN: Pemeriksa mestilah memastikan bahawa markah
yang tertera di portal MPM adalah BETUL.

(n) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2), Borang Rekod
Kerja Kursus Calon (Lampiran 3), dan Borang Markah Kerja Kursus
Calon (Lampiran 4)

(o) Menyimpan evidence penulisan esei ilmiah calon di sekolah masing-masing atau
di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan
STPM diumumkan

6 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(p) Melupuskan evidence penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
diberikan oleh MPM

(d) Menjalankan PdPc untuk penulisan esei ilmiah

(e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei
ilmiah

(f) Mengisi Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3) pada setiap kali sesi
pertemuan diadakan

(g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih

(i) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-
lewatnya pada 21/9/2020 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM

(j) Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang
dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai

(k) Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang
dilantik oleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 6/10/2020 hingga
20/10/2020.

(l) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani
oleh calon dan Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3)

7 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

BAHAGIAN II: CALON

3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.6.1 Penulisan esei ilmiah

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk
melaksanakan penulisan esei ilmiah

(d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

(e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(f) Mengikuti sesi PdPc bagi penulisan esei ilmiah

(g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut
format yang ditetapkan oleh MPM

(h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk
membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan
merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3)

(i) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

(j) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

(k) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

(l) Melampirkan borang soal selidik, jika ada

(m) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru
mengikut tarikh yang ditetapkan

3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh
setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

(b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama
5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab
bagi setiap kumpulan.

(c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan
hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.

(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.

(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.

(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

(h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.

8 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

3.7.1 Penulisan esei ilmiah

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk
melaksanakan penulisan esei ilmiah

(d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

(e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(f) Mengikuti sesi PdPc bagi penulisan esei ilmiah

(g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut
format yang ditetapkan oleh MPM

(h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk
membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan
merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3)

(i) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

(j) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

(k) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

(l) Melampirkan borang soal selidik, jika ada

(m) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru
mengikut tarikh yang ditetapkan

3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh
setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

(b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama
5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab
bagi setiap kumpulan.

(c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan
hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.

(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.

(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.

(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

(h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.

9 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

3.8.1 Penulisan esei ilmiah

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

(c) Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(d) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(e) Merancang jadual kerja

(f) Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu berdasarkan tajuk yang
dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM

(g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang
berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

(h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi, jika ada

(i) Melampirkan borang soal selidik, jika ada

(j) Menghantar penulisan esei imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada
pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dan
tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa.

(b) Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit.
5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab.

(c) Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan
oleh pemeriksa atau rakan calon yang lain.

(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.

(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.

(f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

(a) Calon mestilah menghasilkan penulisan esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-
mana sumber.

(b) Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan esei boleh diadakan dalam waktu PdPc.
Namun demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana
pihak.

(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon
akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.

(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei
daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.

10 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Mei 2020
 Manual kerja  Melayari portal MPM  Melayari portal MPM MPM memuat
kursus untuk memuat turun untuk memuat turun naik manual pada
Manual Kerja Kursus Manual Kerja Kursus 4 Mei 2020.
Bahasa Melayu yang Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa, untuk guru, pemeriksa,
dan calon dan calon

15/6/2020  Pengenalan  Memberikan penerangan  Mendengar penerangan
hingga penulisan esei kepada calon tentang guru mengenai aspek
ilmiah pelaksanaan penulisan tugasan yang perlu
19/6/2020 esei ilmiah dari aspek dilaksanakan
 Penentuan tugasan dan tarikh akhir
22/6/2020 tajuk penulisan penyerahan tugasan  Memahami skop tugasan
hingga esei ilmiah
 Membimbing calon untuk  Merancang jadual kerja
18/9/2020  PdPc dan menentukan tajuk
pelaksanaan penulisan esei ilmiah  Membincangkan
penulisan esei yang relevan dengan tema penentuan tajuk
ilmiah yang dipilih bersama-sama dengan
guru berdasarkan tema
 Mengadakan sesi PdPc di yang dipilih
dalam bilik darjah
tentang penulisan esei  Mengikuti sesi PdPc dan
ilmiah mempelajari teknik
penulisan esei ilmiah
 Membimbing calon
melaksanakan tugasan  Melaksanakan tugasan Guru dan calon
berdasarkan tajuk yang mesti
 Menilai elemen ditentukan merekodkan
kemahiran insaniah butiran
 Mengadakan pertemuan perjumpaan
dengan guru untuk dalam
mendapatkan bimbingan Lampiran 3.

 Mengumpul data dan Penilaian
maklumat yang kemahiran
diperoleh daripada insaniah
pelbagai sumber dilakukan
sepanjang
 Menyusun dapatan pelaksanaan
penulisan esei
 Mempersembahkan data ilmiah.
dalam bentuk penulisan
esei ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan

 Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap penulisan esei
ilmiah

11 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

21/9/2020  Penghantaran,  Menerima penulisan esei  Menghantar penulisan Calon boleh
hingga penyemakan, ilmiah daripada setiap esei ilmiah mengikut menghantar
dan penilaian kumpulan calon tarikh yang telah penulisan esei
21/10/2020 penulisan esei ditetapkan kepada guru ilmiah sebaik
ilmiah sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.

 Menyemak dan menilai  Menyediakan bahan Guru hendaklah
kerja kursus setiap untuk pembentangan menyemak dan
kumpulan calon mengikut menilai penulisan
kriteria penilaian yang esei ilmiah calon
ditetapkan oleh MPM sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.

Guru perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.

28/9/2020  Pembentangan  Menilai pembentangan  Membentangkan
hingga oleh calon penulisan esei ilmiah penulisan esei ilmiah
calon secara individu dalam masa 5 hingga 10
27/10/2020 minit seorang pada
tarikh dan masa yang
 Penilaian oleh ditetapkan
guru

2/11/2020  Penghantaran  Menghantar markah  Tidak berkenaan
hingga markah penulisan dan
keseluruhan pembentangan esei
20/11/2020 kepada MPM ilmiah kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission

November  Penyimpanan  Menyimpan evidence  Tidak berkenaan
2020 evidence penulisan esei ilmiah
hingga calon di sekolah dari
tarikh penyelarasan tamat
Oktober hingga enam bulan
2021 selepas keputusan STPM
diumumkan

12 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

4.2 Sekolah Swasta

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Catatan
Pemeriksa

Mei 2020  Manual  Melayari portal  Melayari portal  Melayari portal MPM memuat
kerja kursus MPM untuk MPM untuk naik manual
memuat turun MPM untuk memuat turun pada
Manual Kerja Manual Kerja 4 Mei 2020.
Kursus Bahasa memuat turun Kursus Bahasa
Melayu yang Melayu yang
disediakan oleh Manual Kerja disediakan
MPM untuk oleh MPM
guru, pemeriksa, Kursus Bahasa untuk guru,
dan calon pemeriksa, dan
Melayu yang calon

disediakan oleh

MPM untuk guru,

pemeriksa, dan

calon

15/6/2020  Pengenalan  Memberikan  Mendengar  Tidak
hingga penulisan penerangan penerangan guru berkenaan
esei ilmiah kepada calon mengenai aspek
19/6/2020 tentang tugasan yang
 Penentuan pelaksanaan perlu
tajuk penulisan esei dilaksanakan
penulisan ilmiah dari
esei ilmiah aspek tugasan  Memahami skop
dan tarikh akhir tugasan
penyerahan
tugasan  Merancang jadual
kerja
 Membimbing
calon untuk  Membincangkan
menentukan penentuan tajuk
tajuk penulisan bersama-sama
esei ilmiah yang dengan guru
relevan dengan berdasarkan tema
tema yang yang dipilih
dipilih

13 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Catatan
Pemeriksa
Guru dan calon
22/6/2020  PdPc dan  Mengadakan sesi  Mengikuti sesi  Tidak mesti
hingga pelaksanaan PdPc di dalam PdPc dan berkenaan merekodkan
penulisan bilik darjah mempelajari teknik butiran
18/9/2020 esei ilmiah tentang penulisan penulisan esei  Tidak perjumpaan
esei ilmiah ilmiah berkenaan dalam
Lampiran 3.
 Membimbing  Melaksanakan
calon tugasan Penilaian
melaksanakan berdasarkan tajuk kemahiran
tugasan yang ditentukan insaniah
dilakukan
 Mengadakan sepanjang
pertemuan dengan pelaksanaan
guru untuk penulisan esei
mendapatkan ilmiah.
bimbingan

 Menilai elemen  Mengumpul data
kemahiran dan maklumat yang
insaniah diperoleh daripada
pelbagai sumber

 Menyusun dapatan

 Mempersembahkan
data dalam bentuk
penulisan esei
ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan

 Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei
ilmiah

14 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Catatan
Pemeriksa

21/9/2020  Penghantaran,  Menerima  Menghantar  Menerima Calon boleh
hingga penyemakan, penulisan esei penulisan esei penulisan esei menghantar
dan penilaian ilmiah daripada ilmiah mengikut ilmiah penulisan esei
5/10/2020 penulisan esei setiap kumpulan tarikh yang telah daripada guru ilmiah sebaik
ilmiah calon untuk ditetapkan sekolah swasta sahaja siap tanpa
diserahkan kepada kepada guru perlu menunggu
pemeriksa tarikh akhir
penghantaran.

Pemeriksa
hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.

Pemeriksa perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.

 Menyediakan  Menyediakan  Menyemak
jadual bahan untuk dan menilai
pembentangan pembentangan kerja kursus
dan setiap
memaklumkannya kumpulan
kepada pemeriksa calon
mengikut
kriteria
penilaian yang
ditetapkan
oleh MPM

6/10/2020  Pembentangan  Tidak berkenaan  Membentangkan  Menilai
hingga oleh calon penulisan esei pembentangan
ilmiah dalam penulisan esei
20/10/2020 masa 5 hingga 10 ilmiah calon
minit seorang secara
 Penilaian oleh pada tarikh dan individu
pemeriksa masa yang
ditetapkan

15 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Catatan
Pemeriksa

2/11/2020  Penghantaran  Tidak berkenaan  Tidak berkenaan  Menghantar
hingga markah markah
keseluruhan penulisan dan
20/11/2020 kepada MPM pembentangan
esei ilmiah
kepada MPM
dengan
menggunakan
perisian
e-submission

November  Penyimpanan  Menyimpan  Tidak berkenaan  Menyimpan
2020 evidence evidence evidence
hingga penulisan esei penulisan esei
ilmiah calon di ilmiah calon di
Oktober sekolah dari sekolah atau di
2021 tarikh JPN dari tarikh
penyelarasan penyelarasan
tamat hingga tamat hingga
enam bulan enam bulan
selepas selepas
keputusan STPM keputusan
diumumkan STPM
(bagi sekolah diumumkan
swasta yang (bagi sekolah
dibenarkan swasta yang
menyimpan tidak
evidence dibenarkan
penulisan esei menyimpan
ilmiah) evidence
penulisan esei
ilmiah)

16 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

4.3 Calon Persendirian Individu

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

Mei 2020  Manual kerja  Melayari portal MPM  Melayari portal MPM MPM memuat
kursus untuk memuat turun untuk memuat turun naik manual pada
Manual Kerja Kursus Manual Kerja Kursus 4 Mei 2020.
Bahasa Melayu yang Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa, untuk guru, pemeriksa,
dan calon dan calon

 Menghubungi calon
persendirian individu
yang ditetapkan oleh
MPM untuk
memaklumkan tarikh,
masa, dan tempat untuk
bertemu

15/6/2020  Pengenalan  Mengadakan pertemuan  Bertemu dengan
hingga penulisan esei dengan calon pemeriksa untuk
ilmiah persendirian individu mendapatkan maklumat
19/6/2020 untuk memberikan tentang pelaksanaan
penerangan tentang penulisan esei ilmiah
pelaksanaan penulisan dari aspek tugasan yang
esei ilmiah, dari aspek perlu dilaksanakan dan
tugasan dan tarikh akhir tarikh akhir penyerahan
penyerahan tugasan tugasan

 Memahami skop
tugasan

 Merancang jadual kerja

 Penentuan tajuk  Membimbing calon  Membincangkan
penulisan esei untuk menentukan tajuk penentuan tajuk
ilmiah penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
yang relevan dengan pemeriksa berdasarkan
tema yang dipilih tema yang dipilih

22/6/2020  Pelaksanaan  Tidak berkenaan  Melaksanakan tugasan
hingga penulisan esei berdasarkan tajuk yang
ilmiah ditentukan
18/9/2020
 Mengumpul data dan
maklumat yang
diperoleh daripada
pelbagai sumber

 Menyusun dapatan

 Mempersembahkan
data dalam bentuk
penulisan esei ilmiah
mengikut format yang
telah ditetapkan

17 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

 Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei ilmiah

21/9/2020  Penghantaran,  Menerima penulisan esei  Menghantar penulisan Calon boleh
hingga penyemakan, dan ilmiah daripada setiap esei ilmiah mengikut menghantar
penilaian calon tarikh yang telah penulisan esei
5/10/2020 penulisan esei ditetapkan kepada ilmiah sebaik
ilmiah pemeriksa sahaja siap tanpa
perlu menunggu
 Menyemak dan menilai  Menyediakan bahan tarikh akhir
penulisan esei ilmiah untuk pembentangan penghantaran.
setiap calon mengikut
kriteria penilaian yang Pemeriksa
ditetapkan oleh MPM hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.

Pemeriksa perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.

6/10/2020  Pembentangan  Menilai pembentangan  Membentangkan
hingga oleh calon penulisan esei ilmiah penulisan esei ilmiah
calon secara individu dalam masa 10 hingga 20
20/10/2020  Penilaian oleh minit seorang pada
pemeriksa  Menghantar markah tarikh, masa, dan di
penulisan dan tempat yang ditetapkan
2/11/2020  Penghantaran pembentangan esei
hingga markah ilmiah kepada MPM  Tidak berkenaan
keseluruhan dengan menggunakan
20/11/2020 kepada MPM perisian e-submission

18 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

November  Penyimpanan  Menyimpan evidence  Tidak berkenaan
2020 evidence penulisan esei ilmiah
hingga calon di sekolah dari
tarikh penyelarasan tamat
Oktober hingga enam bulan
2021 selepas keputusan STPM
diumumkan

5 FORMAT PENULISAN

(a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk
lampiran dan bibliografi.

(b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut:

(i) Saiz huruf: 12
(ii) Jenis font: Times New Roman
(iii) Langkau: Dua
(iv) Margin:

 Kiri- 1.5"  Atas- 1"
 Kanan- 1"  Bawah- 1"
(v) Saiz kertas: A4

(c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan.

6 STRUKTUR PENULISAN
Penulisan esei ilmiah perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

1. Tajuk kajian 8. Batasan Kajian

2. Senarai Kandungan 9. Kaedah Kajian

3. Penghargaan 10. Dapatan Kajian

4. Pengenalan 11. Rumusan Kajian

5. Objektif Kajian 12. Penutup

6. Kepentingan Kajian 13. Bibliografi/Nota akhir

7. Skop Kajian 14. Lampiran

19 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

7 PENSKORAN

(a) Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan

Pemarkahan penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan
perkara dalam jadual yang berikut:

Bil. Perkara
1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pengenalan
5. Objektif Kajian
6. Kepentingan Kajian
7. Skop Kajian
8. Batasan Kajian
9. Kaedah Kajian
10. Dapatan Kajian
11. Rumusan Kajian
12. Penutup
13. Lampiran
14. Bibliografi/Nota akhir
15. Bahasa

(b) Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah
Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat
berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut:

Bil. Perkara
1. Kerelevanan
2. Kelancaran
3. Keterampilan
4. Kebahasaan
5. Penggunaan Alat/Bahan Bantu

20 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS
(PENULISAN ESEI ILMIAH) BAHASA MELAYU

Tema 1: Morfologi
Tema 2: Pragmatik

Calon memilih tema
Tema 1: Morfologi

Calon mengenal pasti isu

Calon menentukan tajuk kajian
Calon menentukan objektif kajian

Calon menentukan kepentingan kajian

Calon menentukan skop kajian

Calon menentukan batasan kajian

Calon menentukan kaedah kajian

Calon menjelaskan dapatan kajian
Calon merumuskan kajian
Calon menutup kajian

21 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

9 BORANG YANG DIGUNAKAN
Terdapat empat jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu:
(i) Muka Hadapan Kerja Kursus (Lampiran 1)
(ii) Borang Perakuan Calon (Lampiran 2)
(iii) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3)
(iv) Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)
(v) Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5)

10 CONTOH TAJUK
Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 2020

Bil Skop Kajian Contoh Tajuk Kajian

1 Morfologi  Jenis Kata Ganda dalam Teks Ucapan Menteri Kanan
Keselamatan Bersempena dengan Perintah Kawalan
Pergerakan

 Kesilapan Ejaan Kata Berimbuhan dalam Teks Laras Sukan

 Jenis Kata Majmuk dalam Teks XYZ

2 Pragmatik  Penggunaan Peribahasa dalam Masyarakat di Sungai Petani
 Ragam Bahasa dalam Media Sosial
 Kesantunan Berbahasa dalam Facebook

22 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2020

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
SEMESTER 3 TAHUN 2020

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

TEMA

BUTIRAN CALON Nama No. Kad Pengenalan No. Angka
1. Giliran
2.
3.
4.

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

23 TERHAD

TERHAD MANUAL K

SIJIL TINGGI PERSEKOLAH
KERJA KURSUS(K

Borang Perak
Mata pelajaran: B

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa
kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini aka
dihasilkan.

Makluman kepada Calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon send
kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasi
menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan ker
pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajar

Calon 1 Calon 2

Tandatangan Calon

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah di
kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat

24

KERJA KURSUS MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 2
BPC

HAN MALAYSIA (STPM)
KERJA KURSUS)

kuan Calon
Bahasa Melayu

kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar
an menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang

diri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja
ilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi

rja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana
ran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik.

Calon 3 Calon 4

ihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja
a, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

24 TERHAD TERHAD

TERHAD MANUAL K

Tarikh Nama calon SIJIL TINGGI PERSEKO
BAHASA MELAYU: PENULIS

SEMESTER 3 T
BORANG REKOD KERJ

Aktiviti
(Untuk diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh m

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap
Tahun 2020 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ............................................................
Nama Guru: ......................................................................
Tarikh: ..............................................................................

25 25

KERJA KURSUS MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 3
BRKKC

OLAHAN MALAYSIA Tandatangan Guru Catatan
SAN ESEI ILMIAH (910/5)
TAHUN 2020
JA KURSUS CALON

Ulasan Guru

melebihi satu halaman)

p proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

TERHAD TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 4
BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2020
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
BAHASA MELAYU SEMESTER 3 (910/5)

(a) Senarai Nama Ahli Kumpulan
(Untuk diisi oleh calon)

1. Nama: …………………………………………………. Tandatangan: …………………

No. Kad Pengenalan: --

2. Nama: …………………………………………………. Tandatangan: …………………

No. Kad Pengenalan: --

3. Nama: …………………………………………………. Tandatangan: …………………

No. Kad Pengenalan: --

4. Nama: …………………………………………………. Tandatangan: …………………

No. Kad Pengenalan: --

26 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(b) Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras)

Kriteria Penilaian Markah Markah Markah
Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras
1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pengenalan
5. Objektif Kajian
6. Kepentingan Kajian
7. Skop Kajian
8. Batasan Kajian
9. Kaedah Kajian
10. Dapatan Kajian
11. Rumusan Kajian
12. Penutup
13. Bibliografi/Nota akhir
14. Lampiran
15. Bahasa

Jumlah markah

27 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan

Perincian Markah Pembentangan Calon
23
1 4

Kerelevanan

Kesesuaian teknik memulakan pembentangan []

Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk []

Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan []

Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa []
JUMLAH []
Kelancaran
[]
Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membaca
keseluruhan teks

Pertautan idea []

Kejelasan penyampaian []

Keberkesanan penyampaian []
JUMLAH []
Keterampilan
[]
Kekemasan berpakaian

Kesopanan tutur kata []

Keyakinan diri []

Keupayaan menarik minat khalayak []

Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan []
JUMLAH []
Kebahasaan
[]
Kegramatisan ayat

Kepelbagaian kosa kata []

Ketepatan dan kejelasan sebutan []

Kesesuaian intonasi []

Kesesuaian bahasa badan []
JUMLAH []

Penggunaan Alat/Bahan Bantu
Persediaan alat bantu

Kesesuaian alat bantu

Kecekapan penggunaan alat bantu []

Kesesuaian teknik paparan bahan

Kreativiti

JUMLAH []
JUMLAH MARKAH []

Jumlah markah (b) dan (c)
Markah purata
Markah penuh*
*Markah penuh perlu dimasukkan dalam BRuMKK dan e-submission.

28 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

(d) Komen Penilai:

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran

atas adalah benar. di atas adalah benar.

…………………………………………………… ……………………………… …….……………

Nama: …………………………………………… Nama: …………………………………………..
No. Kad Pengenalan: …………………………… No. Kad Pengenalan: ………………………….
Tarikh: ………………… Tarikh: …………………
No. Telefon (sekolah): …………………. No. Telefon (sekolah): ………………….

(bimbit): …………………. (bimbit): ………………….

29 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 5
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2020

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan Saya memperakui bahawa markah dan butiran
butiran di atas adalah benar. di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: …………………………..
Nama: ……………………..…………………….. Nama: ………………………………………………..
No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ……………………………….
Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………...
No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): ……………………………

(bimbit): …………………………. (bimbit): ………………………………

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian
e-submission.

30 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

31 TERHAD

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

Pilih satu tema sahaja. [100]
Tema 1 [100]
Morfologi

Tema 2
Pragmatik

STPM 2020  910/5 32

TERHAD


Click to View FlipBook Version