The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurbatrisyia2017, 2021-09-21 10:37:31

FLIPBOOK BOLA BALING

FLIPBOOK BOLA BALING

PENGENALAN
DAN

SEJARAH
BOLA BALING

NAMA: NUR BATRISYIA BALQIS BINTI ABU SOFIAN
KELAS: 6 UMB

PENGENALAN BOLA
BALING

PENGENALAN BOLA BALING

❖ Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah
tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola
baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal
permainan.

❖ GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)

▪ Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata.

▪ Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau
gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup.

▪ Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar
di garisan gol.

▪ Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah.
Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang
gol.

▪ Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol.Panjang
garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol.

▪ Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua
garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan
tengah ialah 4.5 meter.

▪ Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

❖ BOLA

>Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras.

>Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan
antara 58 cm hingga 60 cm.

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun)
Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz
1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

>Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap
perlawanan.

>Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-
sebab tertentu.

>Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling
Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

❖ TIANG GOL

>Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol.

>Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.

>Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter.

>Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama
dengan ukuran 28 cm.

>Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

PEMAIN DAN PAKAIAN

>Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang,
seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa
(seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain
dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan.

>Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap
pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua
orang penjaga gol.

>Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan
untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

❖ KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol

kemahiran asas dalam bola baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

>Dalam permainan bola baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang
digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring.

>Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi

HANTARAN BAHU
>Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling.
Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan
hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus
mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
HANTARAN LANTUN
>Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan
sebelah tangan. HANTARAN ARAS DADA
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran
jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan
hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
HANTARAN LOMPAT
>Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila
seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan
membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.
HANTARAN SISI
>Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak
perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila
hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan
dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA

>Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu
memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:

a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai
dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
>Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang
teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas
tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran
di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga.

>Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak
pergerakan sesuatu rintangan. Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas
1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum – sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

>Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan
baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.
Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah
dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan.
Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau
sempurna.

>Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain
mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi
sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari
menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah
pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah,
satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya
menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada
dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA

1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras
muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua
belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola
hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu
merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju
kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila
penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat.
Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas,
keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran
tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang
tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola
hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA

1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

MEMEGANG BOLA

>Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum
menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol.

>Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola
dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas
daripada pegangannya.

>Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah ke depan.
Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yang
seterusnya.

>Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada
aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta
memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya
atau mematah serangan.

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

>Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton
akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu
dianggap menarik.

>Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40
gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.

>Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali
penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang
sememangnya ditugaskan menjaringkan gol.

>Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan
strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain
bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan
mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak
dan tidak mudah berputus asa.

PRINSIP – PRINSIP UTAMA

>Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling.
Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN
>Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta
mudah pula untuk mendapatkan gol.

>Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru.

>Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

>Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan
membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan Lompat

>Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang
terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum
membuat jaringan.

>Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia
merupakan jaringan yang berbahaya.

>Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini.
Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas.

>Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

>Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan
kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan
menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada
empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

>Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri
boleh mengelirukan penjaga gol.

2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.

3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-
celah kaki penjaga gol.

4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah
tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha

>Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol.

>Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha,
dan dengan serta-merta terus membuat jaringan.

>Gerakan dalam jaringan ini amat pantas.

>Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.

>Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di
bawah lengan lawan.

>Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak
lawan.

Jaringan Sisi

>Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh
membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.

>Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan
mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri.

>Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah
lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan.

>Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

>Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika
dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya.

>Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan
memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

>Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara
sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti

>Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki
penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan.

>Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

>Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol
untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

>Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke
depan golnya.

>Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain
lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola
untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi
serangan pantas.

Jaringan Voli

>Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

>Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain
simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.

2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.

3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan.
Balingan dibuat di garisan tengah.

4. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun
dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan
atau hantaran. · Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang
ditetapkan.

5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.

7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak
mengeluarkan bola itu.

8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang –
kurangnya 3 meter dari pembaling.

9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga
golnya yang berada dalam kawasan gol.

10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.



>Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah.

>Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska
Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman.

>Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara
Eropah pada suatu masa dahulu.

>Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain
sepasukan dan dikenali sebagai Torball.

>Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang
sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak.

>Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai
handball.

>Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan
oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING

>Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan
guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han.

>Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti
Malaya.

>Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan
Jasmani dan Sukan.

>Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978.

>Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-guru
telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

>Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis
Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh negara.

>Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada
tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran
MSSM untuk peringkat kebangsaan.

>Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab
Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya,
Nigeria, New Zealand dan Malaysia.

>Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti
kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

Peringkat Sekolah dan Maktab

>Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-
guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.

>Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada tahun 1985 bagi
melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil permainan.

>Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru yang ingin menjdi pengadil
permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di Kuala Lumpur.

>Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan
dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985.

>Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu
kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan
permainan ini di kalangan penuntut maktab.

TAMAT


Click to View FlipBook Version