JALUR
GEMILANG
Bahagian Penyelidikan dan Perancangan
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
PENCIPTAAN BENDERA
MALAYSIA
1949
Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis
Perundangan Persekutuan telah mengadakan
pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera.
Daripada 373 karyawan telah mengambil bahagian,
hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke
peringkat akhir.
Rekaan yang dipilih adalah daripada ciptaan Encik
Mohamed bin Hamzah.
Mohamed bin Hamzah
5 Mac 1918 – 19 Februari 1993
Bekas arkitek Jabatan Kerja
Raya Negeri Johor
MOHAMED BIN HAMZAH
Pereka Bendera Malaysia
Pindaan Reka Bentuk Asal
Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa
pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada
asalnya berwarna putih digantikan dengan warna
kuning bagi melambangkan warna diraja.
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat
kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Pertama kali dikibarkan
26 Mei 1950
Buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu
telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor
dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan
pegawai-pegawai King George VI.
31 Ogos 1957
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan
dan berkibar secara rasmi di Padang Kelab Selangor
seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang
buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.
16 September 1963
Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini
berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih
telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja
kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam
Persekutuan Malaysia.
JALUR GEMILANG
Malam 31 Ogos 1997
Sempena sambutan 40 tahun Kemerdekaan Negara,
Tun Dr. Mahathir Mohammad mengumumkan nama
rasmi bagi bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
REKA BENTUK BENDERA
MALAYSIA
UTHMANIYYAH JOHOR
REKA BENTUK ASAL GETAH-GETAH
SAMUDERA
REKA BENTUK YANG
DIPINDA MALAYSIA (1963 – KINI)
– 14 JALUR
MALAYA (1957)
– 11 JALUR
Sumber: Johor Kini
LAMBANG DAN WARNA
DI DALAM
BENDERA MALAYSIA
14 Jalur
14 jalur berwarna merah dan putih yang sama
lebar menggambarkan 13 buah negeri anggota
dan sebuah Wilayah Persekutuan yang memiliki
keanggotaan yang sama dalam negara
Malaysia.
Sumber: MY SUMBER
Bulan Sabit
Menggambarkan Agama Islam sebagai Agama
Persekutuan Negara.
Bintang Pecah 14
Melambangkan perpaduan 13 buah Negeri dan 1
Wilayah Persekutuan.
Warna Biru
Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri
daripada berbilang kaum di negara ini.
Warna Kuning
Melambangkan warna Diraja, secara khususnya
menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang
Berperlembagaan.
Warna Merah
Menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam
mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang
tercinta.
Warna Putih
Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat
dalam mengangkat nama negara ke persada dunia.