The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by albakri media, 2020-06-08 20:23:57

AL-NASHRAH

AL-NASHRAH

MAC - APRIL 2020

Sumbangan Barangan Asas Dapur dan Peruntukan
Wang Saku Melalui Bantuan Sinar Kasih

Bersama-sama YaPEIM menyerahkan sumbangan
barangan asas dapur dan peruntukan wang
saku RM200 bagi setiap anak selama setahun
berjumlah RM9,600 melalui bantuan Sinar Kasih.
Anak-anak kecil ini kehilangan ayah mereka dalam
satu kemalangan jalanraya pada tahun lalu. Lebih
menghibakan, si bongsu berbaju biru masih dalam
kandungan 7 bulan pada ketika.
Saya doakan Puan Katijah tabah dan terus
bersemangat membesarkan anak- anak. Moga
Ramadhan dalam PKP ini memberikan sinar dan
kekuatan baharu kepada puan sekeluarga

21 April 2020

Menyampaikan Kata Aluan Bagi Mesyuarat Jawatankuasa
Muzakarah Khas Kali Ke-3 Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)

YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)
menyampaikan kata aluan bagi Mesyuarat
Jawatankuasa Muzakarah Khas Kali Ke-3 Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia (MKI). Muzakarah yang dijalankan secara
telekonferens dan dipengerusikan oleh YBhg.
Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh ini bakal
memutuskan beberapa isu penting berkaitan
Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini

Rakaman Siaran Ramadhan
Bersama Kool FM

Rakaman video bersama Kool FM untuk siaran
Ramadhan. Terima kasih AG, Haiza dan Muaz.

52 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

Menerima Sumbangan RM1.75 Juta daripada 5
Syarikat Korporat kepada Tabung Musaadah Khaira

YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) (RM500 ribu), Malakoff Corporation Berhad
melancarkan Zakat Fitrah Online PPZ- MAIWP (RM100 ribu), FGV Holdings Berhad (RM100
dan menerima penyerahan sumbangan ke Tabung ribu) dan Etiqa Family Takaful Berhad (RM50
Musaadah Khaira PPZ. Tabung Musaadah Khaira ribu). Sehingga 20 April, tabung ini telah memberi
PPZ diperkenalkan bagi membantu golongan B40, manfaat kepada 14,577 penerima dari kategori
peniaga kecil, pekerja gaji harian dan mereka yang golongan B40, peniaga kecil dan individu yang
terkesan sepanjang PKP ini. bergaji harian Jumlah keseluruhan perbelanjaan
bagi agensi-agensi di bawah Menteri di JPM
Penyumbang tersebut adalah Tenaga Nasional (Hal Ehwal Agama) boleh didapati di https://
Berhad (RM1 juta), Permodalan Nasional Berhad zulkiflialbakri.com/musaadahcovid19/

Melancarkan Portal Zakat
Fitrah Online PPZ WP

YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) pada hari
ini telah melancarkan Portal Zakat Fitrah Online PPZ
WP melalui http://fitrah.zakat.com.my. Sepertimana
yang diumumkan oleh MAIWP, kadar zakat fitrah
bagi Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah
RM5 dan RM7.

Temubual Bersama The Star

Temubual bersama akhbar The Star Online tentang
tugas sebagai Menteri, persediaan Ramadhan
pada tahun ini dan kesiapsiagaan agensi-agensi di
bawah JPM (Hal Ehwal Agama) untuk membawa
transformasi dalam pengurusan dan pentadbiran
Islam di peringkat Persekutuan.

Al-Nashrah 53

MAC - APRIL 2020

22 April 2020

Pelancaran Dapur It’am Sepanjang Ramadhan dengan
Peruntukan Sebanyak RM2.16 Juta

Dapur It’am adalah inisiatif yang digerakkan di Wilayah
Persekutuan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) bagi memastikan juadah berbuka puasa sepanjang
Ramadhan tersedia khususnya kepada golongan sasar
seperti asnaf, rakan jalanan dan B40. Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM2.16 juta sebagai
bantuan tambahan bagi 72 masjid dan Surau Diri Jumaat di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
yang akan mengambil bahagian dalam program sepanjang
bulan Ramadhan ini. Urusetia yang terlibat adalah tertakluk
kepada garis panduan pelaksanaan yang mengambil kira
prosedur standard operasi sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan.

23 April 2020

Menyampaikan Perutusan Khas
Bersempena Ramadhan 1441H

Perutusan Khas Bersempena Ramadhan 1441H oleh YB Senator Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Perbincangan Malaysian Alliance
of Civil Society Organisations in
the UPR Process (MACSA)

Saya amat gembira dapat berbincang dengan Malaysian Alliance
of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA).
Banyak isu-isu berkaitan hak asasi manusia sempat diutarakan
sebentar tadi.

54 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Menerima Menghadap YB Menteri di JPM

(Hal Ehwal Agama) Melalui Sidang Video

Junjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda berhubung kesejahteraan umat Islam dan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah persediaan Ramadhan dalam PKP terzahir dalam
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni perbincangan selama 30 minit tadi.
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah atas perkenan menerima menghadap Al-Sultan Abdullah juga sempat bertanyakan
YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) melalui khabar dan mendoakan semoga urustadbir
sidang video. Kecaknaan Seri Paduka Baginda agama di peringkat Persekutuan berjalan lancar
terhadap isu-isu agama peringkat Persekutuan dan dipermudahkan Allah SWT. Daulat Tuanku.

25 April 2020

Meninjau Persiapan Juadah
Melalui Program Dapur It’am di

Masjid Zaid bin Thabit

Meninjau persiapan juadah berbuka untuk anak Petugas di hadkan kepada 6 orang sahaja dan wajib
kariah Masjid Zaid bin Thabit, Kuala Lumpur mendapatkan suntikan imunisasi tifoid. Masjid
terutamanya asnaf, frontliners, rakan jalanan dan ditutup dan semua persiapan hanya di bahagian
golongan B40. Sebanyak 72 buah masjid dan dapur sahaja. Facemask, sarung tangan dan hand
surau di Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan satinizer adalah wajib. Juadah akan diagihkan terus
Labuan terlibat dalam program Dapur It›am bawah kepada penerima tanpa perlu mereka hadir. Saya
kendalian JAWI. MAIWP menyumbangkan RM2.16 amat berharap sedikit inisiatif dari kami ini dapat
juta bagi program yang dijangka memberi manfaat memberi kelegaan kepada golongan sasar dalam
kepada 25,200 keluarga. menghadapi Ramadhan dalam PKP.

Al-Nashrah 55

MAC - APRIL 2020

27 April 2020

Menerima Sumbangan Daripada Success Network
International (SNI) Sdn Bhd kepada Tabung Musa’adah
Covid-19 JAKIM

Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), YB Senator
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerima
sumbangan Success Network International
(SNI) Sdn. Bhd. kepada JAKIM bagi Tabung
#MUSAADACOVID19 JAKIM. Sumbangan
berupa 3,000 unit face mask, 400 botol hand
sanitizer dan 500 kotak Susu Kolostrum IgCo
bernilai RM111,000 untuk diserahkan kepada
Hospital Putrajaya. Dalam masa yang sama,
JAKIM turut menyerahkan sumbangan PPE
dan face mask kepada Hospital Putrajaya bagi
kegunaan frontliners yang disumbangkan oleh
seorang ahli perniagaan Palestin, Abdul Faragh
Abdul Shahfi.

Program Dapur It’am di bawah
Seliaan JAWI

Dapur It›am di bawah seliaan JAWI yang berkonsepkan soup
kitchen ini adalah untuk sesiapa sahaja yang memerlukan.
Frontliners, asnaf, ibu tunggal, golongan B40, rakan jalanan, bukan
warganegara adalah antara golongan sasar kami. Buat masa ini,
72 buah masjid dan surau dalam Wilayah Persekutuan terlibat.
Dimasak oleh urusetia yang terhad jumlahnya, mematuhi SOP KKM
dan MKN. Kami di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak
mengharapkan apa-apa kecuali ingin melihat penerima bergembira
dengan juadah berbuka puasa yang dihantar terus kepada mereka.

Sabda Rasulullah SAW:

‫ َو َف ْر َح ٌة ِح َي َي ْل َقى َر َّب ُه‬، ‫لِل َّصائِ ِم َف ْر َح َتا ِن َف ْر َح ٌة ِح َي ُي ْف ِط ُر‬

“Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan.
Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan
ketika dia bertemu Tuhannya.

Riwayat al-Tirmizi (696)

56 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

28 April 2020

Meninjau kegiatanDapur It’am
di Masjid Ibn Khaldun

Meninjau persiapan juadah berbuka puasa sambil cuba menyediakan
Nasi Ayam Penyet untuk frontliners. Juadah ini disiapkan oleh Masjid
Ibn Khaldun melalui program Dapur It›am JAWI. Setiap hari sepanjang
Ramadhan, 72 buah masjid dan surau dalam Wilayah Persekutuan
akan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada kelompok sasar.
Ramadhan bulan kerahmatan. Penat lelah frontliners insya-Allah
berbayar dengan ganjaran yang besar. Begitu juga mereka yang
menyediakan makanan untuk orang yang berbuka.

Baginda Nabi SAW telah bersabda:

‫َم ْن َف َّط َر َصائِ ًم َكا َن َل ُه ِم ْث ُل َأ ْج ِر ِه َغ ْ َي َأ َّن ُه َل َي ْن ُق ُص ِم ْن َأ ْج ِر‬
‫ال َّصائِ ِم َش ْي ًئا‬

“Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa,
maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak
dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.

Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al- Tirmizi
mengatakan hadith ini hasan sahih.

Menyantuni Balai Bomba dan Penyelamat, Puchong;
IPD Serdang dan Beberapa Keluarga Penerima dari
Golongan OKU

Tatkala embun malam mula menitis, kami singgah
menyantuni Balai Bomba dan Penyelamat,
Puchong; IPD Serdang dan beberapa keluarga
penerima dari golongan OKU melalui usahasama
Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji, Yayasan Waqaf
Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri Selangor
dan Pusat Waqaf Selangor.

Semoga sedikit bantuan dan juadah sahur
yang disediakan, dapat meringankan beban
yang ditanggung sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan.

Al-Nashrah 57

MAC - APRIL 2020

Mempengerusikan Mesyuarat
Bersama Ahli Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan
Wakaf Malaysia

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Wakaf Malaysia menerusi
sidang video.

29 April 2020

Meninjau Dapur It’am di
Masjid Mahmoodiah dan

Surau al-Muhajirin

Meninjau penyediaan juadah berbuka puasa
program Dapur It›am di Masjid Mahmoodiah dan
Surau al-Muhajirin di WP Putrajaya. Prosesnya dari
A-Z perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM
dan MKN. Agihan kepada frontliners dan anak kariah
yg memerlukan.
72 masjid dan surau di WP mengambil bahagian
dalam program ala-ala soup kitchen ini. Terima kasih
JAWI atas penganjuran. Terima kasih MAIWP atas
bantuan tambahan RM2.16 juta.

58 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

30 April 2020

Menyampaikan Kata Aluan Bagi Mesyuarat Jawatankuasa
Muzakarah Khas Kali Ke-3 Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)

Saya menyampaikan kata aluan bagi Mesyuarat Saya amat terharu dengan kesudian para Ashab al-
Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Samahah Mufti untuk memerah keringat, berbahas
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dan berhujah demi mencapai kata putus yang
diurusetiakan oleh JAKIM. Mesyuarat kali ini terbaik untuk umat Islam di Malaysia, khususnya
dijalankan secara sidang video bersama semua di negeri masing-masing bagi persediaan ibadah
Ashab al- Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia. dalam tempoh ini dan akan datang.

Sumbangan Dapur It’am

Turut Sampai Kepada

Bukan Muslim

Dalam Islam, kita diajar untuk hidup bermasyarakat
dan meraikan kepelbagaian. Juadah berbuka puasa
yang disediakan untuk umat Islam bagi setiap
kariah, boleh sahaja disedekahkan kepada bukan
Muslim dalam kariah berkenaan jika ada yang lebih
memerlukan.

Saya amat gembira apabila usaha Dapur It›am
JAWI yang melibatkan 72 buah masjid dan surau di
Wilayah Persekutuan, berjaya sampai ke kelompok
sasar. Terima kasih kepada uncle dan auntie yang
tinggal berdekatan Masjid As- Sodiqin, Taman
Kobena, Kuala Lumpur kerana sudi menerima
sedikit sumbangan wang tunai dan juadah berbuka
dari kami. Ramadhan adalah bulan ibadah, bulan
bersedekah dan bulan menzahirkan keindahan Islam.

Al-Nashrah 59

MAC - APRIL 2020

Menteri@Media

MAC

60 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

Menteri@Media

APRIL

Al-Nashrah 61

MAC - APRIL 2020

AgensiKHABAR (Mac)

13 Mac 2020

Tabung Haji Isytihar Agihan
Keuntungan

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan
keuntungan selepas zakat pada kadar 3.05% bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2019. Ia melibatkan
agihan berjumlah RM2.1 bilion, iaitu RM1.2 bilion lebih
tinggi berbanding RM0.9 bilion bagi tahun kewangan
2018.

Bagi tahun kewangan 2019, TH berjaya menjana
pendapatan pelaburan berjumlah RM3.3bilion, dimana
sejumlah RM1.2 bilion telah diperolehi dalam suku
keempat. Secara keseluruhan, pendapatan pelaburan
yang dijana TH adalah lebih stabil dimana pelaburan
aset pendapatan tetap menjana 58% pendapatan atau
sebanyak RM1.9 bilion manakala pelaburan hartanah,
ekuiti dan instrumen pasaran wang Islam masing-masing
menyumbang RM0.5 billion (15%), RM0.5 bilion(15%)
dan RM0.4 bilion (12%).

14 Mac 2020

Inisiatif Foodbank
daripada YaPEIM

Program Foodbank YaPEIM telah diperkenalkan
bagi membantu masyarakat kurang berkemampuan.
Ia diharap dapat membantu mencapai matlamat
asas pelaksanaan program iaitu mengurangkan
beban ditanggung golongan sasar.

6622 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

19 Mac 2020

Sumbangan kepada
Petugas Hadapan di
PPUM, Kuala Lumpur

JAWI Food Bank dengan kerjasama YBhg.
Datuk Ali Jawahar Ali, Restoran Ali Maju
membantu menyumbangkan makanan kepada
petugas hadapan #COVID19 di PPUM, Kuala
Lumpur hari ini.

19 Mac 2020

TV Al Hijrah Hadkan Menyedari situasi kritikal di bawah Perintah
Petugas, Awalkan Gaji Kawalan Pergerakan, AlHijrah Media
Corporation (TV AlHijrah) meneruskan
operasi penyiaran dengan mengehadkan
petugas, melaksanakan proses kerja dari rumah
dan mengawalkan bayaran gaji.

Langkah ini diambil pengurusan TV AlHijrah
bagi memastikan operasi penyiarannya, juga
sektor kritikal yang perlu diteruskan di bawah
perintah kawalan pergerakan kerajaan untuk
mengekang penularan COVID-19, tanpa
mengenepikan kebajikan 230 kakitangannya.

Kumpulan pekerja yang berisiko seperti ibu
mengandung dan mereka yang berusia diberikan
pelepasan sejak semalam, selain pelajar latihan
industri juga diberikan cuti bagi mematuhi
arahan kerajaan dalam mendepani detik genting
dilalui negara ketika ini.

Al-Nashrah 63

MAC - APRIL 2020

20 Mac 2020

Agihan Makanan di Agihan kepada
Pusat Perubatan UM Asnaf Fakir Miskin di
Kuala Lumpur PPR Seri Alam

Agihan makanan dan naskhah Surah Yasin Agihan makanan kepada 5 asnaf fakir miskin
& Surah Pilihan kepada petugas kesihatan di PPR Seri Alam. Sumbangan disampaikan
#COVID19 di Pusat Perubatan UM. kepada En. Sukri Ibrahim, Pengerusi Persatuan
Penduduk PPR Seri Alam.

20 Mac 2020

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, TVAlhijrah dan
Sinar Harian bergabung tenaga dalam membawa
sesi satu jam bersama Al-Quran (#QuranTime, jam
12.00-1.00 tengahari). Ia turut disiarkan secara
langsung di saluran 114 TV AlHijrah ke seluruh
Malaysia.

64 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

20 Mac 2020

Bantuan FoodBank
YaPEIM - Ready To Eat

Prihatin dengan situasi semasa COVID-19,
YaPEIM menggerakkan usaha bagi menjayakan
misi #MusaadahCOVID19 untuk meringankan
beban petugas hospital sepanjang tempoh
#PerintahKawalanPergerakan.

Bantuan FoodBank YaPEIM - Ready To Eat kepada
766 kakitangan Hospital Sungai Buloh diedarkan
secara berperingkat bermula hari ini, Isnin dan Rabu
minggu hadapan kepada 2298 petugas barisan
hadapan (frontliner).

Timbalan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr
Shahabuddin Bin Ibrahim mewakili pihak Hospital
bagi menerima sumbangan dari pihak YaPEIM.
Terima kasih para penyumbang Tabung Amanah
YaPEIM!

20 Mac 2020

MAIWP

MAIWP Awalkan
Bantuan Zakat Bulanan

Sebagai sebahagian dari misi yang digerakkan
oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad
al-Bakri, MAIWP telah mengawalkan bantuan
kepada Penerima Skim Bantuan Kewangan
Bulanan Baitulmal di Wilayah Persekutuan
Labuan.

Al-Nashrah 65

MAC - APRIL 2020

20 Mac 2020

Elaun Penuh Diberikan
kepada Guru Takmir

Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh seramai Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
4000 orang guru Takmir Masjid lantikan JAKIM di telah bersetuju supaya pembayaran elaun penuh
seluruh negara yang tidak dapat melaksanakan iaitu sebanyak RM800.00 diteruskan kepada
tugas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Guru Takmir walaupun sesi pembelajaran tidak
mulai pada 18 hingga 31 Mac 2020, YB Senator dapat diadakan sepanjang tempoh tersebut.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di

20 Mac 2020

Agihan oleh JAWI Food
Bank dengan kerjasama

Restoran Ali Maju

Agihan makanan sesi petang oleh JAWI Food
Bank dengan kerjasama Restoran Ali Maju.
Sebanyak 100 pek makanan (Menu: Nasi Goreng
& Mee Goreng) diagihkan kepada petugas barisan
hadapan (frontliner) COVID-19 di PPUM, KL.

21 Mac 2020

Agihan pek makanan di
Hospital Putrajaya

Misi Musa’adah Covid-19 diteruskan oleh JAWI
Food Bank bersama JAWI Putrajaya. Sebanyak
100 pek makanan yang disumbangkan oleh rakan-
rakan strategic JFB diagihkan kepada petugas
barisan hadapan (frontliners) COVID-19 di Hospital
Putrajaya. Terima kasih kepada semua penyumbang
dan rakan strategik JFB.

66 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

21 Mac 2020 MAIWP

Bantuan Khas kepada
Golongan Asnaf

Selain dari bantuan kewangan bulanan sedia
ada yang telah di «bank in» kan lebih awal
dari kebiasaan, MAIWP juga telah meluluskan
bantuan khas tambahan sebanyak RM500 bagi
setiap keluarga.

Bantuan khas ini akan dibayar kepada seramai
24,196 orang ketua keluarga di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan. Bantuan ini akan melibatkan jumlah
agihan sebanyak RM12.1juta. Bayaran akan
dibuat pada awal bulan April nanti.

21 Mac 2020

MAIWP

MAIWP Luluskan Peruntukan Zakat
Bantu Asnaf dan Hospital

MAIWP telah meluluskan bantuan RM3.27 juta yang akan disalurkan
tambahan zakat khas kepada kepada 7 buah hospital di Wilayah
24,196 orang asnaf di Wilayah Persekutuan.
Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya. Setiap Bantuan yang diberikan berbentuk
asnaf akan menerima RM500 peralatan pernafasan seperti
dan penyaluran bantuan ini akan BIPAP Machine (ICU) bernilai
melibatkan perbelanjaan dana RM80,000 setiap satu, ventilator
zakat keseluruhan sebanyak ICU bernilai RM150,000/
RM12.1 juta yang akan disalurkan unit, home ventilator bernilai
awal April. RM90,000/unit dan peralatan-
peralatan lain yang bernilai antara
Bagi menampung keperluan RM5,000 hingga RM20,000
peralatan kesihatan dan setiap satu.
perubatan di hospital ekoran
COVID-19, MAIWP telah
meluluskan peruntukan berjumlah

Al-Nashrah 67

MAC - APRIL 2020

21 Mac 2020

Tim Pengurusan Jenazah
Mangsa Covid-19 JAWI

Mereka adalah antara wira-wira kita. Inilah tim
pengurusan jenazah mangsa #COVID19 Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Mereka ialah Ustaz Indra Faizal bin Abdul Rahim,
Ustaz Muhammad Afif bin Jamal dan Ustaz Mohd.
Fakhru Razi bin Mohd. Yusof.

Mari kita doakan semoga semua urusan mereka
dipermudahkan Allah SWT dan dianugerahkan
kepada mereka ganjaran yang besar di sisi-Nya
atas pengorbanan ini.

23 Mac 2020

Lebih 190 Masjid, Surau Wilayah
Persekutuan Bantu Anak Kariah Terjejas

Lebih 190 masjid dan surau, termasuk 88 anak-anak kariah yang memerlukan bantuan
masjid, di Wilayah Perkutuan akan membantu kewangan. Jabatan Agama Islam Wilayah
anak kariah yang terjejas akibat Perintah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta untuk
Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan menyelaraskan perkara itu di semua masjid-
COVID-19. masjid dan Surau Diri Jumaat dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Dalam menyebarluas misi #MusaadahCOVID19, Labuan. Bagi pelaksanaan di peringkat negeri,
Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra dan ia diserahkan kepada pertimbangan pihak
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta berkuasa agama di setiap negeri.
memanfaatkan tabung masjid bagi membantu

68 Al-NaAsl-hNrashhra

MAC - APRIL 2020

24 Mac 2020

Pusat Pungutan Zakat WP menerusi Khaira Bantuan Zakat Khaira
PPZ menyerahkan bantuan zakat khas kepada PPZ kepada Institut
Institut Kanser Negara (IKN) melalui Misi Kanser Negara (IKN)
#MUSAADAHCOVID19.

Bantuan khas zakat Pusat Pungutan Zakat-
MAIWP (PPZ-MAIWP) kepada Institut Kanser
Negara (IKN) ini telah disampaikan oleh YB
Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-
Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama).

Bantuan sebanyak RM40,000 yang akan
digunakan untuk membeli kelengkapan saringan
dan rawatan Covid-19. Turut disampaikan ialah
bantuan makanan yang akan diagihkan kepada
warga kerja IKN yang memerlukan.

24 Mac 2020

Pelancaran Tabung YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin
Musa’adah Covid-19 JAKIM Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
hari ini telah melancarkan TABUNG
MUSA’ADAH COVID-19 JAKIM bagi
membantu Kerajaan meringankan beban
pihak yang terjejas akibat wabak ini.

JAKIM selaku agensi pusat dalam
pengurusan hal ehwal Islam diamanahkan
untuk mewujud, mengaktif dan
menggerakkan Tabung Musa›adah
Covid-19 ini bagi mengumpul sumbangan
daripada orang ramai untuk memberi
bantuan yang bersesuaian kepada pihak
yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Al-Nashrah 69

MAC - APRIL 2020

24 Mac 2020

Agihan 200 Pek Nasi Ayamas kepada
Gelandangan di Chow Kit

Misi Musa’adah Covid-19 diteruskan melalui JAWI Food Bank dengan mengedarkan 200 pek Nasi
Ayamas kepada gelandangan di Chow Kit tanpa mengira bangsa dan agama. Inilah antara yang
dijalankan sejak 19 Mac 2020.

24 Mac 2020

MAIWP Tambah Bekalan Makanan Harian

Menerusi misi #MUSAADAHCOVID19, MAIWP menambah
lagi penghantaran makanan harian kepada beberapa pihak
yang memerlukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Pada peringkat awal, makanan harian ini dihantar kepada
petugas hadapan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital
Cancelor Tuanku Mukhriz UKM. Melihat kepada keperluan
semasa, makanan harian ini turut disalurkan kepada pelajar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan IPG Kampus
Bahasa Melayu, Lembah Pantai serta kepada penghuni di
Rumah Perantaraan AADK, Jalan Sultan Azlan Shah. Bekalan
makanan ini melibatkan perbelanjaan dana zakat sebanyak
RM49,200 dengan 678 bungkus makanan sehari. Terima
kasih pembayar zakat.

70 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

25 Mac 2020

Sumbangan kepada
Penghuni di Pemulihan
Pengasih Malaysia

Sumbangan makanan telah diberikan kepada 80
orang penghuni yang menjalani pemulihan dadah
terkurung di fasiliti Pemulihan Pengasih Malaysia,
Kuala Lumpur.

Tempat ini terkawal dan selamat serta udaranya
cukup segar di lembah Bukit Tunku. Mereka di
tempatkan di sini agar terhindar dari wabak
Covid-19. Semoga kesemuanya tenang di sini
sepanjang PKP ini.

Sumbangan ini dilaksanakan melalui misi
#MusaadahCOVID19 di bawah YB Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

25 Mac 2020

Penyampaian Bantuan Tabung
Musaadah COVID- 19 JAKIM

Puan Hajah Hakimah binti Bantuan ini di bawah inisiatif
Tabung Musaadah COVID-19
Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua JAKIM yang dilancarkan oleh
YB Senator Datuk Dr Zulkifli
Pengarah (Dasar), JAKIM Mohamad Al-Bakri, Menteri di
JPM (Hal Ehwal Agama) pada
menyampaikan bantuan 24 Mac yang lalu. Tabung ini
bagi meringankan bebanan
kepada waris Allahyarham golongan yang terjejas akibat
Perintah Kawalan Pergerakan
Encik Abd Aziz bin Mohd Covid-19. Semoga Allah
merahmati para penyumbang.
Nawi, warga JAKIM yang

meninggal dunia pada 24 Mac

2020 akibat sakit jantung.

Allahyarham merupakan salah

seorang petugas JAKIM yang

terlibat dalam urusan bencana.

Al-Nashrah 71

MAC - APRIL 2020

28 Mac 2020

COVID-19: MAIWP Bakal Latih Usahawan
B40 Jana Pendapatan

YAB Perdana Menteri ketika mengumumkan rekod, pada tahun 2019, MAIWP dengan
pakej PRIHATIN telah memperkenalkan kerjasama SME Corp telah merangka program
program kewangan sosial antara Majlis Agama “Asnafpreneur” untuk melatih usahawan di
Islam Negeri, institusi perbankan Islam dan kalangan asnaf meningkatkan daya saing
rakan-rakan pelaksana utama untuk membantu perniagaan mereka.
usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata
pencarian ekoran COVID-19. Bagi membolehkan program yang disarankan
oleh YAB Perdana Menteri ini dilaksanakan
Bagi fasa pertama, MAIWP telah dinamakan secepat mungkin, satu jawatankuasa teknikal
untuk memulakan program ini dengan ditubuhkan terdiri daripada MAIWP, SME Corp
kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad. dan Bank Islam Malaysia Berhad. Jawatankuasa
Menurut Dato’ Sri Syed Hussien, pengalaman ini akan berperanan mengenalpasti bentuk
sedia ada MAIWP dalam melatih asnaf akan bimbingan yang bersesuaian dan efektif untuk
membantu menjayakan program ini. Untuk dilaksanakan kelak.

30 Mac 2020

Sumbangan YADIM untuk Asnaf, Pelajar UKM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang
Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al
Bakri pada 30 Mac melalui Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) turun padang menyampaikan
sumbangan kepada golongan terkesan akibat
Covid-19. Sumbangan telah disampaikan kepada
lima wakil penduduk di kawasan tersebut. Secara
keseluruhan, seramai 100 keluarga menerima
bantuan berbentuk wang tunai dan barangan
keperluan harian bernilai RM20,000. Selepas di
Pangsapuri Enggang, beliau hadir ke satu lagi
majlis penyerahan bantuan kepada 100 pelajar di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

72 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

30 Mac 2020

Penerbitan Garis Panduan
Tatacara Pengurusan Jenazah
Orang Islam Covid-19

JAKIM bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, JAWI dan
Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menerbitkan
satu Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam
Covid-19.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun di laman web JAKIM
di pautan berikut: bit.ly/PengurusanJenazahIslamCovid19

31 Mac 2020 MAIWP

Sumbangan kepada
Badan Kebajikan Anak
Wilayah Persekutuan
Mesir (BKAWM)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
melalui Baitulmal MAIWP telah memperuntukkan
sumbangan Musaadah COVID-19 berjumlah
RM20,000.00 kepada Badan Kebajikan Anak Wilayah
Persekutuan Mesir (BKAWM).

Ia akan dimanfaatkan untuk membantu para pelajar
Wilayah Persekutuan di Republik Arab Mesir yang
turut terjejas ekoran wabak COVID-19 yang turut
dilaporkan di sini. Bantuan ini bertujuan untuk membeli
barang keperluan asas dan keperluan harian. Semoga
dapat meringankan beban ibu bapa di tanah air yang
kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Al-Nashrah 73

MAC - APRIL 2020

31 Mac 2020

MAIWP

COVID-19: RM25.11 Juta
Zakat Diperuntukkan
Sehingga 26 Mac 2020

MAIWP menyambut baik saranan Kerajaan agar
institusi zakat lebih proaktif membantu asnaf
dan mereka yang mungkin menjadi asnaf kesan
daripada penularan COVID-19. Oleh itu, MAIWP
sehingga kini telah meluluskan sebanyak RM25.11
juta dana zakat sehingga hari ini 27 Mac 2020.
Dana ini diterima daripada para pembayar zakat
PP-MAIWP dan MAIWP melaksanakan amanah
mereka mengagihkan kepada yang memerlukan.

AgensiKHABAR (April)

1 April 2020

MAIWP

MAIWP Percepatkan Bantuan Kecemasan

“Bantuan kecemasan sudah yang masuk sangat tinggi
masuk! Ya Allah, begitu cepat
prosesnya.” dan kami cuba yang terbaik

Inilah antara mesej terima kasih mempercepatkan proses
yang diterima daripada penerima
Bantuan Kecemasan Baitulmal penyaluran bantuan. Sejak PKP
yang terjejas ekoran Perintah
Kawalan Pergerakan. berkuatkuasa, kami menerima

Kami cuba yang terbaik membantu hampir 10,000 permohonan
mereka yang memerlukan dalam
situasi sekarang. Permohonan bantuan menerusi Whatsapp.

Talian hotline telah ditambah
kepada 17 talian untuk
memudahkan permohonan di-
buat.

74 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

1 April 2020

JAKIM Agihkan Bantuan Tabung Musaadah
Covid- 19 JAKIM di Kampung Orang Asli, Panggen,
Cameron Highlands.

Hari ini Ustaz Akmal Akram, Pegawai Penyelaras
Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM Negeri
Pahang (Pahang Barat) bersama 3 orang
Penggerak Masyarakat Orang Asli JAKIM dengan
kerjasama JAKOA Daerah Cameran Highland telah
mengagihkan bantuan dari Tabung Musaadah
Covid-19 JAKIM di Kampung Orang Asli Panggen,
Cameron Highlands.

Bantuan dalam bentuk barangan kering telah
disampaikan kepada 345 orang penduduk dari 69
buah keluarga Orang Asli yang beragama Islam
dan bukan Islam. Bantuan ini adalah sebahagian
dari Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM yang telah
dilancarkan oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin
Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM.

1 April 2020

YAPEIM Meneruskan
Program Foodbank
YaPEIM 2.0

Al-Nashrah 75

MAC - APRIL 2020

2 April 2020

YAPEIM Santuni
Petugas Barisan
Hadapan - Sumbang
Pek Makanan dan
Daging Lembu Segar

2 April 2020

Prihatin dengan kebimbangan dan kesukaran MAIWP Luluskan
yang dihadapi oleh orang ramai ekoran penularan RM34.13 Juta Zakat,
COVID-19, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Terbaharu 6000 Dapat
(MAIWP) telah meluluskan RM34.13 juta khususnya Manfaat Yuran Tadika
kepada mereka di Wilayah Persekutuan. Pengerusi Islam dan Taska
MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee berkata Dikecualikan
pengecualian bayaran yuran tadika Islam dan taska
asuhan kanak-kanak di bawah MAIWP adalah
inisiatif terbaru bagi meringankan beban rakyat
dalam situasi semasa.

5 April 2020

MAIWP

Sehingga 4 April 2020, MAIWP Telah
Agihkan RM0.6 Juta Zakat Kecemasan

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi Sejak dibuka pada 30 Mac, sebanyak RM0.6 juta
mengelang penularan COVID-19, ramai yang telah disalurkan menerusi 1,591 permohonan
terjejas pendapatan khususnya mereka yang yang telah diluluskan sehingga 4 April 2020.
bergaji harian atau dipotong gaji. Oleh itu, Jumlah ini dijangka akan terus meningkat
MAIWP menerusi misi #musaadahcovid19 berdasarkan permohonan yang sentiasa
telah menyediakan Bantuan Kecemasan kepada bertambah saban hari.
mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan.

76 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

9 April 2020

MAIWP

Musaadah Covid-19 MAIWP
Tampil Bantu Mangsa Musibah

Baitulmal MAIWP telah turun ke lapangan
menyantuni dua keluarga yang ditimpa musibah
ribut lewat petang tadi di Kg. Puah, Wangsa Maju,
Kuala Lumpur. Akibat daripada itu, dua keluarga
menghadapi kerugian apabila pokok besar yang
tumbang menghempap kediaman dan juga
kenderaan milik mereka.

Kejadian tersebut adalah berpunca daripada hujan
lebat dan ribut yang berlaku sekitar jam 3.00 petang.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
ini, Baitulmal MAIWP akan mempermudahkan
permohonan Bantuan Musibah bagi kesemua
mangsa dan meminta penerimaan dokumentasi
berkaitan permohonan dibuat melalui talian aplikasi
Whatapps. Terima Kasih Pembayar Zakat.

14 April 2020 MAIWP

Musaadah Covid-19 MAIWP
Bantu Pasangan Warga Emas

Baitulmal MAIWP berkesempatan menziarahi
satu pasangan warga emas di kediamannya
yang terletak di PPR Kg. Muhibbah, Puchong
Kuala Lumpur sejurus menerima aduan awam
yang prihatin akan nasib mereka. Pakcik Saeden
menghidap sakit jantung manakala isterinya
mengalami kencing manis kronik.

Pakcik Saeden yang sebelumnya mampu
menyara keluarga dengan bekerja sebagai
pengawal peribadi telah lama tidak dapat

Al-Nashrah 77

MAC - APRIL 2020

bekerja memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak
mengizinkan. Pakcik Saeden juga terpaksa menangguhkan
pembedahan jantungnya kerana ketidakmampuan bagi
menyediakan deposit yang diminta oleh pihak hospital.
Bersimpati kepada pasangan warga emas ini, Baitulmal
MAIWP mengesyorkan beberapa bantuan yang sesuai
kepada kedua mereka. Pakcik Saeden dan isteri amat gembira
dan berterima kasih atas keprihatinan Baitulmal MAIWP
kepada mereka.

15 April 2020

JAWI Menyampaikan Sumbangan Keperluan
Asas Kepada 2 Keluarga Bukan Islam

JAWI Food Bank (JFB) melalui Misi sumbangan barang keperluan
JAWI PUTRAJAYA telah menyantuni asas ini telah digerakkan oleh Ustaz
dua keluarga bukan Islam dengan Muhamad Zakuwa bin Rodzali,
meyumbangkan barang keperluan asas Ketua Penolong Pengarah Kanan,
bagi meringankan bebanan semasa JAWI Putrajaya bersama Ustaz
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Noor Hazwan bin Nasruddin, selaku
Dua keluarga ini merupakan keluarga pegawai penyelaras dan beberapa
daripada Saudara Baru yang mengikuti pegawai dan kakitangan yang lain di
kelas pengajian di JAWI Putrajaya. peringkat Putrajaya.

78 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

15 April 2020

Sumbangan Kepada 30
Orang Asnaf oleh JAWI

Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah
JAWI menyampaikan sumbangan Musaadah
Covid-19 Bersama JAWI Food Bank kepada
30 orang asnaf di Manjalara B, Kepong. Turut
hadir, Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni, Imam
Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpu dan Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim,
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian
Pengurusan Masjid JAWI.

Program ini adalah anjuran bersama Pusat
Zon 1 dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.

15 April 2020

Program Foodbank
YaPEIM 2.0 (Ready to Eat)

Program Foodbank YaPEIM 2.0 (Ready to Eat)
#MusaadahCovid19 Negeri Kelantan diadakan
pada 15 April 2020, bertempat di Kampung Pulai
Chondong Machang Kelantan.

Seramai 20 keluarga yang terjejas pendapatan
sepanjang PKP menerima Manfaat daripada serahan
tersebut. Terima kasih Penyumbang Tabung Amanah
YaPEIM.

Al-Nashrah 79

MAC - APRIL 2020

16 April 2020

RM378,000 Bantuan
Musa’adah Covid-19
Disampaikan Kepada

Orang Asli

Sejumlah RM378,000 bantuan disalurkan
kepada komuniti Orang Asli yang terjejas
akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
melalui Tabung Musaadah COVID-19 Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

16 April 2020

JAWI Laksana Pernikahan Online
Pertama di Malaysia

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) telah melaksanakan Majlis Akad
Nikah satu pasangan pengantin secara atas
talian (online), yang pertama di Malaysia,
ekoran kekangan pergerakan akibat wabak
COVID-19.

Majlis nikah online itu selaras dengan Menariknya, tempoh masa yang ambil kurang dari
ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu 15 minit. Usaha ini juga selari dengan keputusan
yang memberi kelonggaran kepada pasangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
yang memperolehi Kebenaran Berkahwin Malaysia (MKI) yang membenarkan majlis akad
daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara dalam talian.
nikah secara sidang video (video conference)
berdasarkan garis panduan dan borang
permohonan ditetapkan.

80 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

18 April 2020

Program Foodbank
YaPEIM 2.0 (Dry Food)

Program Foodbank YaPEIM 2.0 (Dry Food)
#MusaadahCovid19 Negeri Melaka di Daerah Melaka
Tengah, Daerah Jasin& Daerah Alor Gajah diadakan
pada 18/04/2020 bertempat di Teluk Mas, Semabok,
Bt Berendam & Limbongan; Umbai & Rim; Masjid
Tanah & Machap.

Seramai 16 keluarga yang terjejas pendapatan
sepanjang tempoh PKP menerima Manfaat daripada
serahan tersebut. Terima kasih Penyumbang Tabung
Amanah YaPEIM.

20 April 2020

Bantuan Keperluan
Asas Kepada

8 Sekeluarga Pekerja
Kontrak Rakyat
Indonesia

Alhamdulillah petang ini team JFB
berkesempatan menyantuni seramai 25
orang dari 8 sekeluarga pekerja kontrak rakyat
Indonesia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Hampir
kesemuanya kehilangan pekerjaan ekoran
PKP yang telah berjalan genap sebulan.
Semoga bantuan barangan keperluan asas
berupa beras, gula, minyak, tepung, biskut
dan sardin ini dapat meringankan beban yang
mereka tanggungi. Insya Allah.

Al-Nashrah 81

MAC - APRIL 2020

22 April 2020

Sorotan Bantuan Yang
Telah Diluluskan Melalui
Inisiatif 3 MAIWP
Prihatin

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan, MAIWP Bayar Zakat Fitrah
menyedari sebahagian anggota masyarakat Secara Online
terjejas pendapatan seperti pekerja harian,
mereka yang bekerja sendiri, pekerja sektor Pada tahun ini, kadar zakat fitrah adalah RM5
swasta dan lain-lain lagi. Justeru itu, MAIWP dan RM7. Umat Islam boleh memilih untuk
telah menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan membayar antara dua kadar ini mengikut
dengan jumlah peruntukan RM3 juta dengan kemampuan.
sasaran penerima seramai 6,000 orang.
Bagi memudahkan pembayaran terutamanya
Jumlah ini akan dinaikkan dari masa ke semasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan
dengan melihat kepada keperluan yang timbul. berkuatkuasa, maka zakat fitrah di Wilayah
Terima kasih pembayar zakat. Amanah anda Persekutuan boleh dibayar secara «online»
MAIWP Tunaikan. antaranya menerusi aplikasi mobil SnapNPay
dan e- wallet Boost serta perkhidmatan
JomPAY di Perbankan Internet atau telefon
mudah alih.

82 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

22 April 2020 MAIWP

MAIWP Luluskan RM8.82 Juta untuk
Bantuan Ihya’ Ramadhan dan Kebersihan

MAIWP telah meluluskan peruntukan
sebanyak RM8.82 juta untuk Bantuan
Ihya› Ramadhan dan Kebersihan
kepada semua masjid, Surau Diri
Jumaat dan surau di seluruh Wilayah
Persekutuan bagi tahun 2020.

Peruntukan ini akan memberi manfaat
kepada 89 buah masjid, 111 buah
Surau Diri Jumaat dan 555 buah surau.
Terima kasih pembayar zakat.

23 April 2020 MAIWP

MAIWP Meneruskan MAIWP Menyediakan
Kutipan Zakat Fitrah Alternatif Pembayaran
Menerusi 919 Amil Zakat Fitrah Dalam Talian

Majlis Agama Islam Wilayah MAIWP telah menyediakan satu alternatif
Persekutuan (MAIWP) akan me- pembayaran zakat fitrah dalam talian.
neruskan kutipan zakat fitrah pada tahun Antaranya mekanisme yang boleh digunakan
ini menerusi 919 amil yang dilantik. adalah melalui:
Walaubagaimanapun, lokasi bagi
setiap amil terlibat membuat kutipan • Jompay Online Banking
adalah tertakluk kepada Perintah • SnapNPay Application
Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan • Boost e-Wallet Application
dikeluarkan oleh kerajaan. Amil-amil
berkenaan juga akan dibekalkan dengan
QR Code SnapNPay bagi membolehkan
transaksi tanpa tunai dibuat secara terus.

Al-Nashrah 83

MAC - APRIL 2020

23 April 2020

Spotify TV AlHijrah Sediakan Lebih
200 Kandungan Audio Islamik

AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) mempunyai pilihan mendengar semula bacaan
telah melancarkan platform digital ‘Spotify al-Quran, tazkirah, kuliah, nasyid dan rancangan
TV AlHijrah‘ dalam usaha media Islamik itu yang sebelum ini, hanya dapat ditonton
memenuhi kehendak audiens di dalam dan luar melalui televisyen. Spotify TV AlHijrah turut
negara. Spotify TV AlHijrah itu menawarkan menawarkan kandungan berbentuk keagamaan
lebih 200 kandungan audio Islamik seperti seperti perbincangan mengenai solat terawih,
tazkirah dan nasyid yang akan dikemaskini setiap amalan di bulan Ramadan, zakat, sedekah dan
hari. Melalui Spotify ini, penonton TV AlHijrah infak pada bulan yang mulia bagi umat Islam itu.

25 April 2020

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Cawangan Labuan Berjaya Merekodkan
Kenampakan Anak Bulan Termuda Di Dunia

Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan
Labuan telah berjaya merekodkan kenampakan Anak Bulan
termuda di dunia yang berumur 8 jam 15 minit secara
visual fotografi semasa cerapan Anak Bulan Ramadan
1441H/2020M.

Penyelaras International Crescent Observation Project (ICOP),
Mohamed Odeh yang mengendalikan laporan cerapan di
seluruh dunia telah menghubungi Ustaz Agku Bolkhizan
untuk mengesahkan kenampakan Anak Bulan tersebut.

84 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

Rekod ini juga telah memberi impak positif MAIWP
terhadap perkembangan kajian kenampakan
Anak Bulan untuk dibincangkan dan diselaras
di peringkat dunia. Tahniah diucapkan kepada
pasukan pencerap daripada Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan yang
telah berjaya mengukir nama dipersada dunia.

27 April 2020

Jejak Musa’adah Ramadan MAIWP

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, MAIWP
menggiatkan lagi aktiviti penyaluran bantuan kepada
golongan asnaf dan yang terjejas pendapatan menerusi
program Jejak Musaadah Ramadan MAIWP. Menerusi
program ini, MAIWP turun padang menziarahi asnaf di
sekitar Wilayah Persekutuan dan menyalurkan bantuan
dalam dua kategori.

Kategori pertama adalah bantuan berbentuk wang tunai
iaitu Bantuan Kecemasan Khas Covid19 kepada yang
terjejas pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan ini. Kategori penerima kedua pula adalah
penerima Bantuan Kewangan Bulanan sedia ada di
mana mereka menerima beras serta barangan keperluan
daripada peruntukan bayaran fidyah. Aktiviti Musaadah
Ramadan MAIWP akan dilaksanakan 3 kali seminggu
sepanjang Ramadan ini.

Al-Nashrah 85

MAC - APRIL 2020 MAIWP

30 April 2020

MAIWP menyampaikan RM12.99 juta
sumbangan Zakat Aidilfitri

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
(MAIWP) telah menyampaikan sumbangan dalam satu majlis ringkas di Masjid Salahuddin
Aidilfitri kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.
daripada dana zakat berjumlah keseluruhan
RM12.99 juta kepada 26,400 orang penerima. Menurut beliau, bantuan Aidilfitri disalurkan
lebih cepat pada tahun ini berbanding tahun-
Seramai 25,700 asnaf menerima bantuan tunai tahun sebelumnya bagi meringankan beban
berjumlah RM500 setiap seorang. Selain itu, asnaf khususnya dalam tempoh PKP ini.
Bantuan Aidilfitri sebanyak RM200 akan turut
disalurkan kepada 700 orang lagi terdiri anak-
anak yatim di bawah kelolaan MAIWP iaitu
di Darul Kifayah Kuala Lumpur dan Labuan.
Ini termasuk sumbangan kepada anak-anak
keluarga asnaf yang belajar ilmu kemahiran di
Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP dan para
pelatih di pusat perlindungan dan bimbingan
wanita Dar Assaadah.

Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),

86 Al-Nashrah

MAC - APRIL 2020

Al-Nashrah 87

MAC - APRIL 2020

88 Al-Nashrah


Click to View FlipBook Version