7 APRIL 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM MAKMAL KOMPUTER 8.00 AM - 12.00 PM
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa Disiplin serta Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah termasuk PRS yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2023/2024. Tujuan utama pembugaran ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada barisan pengawas sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dan role model utama di sekolah. 1 .0 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin 2.0 Mewujudkan sifat kepemimpinan dalam satu kumpulan 3.0 Meningkat sahsiah dan disiplin sebagai seorang pengawas di sekolah