The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

“Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA , KUANTAN, 2024-05-15 23:44:45

Sambutan Hari Guru 2024

“Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”

“Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” 8:00 Pagi Bacaan Yassin & Solat Hajat Semua guru dan murid berkumpul di bawah Teduhan Ilmu 9:00 Pagi Bacaan doa, Watikah hari guru, Bacaan Ikrar Guru, Nyanyian Lagu Guru Malaysia, Nyanyian Lagu Tema Hari Guru, Ucapan ketua murid, Majlis Guruku Tersayang 10:30 Pagi Rehat 11:00 Pagi Aktiviti Kelab Guru 12:00 Tengahari Bersurai Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM) Sambutan Hari Guru Sambutan Hari Guru Tahun 2024 Anjuran Unit Kokurikulum dengan kerjasama Kelab Guru SRIIM Pakaian murid : Seragam sekolah hari Jumaat Tentatif Program


Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM) Tahun 2024 Jawatankuasa Induk & Pelaksana Sambutan Hari Guru Penasihat Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi II Shalmisyam Shahuddin (Guru Besar) Pengerusi Nor Haslinda Mohamed Nor ( Guru Penolong Kanan kokurikulum) Izzatul Husna Binti Rahman ( Guru Penolong Kanan kurikulum) Zulmukhsah Bin Abd Mubin (Pengerusi Kelab Guru) Naib Pengerusi I Muhammad Huzaifah Bin Mohd Noor Fitri (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Penyelaras Nur Husna Binti Mohd Yunus Setiausaha Atikah Binti Selamat “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”


“Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM) Tahun 2024 Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Guru AJK Teks Bacaan Doa AJK Penyediaan Perutusan KPM, YTP PUSAT, SKRIP LAGU GURU MALAYSIA, IKRAR GURU MALAYSIA AJK Juruacara Majlis AJK Persiapan Tempat AJK Multimedia, Dokumentasi & Jurufoto AJK Jamuan ZULMUKSAH B. HJ ABDUL MUBIN NORIZAN BT MASUUD MOHD FITRI AMIR BIN SHOODI MUHAMMAD NAZRUL IZWAN BIN ABDUL KHALID ASFARIHAN BINTI JAAFAR NUR HIDAYATULLAH BINTI AHMAD NAZIR NUR AFIFAH BINTI ABDUL RAHMAN KAMARIAH BINTI SAMSUDIN NORHASIKIN BINTI ABDUL HAPAR SITI NORIHAN BINTI SAAD NOOR INTAN BT IDRIS


“Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM) Tahun 2024 Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Guru AJK Siaraya / Peralatan & PA System Ajk Hadiah dan Sijil AJK Kelab Guru AJK Buku Program & Poster Ajk Disiplin Murid dan AJK Persembahan Guru Kebersihan MUHAMMAD FAKRUR RADZEE BIN ABDULLAH SITI HANISAH BINTI ZAKARIA SUHAILA BINTI AB MANAP NOOR SHUHAILLA BINTI OTHMAN NUR AISYAH BINTI ABDUL RAHMAN NURUL ATIRAH BINTI HAMZAH MOHD FARRIZ BIN MOHD RAZDI MUHAMMAD FAIZUL AIMAN BIN ZAINUDDIN ATIKAH BINTI SELAMAT FATANAH BINTI RAHMAN NUR SYUHADA BINTI LATFI MUHAMMAD SUHAIMI BIN AB RAZAK ANIS NOORDINE BINTI ABD RAZAK PUTERI NUR ASIAH BINTI MUSTAFA NORFADZILAH BINTI ROSLAN NURUL FARHANNA BINTI MOHAMED ALIAS


Ikrar Hari Guru Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat dan negara kami Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip Rukun Negara Pada setiap masa. Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM)


Lagu Guru Malaysia Kami Guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM)


Lagu Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani Dari desa dan kota lahirlah insan mulia, Berjiwa perkasa mendidik anak bangsa, Kamilah guru Malaysia Guru Aspirasi Negara Madani, Turut pemangkin generasi, Guru tunjang sekolah sejahtera, Guru pemangkin kegemilangan, Kamilah guru Malaysia. Berguru demi ilmu, Bina generasi baharu, Pencetus keyakinan tinggi, Pembina inovasi, Penjana modal insan, Kamilah guru Malaysia, Kamilah guru Malaysia. Kamilah guru Malaysia Oh oh oh Oh oh oh Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM)


1 TEKS PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53 TAHUN 2024 TARIKH: 16 MEI 2024 TEMA: “GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI”


2 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia MADANI PENDAHULUAN Ke hadapan para guru yang dicintai dan dihargai, 1. Mewakili seluruh jajaran kepimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya dengan suci hati dan tulus ikhlas, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pendidik yang telah menabur khidmat bakti di seluruh pelosok tanah air. Selamat Hari Guru! 2. Cabaran sebagai seorang pendidik pastinya tidak semudah yang disangka. Tugasnya berat, bebanannya besar. Itulah amanah yang dipikul di atas jemala para guru. Guru merupakan suatu profesion yang paling dipercayai zaman berzaman. Sejak zaman bahari, hingga era teknologi, guru menjadi tonggak masyarakat dan pelaku pembangunan peradaban bangsa. 3. Hatta, seorang guru yang baik dan berjasa tidak mungkin dilupakan masyarakatnya. Natijahnya, guru-guru dalam masyarakat kita sering kali dijadikan rujukan oleh penduduk. Dipanggil pula dengan panggilan “Cikgu".


3 4. Sekali bergelar guru, sampai hujung nyawa dipanggil Cikgu. Berbicara tentang guru umpama kita berbicara tentang ibu bapa kita. Sering kali perasaan terharu dan sebak datang menusuk kalbu saat bercakap perihal guru. 5. Saya berkesempatan mengadakan kunjungan dan lawatan ke banyak institusi pendidikan dan sekolah sama ada yang terletak di bandar, pinggir bandar, luar bandar, mahupun pedalaman. Kesimpulan saya, memang masih banyak perkara yang perlu diperbaik, baik dalam konteks infrastruktur dan kemudahan, mahupun akses dan peluang pendidikan, namun pendidikan kita di Malaysia masih bertahan dan gencar bergerak, kerana tonggak utamanya – Guru. 6. Saya bertuah kerana dapat merasai pengalaman bermakna ini yang mengajar saya erti kegigihan. Sesekali dalam lawatan, saya mengelamun sejenak kerana memikirkan betapa kesungguhan para pendidik ini tidak mungkin dapat dibalas dengan ganjaran dunia. 7. Oleh yang demikian, sering kali saya misalkan guru dan para pendidik ini ibarat “hujung mata tombak”. Dialah yang paling tajam – mampu menusukkan ilmu, adab dan kesedaran ke dalam akal dan jiwa setiap anak-anak kita.


4 Dialah juga yang sentiasa di atas – menjunjung prinsip dan ikrar sumpah perjuangan keguruan. Dia juga yang sentiasa bersedia – menangkis dan menepis saat anasir jahat datang mengganggu. MAQAM CINTA: ESENSI PENDIDIKAN DAN KEMULIAAN INSAN Warga pendidik sekalian, 8. Menyikapi agenda pendidikan bukan sekadar dan semata-mata fokus kepada aspek prestasi dan kecemerlangan akademik, mahupun prasarana dan fasiliti institusi pendidikan. Agenda pendidikan harus dilihat dan disikapi secara menyeluruh, komprehensif dan meliputi keseluruhan horizonnya yang luas. 9. Aspek keinsanan atau dimensi manusiawi wajar menjadi keutamaan dalam pendidikan. Esensi utama kependidikan ini mesti dipertahankan. Oleh yang demikian, peranan pendidikan sebagai “...usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu...” sebagaimana terungkap dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan harus diberi penekanan.


5 10. Manusia ialah makhluk terbaik ciptaan Tuhan. Setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah, yang ditandai dengan kemuliaan (karamah insaniah/human dignity) yang Tuhan kurniakan. 11. Kemulian insan (karamah insaniah) harus dihormati dan dilindungi, dan pendidikan seharusnya menjadi wahana yang terus teguh dan tekal menghormati dan melindungi kemulian insan. 12. Pendidikan adalah tentang pembentukan “otak dan watak” – kecemerlangan akademik dan keterpujian sahsiah, yang merangkumi perkembangan ilmu, pembentukan karakter, pemurnian adab dan akhlak serta pengukuhan integriti. 13. Pendidikan juga adalah tentang “interaksi” – kesalingan hubungan antara sesama manusia. Oleh yang demikian, menjadi suatu keyakinan kita bahawa maqam tertinggi dalam pendidikan ialah “cinta”. Secara idealnya, pendidikan berperanan memelihara dan memandu fitrah manusiawi. Pendidikan seharusnya menjadi suatu proses “memanusiakan manusia” dan antara esensi utama dalam diri manusia ialah kasih sayang dan cinta. Justeru, pendidikan bukan sekadar


6 mengasah “akal fikiran” semata, tapi juga mengasah “akal budi” manusia. 14. Persoalannya, bagaimana memanifestasikan pendidikan dalam kefungsiannya yang sebenarnya? Hal ini berbalik kepada para guru dan pendidik sendiri, dan para pendidik adalah golongan yang mengemban tugas kepemimpinan. Pendidik ialah pemimpin, dan para guru ialah pemimpin bangsa ini. PERANAN GURU JAUHARI DIGITAL DALAM MEMACU PEMBANGUNAN Guru-guru yang berjasa sekalian, 15. Dalam kesedaran dan keinsafan bahawa langkahan ke depan adalah sangat mencabar dan mendebarkan, ayuh kita sama-sama mengatur pemposisian tetapan minda yang optimis. Kita menyaksikan pelbagai impak dan implikasi yang muncul natijah daripada perubahan global yang berlaku khasnya pasca Covid-19. 16. Sememangnya kita khuatir dengan anak-anak kita, yang bakal berhadapan dengan segala macam kesulitan era generasi ‘pandemials’, namun dalam masa yang sama, kita


7 juga wajar melihat peluang yang terbit daripada kepayahan ini. 17. Pengetahuan digital merupakan kunci yang perlu dikuasai oleh para pendidik untuk membuka pintu kepada pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital (DPD). 18. Paling utama, guru-guru disarankan untuk membangun kompetensi digital secara kendiri bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas. Melalui latihan dan pembelajaran kendiri, mereka akan menjadi peneraju dalam membentuk landskap pendidikan yang lebih baik untuk generasi akan datang. 19. Selain itu, KPM juga telah menambah baik ekosistem pendidikan digital, iaitu infrastruktur dan infostruktur. Usaha berterusan ini bertujuan untuk membantu dan memberikan sokongan kepada para pendidik ini untuk mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran dalam digital serta membudayakan pengetahuan, kreativiti dan inovasi pendidikan digital dalam kalangan anak-anak kita. 20. Terkadang, ada segelintir yang sinis dengan usaha kita dalam merangka perancangan pendidikan digital ini, kerana


8 masih adanya anak-anak yang tercicir atau tertinggal daripada asas literasi dan numerasi dalam pendidikan mereka. 21. Keprihatinan mereka ini berasas sebenarnya. Namun, memang telah kita usahakan “campur tangan” dan intervensi dalam kurikulum kita sekarang ini dan memberi fokus kepada perkara asas yang belum selesai seperti penguasaan “3M” (Membaca, Menulis dan Mengira). 22. Apa yang tidak kita sedari adalah teknologi sebenarnya mampu menjadi solusi untuk mengatasi pelbagai permasalahan pendidikan, termasuklah mengatasi keciciran. Ketika pandemik Covid-19 membadai, kita menyaksikan bagaimana teknologi membantu – walau banyak kekurangannya – dalam meneruskan pembelajaran. 23. Kita juga yakin, untuk masa-masa ke depan ini, teknologi digital akan mampu mengesan keciciran dan membantu kita menanganinya. Justeru, digitalisasi bukanlah sematamata suatu “privilege” kepada anak-anak yang berkemampuan dan yang mempunyai akses, tetapi ia akan diperluas menjadi sebahagian penyelesaian kepada permasalahan yang membelenggu proses pendidikan.


9 GENERASI FASIH DIGITAL, ANGKATAN BAHARU YANG AMPUH Para pendidik yang disanjung sekalian, 24. Dalam konteks pembangunan negara, generasi fasih digital ini amat diperlukan sebagai persediaan negara menghadapi perubahan dunia teknologi dan digital. 25. Antara inisiatif yang telah dilakukan oleh KPM untuk merealisasikan strategi ini adalah dengan menambah baik jurang digital antara murid di kawasan bandar dan luar bandar. 26. KPM juga telah menyediakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara berfasa ke sekolah-sekolah sejak Mac 2022. Ini termasuklah melengkapi kesemua sekolah dengan rangkaian jaringan internet. 27. Selain itu, antara platform terpenting yang disediakan oleh KPM ialah pelantar DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) yang mengandungi perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.


10 28. Saya yakin, para guru sekalian sedar bahawa pendidikan ialah proses yang holistik, yang membantu manusia memenuhi keperluan akal (aspek kognitif) dan menyempurnakan kehendak psikologi-emosi manusia (aspek afektif); di samping membangun kapasiti jasmani insan (aspek psikomotor). 29. Walaupun teknologi hadir sebagai alat bantu, memudah cara dalam pelaksanaan proses pendidikan, namun tetap tidak akan mampu menggantikan “interaksi manusiawi” dalam ekosistem pendidikan. Pendidikan semestinya perlu kepada “hi-touch” di samping “hi-tech”, “heartware” bukannya “hardware”. PENUTUP 30. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering kali menegaskan bahawa Malaysia yang tercinta ini mestilah dibangunkan bukan sekadar menumpu kepada aspek lahiriah dan pembangunan fizikal, tetapi yang paling pertama dan utama adalah pembinaan jati diri dan keterampilan warganya. 31. Pembinaan jati diri dan keterampilan warga Malaysia akan mampu diteguhkan melalui pendidikan. Tegasnya,


11 pendidikan ialah proses memanusiakan manusia. Dengan pendidikan, manusia memanifestasikan diri, membebaskan diri daripada belenggu kejahilan, menerapkan nilai dan prinsip manusiawi, membangun interaksi dengan kasih sayang, menyubur kesedaran berbakti, dan membangun bersama masyarakat madani. 32. Digitalisasi hadir sebagai proses pelengkap dalam memenuhi tujuan dan “maqsud” pendidikan. Teknologi, merupakan solusi kepada permasalahan dan keciciran dalam pendidikan, di samping membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam proses pendidikan hari ini. 33. Oleh yang demikian, guru jauhari digital yang sedar akan peranannya sebagai pendidik insani bertanggungjawab mengintegrasikan teknologi secara efektif dalam proses pendidikan, di samping memastikan murid-murid mahir dan beretika menggunakan peranti digital bagi memenuhi keperluan generasi Alfa, selaras dengan hasrat reformasi pendidikan negara yang sedang diusahakan bersama. 34. Hasrat untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan guru ke tahap jauhari digital adalah sebahagian daripada aspirasi negara MADANI yang kita sasarkan. Sebagaimana yang


12 telah saya bahaskan, guru ibarat hujung tombak, golongan yang paling awal mendepani cabaran zaman, dan yang paling layak mengendali bahtera perubahan nusa ini. Usai sembahyang kita bersama, Munajat dan doa kita panjatkan; Agenda pendidikan sangat utama, Malaysia Madani kita harapkan. Setelah berdoa bingkaslah bangun, Bergerak menuju ke ruang dapur; Jauhari digital tiada ngelamun, Guru maju tiada mundur. Kumpul di dapur keluarga seisi, Makan kari resipi Bengal; Teknologi digital jadi solusi, Agar tiada murid tertinggal. Sudah makan basuhlah pinggan, Kemaskan dapur janganlah culas; Guru insani banyak berkorban, Jasa baktimu tiada terbalas.


13 Sudah kenyang bacalah buku, Ulang kaji mata pelajaran; Sekali guru selamanya cikgu, Hanya syurga tempat ganjaran. Usai membaca mata tak cerah, Masuk ke bilik tempat beradu; Kepada guru cintaku curah, Tak pernah lekang dalam doaku. SELAMAT HARI GURU TERIMA KASIH CIKGU! Wabillahi al-taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. MENTERI PENDIDIKAN 16 MEI 2024 -Tamat-


Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani Pendidikan negara telah berkembang maju semenjak merdeka dengan banyak perubahan dasar dan agenda baru pendidikan bagi menghasilkan sumber daya tenaga manusia negara. Kita sedar sesungguhnya pendidikan menjadi unsur terpenting dan menjadi katalis atau agen utama kepada perubahan masa depan bangsa dan negara. Bagi menghadapi cabaran dan tuntutan masa depan, pendidikan negara harus selari dengan perkembangan digital khususnya dalam era degitalisasi masa kini yang ditandai dengan perkembangan pesat teknologi baru AI, Big Data, 5G dan lain-lain. Tema Hari Guru 2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani sangat bertepatan dengan keperluan masa kini. Tema ini sejajar dengan matlamat kita untuk melahirkan generasi anak-anak yang mahir digital khususnya menerusi agenda besar negara dalam bidang ini iaitu Dasar Pendidikan Digital (DPD) supaya generasi pelajar akan berupaya meneroka, melaksanakan dan menggunakan teknologi digital ini untuk mempertingkatkan aktiviti pembelajaran berkesan dan menyuburkan budaya serta disiplin ilmu yang dipelajari dalam bilik darjah. Perkembangan pesat teknologi digital juga telah menjadikan manusia hidup lebih selesa dan menikmati banyak kemudahan hasil rekacipta baru dalam pelbagai bidang kehidupan Justeru itu, bagi menjamin hasrat tersebut tercapai para guru perlu diberi sokongan untuk memastikan mereka kompeten dalam menggunakan teknologi digital dan memanfaatkan semua pendekatan digital yang ada bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif, menarik dan berkesan. Pengalaman pembelajaran secara maya boleh memberi peluang lebih luas menerokai dan mengekplorasi segala khazanah alam dan cakrawala secara lebih realistik. Sistem pengurusan pembelajaran juga menjadi lebih mudah dan teratur dengan sistem digitalisasi yang lebih maju. Perkembangan baru ini sewajarnya turut mampu menjadi unsur penting dalam mengangkat nilai-nilai karamah insaniah atau kemulian insan kerana ia sewajarnya disepadukan dengan nilai-nilai Pendidikan manusiawi yang menjadi teras bagi membangunkan masyarakat madani. Kita perlu kembali kepada matlamat yang asas dalam pendidikan iaitu untuk tujuan kesejahteraan dunia dan akhirat dengan meletakkan Pendidikan al-hikmah sebagai teras utamanya. Ditegaskan bahwa Pendidikan al-hikmah tidak hanya memberikan ilmu, kemahiran dan keterampilan tetapi harus mencakupi soal pembinaan kesedaran Islamiah, kesedaran kewarganegaraan dan kesedaran kemanusiaan serta meningkatkan kesedaran bahawa dirinya adalah sebahagian daripada kemanusiaan sejagat yang terpadu dalam ikatan persaudaraan insaniah. Matlamat ini juga sejajar dengan gagasan besar institusi pendidikan jamaah iaitu membangun generasi kyara ummah dengan mengangkat ciri ummatik dan kebaktian serta semangat nahdah dalam kalangan pelajar. Karamah Insaniah merupakan tunggak dan menjadi teras utama untuk membangunkan peradaban dan tamadun bangsa serta negara. Membangun Malaysia Madani sebenarnya adalah suatu gerakan mengangkat peradaban bangsa dan negara dengan meletakkan manusia sebagai teras utama dan bukan pembangunan kebendaan seperti kehebatan bangunan dan menara tinggi pencakar langit. Kalau kita menelusuri sejarah kebangunan mana-mana peradaban dan tamadun besar dunia, entiti manusia adalah menjadi faktor dan teras utamanya. Manakala dalam konteks tamadun keinsanan maruah dan harga diri insan perlu dijaga dan diangkat dengan sebaik-baiknya supaya ia


akan mendapat al-falah iaitu kemenangan serta kebahagian di dunia dan akhirat. Oleh itu membangunkan karamah insaniah sewajarnya menjadi matlamat utama dalam melaksanakan agenda mendidik generasi. Konsep karamah Insaniah dalam sistem pendidikan negara harus memenuhi ciri sebenar penciptaan manusia sebagai mahkluk terbaik Manusia adalah makhluk yang paling sempurna dan diciptakan dalam sebaik-baik bentuk sehingga digambarkan dalam Al Quran sebagai ahsani taqwim. yang diciptakan oleh Allah swt. dengan pelbagai potensi. Oleh itu . agenda pendidikan perlu meraikan segala realiti kepelbagaian latar belakang individu dan perbezaan sosio budaya pelajar mengikut kadar kendiri . Sebagaimana kita maklum semua pelajar memiliki potensi dan kapasiti yang berbezabeza. Maka sewajarnya mereka perlu dilayani dengan pendekatan dan cara yang berbeza mengikut kadar kendirinya. Setiap pelajar itu adalah unik dengan pelbagai potensi yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Potensi mereka itu boleh dikembangkan secara berbeza-beza kerana kecenderunganya adalah berlainan. Oleh itu cara pendekatan untuk pendidikan anak-anak yang lebih sesuai mengikut keperluan sekarang adalah yang bersifat perorangan (personalization). Melalui pendidikan kita menggilap, menyubur dan mendorong mereka mengikut kaedah yang bersesuaian. Justeru itu, semua pelajar perlu mendapat akses dan hak pendidikan yang berkualiti tidak mengira siapa saja dan di mana ia berada seperti perkhidmatan guru terlatih, prasarana dan persekitaran lengkap serta kondusif. Ini adalah asas untuk mengangkat kemuliaan insan dan sesuai dengan matlamat pendemokrasian dalam pendidikan.. Usaha untuk membangunkan potensi setiap pelajar secara positif perlu melalui pendekatan yang holistik, kita perlu memberi ruang kebebasan berfikir kepada murid untuk mengembangkan kemahiran berfikir secara positif kerana sesungguhnya Allah memberi kebebasan kepada manusia berpandukan akal yang waras untuk manusia memilih berasaskan panduan-panduan syarak. Oleh itu model pendidikan al-hikmah sepatutnya menjadi wahana paling sesuai dan cocok untuk diangkat selaras dengan gagasan prinsip Madani Malaysia yang meletakkan peradaban keinsanan sebagai teras utamanya. Operasinya adalah mengikut kesusaian realiti negara ini dari segi konteks, budaya dan cabarannya Pendidikan yang baik boleh membentuk pandangan alam yang betul dan memahami fungsi alam semesta dan tujuan murni penciptaannya. Hubungan antara manusia dengan alam banyak menjadi panduan kepada kehidupan sejahtera. Natijahnya pendidikan adalah proses mengadabkan manusia untuk kehidupan yang sejahtera. Membentuk cara manusia berfikir dan berperilaku dalam kehidupan. Menyuburkan tabiat berfikir yang positif bagi menjadikan kehidupan dan lingkungannya sentiasa betul, luhur serta boleh membentuk perilaku yang baik. Usaha ini bagi meleburkan corak pendidikan yang mengabaikan pembinaan sahsiah dan watak serta terlalu menumpu membina otak serta terlalu memberi fokus pencapaian akadamik Hasilnya kita telah melahirkan generasi pintar tetapi kurang berpendidikan iaitu rendah nilai luhur dan akal budi. Perkembangan pendidikan masa kini terus maju kehadapan dan berubah dengan menitik beratkan soal pendidikan karekter sebagai wahana untuk mengembangkan potensi murid secara holistik. Oleh itu pendidikan karekter sewajarnya menjadi teras kepada pengisian aktiviti kurikulum, budaya dan ecosistem sekolah untuk menyuburkan prinsip pendidikan bermakna dan pendidikan untuk kehidupan. Usaha ini sebagai langkah praktikal untuk membentuk karekter bangsa Malaysia yang luhur iaitu hidup aman dalam budaya damai. Justeru itu, kita perlu


mengemukan segera model-model pembentukkan karekter bangsa yang realistik sesuai dengan realiti keMalaysiaan. Dalam sistem pendidikan, soal kualiti di semua peringkat tidak boleh dikompromi khususnya yang berkaitan dengan pengajaran murid. Kualiti kepemimpinan sekolah dan keberkesanan pengajaran guru sangat penting. Tujuannya supaya tidak berlakunya banyak kelompongan dan ketirisan dalam amalan mendidik seperti guru yang culas atau gagal membuat persediaan yang wajar untuk pengurusan dan perancangan pengajaran yang berkesan. Gejala ini boleh menatijahkan wujudnya kelompok pelajar yang kecicran dalam pembelajaran, seperti buta huruf, buta al Quran dan tidak berkemahiran. Lebih malang jika ketirisan tersebut berlaku dalam soal pemupukan akhlak dan sahsiah murid kerana gejala ini boleh merencatkan matlamat membangun kemuliaan insan. Oleh itu tugas guru sangat penting sebagai murabbi ummah bagi menjamin matlamat membangunkan generasi muda dengan bekal ilmu yang cukup, akal cerdas, emosi stabil dan sahsiah yang mulia menjadi kenyataan. Generasi unggul adalah yang ditandai sebagai ahli zikir, ahli fikir dan ahli ikhtiar yang sentiasa melaksanakan kebaktian kepada ummah. Oleh itu bagi mendokong aspirasi madani dalam pendidikan, Anak-anak perlu diberi bimbingan dan dorongan yang sewajarnya untuk memperkasakan sistem pembelajaran kendiri bagi menjamin tahap keberkesanan pembelajaran mereka sentiasa baik dan akan mendapat manfaat yang maksimum serta tidak mudah tercicir. Cabaran besar masa kini ialah bagaimana kita mampu dan berupaya membawa sistem pendidikan kita untuk menghadapi semua perubahan baru ini. Kita tidak boleh terus selesa dengan pendekatan lama dengan mengekalkan sistem pengurusan pembelajaran, pedagogi, pentaksiran serta pengurusan murid mengikut naratif lama dan tanpa perubahan. Isu transformasi digital dalam era degilitasi yang menjadi tema hari guru, bukan lagi suatu pilihan bahkan menjadi keperluan dan kemestian masa kini. Justeru itu, realitinya kalau kita tidak bersedia menguasai kemahiran digital maka kita akan terus ketinggalan dan sukar untuk maju ke hadapan. Namun begitu kita perlu menitik beratkan soal yang paling asas dalam pendidikan iaitu pembentukan akhlak, nilai dan adab yang menjadi teras kepada pembangunan karamah insaniah, kerana manusia kini hidup dalam realiti baru yang lebih mencabar dan boleh menghakis nilai-nilai kemanusiaan dan keinsanan. Dimensi roh semakin terabai apabila manusia terus berpaut kuat dan membuat pergantungan sepenuhnya kepada teknologi dalam penyelesaian sesuatu masalah. Penutup Oleh itu marilah kita menggembleng tenaga menyuburkan dimensi dalaman diri insan iaitu jiwa, minda dan wataknya bagi mengangkat kemuliaan insan sejajar dengan matlamat pendidikan al-hikmah. Kita perlu menanamkan sepenuh keyakinan bahawa pendidikan sesungguhnya sebagai paksi utama membagunkan sumber kebaikan insan kerana Insan yang baik diharapkan akan memberi kebaikan kepada orang lain dan mampu menginspirasikan serta mengilhamkan orang menjadi baik. HJ MOHD MUSLEH BIN YUNOS KETUA PENGARAH YAYASAN TAKMIR PENDIDIKAN 16 MEI 2024


Terima Kasih & Selamat Hari Guru Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota (SRIIM) Anjuran Unit Kokurikulum dengan kerjasama Kelab Guru SRIIM


Click to View FlipBook Version