The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulaikhaayob61, 2021-03-21 05:09:51

1

1

PERANAN GURU
SEBAGAI AGEN

SOSIOLISASI

TESL 3

PENULISAN
AKADEMIK 2

Ransangan:
“Pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran apabila
penularan Covid-19 mula dikesan dalam negara sejak beberapa
bulan lepas, terutama dari segi jadual pembelajaran para
pelajar. Ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan
penyakit itu, dalam usaha memastikan setiap pelajar tidak
ketinggalan, cara baharu seperti pembelajaran dalam talian
atau apa-apa kaedah bersesuaian perlu diadaptasi pelbagai
pihak terutama guru dan pelajar. ”

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin (2020)

1.2 PENULISAN AKADEMIK 2
Berdasarkan pernyataan di atas, anda sebagai sebagai guru
yang juga agen sosiolisasi dikehendaki menghuraikan
cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa
wabab Covid-19 yang berkesan tetapi tidak membebankan ibu
bapa, guru serta murid.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1 – PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : AHMAD AMIRUL HAZIQ BIN AHMAD FHUDZI

ANGKA GILIRAN : 2020092310039

NO KAD PENGENALAN : 020403080657

KUMPULAN/UNIT : TESL 3

KOD DAN NAMA KURSUS: GPP1063

NAMA PENSYARAH : DR FOUZIAH BINTI MOHD

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

NO. TEL :0105606942/0138192658

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : MIRUL Tarikh : 15 Mac 2021

Isi kandungan

(Soalan 1)
1. Pengenalan
2. Maksud konsep Pembelajaran Sepanjang hayat
3. Pendekatan terhadap konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam kalangan

guru
3.1 Memperbanyakkan pembacaan dan penyelidikan
3.2 Menyertai kursus secara maya
3.3 analisis dan pembelajaran kendiri

4. Kesimpulan

(Soalan 2)
1. Pengenalan
2. Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran

2.1 Pembelajaran secara atas talian
2.2 Pembelajaran melalui kuiz
2.3 Pembelajaran melalui video
3. Kesimpulan
4. Rujukan

1.0 Pengenalan

Macapada ini, seluruh dunia telah dikejutkan dengan kewujudan virus Covid-19 yang
telah memberikan impak yang sangat besar kepada perkembangan dunia. Penularan virus ini
telah mencetuskan suatu wabak yang telah membantutkan segala aktiviti kehidupan seharian
manusia termasuklah institusi pendidikan sama ada di dalam Negara mahupun di luar Negara
Hal yang demikian telah menyebabkan perjumpaan secara fizikal antara pengajar dan pelajar
telah dihadkan supaya dapat membendung virus ini daripada terus menular. Oleh itu sistem
pelajaran kini telah dirombak secara hampir menyeluruh oleh kementerian pelajaran Malaysia
dan telah menjadikan pembelajaran adalah berbentuk lebih kompleks serta selangkah ke
hadapan. Oleh itu, penerapan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru
juga perlu diadaptasi mengikut perubahan sistem pendidikan di dalam normal baharu.
Penulisan ini akan membincangkan bagaimana konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam
kalangan guru dapat diteruskan di dalam cara hidup normal baharu.

2.0 Maksud konsep pembelajaran sepanjang hayat

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu proses perolehan ilmu daripada
pelbagai sumber yang dilakukan secara berterusan. Jika dilihat kepada istilah yang lebih
khusus, konsep pembelajaran sepanjang hayat didefinisikan sebagai suatu proses
pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-luasnya kepada setiap
individu tanpa mengira kelas social kaum, umur dan juga jantina. Konsep pembelajaran
sepanjang hayat ini boleh dilakukan sama ada secara formal seperti di sekolah, institusi
pengajian dan pusat latihan vokasional ataupun secara tidak formal iaitu berdasarkan
pengalaman dan latiahan ditempat kerja masing-masing.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh UNESCO pada tahun 1965, pertubuhan ini
menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatunya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja.
Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya. Di dalam konteks konsep
pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru, golongan pendidik ini haruslah sentiasa
memperdalamkan lagi ilmu yang mereka ada supaya dapat mengalirkannya kepada anak-
anak didik mereka di samping menguasai lagi ilmu yang sedia ada. Oleh itu, golongan pelajar
akan mendapat ilmu yang lebih banyak dan lebih berkualiti daripada guru-guru mereka yang
menerapkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Hal yang demikian kerana golongan
pendidik ini mempunyai ilmu yang cukup mendalam terhadap pengajaran yang diberikan
kepada para pelajar malah mampu untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas terhadap
pengajaran tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa penguasaan terhadap konsep Pembelajran
Sepanjang hayat ini adalah sangat penting dan harus diberikan perhatian yang tinggi oleh
golongan guru.

3.0 Pendekatan terhadap konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam kalangan guru

Berdasarkan kajian terhadap konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat tersebut,
terdapat beberapa kepentingan yang telah diketengahkan. Namun begitu, kewujudan wabak
covid-19 ini telah memberikan pelbagai kesan negatif terhadap hampir keseluruhan Negara
hingga mewujudkan persekitaran kehidupan berteraskan normal baharu serta menjejaskan
proses untuk merealisasikan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat ini terutamanya kepada
golongan guru. Hal yang demikian kerana proses pembelajaran pada hari ini telah dihadkan
bagi membendung wabak ini daripada terus menular. Oleh itu, beberapa inisiatif boleh
dilakukan oleh golongan guru dalam merealisasikan dan mengadaptasi konsep Pembelajaran
Sepanjang Hayat sepanjang kehidupan secara normal baharu ini.

3.1 Memperbanyakkan pembacaan dan penyelidikan

Cara pertama yang dapat digunakan ialah dengan memperbanyakkan lagi pembacaan
dan penyelidikan. . Menurut Rooijakers (2002), membaca merupakan suatu cara atau suatu
saranan untuk memelihara tingkat pengetahuan sendiri serta untuk menambah pengetahuan
baru. Berikutan perkembangan teknnologi pada hari ini, proses perolehan maklumat secara
pembacaan menjadi lebih mudah. Hal yang demikian kerana terdapat pelbagai laman
sesawang yang telah menyediakan pelbagai maklumat dan info-info terbaharu sama ada di
dalam mahupun di luar Negara. Sebagai contoh, terdapat pelbagai laman sesawang seperti
Coursehero, Blogspot, Coursegate dan slideshare yang mampu untuk memberikan pelbagai
maklumat yang menarik serta memberikan perincian yang lebih mendalam terhadap sesuatu
maklumat. Tambahan lagi, pelbagai teknik pengajaran bagi sebahagian subjek juga turut
dikongsikan melalui laman-laman sesawang ini. Oleh itu, guru-guru dapat mengaplikasikan
teknik-teknik yang dikongsikan tersebut di dalam cara mengajar mengajar mereka kepada
murid-murid. Berdasarkan maklumat yang diperoleh tersebut, guru-guru juga boleh untuk
menyelidik maklumat-maklumat tersebut dengan lebih mendalam. Penyelidikan ini bukanlah
bersifat kajian semata-mata namun ia bersifat holistik agar guru dapat mengenal pasti
bagaimana keadaan pembelajaran atau gaya pembelajaran semasa yang diamalkan oleh
semua murid-muridnya ketika terikat dengan cara hidup normal baharu ini. Budaya
penyelidikan ini juga bertepatan dengan konsep pembelajaran pada abad ke-21 yang
menekankan penyelidikan sebagai teras pembelajaran. Hal yang demikian kerana
penyelidikan terhadap sesuatu maklumat bukan sahaja mampu untuk mendapatkan suatu
keputusan yang konkrit malah dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Oleh itu, secara tidak langsung inisiatif pertama ini juga mampu untuk mengadaptasikan
konsep pembelajaran pada abad ke-21 ke dalam pembelajaraan secara normal baharu.

3.2 Menyertai kursus secara maya

Di samping itu, guru-guru mampu untuk meneruskan konsep pembelajaran sepanjang
hayat ini dengan menyertai kursus secara maya. Belakangan ini, terdapat banyak seminar
secara maya yang telah dianjurkan tertumanya kepada golongan pendidik. Melalui seminar
ini, peserta yang terdiri daripada guru-guru akan didedahkan dengan teknik pengajaran
secara normal baharu yang berteraskan penggunaaan teknologi dan aplikasi-aplikasi tertentu.
Melalui pendedahan ini, guru-guru dapat mempelajari tentang pengguanaan teknologi di
dalam proses pembelajaran serta dapat mengaplikasikan teknik ini di dalam sistem
pengajaran masing-masing. Ilmu ini dikatakan sebagai suatu yang berterusan kerana
perkembangan teknologi akan sentiasa berlaku pada setiap masa. Oleh itu, ilmu terhadap
penggunaan teknologi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran ini merupakan suatu
kewajipan kepada semua guru. Hal yang demikian supaya sesi pembelajaran dan pengajaran
yang dilakukan adalah sentiasa relevan dengan keadaan semasa dan tidak lapuk.

3.3 analisis dan pembelajaran kendiri

Berikutan dengan wabak covid-19 ini, guru-guru akan menghadapi kesulitan dalam
memberikan pengajaran kepada murid-murid secara bersemuka dan fizikal. Hal yang
demikian telah menyebabkan guru-guru tidak dapat mengenalpasti kelemahan masing-
masing dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Oleh itu, analisis dan pembelajaran
kendiri merupakan satu cara yang sangat efektif dalam memperbaiki kelemahan dalam
mengajar di samping meningkatkan mutu pengajaran. Guru-guru haruslah melakukan analisis
terhadap keputusan peperiksaan pelajar-pelajar di dalam suatu topik-topik tertentu. Dengan
cara ini, guru-guru dapat mengenalpasti topik manakah yang harus diberikan perhatian yang
lebih mendalam. Setelah itu, guru-guru haruslah melakukan pembelajaran kendiri terhadap
topik-topik yang diketengahkan tersebut. Semasa melakukan pembelajaran kendiri tersebut,
guru-guru boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber bagi menguatkan lagi
penguasaan terhadap topik-topik tersebut di samping mengenalpasti kaedah pengajaran yang
paling sesuai untuk mengajar topik-topik tersebut. Hal yang demikian secara tidak langsung
menerapkan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat kerana guru-guru akan meluaskan lagi
ilmu mereka melalui teknik ini.

4.0 Kesimpulan

Setelah mendalami dan mengkaji konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat ini, jelaslah
bahawa konsep ini adalah sangat berguna kerana mampu untuk memberikan banyak
kelebihan terutamanya kepada guru-guru. Dalam menghadapi kehidupan secara normal
baharu ini, konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat ini adalah sangat relevan untuk diguna
pakai oleh semua guru. Tuntasnya, penerapan konsep ini di dalam kehidupan seharian
haruslah sentiasa diteruskan bagi merealisasikan konsep ini di samping meningkatkan lagi
mutu pendidikan Negara.

Soalan 2

1.0 Pengenalan

Secara umumnya, guru yang merupakan golongan pendidik merupakan insan yang
sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka untuk mengajar dan mendidik
anak-anak murid berkaitan dengan baik buruk kehidupan. Oleh itu, guru juga terlah tergolong
di dalam kumpulan agen sosiolisasi dalam membentuk peribadi yang mulia di dalam diri para
pelajar. Menurut kamus pelajar edisi kedua, sosiolisasi bermaksud perihal yang menyebabkan
berlakunya perbuatan bermesra di antara individu dengan individu yang lain. Berdasarkan
definisi yang dinyatakan oleh kamus pelajar tersebut, guru sebagai agen sosiolisasi dapat
ditakrifkan sebagai gologan yang memaikan peranan dalam menyemai gaya pemikiran sosial
yang lebih dikenali sebagai common sense ataupun common courtesy di dalam diri para
pelajar. Hal yang demikian supaya para pelajar akan terus cemerlang di dalam kehidupan
disamping sentiasa diiringi dengan nilai-nilai murni di dalam setiap perkara yang dilakukan.

Namun begitu, berikutan dengan wabak covid-19 yang tidak berhenti menular ini,
proses pendidikan yang disampaikan oleh guru kepada para pelajar sedikit sebanyak
terganggu. Hal yang demikian kerana perjumpaan antara guru dan pelajar telah dihadkan bagi
mengelakkan virus corona ini daripada terus menular. Oleh itu, alternatif yang efektif dan
kondusif haruslah dicari oleh guru-guru bagi memastikan tugas mereka untuk menyampai dan
mendidik para pelajar dapat diteruskan sepanjang wabak covid 19 ini di samping tidak
membebankan ibu bapa, guru dan murid. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang
kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa mengahadapi wabak covid 19 ini secara
berkesan tanpa memberikan bebanan kepada guru, ibu bapa dan murid.

2.0 Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran

2.1 pembelajaran secara atas talian

Umum sudah mengetahui bahawa pelbagai langkah berjaga-jaga ataupun lebih
dikenali sebagai Standard Operating Procedure telah dilaksanakan menjelang wabak covid-
19 ini. Perjumpaan secara berkumpulan atau melibatkan orang ramai juga telah dilarang oleh
pihak kementerian kesihatan. Justeru, bidang pendidikan juga turut tempias dengan segala
sekatan ini di mana pertemuan secara fizikal antara pelajar dan guru telah dihadkan. Hal yang
demikian adalah untuk mengelakkan virus ini daripada tersebar dalam kalangan pelajar
mahupun guru-guru. Oleh itu, Inisiatif yang paling berkesan untuk menggantikan proses
pembelajaran secara fizikal ini adalah dengan menggunakan sistem pembelajaran secara
atas talian (Online learning).

Terdapat beberapa aplikasi yang telah disediakan bagi melkasanakan pembelajaran
secara atas talian ini seperti aplikasi Google Classroom, Google Meet dan Zoom. Melalui
pembelajaran secara atas talian ini, guru-guru dapat berkomunikasi dengan para pelajar
melalui perbualan suara serta dapat memantau para pelajar melalui kamera yang disediakan.
Aplikasi-aplikasi ini juga telah menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang dapat
membantu guru-guru bagi menyampaikan ilmu seperti slaid pembentangan dan papan tulisan
maya. Metod pengajaran ini adalah sangat efektif kerana mampu untuk menjalankan proses
pembelajaran mirip dengan pembelajaran secara fizikal.

Jika dilihat dari sudut lain, pembelajaran secara atas talian ini turut memberikan sedikit
sebanyak penjimatan kepada golongan. Hal yang demikian para pelajar boleh mendapatkan
makanan yang sedia ada di rumah tanpa membelinya di kantin sekolah. Wang perbelanjaan
yang diperoleh juga dapat disimpan oleh para pelajar untuk kegunaan lain. Di samping itu, Ibu
bapa juga tidak perlu untuk mengulang alik menghantar anak-anak ke sekolah kerana
pembelajaran secara atas talian ini boleh dilakukan di rumah. Oleh itu, ibu bapa akan
mempunyai lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja lain. Jelaslah di sini bahawa
pembelajaran secara atas talian ini adalah sangat efektif dan kondusif tanpa membebankan
ibu bapa dan para pelajar.

2.2 Pembelajaran melalui kuiz

Berikutan konsep pembelajaran pada abad ke-21, proses pembelajaran telah
divariasikan supaya dapat mempelbaikan kaedah pembelajaran. Pembelajaran melalui kuiz
merupakan salah satu proses pembelajaran berteraskan konsep pembelajaran abad ke-21.
Pembelajaran melalui kuiz ini adalah sangat relevan untuk digunakan sepanjang wabak covid-
19 ini. Pelaksanaan pembelajaran melalui kuiz ini dapat dilakukan secara atas talian dengan
menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti Kahoot dan Quizziz. Tidak dinafikan,
pembelajaran melalui kuiz adalah teknik pembelajaran yang sangat efektif kerana dapat
mengasah pemikiran pelajar di samping membantu pelajar mengingat kembali segala
pembelajaran yang telah dipelajari. Menurut Abdullah Sani Yahya(2003), menyatakan
bahawa peperiksaan ujian merupakan “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, kuiz secara maya ini adalah
lebih menarik kerana terdapat animasi-animasi bagi setiap jawapan yang dijawab.

Selain itu, markah yang diperoleh juga dapat dikumpulkan secara automatik. Hal yang
demikian turut mengurangkan bebanan guru untuk menanda jawapan yang telah dijawab.
Guru-guru juga dapat melihat kelemahan pelajar bagi soalan-soalan tertentu melalui graf dan
analisis yang telah dibuat oleh sistem. Oleh itu, kerja menganalisis data juga dapat
dipermudahkan dengan menggunakan teknik pembelajaran ini. Di samping itu, teknik ini juga
turut memberikan kemudahan kepada para pelajar di mana mereka tidak perlu untuk
menjawab soalan tersebut secara fizikal. Umum mengetahui bahawa menjawab soalan
secara fizikal adalah sangat penat dan memerlukan tenaga yang lebih.

2.3 Pembelajaran melalui video

Kaedah pembelajaran berkesan sepanjang wabak covid-19 seterusnya ialah dengan
belajar melalui video dan penyelidikian. Guru-guru boleh menayangkan video yang terdapat
di dalam internet sama ada youtube atau google. Video yang ditayangkan tersebut adalah
bersifat imiah dan merangkumi silibus-silibus yang perlu diajar kepada para pelajar. Setelah
menayangkan video tersebut, pelajar perlu melakukan refleksi terhadap video tersebut di
dalam bentuk penulisan esei dan lisan. Golongan pelajar akan lebih tertarik dengan
pembelajaran yang berbentuk animasi dan grafik. Kajian turut menyatakan bahawa pengajian
melalui video dapat meransang pemikiran pelajar supaya menjadi lebih kreatif di samping
dapat mengasah kemahiran pelajar dalam memerhati dan menganalisis maklumat.

Tambahan lagi, ilmu-ilmu yang disampaikan melalui video juga adalah sangat padat
serta ringkas. Oleh itu, pelajar dapat menjimatkan masa untuk mengulangkaji pelajaran
dengan hanya menonton video yang diarahkan oleh guru-guru. Di samping itu, guru-guru juga
dapat menghabiskan silibus-silibus pelajaran dengan lebih cepat dengan menggunankan
kaedah pembelajarn ini. Video-video tersebut juga boleh ditonton pada bila-bila masa dan
ketika berada di mana-mana. Justeru, waktu pembelajaran para pelajar akan menjadi lebih
fleksibel dan tidak terlalu padat. Oleh itu, jelaslah bahawa pembelajaran melalui video ini
merupakan satu alternaatif pendidikan yang sangat berkesan untuk digunakan.

3.0. Kesimpulan

Tuntasnya, guru hendaklah menyedari tanggungjawab mereka sebagai warga
pendidik dan agen sosiolasi yang berperanan dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid
dan memastikan diri mereka sentiasa bersedia dalam menghadapi 1001 maslahat, yang
menyukarkan sesi pembelajaran. Pendekatan yang berkesan adalah sangat diperlukan bagi
memastikan didikan dan pengajaran masih dapat diberikan kepada para pelajar sepanjang
wabak covid-19 ini tanpa membebankan pelbagai pihak.

5.0 Rujukan

1. Knassel, Meed dan Rosetti (2000) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT: MEMBENTUK
GURU YANG MEMENUHI ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA. Blogspot. Retrieved
from https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2019/03/pembelajaran-sepanjang-
hayat-membentuk.html

2. Yusop. S (2021) Pembelajaran Sepanjang Hayat. Academia.edu. Retrieved from
https://www.academia.edu/11520125/Pembelajaran_sepanjang_hayat

3. iPendidikan. (2016, Disember 14). Kepentingan Dan Kebaikan Amalan Membaca Dalam
Kalangan Masyarakat. Retrieved from https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-
pada-masyarakat.html

4. Karim, L. A. (2020). COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat
guru. Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur: Berita Harian.

5. SAEPUDIN, E. (2017). LITERASI INFORMASI DALAM PROSES PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT. JURNAL KAJIAN INFORMASI DAN PERPUSTAKAAN , 79-
94.

6. Pustaka, D. B. (2017). Kamus Pelajar Edisi Kedua. Retrieved from
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sosialisasi

7. Karim, L. A. (2020). COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat
guru. Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur: Berita Harian.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR : AHMAD FAIZ BIN ABDUL AZIZ

ANGKA GILIRAN : 2020092310040

NO KAD PENGENALAN : 020808-10-0417

KUMPULAN/UNIT : TESL 3

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN

PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : DR. FOUZIAH BINTI MOHD

TARIKH HANTAR : 18 MARCH 2020

NO. TEL : 0198021245

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : FaizAziz Tarikh :

Soalan 2
Guru mempunyai tanggungjawab dan kewajipan yang telah termaktub untuk mendidik

pelajar mengenai kebaikan dan juga keburukan yang harus disedari dalam kehidupan
seharian. Guru juga adalah satu agen penyebar ilmu yang amat penting, guru perlu bersedia
untuk mendidik anak bangsa. Menurut "Kamus Dewan Edisi Kedua", perkataan "sosialisasi"
merujuk kepada makna sesuatu yang menyebabkan sebilangan orang bersikap baik kepada
orang lain. Sosialisasi di sini menekankan bahawa sudah menjadi sebahagian besar daipada
peranan guru untuk menjadikan pelajar yang berfikiran secara kreatid, kritis dan holistik. Hal
ini akan dapat mendorong dan membentuk para pelajar bukan sahaja untuk cemerlang dan
berjaya dalam bidang pelajaran dan akademik, tetapi juga menjadi kebanggaan negara.

Pada era wabak penyakit ini, wabak Covid-19 telah melanda seluruh dunia dengan
sanga tragis dan teruk sehingga terdapat banyak institusi pendidikan seperti tadika, sekolah
dan juga universiti terpaksa menghentikan operasi dan tidak boleh dibuka. Oleh itu, sebagai
seorang guru yang berkredibiliti, guru seharusnya mencari pelbagai langkah dan juga cara
yang berkesan agar sesi pendidikan dan juga pembelajaran berterusan dan tidak berhenti.

Di dalam era wabak Covid-19 ini, langkah pertama yang boleh diambil oleh guru untuk
meneruskan pembelajaran adalah dengan melaksanakan pembelajaran secara dalam talian.
Hal ini demikian kerana walaupun mereka tidak dapat bersemuka, tetapi guru dan pelajar
dapat saling berhadapan, mereka juga secara tidak langsung dapat menghadiri kelas seperti
mereka berada di dalam bilik darjah bagi meneruskan proses pembelajaran. Menurut Berita
Harian (2020), di alaf baru yang mengutamakan kemahiran belajar sepanjang hayat, tidak ada
pilihan selain menggunakan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian, maka aplikasi
seperti Google Classroom dapat dijadikan sebagai satu platform. Melalui perisian seperti
Google Classrom, Google Meet, Zoom dan juga Discord, anda boleh menghubungkan guru
dengan pelajar.

Selain itu, langkah seterusnya yang dapat diambil oleh guru adalah dengan
mendorong pelajar untuk mengikuti kursus pengetahuan dalam talian. Guru perlu
menggalakkan para pelajar untuk menunutut ilmu tambahan dari Internet. Hal ini demikian
kerana dengan melibatkan pelajar dalam mencari ilmu tambahan, para pelajar akan jadi lebih
bermotivasi dan berdikari dalam kehidupan, perkara ini secara langsung akan membawa
banyak pengaruh positif pada diri mereka sendiri.

Menurut Sri Imawati (2014), semua program perkongsian pengetahuan dan motivasi,
seperti seminar web, dapat membangkitkan semangat pelajar untuk memperoleh
pengetahuan dan memberi mereka pemahaman yang mendalam tentang betapa pentingnya
pengetahuan. Secara tidak langsung, kewujudan program pengetahuan dalam talian seperti

ini dapat membangkitkan minat mereka terhadap kursus yang mereka lalui hari ini, dan
berharap mereka akan sentiasa membantu dan berkongsi pengetahuan yang mereka ada
lantas mengembangkan lagi kefahaman dan ilmu yang dimiliki.

Seterusnya, guru juga boleh mengadakan peperiksaan atau kuiz secara dalam talian.
Hal ini demikian kerana, melalui kaedah ini, guru dapat mengetahui dan mengukur tahap
penguasaan pelajar semasa sesi pembelajaran dengan guru di kelas secara dalam talian.
Menurut Abdullah Sani Yahya (2003), ujian adalah "standard" untuk mengukur keberkesanan
pengajaran. Oleh itu, guru boleh menggunakan pelbagai aplikasi untuk menguji atau menguji
pelajar. Contohnya, gunakan aplikasi seperti Kahoot, Socrative, Google Forms, Microsoft
Forms. Dengan menggunakan aplikasi seperti itu, guru dapat mengikuti ujian atau kuiz dalam
talian dengan jayanya, dan guru masih dapat menilai prestasi dan pemahaman pelajar
mengenai subjek tersebut.

Melihat kepada kaedah lain adalah guru boleh menayangkan video-video ilmiah yang
berkaitan pembelajaran. Para guru boleh merujuk dari pelbagai sumber yang ada. Kaedah ini
ini juga kan menarik minat para pelajar dalam pembelajaran untuk lebih banyak mendalami
ilmu. Selain penulisan dan pembentangan, penerangan mengenai video. Para pelajar kini
sangat terdedah kepada sesuatu perkara yang berkait video, menerusi medium youtube yang
mana telah menjadi satu perkara yang biasa dan kemahiran asas kepada generasi sekarang.
Menurut Jamalludin & Zaidatun (2003), pendidik telah mengenal pasti tentang kehebatan
pengajaran berasaskan video mampu menarik minat, meningkatkan motivasi dan
pengalaman belajar. Jelas, sekali dari kajian tersebut, pendedahan mengenai pembelajaran
mengenai video ini akan memndatangkan hasil yang cukup jelas kepada pelajar. Dalam
melihat impak positif juga, guru-guru perlu lebih mendedahkan para pelajar kepada kesan
negatif supaya pelajar akan lebih peka dan dapat memikirkan baik buruk kepada pelajar.
Pengajaran ini juga akan memudahkan para guru kerana sokongan ibu bapa juga jelas dapat
membimbing para pelajar ketika berada rumah dan langsung tidak membebankan mana-
mana pihak.

Sudah terang lagi bersuluh, kita hendaklah sentiasa melahirkan pemikiran yang kritis,
kreatif dan inovatif sebagai seorang guru yang juga merupakan agen sosiolisasi dalam dunia
pendidikan. Meskipun begitu, kebajikan murid-murid, ibu bapa bahkan guru wajar diambil kira
bagi mengelakkan bebanan pada mana-mana pihak. Maka, bidang pendidikan dapat terus
berkembang agar dapat duduk sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain dalam
dunia pendidikan di peringkat global. Oleh itu, harpan yang ingin diajukan adalah supaya
semua cadangan kaedah PdP dapat diteruskan dan dilaksanakan bagi melahirkan murid-
murid yang seimbang seperti yang telah digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rujukan:

Besley, J., Dudo, A., & Storksdieck, M. (2015, January 24). Scientists' views about
communication training. Retrieved March 17, 2021, from
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1002/tea.21186

Guru sebagai agen perubahan dan sosialisasi. (n.d.). Retrieved March 17, 2021, from
https://prezi.com/ibo0cfumvxea/guru-sebagai-agen-perubahan-dan-sosialisasi/

Mahamod, Z., & Noor, N. (n.d.). Persepsi guru TENTANG Penggunaan Aplikasi
multimedia Dalam pengajaran Komponen SASTERA Bahasa Melayu. Retrieved
March 17, 2021, from https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/48

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1 – PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : AINOL FARIDZATUL AZNA BINTI

MOHD ZAID

NO KAD PENGENALAN : 020708-02-0276

KUMPULAN/UNIT : TESL 3

KOD DAN NAMA KURSUS: GPP 1063 PENGANTAR

PENGAJIAN PROFESIONAL

NO. ANGKA GILIRAN : 2020092310041

NAMA PENSYARAH : FOUZIAH BINTI MOHD

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

NO. TEL : 010-5778814

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

1.2 PENULISAN AKADEMIK 2
1.2.1 PENGENALAN

Agen sosiolisasi adalah pihak-pihak yang berperanan untuk memudahkan proses sosial
dalam suatu kelompok atau masyarakat. Selain itu mereka yang tergolong dalam kategori ini
turut dikenali sebagai pihak yang membentuk dan membimbing individu terutamanya bagi
generasi muda untuk menghayati nilai-nilai moral demi mewujudkan generasi baru yang
mempunyai keperibadian yang mulia. Menurut Wardana (2019) beliau telah mengkategorikan
agen sosialisasi kepada empat jenis, iaitu keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa.
Justeru, dalam bidang pendidikan guru juga merupakan agen sosialisasi yang penting di
sekolah. Oleh itu, mereka yang tergolong sebagai agen sosialisasi hendaklah mempunyai
kesedaran dalam hal ini kerana sedar mahupun tidak, peranan mereka ini sangat dominan
dalam kehidupan seharian.

1.2.2 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Walau bagaimanapun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah

menyebabkan hampir segala urusan menjadi sukar terutamanya dalam bidang pendidikan.
Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin mencabar kerana pelajar tidak dapat
meneruskan sesi pengajian secara bersemuka manakala guru pula tidak dapat datang ke
sekolah seperti kebiasaannya. Berikutan isu tersebut, pihak kerajaan telah mengambil
pelbagai langkah untuk menangani masalah ini. Hal ini demikian supaya tiada pelajar yang
akan ketinggalan dalam pelajaran sama ada yang tinggal di kawasan bandar mahupun di luar
bandar. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya mencadangkan beberapa kaedah lain yang
boleh digunakan bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun dalam
pandemik Covid-19 ini.

Antara salah satu daripadanya ialah menerusi pembelajaran secara atas talian.
Kaedah ini bukan sahaja memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran malah
mengurangkan kos, menjimatkan masa serta dapat dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja
tanpa terikat dengan jadual harian. Tambahan pula, kini terdapat aplikasi dan platform yang
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti Google Classroom, Kahoot,
Quizizz, dan sebagainya. Menerusi platform-platform ini urusan pembelajaran dapat
diteruskan dengan lancar kerana pelajar-pelajar dapat mengulangkaji pelajaran bagi mana-
mana topik yang tidak difahami dengan hanya menonton video rakaman pengajaran yang
dimuat naik oleh para guru. Situasi ini boleh dianggap sebagai satu kelebihan kepada para
pelajar yang kurang cekap dalam pelajaran kerana mereka dapat mengulang kembali video
rakaman sesi pengajaran tersebut bagi memperkukuhkan ingatan dan kefahaman mereka
terhadap subjek yang dipelajari. Komunikasi dua hala juga boleh dilakukan menerusi aplikasi

Whatsapp, Instagram dan Telegram secara langsung dengan hanya membalas komen di
ruangan respons yang disediakan. Berdasarkan jurnal yang dikaji oleh Faridah Binti Che In
(2019), beliau ada menyatakan pendapat seorang tokoh iaitu Rafiza (2013) mengenai
pembelajaran secara atas talian atau lebih dikenali sebagai e-learning bahawa pengalaman
pembelajaran tidak lagi terhad dengan berada di dalam kelas sahaja malah penggunaannya
mampu meningkatkan prestasi pelajar sekiranya dapat diurus dalam keadaan dan
persekitaran yang sesuai. Jelaslah, bahawa menerusi kaedah pembelajaran secara atas
talian dapat membantu pelajar meneruskan proses pengajian mereka walaupun dalam
pandemik Covid-19 ini.

Di samping itu, cadangan yang kedua ialah para pendidik yakni guru boleh
menggunakan teknik green screen atau chroma key untuk membentangkan sebarang
gambaran visual atau hasil kerja kepada pelajar-pelajar mereka. Hairo (2020) mendefinisikan
green screen sebagai teknik yang menggabungkan dua gambar atau visual yang berbeza
menjadi satu dengan menggunakan teknologi kamera video. Kaedah ini bertujuan untuk
memudahkan proses penyuntingan bagi latar belakang atau gambar rajah yang ingin
disertakan dalam suatu pembentangan demi meningkatkan tahap kefahaman para pelajar
seperti dalam topik jadual berkala unsur bagi subjek Kimia. Menurut Ambar (2019) kaedah
green screen ini diguna pakai dengan cara meletakkan satu tirai berwarna hijau sebagai latar
belakang pada awalnya dan kemudian setelah video siap dirakam, maka tirai tersebut akan
digantikan dengan apa-apa sahaja latar belakang mengikut kehendak, cita rasa dan
kesesuaian masing-masing. Beliau juga menjelaskan bahawa segala perubahan yang
dilakukan terhadap video rakaman tersebut akan dilakukan semasa proses penyuntingan.
Maka, secara keseluruhannya teknik ini sangat membantu pelajar dan guru dalam
meneruskan proses pengajian mereka walaupun semasa wabak Covid-19 melanda dunia.

Cadangan yang seterusnya adalah kurangkan waktu tempoh layar atau lebih dikenali
sebagai screen time. Masa penggunaan screen time hendaklah mempunyai had tempoh yang
sesuai mengikut peringkat umur dan tahap persekolahan. Berdasarkan Manual Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (2020) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, panduan bagi tempoh screen time yang bersesuaian bagi para pelajar
telah dinyatakan. Misalnya, bagi murid yang masih bersekolah rendah sewajarnya antara satu
hingga dua jam sahaja, untuk pelajar di peringkat sekolah menengah pula antara tiga hingga
empat jam manakala bagi murid prasekolah pula hanya satu jam. Hal ini demikian supaya
para pelajar tidak akan rasa terbeban dan pada masa yang sama juga tidak menyusahkan ibu
bapa untuk menyediakan capaian internet yang baik bagi proses pembelajaran. Tambahan
pula, Razis Ismail (2021) ada menyatakan dalam artikelnya bahawa Dr. Putri Afzan Maria

Zulkifli yang merupakan seorang pengamal pendidikan awal kanak-kanak mengatakan
penggunaan screen time untuk tempoh masa yang lama akan memberi kesan dan
menjejaskan kesihatan serta perkembangan kanak-kanak.

Malah bukan itu sahaja, sekiranya waktu untuk penggunaan screen time tidak
dihadkan dan diurus dengan sistematik, secara tidak langsung perkara ini akan turut
menyusahkan golongan ibu bapa. Hal ini demikian untuk menyediakan capaian internet bagi
sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian memerlukan kos yang agak tinggi.
Situasi ini akan menjadi lebih membebankan bagi pelajar-pelajar yang bukan dari keluarga
yang berkemampuan. Berdasarkan akhbar atas talian iaitu Sabah News Kini (2021)
menyatakan bahawa terdapat pelajar yang terhalang daripada mengikuti pembelajaran
secara atas talian kerana tidak mempunyai peranti atau sambungan internet. Keadaan ini
membuktikan yang pengurangan tempoh untuk screen time merupakan salah satu cara yang
tidak membebankan ibu bapa dan murid dalam meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.

1.2.3 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting

terutamanya bagi pelajar-pelajar. Hal ini demikian kerana mereka merupakan generasi yang
akan mendukung visi dan misi negara kearah kemajuan dalam pelbagai aspek dan bidang.
Walaupun dunia kini berhadapan dengan wabak pandemik Covid-19, namun isu tersebut tidak
sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak mengikuti kelas yang dijalankan secara atasa
talian. Oleh itu, sebagai seorang guru dan juga merupakan agen sosiolisasi berharap agar
cadangan yang dikemukan akan digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2.4 RUJUKAN

Ambar. (2019, 8 30). 5 Fungsi Green Screen Dalam Pembuatan Film. Retrieved from
pakarkomunikasi.com: https://pakarkomunikasi.com/fungsi-green-screen-dalam-
pembuatan-film

Faridah Binti Che In, A. Z. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan
Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of Marketing.
ONLINE JOURNAL FOR TVET PRACTITIONERS VOL. 4 NO. 1 (2019), 4.

Hairo. (2020, 9 6). Pengertian Green Screen. Retrieved from www.selamatpagi.id:
https://www.selamatpagi.id/pengertian-green-screen/

Ismail, M. R. (2021, 3 16). Kawal tempoh 'screen time'. Retrieved from hmetro.com.my:
https://www.hmetro.com.my/WM/2020/05/573595/kawal-tempoh-screen-time

Kini, S. N. (2021, 3 16). Bagi Keluarga Miskin, Pembelajaran Dalam Talian Amat
Menyusahkan Dan Membebankan. Retrieved from sabahnewskini.com:
https://sabahnewskini.com/2021/01/22/bagi-keluarga-miskin-pembelajaran-dalam-
talian-amat-menyusahkan-dan-membebankan/

Malaysia, K. P. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah . Retrieved from
moe.gov.my: https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/manual-pdp-di-
rumah/3727-manual-pdpdr/file

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1 – PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : DARSHINII A/P GUNASAGARAN
ANGKA GILIRAN : 2020092310042
NO KAD PENGENALAN : 020617-08-0900
KUMPULAN/UNIT : TESL 3
KOD DAN NAMA KURSUS : GPP 1063
PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
NAMA PENSYARAH : DR FOUZIAH BINTI MOHD
TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021
NO. TEL : 019-3555671

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah :
Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tanda tangan Pelajar :
Tarikh :

1.2 CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA
WABAK COVID-19 YANG BERKESAN

Sudah menjadi suatu kepentingan untuk setiap individu yang bergelar guru
menjadi agen sosialisasi dalam pembentukan moral khususnya dalam diri
murid-murid. Menurut Elaiprisezra Rosmi ( Mac 1, 2014), agen sosialisasi bermaksud
individu yang mampu membentuk individu lain menjadi orang yang menghayati
nilai-nilai moral. Secara amnya, kepentingan yang pertama dapat dilihat secara asas
di mana ia bertujuan untuk melahirkan generasi yang mampu menyesuaikan diri
dengan dunia moden ini tanpa mengabaikan ajaran-ajaran serta nilai-nilai moral.

Pentingnya seorang guru sebagai agen sosialisasi kepada golongan murid ini
adalah untuk melahirkan mereka yang berpersonaliti positif. Guru-guru yang mampu
memberi tunjuk ajar dengan baik ini sememangnya boleh melahirkan pemimpin yang
serba boleh. Tamsilnya, Perdana Menteri New Zealand yang merupakan seorang
wanita mampu memimpin negaranya dengan amat baik. Justeru, pelbagai kaedah
perlu diambil bagi memastikan usaha berterusan dapat terus dilaksanakan dalam
melahirkan lebih ramai pemimpin berkebolehan. Apa yang penting pada akhirnya
adalah untuk memastikan kita dapat menjamin masa depan negara yang lebih cerah.

Tidak dapat kita nafikan bahawa wabak Covid-19 banyak menyukarkan
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, kita harus
sedar bahawa hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Salah satu kaedah yang
boleh diambil bagi meneruskan proses berkenaan adalah dengan pelaksanaan kelas
secara dalam talian. Pada peringkat awal perintah kawalan pergerakan dijalankan di
negara kita, hampir kesemua institusi ditutup terutamanya sekolah-sekolah dan
murid-murid diberi cuti. Menyedari hakikat bahawa perkara tersebut tidak boleh
diteruskan, kelas secara dalam talian mula dipergiatkan. Hal ini memudahkan para
guru untuk mengajar murid-murid dan menjadi satu jaminan untuk anak murid tidak
melupakan apa yang dipelajari sebelum ini khususnya mereka yang bakal menduduki
peperiksaan.

Melalui pendidikan yang diajar seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral,
murid-murid dapat mempelajari pelbagai nilai yang baik bagi diamalkan dalam
kehidupan seharian mereka. Salah satu nilai yang dapat dilihat dan dicontohi oleh
mereka daripada para guru adalah apabila guru-guru tidak berputus asa serta tetap
mencuba sedaya upaya mereka untuk memberi tunjuk ajar yang sebaiknya kepada

murid-murid. Di sini, peranan seorang guru sebagai agen sosialisasi dapat dicapai
dengan jayanya kerana berjaya membentuk individu yang menghayati nilai murni.

Kaedah lain yang boleh digunakan adalah seperti seorang guru subjek Kimia dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis, Siti Faridah Matt di mana
beliau menyatakan beliau menggunakan skrin hijau yang lebih dikenali sebagai
‘green screen’ bagi memberi penerangan serta tunjuk ajar dan penerangan secara
jelas mengenai beberapa topik Kimia kepada para pelajarnya. Sebagai guru yang
sudah meningkat usianya, beliau pada mulanya tidak mahir menggunakan peralatan
teknologi namun berusaha untuk menguasainya demi menyampaikan cebisan ilmu
kepada anak-anak didiknya. Sifat prihatin beliau ini sudah tentu mampu menjadi
teladan yang cukup baik bagi murid-murid mencontohi mereka dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, ibu bapa juga tidak perlu
risau memikirkan sama ada anak-anak mereka tahu nilai-nilai positif atau tidak kerana
terpaksa mengikut segala kelas secara dalam talian.

Selain itu, tatkala sekolah dibuka, semua perkara yang dilakukan termasuk kelas
haruslah mematuhi Standard Operating Procedure atau lebih dikenali sebagai SOP.
Hal ini adalah sebagai langkah terbaik dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19
daripada merebak di sekolah. Sedar ataupun tidak, guru-guru merupakan golongan
yang akan membimbing murid-murid berkenaan pelbagai perkara yang perlu dipatuhi
termasuklah penjarakkan satu meter. Maka, apa sahaja yang dibuat dan diarahkan
oleh guru-guru akan menjadi ikutan dan dipraktikkan di dalam serta luar sekolah.
Perkara ini seterusnya dapat menjamin keselamatan murid-murid dan mengurangkan
kerisauan ibu bapa. Di sini, jelaslah bahawa kaedah penerapan dan pengamalan
SOP serta norma baharu oleh guru berjaya menjadikan mereka sebagai agen
sosialisasi.

Di samping itu, kelas bagi murid-murid yang tidak akan menduduki peperiksaan
utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh diteruskan secara dalam talian
melalui platform Google Classroom dan Google Meet. Namun begitu, pelbagai aktiviti
secara berkumpulan perlu diberikan agar murid-murid berpeluang untuk meneroka
perkara baharu. Satu peraturan mudah dengan menyatakan bahawa setiap kumpulan
perlu dianggotai oleh mereka yang berlainan kaum perlu diwujudkan. Hal ini dapat
menerapkan nilai kekitaan antara murid dan seterusnya melahirkan generasi yang
berpandangan jauh. Justeru, kaedah sebegini akan membantu golongan guru
menjadi agen sosilisasi yang berguna.

Seterusnya, guru-guru perlu menjalankan ceramah motivasi secara dalam talian
bagi murid-murid. Sesi sebegini boleh diinisiatifkan oleh guru-guru kaunseling di
sekolah dan mencuba untuk mengadakan slot yang khas pada hujung minggu
sebagai aktiviti tambahan. Artikel yang dikeluarkan oleh iPendidikan menyatakan
bahawa salah satu kebaikan program motivasi adalah memperbaiki kemahiran
berkomunikasi. Hal ini demikian kerana murid-murid akan melihat bagaimana sesi
ceramah itu dilaksanakan oleh para guru dan teringin untuk menjadi seperti mereka.
Justeru, apabila kemahiran berkomunikasi dapat dipertingkatkan, mereka akan
terdorong untuk bersosial dengan murid-murid yang datang daripada pelbagai latar
belakang dan berbeza agama. Di sini kita dapat melihat keberkesanan guru sebagai
agen sosialisasi dapat dicapai tanpa menyusahkan ibu bapa, murid-murid mahupun
diri guru itu sendiri.

Bukan itu sahaja, latihan perlu diberikan secara kerap kepada murid-murid
melalui platform Google Classroom dan apa sahaja latihan yang diberi perlu disemak
agar mereka mengetahui kelemahan mereka. Adalah lebih baik untuk
memperbanyakkan latih tubi bagi topik-topik yang sukar bagi memastikan
murid-murid mampu menguasai semua topik sebelum menduduki peperiksaan akhir.
Hal ini adalah amat penting kerana ibu bapa sudah tentu berasa risau apabila
anak-anak tidak dipantau di sekolah secara bersemuka. Maka, ibu bapa tidak perlu
bersusah payah mencari pusat tuisyen dan membayar yuran yang mahal kerana
mampu bergantung pada guru-guru untuk memberi tunjuk ajar yang sebaiknya.

Pada masa yang sama, pemberiaan latihan sebegini ada kalanya akan
membuatkan murid-murid berasa penat. Walau bagaimanapun, sudah menjadi tugas
seorang guru untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya latih tubi
bagi memastikan keputusan peperiksaan dapat dikekalkan cemerlang. Perkara
sebegini mampu membantu dalam menyemaikan nilai kerajinan dalam diri
murid-murid. Sesungguhnya nilai kerajinan merupakan satu nilai yang wajib
diamalkan kerana sekiranya mereka tidak rajin belajar, maka mereka boleh terus alpa
dengan perkara lain. Tamsilnya, permainan PUBG yang menjadi kegilaan ramai
pelajar khususnya mereka yang masih di sekolah. Dengan tindakan bijak guru
sebagai agen sosialisasi, murid-murid dapat dihindari daripada leka serta memberi
ketenangan dalam diri ibu bapa kerana tidak perlu risau.

Tuntasnya, guru sebagai agen sosialisasi wajar menyedari tanggungjawab
mereka dan perlu mencari kaedah baharu yang terbaik bagi melahirkan individu yang
mengamalkan nilai-nilai positif. Ingatlah bahawa kita perlu sediakan payung sebelum
hujan. Sekiranya murid-murid tidak didedahkan dan diberi tunjuk ajar yang
sewajarnya, mereka berkemungkinan besar terjebak dengan perkara-perkara yang
tidak sepatutnya. Moga, golongan guru harus sentiasa memainkan peranan sebagai
agen sosialisasi.

RUJUKAN

Asmah bt. Hj. Ahmad, (1989), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,
Longman Malaysia.

Astro Awani. (2020, April 21). Normal baharu: PKP jadikan guru lebih kreatif dalam
penggunaan PdPc. Astroawani.Com. Retrieved from,
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/normal-baharu-pkp-jadikan-guru-
lebih-kreatif-dalam-penggunaan-pdpc-239446

Ching, M. Y. K. (2017, May 19). Pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat. Berita
Harian. Retrieved from,
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/05/284098/pembudayaan-pembe
lajaran-sepanjang-hayat

Dot My, C. A. (2020, May 10). PKP: Sertai Kursus Kaunseling Online dan Peroleh Sijil
Penyertaan. Cikgu Ayu Dot My. Retrieved from,
https://www.cikguayu.my/pkp-sertai-kursus-kaunseling-online-dan-peroleh-sijil
-penyertaan/

I. (2020, July 15). Faedah-Faedah Program Motivasi Kepada Diri Pelajar.
Ipendidikan.My. Retrieved from,
https://www.ipendidikan.my/faedah-program-motivasi-kepada-pelajar.html

Ismail Gani, A. W. et. al. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di
Pulau Pinang Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006

Kamus DBP. (n.d.-a). Carian Umum. Prpm.Dbp. Retrieved from,
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pendidikan

Kamus DBP. (n.d.-b). Carian Umum. Prpm.Dbp. Retrieved from,
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sepanjang

Open University Malaysia. (2021, January 11). THE FUTURE WITH FULLY ONLINE
LEARNING. Retrieved from,
https://www.oum.edu.my/the-future-with-fully-online-learning/

Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor. (2020, September 12). COVID-19: Cabaran
Buat Guru. BERNAMA. Retrieved from,
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1909566

Romos, M. (2015, August 27). 2 Sesi Perkongsian Guru. Scribd. Retrieved from,
https://www.scribd.com/doc/276513328/2-Sesi-Perkongsian-Guru

Rosmi, E. (2014, March 1). Peranan Guru Sbg Agen Sosialisasi. Scribd. Retrieved
from,https://www.scribd.com/doc/209903009/Peranan-Guru-Sbg-Agen-Sosiali
sasi

Ustaz Kenali. (2015, October 11). Pendidikan Sepanjang Hayat. Ustazkenali.
Retrieved from,
https://ustazkenali.wordpress.com/2015/10/11/pendidikan-sepanjang-hayat/

Zul, I. (2017, June 9). Pembudayaan Pendidikan Sepanjang Hayat | Pendidik.
Majalah Pendidik. Retrieved from,
https://www.pendidik.com.my/2017/06/08/pembudayaan-pendidikan-sepanjan
g-hayat/


Click to View FlipBook Version