MPU23012 : PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : FAHAMAN AGNOSTIK DI KALANGAN
MUDA MUDI MENGGUGAT AKIDAH
PENSYARAH : USTAZAH ROHANI BTE ABDUL
RAZAK
AHLI KUMP. : 1. NUR IZZAH ZULAIKHA BINTI MOHD
AMIR (19DPM21F2008)
2. NURUL FATIN SYAKIRA BINTI MOHD
HAMIZI (19DPM21F2032)
3. NURMAISARAH BINTI MOHD
KHIRUDDIN (19DPM21F2002)
4. MUHAMMAD HARIZ HAZRIQ TAUFIQ
BIN MOHD AZIZ (19DPM21F2020)
0
AHLI KUMPULAN
NUR IZZAH ZULAIKHA
BINTI MOHD AMIR
(19DPM21F2008)
MUHAMMAD HARIZ HAZRIQ
TAUFIQ BIN MOHD AZIZ
(19DPM21F2020)
NURMAISARAH BINTI
MOHD KHIRUDDIN
(19DPM21F2002)
NURUL FATIN SYAKIRA
BT MOHD HAMIZI
(19DPM21F2032)
1
ISI KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN HALAMAN
M/S 3
1 PENGHARGAAN M/S 4-6
2 PENGENALAN AGNOSTIK M/S 7-8
3 JENIS-JENIS AGNOSTIK M/S 9
4 PERBEZAAN AGNOSTIK DAN ATIES M/S 9
AGNOSTIK DALAM KALANGAN ISLAM M/S 10-11
5 M/S 12-13
6 SEJARAH PERKEMBANGAN AGNOSTIK M/S 14-15
7 FAKTOR AGNOSTIK REMAJA M/S 16-19
8 CABARAN- CABARAN AGNOSTIK M/S 20-22
9 KESAN FAHAMAN AGNOSTIK
10 LANGKAH MENCEGAH FAHAMAN AGNOSTIK M/S 23
11 KESIMPULAN AGNOSTIK M/S 24
12 RUJUKAN
2
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, pertama sekali bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah rahmat yang dikurniakan oleh-Nya, dapat kami sekumpulan
menyelesaikan tugasan kerja kursus (efolio) ini dengan penuh jayanya.
Terdapat pelbagai rintangan dan cabaran serta ilmu baru yang telah kami
rungkai sepanjang proses pencarian maklumat berkaitan tugas kami yang
bertajuk Fahaman Agnostik di Kalangan Muda Mudi Menggugat Akidah.
Selain itu, kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Rohani
Bonti Abdul Razak pensyarah bagi subjek Pengajian Islam (MPU23012), di
atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Beliaulah
yang memberi panduan, sokongan dan nasihat serta kata-kata semangat
kepada kami sepanjang usaha kami menyiapkan efolio ini.
Selain itu,tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan
tugasan ini. Tidak putus-putus dorongan yang mereka berikan supaya kami
tetap terus semangat menyiapkan tugasan ini bersama-sama tanpa
perselisihan faham antara satu sama lain.
Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Sikap saling
bekerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil
dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari
semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna.
3
Masyarakat timur dunia secara amnya dan Malaysia khususnya
rata-ratanya merupakan masyarakat yang percaya kepada Tuhan,
berbeza dengan masyarakat barat yang kebanyakannya tidak percaya
kepada Tuhan walaupun mungkin mereka mendakwa bahawa mereka
menganut agama Kristian. Di Malaysia, mempercayai kewujudan Tuhan
adalah perkara pertama dalam lima perkara Rukun Negara. Namun
begitu, kemasukan budaya dan pemikiran asing terutamanya budaya
dan pemikiran barat menerusi pelbagai jalur yang sukar disekat akibat
globalisasi telah menyebabkan fahamam agnostik, ateistik dan ateisme
semakin tersebar luas dalam masyarakat di kalangan golongan muda
terutamanya. Masalah ini tidak khas kepada orang Islam, tetapi juga
menimpa semua penganut agama besar negara kita iaitu Kristian,
Hindu, Buddha dan Sikh. Oleh yang demikian, masyarakat beragama
perlu berganding bahu untuk menangani masalah ini supaya golongan
P muda tidak terus terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini yang boleh
menggugat cara hidup masyarakat Malaysia yang berpaksikan
E ketuhanan sejak kemerdekaan dan sebelum itu lagi.
N Agnostik berasal daripada bahasa Yunani “a” yang bermaksud
tanpa dan “gnostikos” yang bermaksud pengetahuan. Ringkasnya,
G agnostik bermaksud “tidak memiliki pengetahuan”. Konsep agnostik itu
berpegang pada fahaman bahawa manusia itu sebenarnya tidak
E memiliki pengetahuan mengenai kebenaran agama, metafizika dan
ajaran Tuhan. Ia menterjemahkan sudut ini juga tidak yakin sesuatu
yang luar biasa itu dapat dibuktikan kewujudannya pandangan
N falsafah yang merujuk Tuhan, malaikat dan hari kiamat adalah
sesuatu yang tidak diketahui atau tidak dapat diketahui kerana tidak
A terjangkau oleh akal manusia. Oleh kerana itu, perbincangan berkaitan
hal ini adalah suatu yang sia-sia (meaningless). Agnostik menyakini
L bahawa sesuatu yang luar biasa menguasai segalanya di sekeliling
mereka, tetapi golongan juga tidak yakin sesuatu yang luar biasa itu
A dapat dibuktikan kewujudannya.
Agnostik adalah seseorang yang menganut fahaman
N agnostisisme. Mereka mengatakan bahawa kebenaran yang pasti tidak
akan dapat diketahui. Tiada perkara yang thabit (tetap) bahkan
semuanya sentiasa berubah-rubah seumpama sungai yang berubah-
ubah arah aliran mengikut keadaan masa. Mereka berpandangan tiada
yang tetap di alam ini, dan ketidaktetapan itulah ketetapan. Agnostisme
adalah satu fahaman golongan yang tidak tahu cara untuk mereka
mempercayai Tuhan kerana pada pandangan mereka kewujudan
Tuhan tidak dapat dibuktikan. Berdasarkan definisi Thomas Hendry
Huxley, individu yang memperkenalkan istilah agnostik, golongan ini
mungkin merupakan seorang Kristian, Yahudi mahupun Muslim
tetapi memilih agnostik sebagai pegangan. Ringkasnya, ada di antara
golongan ini mempercayai dan menyembah Tuhan, hanya mereka
tidak mampu membuktikan kewujudan Tuhan. Golongan ini seperti
terperangkap dalam dunia skeptikal kerana pada hakikatnya
pengetahuan agama adalah berbeza dengan pengetahuan yang
bersifat akademik dan logik. Dalam konteks Islam pula, pengetahuan
4
agama bersabit dengan keyakinan hati atau iman dan penaakulan
akal yang bersandarkan kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah
SAW
Dalam bahasa Arab, golongan ini digelar sebagai penganut
fahaman "Al-la adriyyah" yang bermaksud "Saya tidak tahu". Dengan
kata frasa Arab "La" di hadapannya, ia bermaksud "Tidak tahu". Mereka
menafikan bahawa terdapatnya kebenaran yang pasti dan boleh
diketahui. Berasaskan fahaman sebegini, maka mereka
membincangkan pelbagai isu tentang ketuhanan, kenabian, agama-
agama lain dan sebagainya.
Hasilnya, tiada konklusi kukuh yang dicapai kecuali mengatakan
semua pandangan bersifat relatif. Mungkin benar dan mungkin salah.
P Tiada kebenaran mutlak pada mana-mana pihak. Akhirnya mereka
berkesimpulan, ilmu mengenai hakikat sesuatu perkara itu mustahil
E untuk dicapai kerana tiada sesuatu pun yang bersifat tetap di alam ini.
Golongan ini akan terus menerus berada dalam keraguan yang
berpanjangan dan tidak berkesudahan.
N
Pada hakikatnya, fahaman agnostisisme adalah
G termasuk salah satu fahaman yang telah dijawab dalam
perbahasan ilmu kalam Islami. Ia adalah sekte yang wujud
E dalam faham sufasta’iyyah atau sophisme. Bahkan Imam al-
Nasafi memasukkannya ke dalam perbahasan akidah. Beliau
menyatakan, “ḥaqa’iq al-ashya’ thabitah wa al-ʿilm biha
N mutahaqqiq, khilafan li al-sufasta’iyyah”. Ertinya, hakikat
segala sesuatu itu adalah tetap, dan pengetahuan tentangnya
A boleh dicapai, bersalahan dengan golongan sufasta’iyyah.
(Syarh al-ʿAqa’id al-Nasafiyyah: 1988/13-14)
L Ketika mensyarahkan ungkapan Imam al-Nasafi, Imam
A al-Taftazani membahagikan sufasta’iyyah ke dalam tiga
bentuk. Pertama adalah al-‘indiyyah atau relativisme.
Kelompok ini meyakini bahawa tiada yang objektif dalam ilmu
N dan kebenaran. Semuanya bersifat subjektif. Ringkasnya,
kelompok ini meyakini bahwa kebenaran itu bergantung kepada
orang yang mengatakannya.
Kedua, al-‘inadiyyah atau skeptisisme yang
bermakna the obstinate alias keras kepala. Kelompok ini
merasa ‘masih jahil’ dengan kebenaran walaupun kebenaran itu
sudah jelas. Ringkasnya, kelompok ini mengatakan bahawa
tidak ada manusia yang tahu di dunia ini.
Ketiga, al-la adriyyah atau agnostisme. Kelompok ini
selalu ragu dalam melihat kebenaran kerana tidak tahu hakikat
kebenaran itu sendiri. “I don’t know”, begitulah tepatnya.
Ringkasnya, kelompok ini mengatakan bahwa kebenaran itu
tidak dapat dicapai oleh manusia. (Ibid.)
5
Menurut al-Attas, kelompok ini berasal daripada sebuah
gerakan falsafah pada zaman Yunani kuno oleh saintis palsu
yang digelar sophist pimpinan Protagoras (480-410SM),
Georgias (483-375SM), Hippias (460-399SM) dan Prodicus
P (465-395SM). Mereka ini kelompok yang menyesatkan dengan
menyebarkan fahaman etika dan epistemologi relativisme.
E Bagi mereka, hakikat kewujudan itu tidaklah penting dan
N tidak akan pernah diketahui. Agama menurut mereka hanyalah
penipuan belaka. Ibadat ritual itu tiada gunanya serta validiti
hukum itu hanya sesuai untuk waktu dan tempat tertentu
G sahaja. Mereka juga memasukkan benih-benih keraguan dalam
ilmu dan kemungkinan untuk mendapatkannya serta
E menerapkan faham skeptisisme. (The Oldest Known Malay
Manuscript: A 16th Century Malay Translation of The
N ʿAqa’id al-Nasafi: 1988/47-48).
A Manakala Ateisme pula adalah pegangan yang menolak
mana-mana kepercayaan metafizik berkaitan Tuhan atau entiti
spiritual (Nielson K, 2018). Atau dalam kata lain yang lebih
L mudah difahami, ateisme ialah kepercayaan bahawa Tuhan
tidak wujud (Cambridge Dictionary 2019). Ateisme merujuk
A kepada pegangan manakala atesitik merujuk kepada sikap.
Pada kefahaman penulis, boleh dikatakan manusia bergerak
N dari sikap meragui kewujudan Tuhan (agnostik), kepada sikap
tidak mempercayai kewujudan Tuhan yakni hidup seolah-olah
Tuhan tidak wujud (ateistik), lantas akhirnya memilih untuk
tidak percaya kepada kewujudan Tuhan sama sekali (ateisme).
Maka ketiga-tiga keadaan ini membentuk satu spektrum, satu
proses pertambahan kemudaratan berfikir daripada yang
kurang mudarat (agnostik) kepada yang paling mudarat
(ateisme
6
JENIS – JENIS FAHAMAN AGNOSTIK
1) Agnostisme lemah dan Agnostisme tegar
Agnostisme lemah adalah agnostik yang bersifat lemah lembut, ringan,
terbuka. empirikal atau sementara. Mereka tidak terlalu berkeras dalam
menentang atau mempercayai sesuatu pendapat. Hal ini kerana, mereka
berpendapat bahawa kewujudan Tuhan pada masa ini tidak semestinya tidak
dapat diketahui. Manakala agnostisme tegar pula lebih bersifat keras, tertutup,
tegas atau kekal mengesahkan bahawa kewujudan Tuhan tidak diketahui dan
tidak dapat diketahui untuk selama-lamanya. Mereka tetap berpegang pada
pemahaman mereka bahawa kita tidak akan dapat membuktikan kewujudan
Tuhan.
2) Agnostik Teisme dan Agnostik teisme
Agnostik teisme adalah pahaman yang percaya bahawa Tuhan wujud tetapi
mereka tidak mengenali kewujudan Tuhan. Mereka hanya berpegang kepada
kepercayaan mereka tanpa perlu bukti dari kajian saintifik. Agnostik Ateisme
pula tidak percaya kepada Tuhan dan mendakwa bahawa Tuhan tidak wujud
kerana mereka tidak mempunyai bukti tentang kewujudan Tuhan. Kepercayaan
mereka adalah berdasarkan pembuktian secara fizikal dan kajian saintifik
3) Agnostisme Apatetik
Agnostisme apatetik adalah kelompok yang tidak menggap kewujudan Tuhan
itu adalah perkara yang penting dalm hidup mercka. Mereka hanya mengambil
sikap tidak peduli dan acuh tidak acuh tentang kewujudan Tuhan. Persoalan
tentang kewujudan Tuhan hanyalah bersifat falsafah yang tidak mempunyai
nilai praktikal serta tidak memberi kesan pada pengalaman manusia. Pada
mereka, kewujudan tuhan bukanlah sesuatu yang serius atau penting.
4) Ignostisme
Ignostisme adalah kelompok yang mempersoalkan asas kewujudan Tuhan.
Sclain itu, mereka menganggap Tuhan adalah istilah abstrak iaitu perkara yang
berbeza kepada orang yang berbeza mengikut tradisi agama yang masing-
masing
7
Kepercayaan agnostik tidak menjelaskan secara zahir tentang
kewujudan Tuhan, hakikatnya, terdapat sebahagian daripada mereka
mempercayai Tuhan secara zahir bahawa Tuhan itu wujud pada akhirnya.
Mereka tidak dapat menyangkal secara menyeluruh kewujudan Than kerana
mereka tidak dapat menjelaskan tentang kewujudan alam semesta dan mereka
juga tidak mempunyai jawapan tentang.segala perkara berlaku di luar
kemampuan manusia.
Bagi yang mengakui kewujudan Tuhan, mereka tidak mempercayai
bahawa Tuhan menurunkan syariat, ketentuan dan kepatuhan. Mereka
menolak kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan tetapi mereka mengaku
kewujudan Than yang menjadikan alam semesta. Dalam fikiran mereka,
kewujudan tuhan tidak menjadikan kewujudan agama. Mereka menolak
kepercayaan dan kewujudan syariat dan penurunan nabi-nabi sebagai
pengutus Tuhan.Mereka mempercayal Tuhan semata-mata untuk merungkai
segala persoalan berkaitan alam semesta dan bukanlah Tuhan yang
menjadikan fitrah di atas muka bumi.
MENURUT PANDANGAN AHLI AGNOTIESME
1) Immanuel Kant
Menurut pendapat Immanuel Kant, kepercayaan kepada Tuhan hendaklah
bersandarkan pada iman dan ianya tidak boleh dicapai dengan akal tapa
sokongan pemerhatian, eksperimen atau penyelidikan yang bersifat empirikal.
2) David Hume
Pada pendapat David Hume, tiada bukti yang mencukupi untuk sescorang
mempercayai mukjizat Tuhan atau keabadian hanya dengan berasaskan
hukum empirikal dan logik akal semata-mata sahaja.
3) Sir William Hamilton
Falsafah manusia mempunyai keterbatasan dalam menjustifikasikan teologi
iaitu kajian tentang tuhan dan fakta-fakta yang berkaitan dengannya. Hal ini
kerana kewujudan Tuhan itu tidak dapat diketahui melalui bukti dan akal
manusia. Namun pada pendapat mereka, kewujudan tuhan itu adalah satu
hakikat bahawa manusia perlu bergantung pada wahyu. Iman dan ajaran-
ajaran teologi
8
PERBEZAAN AGNOSTIK DAN ATIES
AGNOSTIK Individu yang memiliki pandangan bahawa ada /
ATIES tidaknva Tuhan tidak dapat diketahui.
Tidak menganggap Tuhan itu ada dan tidak berdasarkan
tingkah laku atas perintah-Nya.
GOLONGAN AGNOSTIK DALAM KALANGAN UMAT ISLAM
Terdapat dua kategori golongan agnostik dalam kalangan umat Islam.
Pertama, golongan yang skeptikal terhadap ajaran Isiam sebagal
penyelesaian bagi permasalahan masyarakat. Sikap skeptikal golongan ini
terhadap ajaran Islam dikenali sebagai, "closed agnosticism* laitu sikap dan
sudut pandang yang ekstrim menyatakan bahawa Tuhan dan ajarannya tidak
dapat diketahui dan diabsankan olen akal manusia. Natijahnva, ajaran agama
"Tuhan" meniadi "meaningless" atau tidak bermakna. Justeru menurut
pandangan mereka, apapun usaha yang dikaitkan dengan ajaran Tuhan
tertolak dengan sendirinya.
Kedua, golongan yang tidak mempunyai asas keilmuan ajaran yang
dianutinya. Dalam konteks ini dan jika diukur dalam kerangka tradisi
bermazhab dalam Islam, terdapat tiga kelas tingkatan yakni mujtahid (seorang
mujtahid), muttabi" (pengikut) dan muqallid (pentaklid). Dalam hal ini, golongan
agnostik tersebut mengambil bentuk dalam diri seorang mugallid. la berbeza
dengan golongan muttabi" yang boleh dikategorikan sebagal gnostik pasif
karena lebih cenderung mengikut pandangan tapa mengkaji secara serius
sebelum membuat kesimpulan. Bagi golongan mujtahid pula, mereka
dikategorikan sebagai gnostik aktif kerana bersungguh-sungguh dalam
melakukan verifikasi terhadap ajaran agama baik dalam Al-Qur'an mahupun
As-Sunnah Rasulullah SAW.
9
SEJARAH PERKEMBANGAN AGNOSTIK
Di dalam kitab Ilhad – Asbab Hazihi Zaahirah wa Turuq ‘Ilajiha karangan
Abdul Rahman Abdul Khaliq, dinukilkan beberapa sebab masalah ateisme
(ilhad) berleluasa. Yang pertamanya ialah berkaitan dengan ajaran Kristian itu
sendiri yang menjadi ajaran rasmi di benua Eropah untuk sekian lama. Apabila
Eropah memasuki era Renaissance, masyarakat mula mempersoalkan ajaran
pihak gereja yang bertentangan dengan akal seperti ketuhanan Nabi Isa.
Selain dari kepelbagaian ajaran khurafat yang telah ditokok tambah oleh pihak
gereja ke dalam agama Kristian, sikap pihak gereja yang menuduh para saintis
zaman itu sebagai kafir sehingga mempengaruhi golongan pemerintah untuk
menyeksa mereka serta sesiapa sahaja yang mempercayai penemuan-
penemuan sains, menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan kepada pihak
gereja, bahkan mula membenci pihak gereja dan akhirnya meninggalkan
ajaran Kristian. Namun, kebencian tersebut telah berubah kepada satu
pemikiran tersendiri, iaitu semua agama bersifat mengongkong pemikiran dan
berunsurkan mitos serta cerita dongeng yang tidak patut dipercayai oleh mana-
mana insan yang mempunyai akal yang sihat.
Sebab kedua yang disebut oleh penulis dalam kitab tersebut ialah
sokongan pihak gereja terhadap kezaliman golongan kapitalis pada zaman
revolusi perindustrian. Kezaliman tersebut sama ada disokong dengan terbuka
ataupun melalui diam mereka terhadap kezaliman tersebut (tacit approval).
Kejadian ini juga akhirnya membawa kepada pemikiran bahawa golongan yang
percaya kepada Tuhan adalah golongan yang zalim dan hanya menggunakan
pengaruh mereka untuk kepentingan diri sendiri. Pemikiran sebegitu kemudian
berubah kepada kepercayaan bahawa Tuhan tidak wujud kerana kalau Tuhan
wujud, kezaliman seperti ini tidak akan berlaku, khususnya di tangan mereka
yang kononnya dekat denganNya.
Sebab ketiga yang dibawa oleh penulis ialah tersebarnya fahaman
ateistik berteraskan ekonomi. Fahaman yang terpenting dalam sejarah di
bawah kategori ini ialah komunisme yang diasaskan oleh Karl Marx.
Komunisme telah muncul sebagai solusi kepada kapitalisme yang menindas.
Kesamarataan insan dan perkongsian harta yang dianjurkan oleh fahaman
komunisme telah memenangi hati masyarakat yang sekian lama ditindas oleh
pihak gereja secara langsung atau secara tidak langsung melalui sokongan
mereka kepada golongan kapitalis. Fahaman ini juga telah berevolusi dari
fahaman ekonomi kepada fahaman yang menolak semua fahaman keagamaan
dengan hujah bahawa golongan agama, termasuk para nabi, adalah golongan
10
yang oportunis, yang hanya ingin mengambil peluang untuk menindas
golongan miskin dengan lakonan ihsan.
Selain faktor-faktor di atas, Abdul Khaliq juga mengemukakan faktor
kekuatan material sebagai sebab fahaman ateistik berleluasa terutamanya di
Eropah. Manusia telah melihat bahawa negara-negara tertentu seperti Russia
dan negara-negara Eropah mencapai kegemilangan dalam industri dan
keselesaan hidup hanya selepas negara-negara tersebut melepaskan diri dari
dari cengkaman agama dan gereja. Dalam masa yang sama, mereka melihat
bahawa negara-negara kuat berpegang kepada agama, terkebelakang dan
kekal mundur apabila dilihat kekuatan material mereka. Maka manusia
membuat satu kesimpulan yang sangat tersilap yakni ilmu yang membawa
manfaat dan kesenangan hidup adalah hasil dan natijah daripada pemikiran
ateistik.
Namun begitu, kekuatan material ini, kata Abdul Khaliq telah melalaikan
manusia dari berfikir tentang hakikat ciptaannya. Manusia menjadi terlalu sibuk
mengejar dunia pada siang dan malam sehingga tiada masa untuk dia berfikir
tentang persoalan-persoalan asas yang telah dan akan terus bermain di fikiran
manusia untuk selama-lamanya seperti “Siapakah yang mencipta aku?”,
“Apakah tujuan aku diciptakan?”, “Ke manakah aku selepas ini?”, dan lain-lain
persoalan berkaitan hakikat sebenar hidupnya sendiri dan juga hakikat
kehidupan orang dan makhluk lain di kelilingnya. (Abdul Khaliq 1984, pp 8-15)
11
FAKTOR AGNOSTIK REMAJA
Antara faktor agnostik dalam kalangan remaja masa kini adalah masalah
kepesatan teknologi maklumat yang berasaskan internet. Melalui penggunaan
kemudahan internet, pelbagai laman sesawang boleh dilayari dengan hujung
jari sama ada untuk kegunaan sendiri atau melayari perkara-perkara yang
berfaedah. Dengan adanya kecanggihan alat telekomunikasi seperti gajet
(android atau ios) membolehkan pelbagai aplikasi media sosial seumpama
facebook, instagram, wechat dan whatsapp dapat diguna pakai tanpa
halangan. Hal ini menimbulkan kerisauan pelbagai pihak kerana orang ramai
banyak menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada. Pelbagai maklumat
dan hadis palsu telah tersebar dengan pesat sehingga menyebabkan segelintir
pihak terutamanya remaja mudah terpedaya dan terpengaruh. Oleh itu,
kecanggihan alat telekomunikasi juga telah mendedahkan golongan remaja
kepada pelbagai bentuk aliran pemikiran dan ideologi masa kini .
Faktor kedua adalah disebabkan budaya atau fahaman orang bukan
islam (barat) yang menyebabkan remaja zaman kini lebih tertarik dan minat
dengan sesuatu perkara yang baru dan perkara yang unik. Sebagai contoh,
pelajar yang belajar diluar negara meraikan sambutan tradisi luar atas dasar
hormat dan toleransi sehingga menyebabkan akhirnya mereka terikut ikut
dengan budaya barat sedangkan ianya bercanggah dengan agama Islam. Hal
ini kerana, mereka tiada pengawasan keluarga atau orang terdekat untuk
menasihati dan menyedarkan mereka tentang apa yang dibuat adalah salah.
Mereka terasa bebas dan seronok dengan duniawi sehingga menduakan
agama tersendiri. Contohnya yang boleh dikedalamkan lagi adalah mereka
menyambut perayaan Halloween, walhal dalam islam sudah berkata bahawa
menyambut perayaan tersebut adalah haram tetapi kebanyakkan remaja masih
lagi menyambutnya . Selain itu, di Malaysia juga remaja menyambut perayaan
Christmas dengan kenalan mereka. Hal ini telah mencetuskan kesalahfahaman
tentang agama bagi remaja.
Faktor ketiga adalah hasutan rakan sebaya merupakan punca agnostik
di kalangan remaja berlaku. Kebanyakkan benda ini berlaku dari remaja yang
masih di zaman persekolahan atau universiti. Mereka berjumpa dengan ramai
rakan dari pelbagai negeri dan latar belakang yang berbeza. Ada dari mereka
yang hidup bebas namun ada juga yang tidak bebas. Hal ini kebanyakkan
pelajar yang di bawah pengawasan ibu bapa atau boleh dikatakan ‘strict parent’
menjadi ‘culture shock’ kerana terikut ikut dengan perangai dan hasutan pelajar
tersebut. Pelajar juga mungkin berasa seronok dan dunia ini mereka yang
punya sehingga menyebabkan mereka boleh melakukan sesuatu perkara
dengan sesuka hati tanpa mengendahkan apa yang ditulis oleh syarak. Mereka
12
ingin mengikut apa yang rakan sebaya mereka lakukan contohnya seperti,
makan makanan yang viral dari luar negara tanpa tahu makanan itu halal atau
haram, isap rokok dan sikap rakan sebaya mereka. Dengan hasutan ini,
mereka akan mudah terpengaruh kerana mahukan kebebasan.
Seterusnya, sesuatu perkara yang menjadi viral dikalangan remaja.
Agnostik ini juga berpunca kerana sikap remaja yang suka mengikut trend
zaman sekarang. Trend yang boleh dikatan viral masa kini seperti di aplikasi
tiktok atau Instagram. Hal ini telah menyebabkan remaja lalai dan seronok
untuk melakukan sesuatu perkara itu. Contohnya, viral tentang cara pemakaian
wanita yg suka memakai tudung turban dengan mengeluarkan sedikit anak
rambut mereka serta pemakaian yang ketat hingga menampakkan tubuh
badan mereka dengan jelas. Ada juga sesetengah dari mereka “Influencer”
yang menegakkan kebenaran yang basah dengan memberitau “followers”nya
untuk mengikuti apa yang dibuat sehingga ramai mengikutinya. Pemakaian ini
sudah jelas sekali salah dalam agama Islam kerana menampakkan aurat kita.
Namun, pemakaian ini telah menjadi trend di kalangan wanita pada zaman kini
sehingga boleh dikatakan sebahagian wanita muda mengikutinya. Tanpa rasa
bersalah, mereka dengan segaja mengupload di media sosial untuk meraih
banyak like dan popularit.
Akhir sekali,agnostik berlaku juga kerana kuasa tiktok yang merupakan
satu aplikasi yang kini trending di seluruh dunia dimana platform ini telah
membuat seluruh penduduk bumi ini menginstall aplikasi tersebut tidak kira
lelaki atau wanita , tua atau muda. Aplikasi ini merupakan platform dimana
pengguna boleh mengkongsi idea dan bakat kepada pengguna aplikasi
tersebut. Aplikasi ini juga dapat menghasut pengguna-pengguna untuk
melakukan apa yan mereka lakukan. Contohnya, pengguna akaun bernama
Mia ini telah melakukan tarian gelek dihadapan kamera dan dia mengupload
diakaun tiktoknya dan berkongsi untuk dilihat oleh orang lain dan apabila video
yang dia record telah dilihat oleh orang- orang lain maka mereka juga mengikut
tarian yang dilakukan oleh Mia ini . Hal ini telah menunjukkan remaja lebih
gemar mengikut orang lain tanpa siasat terlebih dahulu perkara yang dilakukan
oleh Mia itu baik atau tidak dalam agama islam.
13
CABARAN AGNOSTIK
Umat Islam berhadapan dengan cabaran yang semakin hebat dalam
mempertahankan akidah Islam yang hak. Cabaran tersebut antara lainnya
adalah dalam bentuk serangan pemikiran yang sebahagiannya berpunca
daripada fahaman-fahaman yang diperkenalkan khususnya ole pihak barat.
Namun begitu, faktor-faktor lain turut menyumbang pada permasalahan
penyimpangan akidah termasuklah aspek-aspek asas yang melingkungi
kehidupan seharian seperti tahap pegangan dan penghayatan Islam, peranan
ibu bapa dan keluarga, sokongan kerajaan dan badan-badan Islam, elemen
kawalan dan penguatkuasaan dan sebagainya.
Justeru, sikap "cegah sebelum parah" adalah amat kritikal dan perlu diberi
perhatian serius oleh semua pihak. Usaha memantau, membendung,
mengawal dan mendidlk perlu digemblengkan bagi menangani permasalahan
penyimpangan akidah termasuk juga fahaman agnostik yang mula menular
dalam kalangan umat Islam di negara ini. Peringatan daripada Rasulullah SAW
wajar dijadikan pedoman bagi menyelamatkan akidah umat Islam melalui
sebuah hadis dengan mafhumnya; Satu daripada cabaran akidah di zaman ini
adalah fahaman agnostik.
Dalam situasi masyarakat dunia bercakap tentang hak asasi manusia,
sebahagian anak muda merasakan mereka perlu diberikan hak dalam segala
perkara. Slogan hak asasi manusia dicanang ke sana ke mari seperti
kebebasan bersuara, kebebasan berfikir, kebebasan beragama dan pelbagai
lagi. Semua itu menjadi idealisme perjuangan bagi sesetengah anak muda
masa kini.
Dalam soal agama, mereka inginkan ruang seluas-luasnya diberikan agar
mereka boleh berbahas, mengkritik, menerima atau menolak apa sahaja isi
kandungan agama. Jika ahli agama boleh menyatakan pendapat, mereka juga
boleh menyatakan pendapat biarpun tanpa menguasai disiplin ilmu berkaitan
bidang agama itu sendiri. Semua ini akhirnya menjadi punca mengapa
sesetengah anak muda terjebak ke dalam fahaman songsang agnostik.
Dalam hal ini, mereka tahu bahawa Tuhan itu wujud tetapi tidak
mempercayai ajaran agama. Apa yang membimbangkan adalah, sebahagian
mereka yang terpengaruh dengan ajaran ini terdiri daripada umat Islam yang
ragu-ragu dengan ajaran Islam. Golongan agnostik ini gagal melihat keindahan
Islam malah menyalahkan Tuhan kerana tidak ‘menyelesaikan’ masalah
masyarakat.
14
Beberapa ciri lain golongan ini untuk dikenal pasti adalah percaya kepada
kewujudan Tuhan tetapi tidak beragama, kurang kefahaman dan penghayatan
agama serta cenderung meluaskan pengaruh dalam kalangan golongan
intelektual. Serangan pemikiran dari barat yang amat mengelirukan ini
merupakan isu akidah yang amat kritikal. Pemikiran ini dipengaruhi oleh
beberapa aliran pemikiran lain termasuklah modenisme, sekularisme,
pluralisme dan liberalisme.
Pengaruh aliran pemikiran ini perlu dicegah dan diberi perhatian serius
oleh semua pihak supaya tidak terus merebak dan merosakkan akidah.
Rasulullah SAW mengingatkan pentingnya umat Islam menyelamatkan akidah
dalam hadis yang bermaksud: “Terdapat segolongan manusia yang mentaati
perintah Allah dan segolongan yang lain yang melanggari batasan Allah.
Perumpamaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah
kapal di mana satu golongan menduduki bahagian atas dan satu golongan lagi
menduduki bahagian perut kapal berkenaan.
Apabila golongan yang berada di dalam perut kapal memerlukan air
mereka menyuruh golongan yang di atas mengambilkannya untuk mereka
sehinggalah mereka berkata: ‘Adakah patut kita menyusahkan golongan di
atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapati air yang
banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini. “Maka sekiranya
golongan di atas tidak mencegah mereka daripada kebodohan ini, mereka akan
karam kesemuanya’.” (Al-Bukhari dan At-Tirmidzi) Pembaca pasti merasa
kurang senang dengan isu yang melingkari kumpulan agnostik ini.
Namun cabaran ini menuntut kebijaksanaan agamawan dalam
menyampaikan dakwah. Ilmu yang mantap serta cara penyampaian penuh
hikmah adalah elemen penting bagi menghadapi mereka. Umpama api dalam
sekam, tanpa usaha dakwah, pengaruh fahaman ini perlahan-lahan akan
meranapkan benteng akidah umat Islam yang sebenar.
Proses pemantauan, kawalan dan didikan perlu digembleng secara
bersepadu agar penyimpangan akidah alaf baru ini tidak terus menular dalam
kalangan umat Islam.
15
KESAN FAHAMAN AGNOSTIK
Abdul Khaliq menulis bahawa antara kesan utama pemikiran ateistik
kepada masyarakat secara umumnya ialah kekacauan jiwa akibat ketiadaan
tujuan dan maksud di dalam hidup. Walaupun kajian sains telah memberi
jawapan kepada banyak persoalan dan rahsia dunia dan alam material, namun
begitu sains tidak dapat memuaskan fikiran manusia dalam persoalan
berkaitan tujuan dan maksud hidup. Persoalan-persoalan tersebut hanya boleh
dijawab oleh Dia yang mencipta manusia dan alam (Abdul Khaliq 1984, p 18).
Kepercayaan kepada Tuhan secara umumnya dalam hidup beragama
sebenarnya memberi ketangkasan (resilience) kepada insan untuk
menghadapi cabaran hidup, kerana mereka yakin kehidupan di dunia ini hanya
sementara dan segala pengalaman yang mereka hadapi sama ada yang baik
mahupun buruk mempunyai nilai dan tujuan tertentu serta hikmah tersendiri.
Sebagai contoh, kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang
kehilangan orang tersayang, lebih mudah untuk menerima hakikat tersebut jika
mereka percaya kepada kehidupan selepas mati. Begitu juga mereka yang
mengalami kesusahan hidup sama ada dalam bentuk penyakit yang berbahaya
mahupun keadaan sosioekonomi yang menekan. Kesihatan mental mereka
lebih terpelihara dan mereka mampu untuk berdepan (cope) dengan
kesusahan tersebut kerana mereka mampu melihat kesusahan tersebut dari
sudut positif seperti peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan
ataupun semua kesusahan tersebut adalah kehendak Tuhan yang mempunyai
hikmah khas. Walaupun tidak dinafikan ada segelintir manusia yang beragama
tergugat pegangannya apabila berhadapan dengan masalah, patut disedari
bahawa mereka ini golongan minoriti dan pegangan agama mereka memang
lemah dari awal (Pargament, Cummings 2010; Bradshaw, Ellison 2010).
Abdul Khaliq juga menyebut antara bahaya fahaman ateisme ialah
berleluasanya sifat individualistik yang merosakkan hubungan sesama insan
dalam masyarakat. (Abdul Khaliq 1984, pp 20-21) Masyarakat terdahulu yang
rata-ratanya hidup beragama hidup di dalam kelompok di mana ahli-ahli
16
masyarakat saling tolong-menolong dan melakukan semua aktiviti bersama. Ini
kerana kehidupan bermasyarakat adalah dituntut oleh semua agama secara
amnya. Dengan berleluasanya fahaman atestik, lebih ramai orang memilih
untuk hidup bersendirian supaya boleh hidup sesuka hati tanpa diganggu oleh
peraturan-peraturan formal atau tidak formal yang akan wujud secara semula
jadi apabila hidup bermasyarakat.
Namun kehidupan sebegini hanya mendatangkan keseronokan
sementara kerana setiap manusia, fitrahnya adalah untuk hidup bersama orang
lain. Itulah sebabnya Allah menciptakan Hawwa, sebagai peneman kepada
Adam dan kemudian mensyariatkan supaya mereka berkahwin untuk
melahirkan komuniti manusia yang pertama. Kajian psikologi juga
menunjukkan bahawa kehidupan beragama menjadi sumber kekuatan kerana
penganut-penganut sesuatu agama sekurang-kurangnya akan menghadiri
religious service pada setiap minggu di mana mereka boleh berinteraksi
bersama rakan-rakan, berkongsi cerita suka dan duka serta menyokong satu
sama lain dalam semua hal (Pargament, Cummings 2010). Kajian juga
menunjukkan kehidupan individualistik membawa banyak masalah mental
seperti kemurungan, kerisauan dan ketakutan (anxiety), dan yang paling
merisaukan, kadar bunuh diri yang tinggi (Whitley 2017). Itulah antara
hikmahnya di dalam Islam disyariatkan bagi kaum lelaki untuk berkumpul
beramai-ramai di masjid sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk solat
Jumaat, dan digalakkan untuk ke musolla berdekatan untuk setiap waktu solat
setiap hari.
Abdul Khaliq menyatakan jua bahawa antara bahaya paling besar
fahaman ateisme ialah berleluasanya kejahatan dan kekejaman yang luar
biasa kerana insan yang ateis tidak memikirkan bahawa ada Tuhan yang Maha
Berkuasa yang sedang melihat segala perbuatannya, dan dia tidak percaya
bahawa dia akan dihisab setelah mati nanti. Yang ada hanyalah undang-
undang manusia yang tidak sempurna dan yang boleh dielak dengan pelbagai
cara yang jahat seperti rasuah, memusnahkan bukti dan lain-lain. Beliau
membawa contoh kejadian pencurian besar-besaran yang berlaku di bandar
New York pada tahun 1977 setelah stesen janakuasa elektrik disambar petir
dan menyebabkan seluruh bandar tersebut ditimpa kegelapan. Manusia keluar
17
beramai-ramai memecah masuk kedai-kedai dan mencuri barangan tanpa
sekelumit rasa bersalah. Inilah akibat bergantung kepada undang-undang
manusia semata-mata tanpa berfikir bahawa Allah, Tuhan yang Maha Melihat
tidak perlu kepada cahaya untuk melihat perbuatan makhluknya dan setiap
tindakan mereka dicatit dan akan dihisab dengan balasan setimpal pada hari
kiamat (Abdul Khaliq 1984, pp 22-23).
Abdul Khaliq membincangkan beberapa lagi kesan fahaman ateisme
seperti runtuhnya institusi kekeluargaan, kebejatan sistem politik dan
kerosakan hidup bermasyarakat (Abdul Khaliq 1984, pp. 24-31). Fahaman
ateisme mengakibatkan konsep nilai dan moral menjadi relatif dan tidak lagi
mutlak atau tertakluk kepada kehendak Tuhan. Semuanya kini berpaksikan
kehendak manusia, dan disebabkan itu keruntuhan moral yang berkait rapat
dengan cara hidup yang hedonistik semakin berleluasa. Antara isu yang
menghantui masyarakat beragama kini ialah keberanian kelompok bernafsu
songsang ataupun lebih dikenali sebagai LGBT (lesbian, gay, bisexual,
transsexual) meminta hak untuk hidup berpandukan nafsu songsang tersebut
dengan terbuka. Ini bukan sahaja merosakkan rohani masyarakat tapi juga
fizikal masyarakat yang kita dapat amati melalui statistic penyakit HIV.
Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan golongan
LGBT adalah kelompok dengan peratusan penghidap HIV yang tertinggi di
negara kita dan peratusan itu sedang meningkat dari tahun ke tahun. Jika
dahulunya kelompok utama yang menhidap penyakit HIV adalah mereka yang
menagih dadah, kini kelompok LGBT telah mengambil alih sebagai sebab
utama penyakit yang tiada sembuh ini tersebar (Utusan 2018). Masalah seks
bebas di antara lelaki dan perempuan juga semakin berleluasa dengan kadar
pembuangan bayi yang semakin meningkat di samping peningkatan kadar
penyakit kelamin. Di Eropah, penyakit gonorrhea khususnya telah meningkat
dengan mendadak akibat berleluasanya seks bebas (ECDC 2015).
Selain masalah-masalah yang telah disebut di atas, bahaya yang paling
utama yang perlu diberi perhatian akibat tersebarnya fahaman ateisme ialah
gejala murtad yang semakin berleluasa. Walaupun ramai yang memilih untuk
murtad berkata mereka melakukan sedemikian kerana kononnya agama
18
membawa kemunduran dan keterencatan minda, hakikatnya kebanyakan
mereka memilih untuk murtad kerana tidak mahu terikat dengan hukum-hakam
agama yang disyariatkan Allah demi kesejahteraan diri dan masyarakat, dunia
dan akhirat. Dari sudut akademik pula, penolakan agama oleh golongan ini
kerana kepercayaan mereka bahawa sains boleh menerangkan segala-
galanya sebenarnya menunjukkan betapa mereka tidak faham bagaimana
dapatan sains sentiasa berubah dan apa yang mereka lihat dan dengar di
media hanyalah pandangan-pandangan saintis ateis yang lantang bersuara.
Sedangkan terdapat ramai saintis beragama yang menulis juga tetapi
pandangan mereka tidak disebarkan kerana kebanyakan media di dunia kini
lebih cenderung kepada menyebarkan fahaman ateisme.
Kalau pun untuk sebentar kita menerima hujah bahawa sains dapat
menerangkan segala-galanya berkaitan alam material, sains masih tidak dapat
menjawab persoalan-persoalan yang lebih mendalam tentang hakikat hidup
seperti yang telah disebut di atas. Hanya agama yang benar sahajalah yang
dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut, yang bermain di fikiran
manusia walaupun mereka cuba memendamkannya. Ini kerana fitrah yang
Allah telah tanamkan ke dalam diri manusia memang sentiasa akan mencari
Tuhan dan ateis yang paling tegar pun akan sedar hakikat ini apabila di hujung
nyawa atau apabila berada dalam keadaan yang genting, walaupun mereka
tidak menyebutnya.
Firman Allah:
ّفَ ِإذا َم َّس ال ِإنسا ََنّ ُض َّر َدعانَّا ثَُمّ إِذا َخولناَهُّ نِع َم َّة ِمنّا قا َ َّل إِنما أوتيتَُّهُ َعل َىّ ِعلَمَّّ َب َّل ِه ََي
ِفتنَ َةّ َول ِك َّن أَكثَ َر ُهم َّل يَعَلَّمو ََّن
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada
Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia)
dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini
hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku".
(Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang
tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi
kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). [Az-Zumar 39:49
19
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH GEJALA AGNOSTIK
1) Didikan Agama Awal Di Rumah
Ibu bapa perlulah memainkan peranan untuk mendidik anak-anak tentang
konsep ketuhanan dari kecil lagi (Rahim 2018). Pengenalan ini tidak semestinya
di dalam bentuk pengajaran formal sifat 20 yang mungkin sedikit berat untuk
difahami oleh anak-anak yang kecil kerana cara perbincangannya yang
berfalsafah. Perbualan di dalam rumah yang diisi dengan kalimah-kalimah
alhamdulillah, subhanallah dan lain-lain kalimah atau peringatan yang mencipta
atmosfera ketuhanan di dalam rumah adalah antara cara yang mudah untuk
menerapkan konsep ketuhanan di dalam diri anak-anak. Umpamanya, ketika
beriadah dan terjumpa awan yang indah, atau bunga yang cantik, maka ambillah
peluang untuk memuji Allah yang mencipta kecantikan sebegitu di hadapan anak-
anak. Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu menunjukkan akhlak yang baik di
hadapan anak-anak supaya mereka belajar untuk mengaitkan akhlak yang baik
dengan penghayatan agama (MAIS 2015). Ini akan menerapkan ke dalam diri
mereka bahawa kepercayaan kepada Tuhanlah yang membuahkan akhlak yang
begitu baik sekali yang dapat dilihat di dalam diri ibu bapa mereka.
2) Mengadakan Program-Program Dakwah Yang Mesra Generasi Muda
Agensi-agensi dakwah kerajaan bersama dengan pendakwah-pendakwah
bebas patut menganjurkan program-program dakwah yang mesra generasi muda
kerana merekalah golongan yang paling banyak bertanya dan terpengaruh dengan
faham agnostik/ateistik akibat tidak mendapat jawapan yang memuaskan.
Pendakwah-pendakwah perlu memantapkan ilmu mereka dalam menangani
persoalan-persoalan yang ditanya oleh golongan muda yang berkisar keraguan-
keraguan yang dikemukakan oleh golongan ateis tanpa menggunakan pendekatan
yang sempit seperti hanya membahaskan isu neraka dan seksaan. Pendekatan
sebegitu amat tidak berkesan kerana ia memberi implikasi bahawa agama Islam
20
agama yang menentang penggunaan akal seperti pihak gereja pada zaman
kegelapan (Rahim 2018, MAIS 2015, Abdul Khaliq 1984).
Antara cara untuk memastikan usaha dakwah ini sampai kepada golongan
muda ialah dengan menganjurkan street dakwah dan juga menggunakan teknologi
maklumat dalam bentuk video-video pendek yang boleh dimuatnaik ke media
sosial untuk tontonan umum (Rahim 2018).
3) Menitikberatkan Pengajian Al-Quran
Para pendakwah dan agensi kerajaan perlulah menitikberatkan pengajian Al-
Quran yang lebih syumul, dan bukan sekadar memberi penekanan kepada bacaan
dengan tajwid yang betul dan hafalan. Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada
manusia sebagai ‘hudan linnas’, yakni petunjuk kepada manusia tetapi ia hanya
boleh memenuhi fungsi tersebut jika isi kandungannya dipelajari. Untuk anak-anak
yang kecil, mereka patut diceritakan kisah-kisah nabi berdasarkan Al-Quran dan
hadith yang sahih supaya mereka mempelajari keunggulan akhlak para nabi. Bagi
remaja dan mereka yang lebih dewasa, pengajian Bahasa Arab Al-Quran patut
dipertimbangkan supaya maksud Al-Quran menjadi lebih accessible kepada ramai
orang. Tidak dinafikan, membaca terjamahan Al-Quran memang bagus tetapi ia
tidak sama dengan membaca sambil memahami kalam Tuhan dalam Bahasa Arab
asal yang mempunyai kuasa yang tersendiri. Sebagai contoh, usaha Al-Bayyinah
Institute yang diasaskan oleh Nouman Ali Khan untuk mengajar isi kandungan Al-
Quran di samping mengadakan program-program Bahasa Arab Al-Quran patut
dipuji dan diikuti. Penulis berpendapat berdasarkan pengalaman sendiri, fokus
para pengajar dalam negara terhadap Bahasa Arab Komunikasi adalah bagus
tetapi tidak memberi manfaat yang banyak dalam usaha memahami Al-Quran
melainkan bagi mereka yang memang akan melanjutkan pelajaran ke negara-
negara Arab. Selain Pendidikan Bahasa Arab yang lebih khusus kepada pengajian
Al-Quran, silibus Pendidikan Agama Islam juga perlu dinilai semula dari semasa
ke semasa supaya selari dengan tuntutan semasa (MAIS 2015). Sebagai contoh,
buku-buku agama di pasaran perlulah bebas dari kisah-kisah dongeng yang
merendahkan pemikiran, dan para pendakwah perlu diingatkan supaya jangan
21
memasukkan cerita-cerita karut di dalam ceramah atau kelas mereka hanya
kerana kisah-kisah tersebut boleh dijumpai dalam kitab-kitab Arab. Pandangan
para ulama fiqh yang berbeza juga patut diajar supaya masyarakat akan faham
bahawa Islam adalah agama yang dinamik yang menggalakkan pemikiran dan
perbincangan serta perbezaan pendapat, dan bukan sebaliknya. Ia juga secara
tidak langsung akan menerapkan sikap toleransi di kalangan masyarakat supaya
wujudnya suasana hormat-menghormati terhadap pegangan mengikut pandangan
mazhab lain selain mazhab utama dalam negara.
4) Menguatkuasakan Undang-undang
Kerajaan menerusi institusi keagamaan dan kuasa raja-raja Melayu perlu
menghalang perkembangan mana-mana persatuan yang mempromosikan
fahaman yang memesongkan akidah. Cara kumpulan-kumpulan ini bergerak perlu
dikaji dan tindakan yang tegas perlu diambil. Kebanyakan kumpulan ini
mempromosikan kehidupan gaya bebas, maka selari dengan memantau gerakan
kumpulan-kumpulan ini, kerajaan juga perlu berusaha untuk mengekang budaya
hedonisme dengan menutup pusat-pusat hiburan dan memberhentikan konsert-
konsert yang melalaikan.
Selain itu, institusi-institusi keagamaan serta tenaga pengajar agama perlu
terkehadapan dalam menunjukkan nilai-nilai Quran dalam pelaksanaan polisi dan
akhlak supaya golongan muda tidak memandang agama sebagai alat yang hanya
dipergunakan untuk kepentingan sendiri. Institusi agama perlu mengambil
pendirian dan tindakan keras terhadap pendakwah dan tenaga pengajar agama
yang menggunakan agama untuk kepentingan sendiri seperti menjual ‘produk-
produk sunnah’ atau apa-apa produk lain yang dikaitkan dengan agama,
khususnya produk-produk yang membahayakan nyawa. Ini bagi mengelakkan
orang ramai menganggap Islam sebagai agama yang membenarkan
penyelewengan dan bukan pula didirikan di atas hujah dan prinsip yang membawa
kemajuan kepada masyarakat.
22
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Dalam Islam, ilmu merupakan salah satu perantara untuk
memperkuat keimanan. Iman hanya akan bertambah dan menguat jika disertai
dengan ilmu pengetahuan. Ilmu tanpa agama buta, dan agama tanpa ilmu adalah
lumpuh. Dalam Islam ilmu agama dan umum sama-sama berasal dari Allah. Islam
juga sangat menganjurkan umatnya untuk mempelajari setiap ilmu pengetahuan,
memahami setiap ilmu pengetahuan pada prinsipnya adalag memahami ilmu-ilmu
Allah yang dipedomankan melalui al-Qur‟an dan al-Sunnah. Gejala ajaran
agnostik merupakan satu masalah serious yang menyimpangkan akidah
masyarakat Muslim di Malaysia terutamanya golongan anak muda. Semua pihak
yang bertangunggjawab termasuklah ibu bapa sehingga ke kerajaan harus
mengambil berat tentang isu ini dan berusaha mendapatkan limu vang sesual
untur menvelesalkan serla mengatasi isu ini. dengan memanfaatkan kaedah dan
pemahaman yang pelbagai. Dengan ini, kita mestilah lebih konsisten dalam
mengambil langkah yang proaktif agar ajaran agnostik ini tidak berleluasa dan
menyesatkan lebih ramai lagi orang Islam di Malaysia. Konklusinya, ajaran
agnostik bukan sahaja mendatangkan kesan yang buruk di akhirat kelak, tetapi ia
juga akan mendatangkan impak yang negative kepada kehidupan bermasyarakat
di dunia. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl :
Serulan ke ialan Tuhanmu (wahai Muhammad) denaan hikmat
kebiiaksanaan dan nasihat denaalaran vana bai. dan berbanasian denaan mereka
‹vang епа serukan itu denaan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia
lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah
jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
23
Rujukan
Abdul Khaliq AR (1984). Ilhad – Asbab Hazihi Zaahirah wa Turuq ‘Ilajiha. Ar-Riasah Al-Ammah Al-
Idaraat Al-Bahuth Al-Alamiyyah wa Al-Ifta’, wa Al-Da’wah wa Al-Irshad. Riyadh.
Ahmad FA., Ahmad SA (2004). God, Islam, And The Skeptic Mind. Blue Nile Publishing
Bradshaw M., Ellison CG. (2010). Financial Hardship And Psychological Distress: Exploring The
Buffering Effects of Religion. Social Science and Medicine, Volume 71, Issue 1, July 2010, Pages 196-
204 Elsevier.
European Centre for Disease Prevention and Control, (2015, Sep 17). Sexually transmitted infections
in Europe 2013. Diambil dari: https://ecdc.europa.eu/en/publications-data/sexually-transmitted-
infections-europe-2013
Flew AGN (2017, Oct 13). Agnosticism. Encyclopaedia Britannica, Encyclopaedia Brittanica Inc.
Diambil dari: https://www.britannica.com/topic/agnosticism
Gold SC. (2013, Sept 17) A Refute To Morality From God. Richard Dawkins Foundation for Reason
and Science, A Division for The Center Of Inquiry. Diambil dari:
https://www.richarddawkins.net/2013/09/a-refute-to-morality-from-god/
Haqiqatjou D. (2017) Good Without God? Do We Need Religion To Be “Good People”? Published
September 27 2017. Diambil dari: https://muslimskeptic.com/2017/09/27/good-without-god-need-
religion-good-people/
Ibn Kathir (2003). Al-Mubarakpuri (Ed). Tafsir Ibn Kathir (Abridged) (Vol 6) (pp 197-201). Darussalam,
Riyadh.
Ibn Kathir. Tafsir Ibn Kathir (Abridged) Darussalam
MAIS 2015. Gejala Agnostik, Satu Ancaman Akidah. Diambil dari: http://www.mais.gov.my/info-
mais/informasi/penerbitan/muat-turun/77-gejala-acnostik-satu-ancaman-akidah/file
Megoran N, Foster R. Why The Arguments of ‘New Atheists’ Are Just As Violent As Religion.
Published on July 26 2018. Diambile dari: https://theconversation.com/why-the-arguments-of-the-
new-atheists-are-often-just-as-violent-as-religion-95185
Pargament KI., Cummings J. (2010) Anchored By Faith: Religion As A Resilience Factor. In by Reich
JW, Zautra AJ, Hall JS (Eds). Handbook Of Adult Resilience (Pages 193-199). Guilford Press, London.
Rahim AE. Melayu, Muda, Mulhid. (2018, Februari 23)) YADIM. Diambil dari:
http://www.yadim.com.my/v2/melayu-muda-mulhid/
Sherry P. (2017, Nov 17) Problem of Evil. Encyclopaedia Britannica, Encyclopaedia Brittanica Inc.
Diambil dari: https://www.britannica.com/topic/problem-of-evil
Utusan Online, (2018, Ogos 2). LGBT paling ramai hidap HIV. Diambil dari:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lgbt-paling-ramai-hidap-hiv-1.720990
Whitley R. (2017, July 28) Is An Increase In Individualism Damaging Our Mental Health? Diambil dari:
https://www.psychologytoday.com/us/blog/talking-about-men/201707/is-increase-in-individualism-
damaging-our-mental-health
24