BMMB1144 Kesantunan Berbahasa Tugasan 2 Isu-isu Kesantunan Berbahasa Disediakan untuk: Puan Arbakyah binti Hassan Puan Jafizah binti Jaafar
Fathin Shalihah binti Mohamad Rosli 2022272310077 030118060074 Pengajian Melayu 4
Tugasan ini berkaitan dengan produk akhir yang memfokuskan kepada penggunaan bahan digital multimedia. Penulis memilih untuk menggunakan aplikasi Anyflip untuk membincangkan isu kesantunan berbahasa daripada pelbagai aspek dalam dunia digital masa kini. Hal ini kerana telah banyak perbuatan negatif yang dilakukan oleh masyarakat semasa menggunakan media sosial. Contohnya, satu gurauan yang dirasakan biasa oleh golongan remaja, mungkin dianggap sebagai satu perilaku komunikasi yang kasar dan tidak sopan oleh golongan dewasa (Johnstone, 2010). Pendahuluan
Pembangunan teknologi komunikasi yang semakin pantas dan maju telah memberi banyak perubahan kepada kehidupan masyarakat. Penggunaan media sosial secara meluas memberi kesan yang besar sama ada baik atau buruk bergantung kepada kepintaran individu sendiri. Kebaikan teknologi sememangnya akan membantu masyarakat untuk berhubung dengan orang yang jauh, menjimatkan masa dan pengisian lebih mudah diperoleh. Namun, masalah dan isu akan timbul jika masyarakat salah guna teknologi terutamanya media sosial. Terdapat banyak aplikasi media sosial iaitu Facebook, YouTube, Twitter, WhatsApps, Instagram, Telegram dan TikTok. Komunikasi dalam dunia digital
Facebook Twitter YouTube Instagram Jenis-jenis media sosial WhatsApps WeChat TikTok
Isu Bahasa orang bilangan jantina hubungan jarak dan sosial Kata ganti nama diri merujuk kepada ISU KESANTUNAN BERBAHASA 1 Ketidakpatuhan aspek - Kata Ganti Nama Diri Kata ganti nama diri ialah perujuk dan pengganti diri sama ada merujuk atau menggantikan nama diri penutur atau pendengar.
Isu Bahasa orang pertama orang kedua orang ketiga Kata ganti nama orang diri Contoh: saya, aku, patik, kita dan kami Contoh: kamu, awak dan engkau Contoh: dia, mereka dan beliau benda atau perkara siapa yang merujuk orang di mana merujuk benda atau orang Kata ganti nama diri tanya Contoh: Pejabat pentadbiran mana?
Contoh YouTube ketidakpatuhan aspek kata ganti nama diri Langkap layar daripada aplikasi YouTube yang dimuat naik pada 3 Jun 2023 oleh Hairwan AB.
Berdasarkan contoh, pengguna media sosial YouTube tersebut membahasakan Perdana Menteri, Dato ' Seri Anwar Ibrahim dengan kata ganti nama diri yang salah iaitu 'dia '. Kata ganti nama diri yang betul ialah beliau. Hal ini kerana beliau merujuk kepada orang ketiga yang dihormati serta mempunyai jawatan yang tinggi. Ketidaksantunan seperti ini berlaku kerana individu tersebut memiliki kurang pemahaman berkaitan dengan tatabahasa. Oleh itu, dia tidak dapat membezakan fungsi kegunaan setiap kata ganti nama diri dalam percakapannya. Justifikasi isu kata ganti nama diri
Seseorang itu telah terbiasa menggunakan bahasa dialek atau slanga dalam percakapan seharian. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk mengubah cara sebutan dan bahasa yang digunakan. Contohnya, penggunaan perkataan ' mu ' yang merujuk kepada perkataan kamu. Ibu bapa menggunakan kata ganti nama diri yang salah maka anak-anak akan kurang pendedahan. Kesannya, anak-anak akan mencontohi ibu bapa mereka kerana menganggap ibu bapa sebagai rujukan. Individu yang mempunyai latar belakang yang kurang senang sukar untuk mendapatkan pembelajaran yang cukup seperti kelas tambahan. Oleh itu, mereka tidak dapat menambah pengetahuan tatabahasa seperti orang lain. Masyarakat mudah terpengaruh dengan media sosial terutamanya artis dan laman sesawang yang tidak berdaftar. Pada zaman yang serba canggih ini, ramai pengguna meluangkan masa yang banyak bersama gajet dan mudah terikut-ikut dengan perkembangan bahasa kini. Kurang pemahaman tatabahasa
Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan pembelajaran tatabahasa oleh guru. Contohnya, bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud. Kesannya, muridmurid akan dapat berseronok sambil belajar. Guru mestilah merancang kaedah, bahan dan aktiviti yang sesuai untuk menarik minat murid seperti video dan audio. Hal ini kerana murid lebih menggemari kaedah pembelajaran yang tidak membosankan. Guru menggunakan bahasa yang jelas ketika menyampaikan isi pelajaran supaya murid dapat memahami dengan baik. Bukan itu sahaja, guru perlu menggunakan kata ganti nama diri yang betul walaupun semasa di luar kelas. Guru menjadi model dan melatih murid untuk memproses maklumat, membetulkan salah faham pemahaman fakta dalam kalangan murid dan memperkembang pengalaman murid. Contohnya, guru memberi ganjaran untuk murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul supaya dapat memberi semangat untuk terus belajar. Langkah Menangani Isu Kata Ganti Nama Diri Peranan institusi pendidikan
Isu Budaya ISU KESANTUNAN BERBAHASA 2 Ketidakpatuhan aspek - Bahasa rojak Bahasa rojak merujuk kepada percampuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kewujudan istilah baru dan percampuran bahasa bangsa atau loghat sendiri. Percampuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Kewujudan istilah baru Percampuran bahasa bangsa atau loghat sendiri Contoh: Jom pergi lunch. Contoh: Healing Contoh: Hang nak pi mana?
Twitter Contoh ketidakpatuhan aspek bahasa rojak Langkap layar daripada aplikasi Twitter yang dimuat naik pada 17 Jun 2023 oleh Kaktus&Kucing.
Berdasarkan ayat dalam tangkap layar di sebelah, pengguna media sosial tersebut menggunakan bahasa rojak untuk menyatakan pendapatnya. Ayat itu telah ditulis dalam Bahasa Melayu namun perkataan ' sweet' dicampurkan sekali dalam satu ayat. Perkataan ' sweet' merupakan perkataan Bahasa Inggeris. Pengguna tersebut sepatutnya menulis menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya seperti ''Ini mesti kes bini merajuk sebab dia bermesra-mesra dengan Mondy hari itu ". Oleh itu, terdapat faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian iaitu individu tersebut tidak petah bertutur dalam bahasa ibunda. Maka, dia akan menggunakan apa sahaja bahasa yang diketahuinya tanpa memikirkan tentang ketidaksantunan jika berbuat demikian. Justifikasi isu bahasa rojak
Kebanyakkan individu menggunakan bahasa Inggeris semasa berbual dengan ahli keluarga dan rakan sebaya menyebabkan mereka tidak yakin dan tidak biasa untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Contohnya, mereka memanggil ibu bapa mereka dengan panggilan ' mummy ' dan 'daddy '. Remaja lebih gemar mendengar lagu bahasa Inggeris berbanding lagu bahasa Melayu. Oleh itu, mereka akan terdedah dengan perkataan-perkataan bahasa Inggeris sahaja. Contohnya, lagu bahasa Inggeris seperti Happier nyanyian Olivia Rodrigo. Kurang penekanan terhadap pembacaan buku bahasa Melayu oleh ibu bapa. Kesannya, anak-anak mereka tidak mampu untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Contohnya, buku cerita teladan versi bahasa Inggeris. Ibu bapa mementingkan kelancaran bertutur dalam bahasa Inggeris kerana mereka lebih bangga jika anak mereka mahir berbahasa Inggeris. Ibu bapa akan mengajar anak-anak mereka untuk berbahasa Inggeris sejak kecil lagi kerana menganggap guru di sekolah sahaja yang akan mengajar anak mereka bertutur bahasa Melayu. Individu tidak petah bertutur dalam bahasa ibunda
Syarikat Televisyen Malaysia Berhad seperti TV3 dan stesen swasta perlulah menambahkan jumlah rancangan terbitan berbahasa Melayu untuk tujuan mendidik penonton menggunakan bahasa ibunda dengan betul dan menjadi asas pembangunan negara bangsa. Contohnya, pertandingan puisi ditayangkan di Televisyen. Nama untuk siaran radio perlu diubah kerana kebanyakkan radio menggunakan bahasa rojak seperti Suria FM dan Muzik FM. Disebabkan nama radio ini telah lama digunakan, masyarakat tidak perasan bahawa penggunaan bahasa untuk nama radio ini adalah salah. Akaun media sosial yang popular seperti Berita Harian haruslah memperbanyakkan maklumat dan aktiviti tentang bahasa Melayu walaupun secara maya. Contohnya, sebaran tentang bahasa Melayu perlulah digandakan. Langkah Menangani Isu Bahasa Rojak Peranan media massa
Isu Sosial ISU KESANTUNAN BERBAHASA 3 Ketidakpatuhan aspek - Buli siber Menurut familylives.org.uk, terdapat beberapa jenis buli siber seperti gangguan mental dan emosi, penyebaran berita palsu atau fitnah, penggunaan bahasa kesat, gangguan berterusan dan sebagainya. Namun, penulis memfokuskan kepada buli siber berbentuk gangguan berterusan. Gangguan berterusan bermaksud tindakan menghantar mesej yang menyakitkan hati, kasar dan menghina atau menggunakan katakata kesat. Ulasan jahat atau memalukan pada siaran, foto dan bilik sembang. Contoh: Panggilan nama seperti gemuk, perempuan murahan atau pelacur.
I s u S o sial Ghani dan Ghazali (2015) m e n d a p a ti b a h a w a s e s e t e n g a h r e m a j a tid a k d a p a t m e m b e z a k a n di a n t a r a p e rila k u n o r m al d e n g a n p e rla k u a n a g r e sif s e p e r ti b uli. Menurut Berita Harian Online ( 2 0 1 2 ) d ala m b u k u K e s a n t u n a n M a s y a r a k a t M ala y sia m ela p o r k a n b a h a w a k a d a r j e n a y a h sib e r t ela h m e nin g k a t s e hin g g a 8 8 p e r a t u s p a d a t a h u n 2 0 1 1 b e r b a n din g t a h u n s e b elu m n n y a. k e s e dih a n k e m u r u n g a n k e t a k u t a n k e m a r a h a n hila n g s ele r a m a k a n k u r a n g t e n a g a d a n tid u r p r e s t a si a k a d e mik m e r o s o t K e s a n sib e r b uli k e p a d a m a n g s a
TikTok Contoh ketidakpatuhan aspek buli siber Langkap layar daripada aplikasi TikTok yang dimuat naik pada 10 Mei 2023 oleh Tasha Rusli.
Berdasarkan gambar tangkap layar, penulis mendapati bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia memandang hina terhadap golongan wanita yang berkulit gelap, berbadan gemuk dan mempunyai kulit muka yang bermasalah. Bukan itu sahaja, ada juga yang menyamakan fizikal seseorang dengan alam sekitar seperti pokok kerana seseorang itu terlalu tinggi dan kurus. Mereka mengatakan bahawa wanita seperti ini tidak cantik. Kesan daripada perbuatan ini akan menyebabkan individu tersebut berasa sedih dan tidak yakin untuk bersosial. Kata-kata yang diujarkan pasti menguris hati wanita ditambah pula perkataan yang melibatkan sensitiviti masyarakat. Justeru itu, sebagai rakyat yang bersopan santun, kita perlulah menjaga air muka dan hati individu lain kerana setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing. Malah, kita seharusnya bersama-sama membantu antara satu sama lain agar hidup sentiasa harmoni dan bahagia. Oleh itu, terdapat sebab buli siber berlaku iaitu kerana pembuli tersebut memiliki ketagihan terhadap Internet. Justifikasi isu buli siber
Ketagihan Internet Pengguna tidak berenggang dengan alat-alat teknologi seperti telefon pintar dan tablet. Ketagihan melayari Internet menyebabkan pengguna berasa ingin mencuba pelbagai benda baharu seperti buli siber. Mangsa suka untuk mendedahkan maklumat peribadi yang boleh mengancam keselamatan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat rumah. Kesannya, pembuli akan mengambil kesempatan untuk menjejaskan maruah mangsa. Kebanyakkan mangsa buli menggunakan Internet dengan kerap dengan mengemas kini rutin harian dalam media sosial. Oleh itu, pembuli dapat mengesan gerak geri mangsa dengan mudah. Pembuli kebiasaanya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknologi sosial seperti menggunakan akaun palsu untuk menghina mangsa. Pembuli akan berasa gembira kerana berjaya membuat mangsa mengalami gangguan emosi dan berehat daripada melayari media sosial.
Ibu bapa perlulah memberi perhatian terhadap aktiviti seharian anak-anak dengan menanyakan tentang perkara yang dipelajari di sekolah. Oleh itu, ibu bapa dapat memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan masalah buli siber. Ibu bapa melakukan pemeriksaan terhadap alat-alat teknologi supaya dapat mengetahui tingkah laku anak mereka. Kesannya, anak-anak akan berasa takut untuk melakukan perbuatan yang salah kerana akan dihukum. Jika mendapati anak terlibat dalam buli siber sama ada sebagai pembuli atau mangsa, ibu bapa perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti berjumpa dengan pihak sekolah. Anak-anak mestilah mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa. Contohnya, ibu bapa menggalakkan anak-anak berkongsi masalah. Jadi, ibu bapa dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Langkah Menangani Isu Buli Siber Peranan ibu bapa
Langkah Menangani Isu Buli Siber Peranan kerajaan Meneruskan subjek Sivik di sekolah dan mewajibkan semua murid lulus dalam subjek tersebut agar dapat membentuk sahsiah dan akhlak yang baik sejak kecil. Kesannya, murid-murid dapat mengembangkan pengetahuan tentang keburukan buli siber. Kerajaan memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan berkaitan dengan buli siber supaya semua pihak mendapat pendedahan yang secukupnya. Contohnya, kempen dan iklan disiarkan di televisyen dan media sosial. Undang-undang terhadap individu yang melakukan jenayah siber diperketatkan dan jumlah denda dinaikkan supaya pembuli berasa takut untuk melakukan jenayah siber. Kerajaan bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber. Oleh itu, kerajaan dapat mengesan aktiviti dan identiti pembuli.
Dalam meniti arus kemodenan ini, penggunaan media sosial adalah dominan dalam kalangan masyarakat di seluruh pelosok dunia. Namun, kemajuan seperti ini amat membimbangkan banyak pihak terutamanya ibu bapa. Ramai remaja yang terlibat dengan isu-isu ketidaksantunan berbahasa semasa menggunakan aplikasi dalam media sosial. Hal ini akan mencerminkan identiti individu yang tidak bersopan-santun. Justeru, penulis berharap agar segala maklumat dapat memberi manfaat dan semua cadangan untuk mengatasi isu bahasa, budaya dan sosial dapat ditangani agar kita dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Penutup
Rujukan
Sekian, terima kasih