PROGRAM
BAGI ANGGOTA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KUMPULAN SOKONGAN 1
SIRI 1/2021
TARIKH: 06 SEPTEMBER 2021 – 09 SEPTEMBER 2021
MASA: 8.00 PAGI — 5.30 PTG
TEMPAT: VIRTUAL (GOOGLE MEET)
ANJURAN :
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
SEKALUNG KATA PENAUNG PROGRAM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya diberi kesempatan
untuk saya menyatakan sepatah dua kata bagi Program Transformasi Minda Siri 1/2021 ini.
Terlebih dahulu, ingin saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada
Jawatankuasa Program Transformasi Minda (PTM) ILKKM Sultan Azlan Shah kerana
berjaya melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) untuk TIGA program iaitu
Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan dan Diploma Farmasi bagi Sesi
1/2021 Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya berharap semua peserta yang menyertai PTM ini akan mengikuti semua modul yang
ditetapkan dengan jayanya. PTM ini adalah penting untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
dan juga merupakan salah satu syarat wajib untuk pengesahan kakitangan dalam
perkhidmatan awam. Walaupun PTM kali ini dijalankan secara virtual, namun ilmu yang
disampaikan diharap dapat digunakan sebagai panduan kepada kita selaku kakitangan awam.
Di samping itu, saya berharap agar semua peserta dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim
di antara satu sama lain sebagai asas untuk bekerjasama dalam satu pasukan di masa akan
datang.
Saya juga ingin menyeru semua peserta PTM agar mematuhi prosedur operasi standard
(SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. SOP ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh kita
semua supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.
Sekian, Selamat Berkursus.
ROKIAH BINTI TUKIMAN
PENGARAH,
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SULTAN AZLAN SHAH, PERAK
OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)
1. Memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah
pembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan;
2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih
berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam Perkhidmatan Awam;
3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian
perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah
negara maju.
VISI KKM
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik
MISI KKM
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
menghargai kesihatan aset paling berharga
mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
mengutamakan pelanggan
saksama tidak membebankan
cekap wajar mengikut teknologi
boleh disesuaikan mengikut persekitaran
Inovatif
iii. dengan menekankan :
sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
sifat menghormati maruah insan
penglibatan masyarakat
WAWASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri dari individu, keluarga dan
masyarakat yang sihat melalui satu sistem kesihatan yang adil dan saksama,
mampu diperolehi, cekap, berteknologi sesuai, berupaya berubah mengikut
persekitaran serta mesra pelangan. Dengan mengutamakan kualiti, inovasi
peningkatan taraf kesihatan berterusan serta menghormati maruah insan di samping
menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah
peningkatan kualiti hidup.
BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
PERKHIDMATAN KERJA BERPASUKAN PROFESIONALISME
PENYAYANG
BERSATU MENUJU ETIKA KERJA
BERSOPAN- MATLAMAT KOMITMEN
SANTUN DISIPLIN
PERASAAN CARA YANG
HORMAT KEKITAAN
MENGHORMATI TERBAIK
KEPIMPINAN TARAF KERJA
RESPONSIF SALING
MEMPERCAYAI
AKAUNTABILITI
PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN
KERJASAMA DAN
INOVASI
KERJASAMA DALAM
PASUKAN DAN
KESEPAKATAN
IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami pegawai awam Malaysia dengan sepenuh hati dan rela hati berikrar
mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan
mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut :
1. Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.
2. Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan
rasuah.
3. Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan
dan etika Jabatan.
4. Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak memerangi sebarang
perlakuan jenayah.
5. Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba untuk mengugat integriti dan imej
pegawai awam.
6. Mematuhi sepenuhnya kod etika Jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni
yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
TENTATIF PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 1/2021
ILKKM SULTAN AZLAN SHAH
TARIKH / MASA 06/09/2021 07/09/2021 08/09/2021 09/09/2021
(ISNIN) (SELASA) (RABU) (KHAMIS)
Nyanyian Lagu
0800 – 0830 Nyanyian Lagu Patriotik Nyanyian Lagu Patriotik Nyanyian Lagu Patriotik Patriotik
Budaya Kerja Kelas
0830 – 0930 Pendaftaran Overview Perkhidmatan Penyalahgunaan Media Pertama (Pemikiran
0930 – 1030 Awam Sosial Penjawat Awam Kritis Dan Inovatif)
1030 – 1100 Taklimat Ketua Fasilitator INSP. Mohamad Izam Bin En. Aliodin Bin
1100 – 1200 En.Aliodin Bin Damsah En.Kumaresan A/L Lingam Damsah
(Pengajar Farmasi - ILKKM SAS) (Ketua Pen. Pengarah Mohamad (Pengajar Farmasi -
1200 – 1300 (Pegawai Penyiasat ILKKM SAS)
1300 – 1400 REHAT Pejabat SUK Negeri Perak) Jenayah Pemalsuan -
1430 – 1530 REHAT REHAT
Ucapan Pembukaan PDRM)
1530 – 1630 Pn. Rokiah Bt. Tukiman Sistem Pentadbiran Negara REHAT UJian Psikologi dan
( Pengarah ILKKM SAS ) En.Khairuddin Bin Azahari Pengurusan Integriti & Pembangunan Diri
1630 – 1730 Keselamatan (Isu Pn. Ross Aniza Binti
Budaya Kerja Kelas Pertama (Penceramah BTN) Keselamatan)
(Mengutamakan Masyarakat) En. Huzairi Amer bin Ramlan
Tanggungjawab dan Peranan Ramli (Pegawai Psikologi
Pn. Zarina binti Abdullah Pegawai Awam (Peraturan (Pen.Penguasa -SPRM) (kaunseling) - ILKKM
(Ketua Program Kejururawatan - Pegawai & Perintah-Perintah
Pengurusan Integriti & SAS)
ILKKM SAS) Am Keselamatan (Isu Rasuah)
Pn. Farhana Binti Mohd REHAT
REHAT En. Huzairi Amer bin
Razali Ramli Peperiksaan PTM
Pengenalan kepada Laluan Kerjaya (Timb. Pengarah Pn. Zaini binti
Dalam Perkhidmatan Awam Pengurusan - ILKKM SAS) (Pen. Penguasa - SPRM) Abdullah
Tn. Hj. Zaidi Bin Ahmad
(Ketua Program Pembantu REHAT REHAT (Ketua Unit Penilaian
Perubatan - ILKKM SAS) Pengurusan Integriti dan Kualiti - ILKKM
Budaya Kerja Kelas Pertama &Keselamatan (Isu
Apakah Itu Media Sosial Pengurusan Pelanggan SAS)
Pn. Hanita Izam binti Abdul Integriti)
Pn. Norhayati Binti Ibrahim (Pegawai Keselamatan) Rumusan/Penutup
Rahman (Pengajar Diploma En.Aminudin bin Ramli (Urusetia)
(Timb. Pengarah SKMM Negeri (Timb. Pengarah Kes.
Lanjutan- ILKKM SAS) Kerajaan Negeri Perak)
Perak)
Budaya Kerja Kelas Pertama Tanggungjawab Dan
Akta-Akta Media Sosial (Etika & Ketrampilan diri) Peranan Pegawai Awam
Pn. Hanita Izam Binti Abdul En. Mohd Shahezam Bin
Mohamed Sunar (Tatakelakuan dan
Rahman Tatatertib – Aku Janji
(Timb. Pengarah SKMM Negeri (Pengajar Pemb. Perubatan En. Valen Supramaniam
- ILKKM SAS)
Perak) (Timb. Pengarah
Pengurusan JKN Negeri
Perak)
Pengenalan kepada
organisasi
En. Sazali Bin Zakaria
( Timb. Pengarah HEP -
ILKKM SAS)
PERATURAN BAGI PESERTA PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)
1.Pelatih diwajibkan hadir secara virtual sepanjang tempoh program dijalankan. Peserta
dikehendaki mendaftar kehadiran di pautan yang diberikan untuk setiap sesi.
2. Peserta wajib hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum setiap sesi kursus bagi
memastikan kelancaran kursus dan terus menghadiri sesi tersebut sehingga tamat.
Pengecualian hanya diberikan oleh Ketua Fasilitator PTM bagi kes-kes tertentu atau
kecemasan sahaja.
3. Peserta hendaklah sentiasa berpakaian kemas yang melambangkan seorang penjawat awam
yang berdisiplin.
4. Peserta dilarang melakukan perbuatan dan kegiatan yang menyalahi undang-undang.
5. Peserta diwajibkan menghadiri setiap sesi kuliah dengan jayanya serta melibatkan diri
dalam setiap aktiviti yang diadakan sepanjang PTM.
6. Setiap sesi kuliah dan aktiviti secara virtual, peserta adalah diwajibkan untuk sentiasa
memasang kamera bagi memudahkan penilaian dijalankan oleh pihak fasilitator dan urusetia.
7. Peserta dikehendaki sentiasa menghormati antara satu sama lain termasuk fasilitator,
urusetia dan penceramah.
8. Sekiranya peserta mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah berkaitan dengan PTM,
ianya hendaklah dirujuk kepada fasilitator PTM (mengikut kumpulan) masing-masing.
LAGU NEGARAKU
(Lagu Kebangsaan Malaysia)
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.
LAGU PERKHIDMATAN AWAM LAGU KORPORAT
MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PERKHIDMATAN AWAM KAMI SEDIA MEMBANTU
Kita memegang amanah bangsa Bangsa Yang Sihat Aset Negara
Kita juga telah berikrar Kualiti Hidup Dipelihara
Taat setia korban tenaga Berpasukan Berganding Tangan
Bela bangsa dan negara Pertingkatkan Taraf Kesihatan
Secara Profesional, Khidmat Diberi
Etika kerja kita amalkan Kecemerlangan, Matlamat Kami
Tekun jujur dan berbudaya Di Mana Pun Jua, Di Setiap Waktu
Gandakan hasil dan pembangunan
Berkhidmat bakti berjasa Kami Sedia Membantu
Kami Penyayang Pada Semua
Agama asas pegangan
Perlembagaan negara dijulang Bagi Kami Tiada Beza
Bertanggungjawab Amalan Kita
Rukun negara jadi pedoman Kesihatan Dan Maruah Dijaga
Kitalah benteng Malaysia
SEJAHTERA MALAYSIA GEMURUH
Puji dan syukur pada Ilahi Bila bertalu rentak di kalbu
Anugerahnya tiada terhingga Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Kedamaian kemakmuran Bila bergema laungan gempita
Malaysiaku bahagia Harapan bernyala nadiku berganda
Dengan tekad untuk berjaya Gemuruh jiwa semangat membara
Berbakti pada nusa dan bangsa Dari puncak ingin ke angkasa
Kami junjung cita-cita luhur Berkalungkan bintang berkelipan
Perpaduan seluruh negeri Menyerlah jauh dari yang biasa
Seia sekata sehati sejiwa
Bila bertalu rentak di kalbu
Menghadapi cabaran Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya Gemuruh jiwa semangat membara
Kami rela menjaga namamu Dari puncak ingin ke angkasa
Sejahtera Malaysia Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
PENILAIAN SEPANJANG PROGRAM
DISIPLIN & PERSONALITI - 50%
30%
KOMITMEN -
PENILAIAN KEFAHAMAN - 20%
Sijil Hadir Dengan Jayanya Program Transformasi Minda (PTM)
boleh dilayari selepas 3 bulan melalui laman web berikut :
einduksi.moh.gov.my/eTransformasi
JAWATANKUASA PTM SIRI 1/2021
Penaung
Pn. Rokiah Binti Tukiman
Pengerusi
En. Sazali Bin Zakaria
Koordinator
Tn. Hj. Zaidi Bin Ahmad
Pn. Zarina Binti Abdullah
Miss Chuan Lee Phing
Setiausaha
Pn. Suzana Binti Ismail
Penolong Setiausaha
En. Mohammad Pairul Hisham Bin Awang
Fasilitator Pn. Nur Hazwani Binti Idrus
En. Aliodin Bin Damsah (Ketua) CI Syarliati Binti Abd Aziz
Pn. Sharifah Zarina Binti Syed Abd. Ghani (Pen. Ketua) CI Nurwahayu Binti Dahari
CI Thigilan A/L Lokarasan
En. Mohammad Pairul Hisham Bin Awang
En. Khairul Effendy Bin Md Nor
Urusetia
Penceramah Jemputan Pendaftaran Peserta
Pn. Rosnita Binti Ahmad En. Aliodin Bin Damsah
En. Ahmad Badri Bin Abu Bakar En. Mohammad Pairul Hisham Bin Awang
Pn. Sharifah Zarina Binti Syed Abd Ghani
Persiapan Peperiksaan En. Khairul Effendy Bin Md Nor
Pn. Zaini Binti Abdullah Pn. Nur Hazwani Binti Idrus
En. Mohd Shahezam Bin Mohamed Sunar
Pn. Norhayati Bin Basir IT / Multimedia
En. Ahmad Badri Bin Abu Bakar
Buku Program
Pn. Mohaini Binti Abdullah En.Azmil Bin Ishak
En. Mohd Fadzil Bin Radzuan En.Amirul Asyraf Bin Awang
Pn.Norshida Binti Ahmad
Penilaian Program & Penceramah Pentadbiran
Pn. Asmah Binti Md Jan Pn. Rosnita Binti Ahmad
Pn. Noor Maliza Binti Abd Malek
Pn. Santy A/P Supplimoyan Pn. Zuliana Binti Che Amal
Cik Khairunisa Binti Rodzuan
Laporan Kursus
Pn. Suzana Binti Ismail
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
fasilitator, urusetia dan pesrta-peserta
kursus yang telah memberikan kerjasama,
tumpuan serta perhatian yang baik semasa
PTM ini berjalan.
Wassalam