PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Segulung penghargaan terima kasih
saya ucapkan keapda pensyarah subjek RBTS3073 Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan
iaitu Encik Mohd Asri bin Abdul Aziz yang telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
sepanjang saya menyelesaikan kerja kursus ini.
Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang
sentiasa memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan kepada saya sepanjang
melaksanakan tugasan ini. Segala nasihat, dorongan dan bantuan yang diberikan amatlah
membantu saya untuk bersemangat meneruskan dan menyiapkan tugasan ini walaupun
terdapat halangan dan kekangan masa yang tidak mencukupi.
Selain itu, tidak terkecuali ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas dan rakan
seperjuangan saya yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pendapat dalam membantu saya
menyelesaikan tugasan ini. Idea dan pendapat yang dikongsi amatlah membantu saya
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung yang
membantu saya menyiapkan kerja kursus RBTS3073 ini. Jasa anda semua amatlah saya
hargai. Semoga hasil kerja yang saya hasilkan menepati kriteria pemarkahan yang ditetapkan.
1.0 PENGENALAN KONSEP EDIBLE LANDSCAP
Menurut Jabatan Landskap Negara, 2008 ‘Edible’ landskap adalah satu pendekatan
rekabentuk taman yang menggabungkan penggunaan tanaman makanan dan tanaman. Ia
juga dikenali sebagai Laman Dapur, Taman Tumbuhan Makanan (Edible Garden) dan taman
komuniti.
Reka bentuk landskap ini lebih menonjolkan elemen-elemen landskap lembut tanaman
makanan (edible plant) sebagai gabungan dengan elemen tanaman hiasan sedia ada.
Komposisi penggunaan tumbuhan di dalam ‘edible’ landskap adalah sekurang-kurangnya
terdiri daripada 50% tumbuhan namun ianya juga bergantung kepada saiz dan lokasi tapak,
kemampuan, minat dan kehendak pemilik dalam menghasilkan landskap pilihannya.
2.0 JENIS-JENIS TANAMAN SAYURAN DAN KEDAH PENJAGAAN
Jenis Tanaman Sayuran Kaedah Penjagaan Penerangan
1. Jagung Menyiram Menyiram air dua kali sehari
2. Timun untuk mengekalkan
3. Bawang Putih kelembapan tanah
4. Kangkung
5. Tomato Menerima cahaya matahari Memastikan sayursayuran
tersebut menerima cahaya
matahari yang secukupnya
iaitu lebih daripada 6 jam.
Menggembur Bertujuan menjadikan
medium tanah lebih
berongga dan sesuai untuk
akar tanaman menyerap air
dan membesar dengan baik
menggunakan nutrien yang
ada dalam tanah.
Membaja Membaja 2 minggu sekali
dengan menggunakan baja
organik. Baja organik
mampu meningkatkan
keupayaan tanah untuk 3
menampung air dan nutrien
dalam tanah dengan lebih
cekap
3.0 ELEMEN-ELEMEN DAN PRINSIP-PRINSIP EDIBLE LANDSCAPE
3.1 ELEMEN EDIBLE LANDSCAPE
Elemen-elemen asas reka bentuk landskap boleh diterapkan dari kepelbaaian nilai estetik dan
fungsi visual tanaman ‘edible’ seperti saiz, bentuk, warna, tekstur, bau dan rasa.
Tanaman Kepelbagaian Ciri-Ciri, Nilai Estetik & Fungsi Visual Kesan Reka
‘Edible’ Bentuk
Pokok Pemandangan
Daun Warna Tekstur Bentuk Unsur Bau
Bunga Kontras Bunyi
Buah Sentuhan
Batang Rasa
ELEMEN PENERANGAN
Tekstur
Bentuk Pemilihan tanaman ‘edible’ juga perlu
mengambil kira keadaan tekstur tanaman
bagi mewujudkan variasi yang pelbagai dan
menarik dalam sesuatu taman. Elemen ini
boleh didapati melalui visual pada bentuk
fizikal tanaman ataupun melalui sentuhan
pada tumbuhan tersebut sama ada melalui
daun, buah, bunga ataupun batang pokok
yang dipilih. Terdapat 2 faktor yang
bertekstur halus seperti pandan, kangkung,
daun Bentuk3 4 bawang, kaduk, pegaga,
Warna sireh, buah terung, timum dan sebagainya.
Sementara tanaman yang bertekstur kasar
Unsur Konstras pula adalah seperti sawo, serai, ulam raja,
bendi, kacang panjang dan sebagainya.
Faktor warna adalah untuk memberi
kepelbagaian kesan pandangan dalam
sesuatu taman. Di dalam ‘edible landscape’,
elemen warna dizahirkan melaui buah,
bungan atau daun pada tumbuhan yang
dipilih. Contoh elemen warna pada buah
adalah seperti cili, tomato, terung, cermai
dan belimbing. Elemen bunga yang
berwarna pula ialah kantan, halia, misai
kucing dan sebagainya. Sementara elemen
warna pada daun adalah seperti bayam,
kobis, keledek, pegaga dan kunyit.
Penggunaan elemen warna juga boleh
dizahirkan melalui penggunaan tanaman
hiasan yang biasa digunakan seperti
heliconia, canna, bunga raya dan
sebagainya yang bersesuaian dengan ruang
dan kawasan. Warna juga memberikan
kesan kontras semasa warna bunga yang
terang seperti merah, kuning terang, dan
sebagainya di tanam di tepi dinding putih.
3.2 PRINSIP EDIBLE LANDSCAPE
Casia Biflora (2006) menyatakan bahawa prinsip-prinsip reka bentuk berikut digunakan
bagi mencorakkan sesuatu ruang secara fizikal dan menghasilkan kesan-kesan estetik dan
kepelbagaian fungsi sesuatu ‘edible’ landskap.
PRINSIP - PRINSIP REKA BENTUK PENERANGAN
1. Skala Skala bermaksud setiap reka bentuk perlu
disesuaikan dengan ruang dan pengguna
sesuatu ruang. Ia merupakan perkaitan
2. Ritma relatif antara elemen-elemen reka bentuk,
pengguna, aktiviti dan keadaan sekeliling.
3. Ulangan / turutan Setiap elemen yang direka seperti kerusi,,
4. Penumpuan pergola, wakaf dan sebaginya perlu
menepati skala tubuh manusia agar dapat
memberi keselesaan kepada pengguna
elemen dan ruang tersebut. Ruang yang
kecil memerlukan elemen-elemen landskap
yang kecil bagi mengelakkan kesesakan
suasana ruang tersebut
Ritma merupakan perubahan dari satu
keadaan dan ruang kepada keadaan dan
ruang yang lain secara berperingkat- 7
peringkat bagi menentukan arah pandangan
dan pergerakan di samping mewujukan
suasana keharmonian dan kesinambungan
dan keselesaan di segi penggunaan warna,
garisan, rupa bentuk, tekstur dan ketinggian
yang efektif bagi menghasilkan. Ia juga
boleh mengelakkan suasana ‘monotonous’
atau suasana yang bercelaru
Merupakan kaedah penggunaan elemen
yang berulang-ulang untuk memberi
penekanan kepada konsep, tema dan idea
reka bentuk tertentu bagi mengelakkan
kesan ‘Monotonous’ dan kecelaruan.
Penggunaan elemen dalam reka bentuk
yang dapat menghasilkan kesan daya
penaril, tumpuan yang tinggi dan khusus
serta menghasilkan satu daya pandangan
ke arah satu titik tumpu. Inilah dapat
diwujudkan dengan penerapan ciri-ciri
istimewa dari segi ketinggian, saiz, warna
yang terang, tekstur yang berbeza, rupa
bentuk atau gubahan terhadap sesuatu titik
5. Keseimbangan tumpu. Di antara objek yang sesuai dijadikan
titik tumpu ialah air pancutan, wakaf yang
unik, arca, mercuyanda, unsur semula jadi
dan tumbuhan yang unik.
Keseimbangan bermaksud mewujudkan
keseragaman dan kestabilan pemandangan
dan ruang-ruang yang dihasilkan melalui
susunan elemenelemen landskap di dalam
sesuatu gubahan.
Terdapat 2 jenis keseimbangan iaitu:
1) Keseimbangan simetri (formal)
2)Kesimbangan asimetri (tidak formal)
Keseimbangan simetri
- Keseimbangan simetri terhasil dari
penggunaan dan gabungan elemen
yang sama di dalam suatu rekan
bentuk dan dibahagikan melalui
central axis dan geometri serta
mempunyai reka bentuk yang sama
di kedua-dua bahagian dari segi
bahan, bentuk, warna, tekstur, 6
ketinggian dan lain-lain
Keseimbangan asimetri
- Terhasil dari penggunaan dan
gabungan elemen yang tidak sama
dari segi saiz, bentuk, warna, tekstur,
ketinggian dan sebagainya tetapi
dalam masa yang sama masih
mengekalkan keseimbangan. Ianya
lebih popular dan digemari dalam
reka bentuk kerana boleh
menghasilkan pemandangan yang
lebih menarik dan semula jadi.
6. Kontras Kontras bermaksud sesuatu reka bentuk
7. Keanekaan (variety) yang mempunyai elemen yanng
8. Keringkasan (simplicity) bertentangan dari pelbagai ciri-ciri reka
bentuk bagi menonjolkan perbezaan dan
reka bentuk yang tidak hambar
(monotonous). Kontras boleh digunakan
bagi melebihkan tumpuan terhadap satusatu
elemen.
Keanekaan boleh diwujukan melalui
penggunaan dan gabungan pelbagai
elemen seperti bentuk, warna, saiz, garisan
dan ruang secara harmoni dan 5 berkesan
bagi mewujudkan kepelbagaian kesan reka
bentuk tetapi tidak menjejaskan kesaturan
dan kesederhanaan. Ia memberi kesan
pengalaman yang berbeza dan
menimbulkan minat yang berterusan.
Kegagalan dalam menggubah prinsip ini
akan menghasilkan reka bentuk yang
bercelaru dan mengelirukan.
Keringkasan menekankan ciri-ciri
keharmonian iaitu penggunaan kombinsi
ciri-ciri an sifat-sifat yang hampir serupa dari
segi bentuk, saiz, warna dan fungsi.
Penggunaan elemen yang terlalu banyak
akan mewujudkan persekitiran kelam kabut
manakala penggunaan elemen yang terlalu
tingkas akan memberi kean yang
‘monotonous’ atau membosankan Pemilihan
dan penggunaan elemen yang penting,
ringkas dan murdah adalah bagi
menghasilkan persekitaran yang berfungsi,
menarik dan menjimatkan kos
penyelenggaraan.
9. Kesatuan (unity) Pemilihan & penggunaan elemen secara
konsisten dan berulang-ulang bagi
mewujudkan kesatuan dan suasaa harmoni
yang sesuai dengan konsep, tema dan idea
reka bentuk.
4.0 GAMBAR-GAMBAR PELBAGAI BAHAN DAN TANAMAN
BAHAN PENERANGAN
BIL. BAHAN
1. Pasu - Merupakan medium untuk
tanaman.
2. Penggembur tanah - Berfungsi untuk menggembur
tanah dan membuang rumpai.
3. Sudip tangan - Berfungsi untuk membuang
rumpai dan mencampur tanah
untuk pasu.
4. Bekas menyiram air - Berfungsi untuk menyiram air
5. Sarung tangan - Berfungsi untuk melindungi
tangan.
TANAMAN
BIL. TANAMAN
1. Kangkung
2. Jagung
3. Bawang putih
4. Tomato
5. Timun
5.0 GAMBAR-GAMBAR PELBAGAI BAHAN DAN TANAMAN
PANDANGAN DEPAN EDIBLE LANDSCAPE
PANDANGAN ATAS EDIBLE LANDSCAPE
PANDANGAN TEPI EDIBLE
LANDSCAPE
6.0 ULASAN MENGENAI EDIBLE LANDSCAPE
Konsep Edible Garden ini adalah diilhamkan daripada bekas isteri Perdana Menteri iaitu
Datin Seri Jeanne Abdullah ketika Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia
(LAMAN 2008). Oleh itu, edible landskap mula digunapakai dalam kalangan masyarakat
Malaysia sehingga kini. Edible Landscape bukan sahaja memberikan seri kecantikan pada
laman sesebuah rumah, namun memberikan banyak manfaat lain seperti penanaman
pelbagai jenis sayur-sayuran boleh menjimatkan perbelanjaan barangan dapur dan makanan.
Barangan keperluan dapur juga dapat dipenuhi sekaligus menghidangkan sayuran yang sihat
dan selamat dimakan. Tanaman sayuran yang merupakan konsep utama edible landscape
juga boleh memberikan keuntungan dengan menjual tanaman tersebut di pasar tani.
Tanaman edible landscape atau laman dapur ini sesuai dilaksanakan disebuah pelbagai
tempat seperti kebun sekolah, perumahan taman, kampung dan kawasan yang mempunyai
ruang yang cukup.
7.0 ANALISIS TAPAK
7.2 ANALISIS SWOT KAWASAN YANG DIPILIH
Analisis SWOT Penerangan
Strength (Kekuatan) - Mempunyai tanah / ruang yang mencukupi untuk
menanam pelbagai jenis sayur-sayuran
- Kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan
udara yang mencukupi
- Mempunyai naungan pada kawasan tersebut
- Kawasan yang mempunyai saluran air yang baik
Weakness (Kelemahan) - Ruang yang agak sempit menyukarkan proses
pengangkutan peralatan
- Berada di kawasan yang rendah dan lembap
Opportunities (Peluang) - Pokok bunga yang pelbagai dan berwarna-warni
ditanam bagi meningkatkan keindahan dan nilai
estetika pada kawasan tersebut
- Sayur-sayuran boleh dijual untuk menambah
pendapatan kelab RBT / Sekolah
Threats (Ancaman) - Kawasan yang rendah menyebabkan kemungkinan
berisiko untuk tanaman tenggelam dan rosak jika
berlaku banjir atau hujan ribut / lebat.
7.3 ANALISIS TAPAK
Keluasan kawasan bagi membina Edible Landscape di Kebun RBT Sekolah Kebangsaan
Datuk Tambichik Karim tersebut adalah keluasan anggaran sekitar 15’’ x 30’’. Mengikut
perancangan, pelbagai pokok jenis hiasan dan sayuran akan ditanaman dalam keluasan
tanah tersebut contohnya pokok bunga matahari, tulip, timun, tomato dan sebagainya. Setelah
membuat analisis SWOT terhadap kawasan tersebut, terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan untuk membina edible lamdskap tersebut. Antara kekuatan yang ada pada
kawasan tersebut adalah mempunyai tanah dan ruang yang mencukupi untuk menanam
pelbagai jenis sayur-sayuran. Kawasan tersebut juga mempunyai pencahayaan yang baik
untuk tumbuhan melakukan proses fotosintesis.
Selain itu, kekuatan pada tapak kawasan tersebut adalah sudah tersediz naungan yang
menjadikan kawasan tersebut menerima pencahayaan yang mencukupi dan tidak berlebihan
dan terhindar dari dimakan burung. Kekuatan lain adalah kawasan tersebut juga mempunyai
saluran air yang baik kerana berdekatan dengan paip air dan tandas.
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan pada kawasan edible
landscape tersebut yang tidak dapat dieelakkan. Antara kelemahan yang telah dikenalpasti
adalah ruang laluan yang agak sempit akan menyukarkan proses pengangkutan peralatan
semasa melakukan kerja-kerja penanaman. Hal ini demikian akan menyukarkan proses
pemindahan tanaman menjadi susah dan masalah kekurangan tanah untuk pemindahan
tanaman akan timbul. Kawasan edible landscape juga berada di kawasan yang rendah dan
lembap akan menyebabkan ianya berisiko untuk terdedah kepada banjir jika berlaku hujan
ribut.
8.0 MERANCANG DAN MELAKAR REKA BENTUK PELAN EDIBLE LANDSCAPE
DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN GRAFIK KOMPUTER
Petunjuk :
BATU GOLDEN BELL / BUNGA LAVENDER TIMUN BANGKU
POKOK BERJUNTAI MATAHARI TANGGA
TONG ROS BUNGA KUBIS KOLAM
SAMPAH TULIP
POKOK POKOK TOMATO KENTANG
PALMA RENEK
MEJA & KERUSI LANTAI KAYU
POKOK
RENEK
9.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN
ITEM PENERANGAN
Timun
- Mempunyai kandungan air yang tinggi, kaya dengan pelbagai
Tomato jenis nutrisi. Protein, serat, vitamin C, vitamin K, magnesium,
potassium dan manganese.
Kentang
- Mengurangkan berat badan dan membantu membuatkan
Kubis badan kekal terhidrat
Bunga matahari
Ros - Mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan antioksidan
Pokok palma semula jadi yang baik untuk kesihatan tubuh badan.
Kolam
Kerusi & Meja - Membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan
Pokok Berjuntai vitamin C dalam badan.
- Mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting
untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Tomato juga tinggi
dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang
- Melancarkan proses pencernaan
- Sebagai sumber tenaga
- Membantu mengurangkan berat badan dan membantu
menjaga fungsi jantung dengan baik
- Sayuran yang dapat membantu mengembangkan imuniti
terhadap penyakit dan boleh digunakan menjadi masakan.
- Berfungsi untuk mencantikkan kawasan sekolah
- Memberikan haruman yang wangi di sekitar taman
- Mencantikkan suasana sekolah
- Sebagai tempat teduhan
- Mencantiikan kawasan sekolah
- Memupuk sifat memelihara haiwan dalam kalangan murid-
murid
- Dapat mencantikkan kawasan sekolah
- Mewujudkan ruang khas untuk melakukan proses PdP.
- Tempat berehat guru, murid dan warga sekolah
- Tempat berteduh
Lavender - Mengharumkan kawasan taman dan sekolah
- Mencantikkan kawasan taman
Bangku
Pokok Renek - Tempat berehat dan bersantai
Bunga Tulip - Tempat berteduh
Tong Sampah - Mencantikkan kawasan sekolah
- Mencantikkan kawasan taman
- Menggalakkan murid, guru dan warga sekolah mengamalkan
sikap membuang sampah
- Mengamalkan sikap kebersihan di sekitar taman dan sekolah
10.0 PRINSIP REKA BENTUK
Prinsip reka bentuk merupakan konsep dalam menyusun maklumat visual. Ianya akan
membantu membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen
reka bentuk. (Ly Jonathan, 2016) Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual
menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat. Prinsip reka bentuk juga dapat
menghasilkan nilai-nilai estetik dan kepelbagaian sesuatu ‘edible’ landskap.
BIL. PRINSIP PENERANGAN
1. Kesatuan (Unity) Penggunaan dan pemilihan sesuatu elemen
secara konsisten dan berulang-ulang bagi
mewujudkan kesatuan dan suasana harmoni yang
sesuai dengan konsep, tema, dan idea reka
bentuk.
2. Keringkasan (Simplicity) Penggunaan beberapa jenis elemen sahaja spt.
Tumbuhan, air dan struktur binaan yang mudah
dan ringkas
3. Keanekaan (Variety) Penggunaan pelbagai jenis elemen yang
digabungkan dan ciri yang digunakan
terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz,
bentuk, warna dan tekstur
4. Kontras Sesuatu reka bentuk yang mempunyai elemen
yang bertentangan dari pelbagai ciri reka bentuk
bagi tujuan menimbulkan perbezaan.
5. Keseimbangan (Balance) Pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar
dengan melibatkan keseimbangan dari segi saiz
ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan
6. Penumpuan (Focalization) Penumpuan terhadap satu-satu elemen yang
khusus yang mempunyai ciri yang menarik dan
menonjol dalam landskap. Penumpuan boleh
diberikan kepada spesies tumbuhan yang
menarik, elemen air pancutan, air terjun, struktur
binaan dan sebagainya
7. Ulangan / Turutan (Repetition) Penggunaan elemen terutamanya tumbuhan
secara berulangulang. Ulangan bentuk linear
(memanjang) atau barisan akan memberikan
pandangan yang bersambungan dan berterusan.
Prinsip ini biasanya digunakan untuk membahagi
kawasan, menunjukkan sempadan atau menunjuk
arah laluan.
8. Ritma (Rhythm) Perubahan daripada satu keadaan dan ruang
kepada keadaan dan ruang yang lain secara
berperingkat bagi menentukan arah pandangan
dalam mewujudkan suasana harmoni dan
keseimbangan dari segi penggunaan warna,
garisan, rupa bentuk dan tekstur yang menarik.
9. Skala Perbandingan saiz di antara elemen-elemen yang
ada serta perbandingan saiz di antara manusia
dan persekitarannya.
11.0 JADUAL KERJA (CARTA GANTT)
SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD ISNIN SELASA
AKTIVITI
10/10 11/10 12/10 13/10 14/10 15/10 16/10 17/10
Melihat kawasan
sekolah dan
memilih tapak
landskap
Membuat
perbincangan
dengan pensyarah
tentang kesesuaian
tapak yang dipilih
Mengkaji dan
mengumpul semua
bahan serta
maklumat
mengenai ‘edible
landskap’ dan jenis
tanaman yang
sesuai
Mula menulis
laporan
Melukis beberapa
pilihan pelan edible
landskap yang
sesuai dan memilih
yang terbaik
Menambahkan
bahan maklumat
dan
penambahbaikan
atau
pengubahsuaian
Membuat ‘edible
landskap’ yang
terpilih ke dalam
aplikasi Gardena.
Menghabiskan
penulisan laporan
12.0 BELANJAWAN (ANGGARAN KOS)
BIL. ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT AMAUN (RM)
(RM)
1. Biji benih tomato 1 paket 3.90 3.90
2. Biji benih timun Jepun 1 paket 4.29 4.29
3. Biji benih kubis 1 paket 11.80 11.80
4. Biji benih kentang 1 paket 2.88 2.88
5. Biji benih Bunga Tulip 1 paket 13 13
6. Biji benih Bunga 1 paket 55
Matahari
7. Biji benih Bunga 1 paket 3.50 3.50
Lavender
8. Biji Benih Bunga Ros 1 paket 1.59 1.59
15 15
9. Pokok berjuntai / Anak pokok
Golden Bell
10. Pokok Palma Anak pokok 35 35
25 25
11. Pokok Renek Anak pokok 49.90 49.90
12. Bangku 1
13. Lantai Kayu
Bahan membuat lantai
kayu
Kepingan Kayu 21 keping 3.88 81.48
168 168
14. Tong Sampah 1
17 34
15. Kolam 120 120
1.40 140
Bahan membuat kolam 230 920
ikan
17 34
Simen 2 paket 5.90 59
Pasir sungai 1 lori
Batu bata 100 biji
16. Meja dan Kerusi 4
17. Tangga
Bahan membuat
tangga
Simen 2 paket
18. Batu 10
13.0 RUMUSAN
‘Edible’ Landskap yang merupakan taman mini popular yang digunapakai dan menjadi
ikutan masyarakat kini berkonsepkan tanaman yang menggabungkan sayur-sayuran, buah-
buahan, tanaman herba, hiasan dan sebagainya. ‘Edible’ Landskap ini boleh disesuaikan di
pelbagai jenis tempat seperti laman rumah, ssekolah, pejabat, kedai dan sebagainya. Selain
menjimatkan kos pembelanjaan, konsep landskap ini juga mewujudkan suasana persekitaran
yang menarik, harmoni, mencantikkan pemandangan dan mesra alam. Nor Ain (2006)
menyatakan bahawa tumbuhan landskap juga mempunyai nilai-nilai estetika melalui ciri-ciri
khusus seperti bentuk, warna, tekstur yang menarik seperti air dimana dapat melembutkan
suasana, menyejukkan persekitaran, hasilkan bunyi dan tujuan rekreasi. Di samping itu
‘edible’ landskap ini berfungsi sebagai perhiasan dan sumber makanan, konsep ‘edible’
landskap ini juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi suri rumah atau pekebun.
Sayuran dan buahan yang ditanam boleh dijual di pasaran atau kejiranan rumah tersebut dan
dijadikan sumber pendapatan dan makanan harian. Oleh itu, terdapat banyak manfaat dan
faedah yang dapat diperoleh dengan mengamalkan konsep ‘edible’ landskap dalam
persekitaran rumah, sekolah dan tempat persekitaran kita.
14.0 RUJUKAN
ABDULLAH SANI AHMAD, J. A. (2006). KAJIAN ELEMEN REKABENTUK LANDSKAP
MELAYU. http://eprints.utm.my/id/eprint/2806/3/74226.pdf
AMIRA AZUAR. (2009). Projek Edible Garden. http://amirazuar.blogspot.com/2009/02/projek-
edible-garden.html
JABATAN LANDSKAP NEGARA. (2011). EDIBLE LANDSKAP.
http://www.jln.gov.my/resources/index/user_1/Text%20Documents/Dokumen%20Pen
erbitan/Edible%20Landskap/buku_edible_landskap_01.pdf
NOR AZIAN MOHD HANAFIAH. (2008). AMALAN PENGURUSAN LANDSKAP YANG
EFEKTIF : KAJIAN KES PROJEK TAMAN REKREASI OLEH PIHAK BERKUASA
TEMPATAN NEGERI PERAK. https://core.ac.uk/download/pdf/11933654.pdf
Sharifah Meryam Shareh Musa, Nurhafezawani Senapi, Haryati Shafii, Azlina Md Yassin &
Rozlin Zainal. (2018). Kepentingan Penyediaan Elemen Landskap di Kawasan
Rekreasi Tasik Darulaman, Jitra, Kedah.
file:///C:/Users/User/Downloads/admin,+7.pdf
15.0 LAMPIRAN
TAMAN RBT SK DATUK TAMBICHIK KARIM.