198
199
200
201
202
203
204
205
206
207
208
209
210
211
212
213
214
215
216
217
218
219
220
221
222
223 ANGGARAN BELANJAWAN PERKIM KEBANGSAAN TAHUN 2024
224 Ruj. : 389 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN ANGGARAN BELANJAWAN PERKIM KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2024 1. TUJUAN Kertas ini membentangkan Anggaran Belanjawan [Bajet] PERKIM Kebangsaan bagi tahun 2024 untuk perakuan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Ke-62. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1960 berperanan dalam usaha Dakwah Islamiah dan Kebajikan Masyarakat. Ditubuhkan oleh pembesar-pembesar negara, PERKIM telah melakar sejarah cemerlang dan terkenal diseluruh Malaysia dengan aktiviti-aktiviti dakwah, latihan daie, pengislaman dan bimbingan untuk mualaf. 2.2 Lima elemen atau aktiviti utama yang menggerakkan halatuju PERKIM adalah: [a] Dakwah Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan. [b] Pendidikan Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pengajaran serta pendidikan Islam menerusi segala media dan segala cara yang sah di sisi undang-undang. [c] Kebajikan Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang fakir, miskin, susah dan daif. Dalam memberikan bantuan PERKIM sentiasa mengambil berat tentang 8 asnaf yang berkaitan khususnya fakir, miskin dan mualaf. [d] Pentadbiran Am Menyediakan kakitangan pentadbiran, kemudahan prasarana yang kondunsif yang menjadi komponen utama yang menyokong kepada penyampaian perkhidmatan di Bahagian Pengurusan.
225 [e] Pembangunan Aset Peranan aktiviti ialah untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan aset serta menambahbaik dan menambah prasarana. Tahun 2016 adalah tahun watershed di mana Bangunan PERKIM yang di bina menggunakan pinjaman melalui Malaysia Dakwah Islamiah Fund Registered telah dilunaskan sepenuhnya dan menjadi hak PERKIM sepenuhnya. 3. DASAR BELANJAWAN PERKIM 3.1 Seperti yang diutarakan oleh Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan dalam Mesyuarat Agung PERKIM Kebangsaan tahun lepas, PERKIM harus fokus kepada pendekatan dakwah yang beliau sarankan melalui aktiviti-aktiviti berteraskan dasar-dasar berikut: 3.1.1 Dakwah berteraskan saranan Al-Quran dan Hadis yang sahih. 3.1.2 Menghakis persepsi negatif terhadap Islam dan umatnya sebagai miskin, tidak berilmu, ekstrim, zalim, pengganas dan sebagainya. 3.1.3 Menitikberatkan isi kandungan (substance) dari rupabentuk (form) dalam memberi kefahaman mengenai agama Islam. 3.1.4 Menjelaskan bahawa menimba ilmu sebagai satu tuntutan yang difardhukan dalam Islam. 3.1.5 Mempergiatkan aktiviti kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama dalam kerja-kerja ‘relief’ bencana alam, ziarah pesakit di hospital, sambutan harihari kebesaran dan lain-lain. 3.1.6 Melaksanakan program-program dan aktiviti transformasi pemikiran yang mensasarkan kepada generasi muda. 3.1.7 PERKIM hendaklah turut serta untuk mencapai wawasan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad agar Islam tidak lagi sinonim dengan pergolakan, huru hara dan kemiskinan. 4. PERUNTUKAN DARI KERAJAAN 4.1 Peruntukan dari Kerajaan Malaysia kepada PERKIM mulai tahun 2009 ialah melalui Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri seperti berikut: [a] Tahun 2009 - RM10,000,000 [i] Tahun 2017 - RM 5,494,500 [b] Tahun 2010 - RM 6,000,000 [j] Tahun 2018 - RM 5,494,500 [c] Tahun 2011 - RM 5,600,000 [k] Tahun 2019 - RM 5,494,500
226 [d] Tahun 2012 - RM 5,600,000 [l] Tahun 2020 - RM 7,000,000 [e] Tahun 2013 - RM 5,600,000 [m] Tahun 2021 - RM 7,000,000 [f] Tahun 2014 - RM 5,040,000 [n] Tahun 2022 - RM 6,800,000 [g] Tahun 2015 - RM 4,788,000 [o] Tahun 2023 - RM 7,000,000 [h] Tahun 2016 - RM 5,850,000 4.2 Pada awal tahun 2023, PERKIM dan lain-lain Agensi Kerajaan juga telah dimaklumkan berkenaan penjimatan perbelanjaan dari Perbendaharaan Malaysia bagi tahun 2023 kepada NGO-NGO. 4.3 Kesan dari pengumuman itu, PERKIM Kebangsaan telah mengambil langkah awal penjimatan dan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2024 akan berasaskan kemampuan kewangan yang akan diperoleh. 4.2 Pendapatan PERKIM adalah bergantung kepada sumbangan kerajaan kepada PERKIM, justeru itu segala program dan aktiviti yang telah dirancang pada tahun 2024 adalah bergantung kepada sumbangan yang akan diterima. 5. STRATEGI PENYEDIAAN BAJET 2024 Bajet 2024 memberi fokus kepada strategi seperti berikut : 5.1 MENANGANI KEMISKINAN DIKALANGAN MUALAF Matlamat utama adalah pengurangan dan sifar kemiskinan dikalangan mualaf yang hidup dalam keadaan miskin. Pendekatan yang akan digunakan dalam pembasmian kemiskinan ialah secara holistik iaitu bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi meliputi sosial, pemerkasaan kerohanian melalui peluang-peluang pendidikan, peluang-peluang pekerjaan, program-program latihan vokasional serta pembiayaan pendidikan bagi pelajar-pelajar mualaf di institusi dan universiti. 5.2 DAI BELIA Belia merupakan aset negara yang penting kerana mereka akan memikul tanggungjawab untuk meneruskan proses dakwah dan pembangunan ummah Islam. Pembangunan Dai belia akan dibuat menerusi program perkaderan Dai profesional secara komprehensif yang akan dijalankan oleh Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP Kelantan) dan International Da’wah Institute PERKIM (IDIP-KL). Pembangunan kader Dai juga akan dilaksanakan melalui program pemberian bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa kepada pelajar-pelajar terutamanya mualaf yang mengikuti program
227 perkaderan di institusi-institusi, termasuk kolej dan universiti yang bertujuan membina pemimpin yang berilmu keduniaan dan akhirat, kredibel dan karismatik. 5.3 DAKWAH DIGITAL DAN GENERASI BELIA Dalam era digital, dakwah digital memainkan peranan yang amat penting dalam menyebarkan risalah Islam. Oleh kerana agama Islam adalah agama Rahmatan Lil Alamin,maka tindakantindakan untuk menyebarkan ajaran Islam dan membawa generasi belia Islam kepada ajaran dan nilai-nilai Islam diberi keutamaan. Dakwah dalam era digital perlu menggunakan media terutamanya media baru. Mengikut statistik digital Malaysia, penduduk Malaysia pada Januari 2021 adalah seramai 32.27 juta. Daripada jumlah penduduk ini, 27.43 juta adalah pengguna internet. Manakala, pada Januari 2021, 28 juta adalah pengguna media sosial. Penduduk Malaysia menghabiskan masa purata sekitar 8 jam sehari untuk melayari internet dan sebanyak 22 juta atau 77 peratus pengguna internet mempunyai akaun media sosial. Pengguna internet dan media sosial yang paling ramai adalah golongan milenial yang berumur 15-39 tahun. Mengikut Al-Quran Surah An-Nahl ayat 125 yang membawa maksud “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. Ayat ini membolehkan pelbagai metode digunakan untuk berdakwah dan sesuai dengan era digital, maka strategi dakwah digital amat berkesan. Oleh kerana sebilangan besar pengguna internet dan media merupakan golongan milenial, maka dakwah melalui digital dan media sosial adalah cara yang terbaik dalam menyebarkan risalah islam dikalangan generasi belia. 5.4 PEMBINAAN RANGKAIAN KERJASAMA DAN PENGANTARABANGSAAN (INTERNATIONALISATION) Pembinaan rangakaian dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan Islam adalah selaras dengan penekanan dalam pindaan pelembagaan PERKIM perkara 7 (l) dan (m): 7(l) Berkerjasama atau bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang bertujuan sama dalam mana-mana bahagian dalam dunia dengan syarat perjanjian kerjasama dan pergabungan itu telah dipersetujui dan disahkan oleh PERKIM dan persatuan yang bergabung dengan PERKIM dalam Mesyuarat Agung masing-masing maka syarat-syarat perjanjian itu adalah sah terpakai dan syarat-syarat dalam Perlembagaan PERKIM hendaklah dipakai dengan terkawal kepada syarat-syarat perjanjian tersebut. 7(m) Memasuki apa-apa perjanjian dengan mana-mana badan gabungan dan mempunyai hak untuk membatalkan mana-mana perjanjian yang telah dimasuki sekiranya difikirkan perlu.
228 Kearah ini, sebuah sekretariat badan-badan gabungan akan diwujudkan di bawah Timbalan Yang Dipertua atau seseorang yang difikirkan munasabah dan akan ditentukan oleh Yang Dipertua. 5.5 AKTIVITI-AKTIVITI PENJANAAN PENDAPATAN Bagi menjana pendapatan PERKIM, usaha-usaha akan ditumpukan kepada pemilikan asetaset yang boleh menjana pendapatan kepada PERKIM dan pembangunan aset sedia ada di PERKIM Pusat, PERKIM Bahagian dan Cawangan yang bertujuan untuk mendapatkan pendapatan yang konsisten dan stabil. 6. PENGURUSAN KEWANGAN 6.1 Pelaksanaan sistem perakaunan MYOB (ABSS) telah menghasilkan penyata kewangan dengan cepat dan tepat. 6.2 Penyediaan akaun-akaun yang telah dilaksanakan memberi kesan kepada penyediaan bajet PERKIM Kebangsaan bagi tahun seperti berikut: 6.2.1 Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tabung Am, Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan; dan Tabung Kebajikan Tunku Abdul Rahman tahun 2024. 6.2.2 Penyediaan Bajet dibuat berasaskan ‘Out-come Based Budgeting [OBB]’. 6.3 Lampiran ‘A’ dan Lampiran ‘B’ kepada kertas ini memaparkan kedua-dua bajet berkenaan bagi tahun 2024 untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Ke-62 7. PROJEK KHAS PERKIM akan melakukan beberapa penambahan dan penambahbaikan pada tahun 2024 untuk mencapai tujuan PERKIM dan dalam masa yang sama meningkatkan imej PERKIM. Antaranya ialah: 7.1 PENAMBAHBAIKAN BANGUNAN INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM [IDIPKELANTAN] Pembinaan asrama baru sedang diusahakan bagi pelajar-pelajar IDIP Kelantan bagi menggantikan asrama lama yang telah usang. Bangunan ini dahulunya digunakan oleh Pelarian Kemboja sekitar tahun 70'an dan 80'an telah dimakan usia. 7.2 INTERNATIONAL DA’WAH INSTITUTE PERKIM [IDIP-KL] PERKIM telah menubuhkan International Da'wah Institute PERKIM [IDIP-KL] di Bangunan Balai Islam yang telah dibaikpulih dan sedia untuk digunakan bagi latihan dakwah kepada golongan profesional.
229 7.3 KOSBA PERKIM akan menubuhkan satu tempat khas untuk memberi peluang kepada Muallaf bagi mendalami agama Islam dan mempelajari kemahiran. Tempat ini dinamakan Kompleks Saudara Baru [KOSBA]. 7.4 TADIKA PERKIM PERKIM sedang aktif untuk melaksanakan program model tadika yang baru dan akan menaiktaraf pusat-pusat Tadika PERKIM yang sedia ada untuk dijadikan Tadika PERKIM contoh. Tadika PERKIM contoh akan dikembangkan ke negerinegeri lain. 7.5 PENUBUHAN "SCORE" CAWANGAN Penubuhan Pusat Pemulihan Komuniti Strok [SCORE] akan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa bagi memudahkan dan memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan dan tidak berkemampuan. 7.6 PERKAMPUNGAN PERKIM PERKIM bercadang melaksanakan projek perkampungan PERKIM berkonsepkan tempat tinggal dengan kemudahan-kemudahan mesra warga emas seperti penyediaan, penjagaan dan kesihatan warga emas, pusat pengajian Islam dan penyediaan program-program kemasyarakatan. 7.7 PERKIM CENTRE Pembangunan PERKIM CENTRE adalah merupakan projek asrama bagi menempatkan peserta-peserta kursus International Da’wah Institute PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL). 7.8 PUSAT PEMULIHAN KOMUNITI WARGA EMAS (COMMUNITY REHABILITATION FOR ELDERLY CENTRE - CARE PERKIM) Satu pusat untuk memberi khidmat Rehabilitasi Pemulihan dan bimbingan kerohanian bagi Warga Emas. Care PERKIM juga akan memberikan latihan dan kemahiran kepada penjaga dalam penjagaan warga emas. 8 SYOR 8.1 Kertas Anggaran ini telah diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 11 Jun 2023 8.2 Mesyuarat Agung yang bersidang pada hari ini diminta memberi pertimbangan dan seterusnya menerima dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan seperti di Lampiran A, selaras dengan kehendak Perlembagaan PERKIM, Perkara 44 [1] dan Perkara 53 [e].
230 PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM] RINGKASAN ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2024 A. TABUNG AM, DAKWAH, PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN [RM] PERKIM/JPM @ Anggaran Pendapatan 9,852,560 @ Anggaran Perbelanjaan Aktiviti 11,561,300 Lebihan/(Kurangan) Anggaran Pendapatan Atas Pebelanjaan (1,708,740) B. TABUNG KEBAJIKAN TUNKU @ Anggaran Pendapatan 1,475,300 @ Anggaran Perbelanjaan 1,444,250 31,050 ANGGARAN PENDAPATAN KESELURUHAN 11,327,860 ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN 13,005,550 ANGGARAN (KURANGAN) PENDAPATAN (1,677,690) C. ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DAN HARTA MODAL 55,000,000
231 PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM] TABUNG AM, DAKWAH, PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN PERKIM ANGGARAN PENDAPATAN TAHUN 2024 KOD KATEGORI PENDAPATAN SEBENAR 2022 ANGGARAN 2023 ANGGARAN 2024 % 1.01 Hasil Penerbitan - 25,000 0 - 1.02 Bantuan, Pemberian dan lain-lain pendapatan 84,011 350,000 375,000 3.81 1.03 Peruntukan dari Kerajaan 6,800,000 6,800,000 7,000,000 71.05 1.04 Dividen & Keuntungan Pelaburan 467,192 847,000 500,000 5.07 1.05 Sewa Bangunan 3,630,971 2,584,000 1,120,260 11.37 1.06 Yuran Tahunan ke Ibu Pejabat 18,316 22,500 22,500 0.23 1.07 Bayaran Balik Pinjaman 13,575 5,000 34,800 0.35 Kakitangan 1.08 Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 750,000 600,000 800,000 8.12 JUMLAH 11,764,065 11,233,500 9,852,560
232 PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM] ANGGARAN PENDAPATAN BAGI TAHUN 2024 KOD PENDAPATAN RM RM 1.1 Anggaran Perolehan yang dijangka daripada jualan 0 penerbitan-penerbitan PERKIM melalui agen yang dilantik bagi majalah-majalah Berita PERKIM dan Islamic Herald. 1.2 Bantuan dan pemberian dari badan-badan korporat bagi 375,000 tujuan Dakwah dan Kebajikan PERKIM dan lain-lain pendapatan 1.3 Peruntukan yang dijangka dari Kerajaan Malaysia 7,000,000 1.4 Dividen dan keuntungan pelaburan 500,000 [a] BIMB Holding [b] Bank Rakyat 1.5 Pendapatan dari sewa Bangunan-bangunan PERKIM Kebangsaan : 1,120,260 [a] Bangunan PERKIM 993,060 [b] Rumah Kedai di Jerteh 36,000 [c] Bangunan Balai Islam, Jalan Ipoh 19,200 [d] Tempat Letak Kereta (Lot 3) 72,000 1.6 Penerimaan sebahagian Yuran Tahunan PERKIM 22,500 Bahagian-Bahagian dan Badan Gabungan mengikut peruntukan Perlembagaan PERKIM Perkara 16[b] 45,000 Ahli PERKIM x 50 sen 1.7 Bayaran balik pinjaman oleh Kakitangan bagi tujuan- 34,800 tujuan kecemasan dan luar jangka. 1.8 Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 800,000 JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN 9,852,560
233 PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM] ANGGARAN PERBELANJAAN 2024 Sebenar 2022 Anggaran 2023 Anggaran 2024 % Aktiviti Dakwah 1,860,667 1,682,150 469,000 4.06 Aktiviti Pendidikan 721,023 1,774,000 230,000 1.99 Aktiviti Kebajikan 106,474 1,991,000 480,000 4.15 Pentadbiran Am 5,603,018 6,303,000 6,329,300 54.75 Penyelenggaraan Bangunan dan Kemudahan Pejabat 2,919,219 4,000,000 3,253,000 28.14 PROJEK KHAS Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK) - - 600,000 5.19 Kursus-kursus Khas Saudara Baru IDIP KL - - 200,000 1.73 JUMLAH 11,210,401 15,750,150 11,561,300 Pembangunan dan Harta Modal - 55,000,000 55,000,000
234 PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM] PROGRAM : PERKIM KEBANGSAAN ANGGARAN PERBELANJAAN PERKIM KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2024 A. AKTIVITI DAKWAH RM 1 Sumbangan kepada Kegiatan PERKIM Bahagian-Bahagian 130,000 Dan Wanita PERKIM 2 Pengislaman dan Urusan Berkaitan 25,000 [a] Kit PengIslaman [b] Urusan Berkhatan (Warganegara & Bukan warganegara) [c] Ziarah Susulan PengIslaman 3 Projek Dakwah digital, penerbitan dan dokumentasi digital 100,000 4 Dakwah kepada Masyarakat Majmuk 174,000 [a] Rancangan Muhibah Masyarakat Pelbagai Kaum dan Etnik [b] Rancangan Muhibah Orang Asli [c] Urusan kebajikan Masyarakat Pelarian 5 Penajaan Persidangan dan Konvensyen peringkat Nasional 40,000 Serantau dan Antarabangsa JUMLAH ANGGARAN AKTIVITI DAKWAH 469,000
235 B. AKTIVITI PENDIDIKAN RM 1 Institut Dakwah Islamiah PERKIM [IDIP] 100,000 [a] Pengurusan Pejabat [b] Kursus-kursus dan latihan 2 Kegiatan Tadika 30,000 [a] Tadika PERKIM Pulau Pinang [b] Tadika PERKIM Kg. Koh [c] Projek Baru Tadika 3 Kursus-Kursus pelbagai bagi Wanita dan Belia 50,000 [a] Kursus Kepimpinan [b] Latihan Organisasi dan Metodologi Dakwah [c] Projek Perkampungan (Retreat) [d] Seminar Keibubapaan & Kerukunan Rumahtangga [f] Seminar Makanan Halal & Expo 4 Seminar/Bengkel Khusus untuk Saudara Baru 50,000 [a] Forum Pembangunan Sahsiah Diri [b] Rancangan Imarah Masjid untuk Saudara Baru [c] Kursus Motivasi Anak-anak Saudara Baru JUMLAH ANGGARAN AKTIVITI PENDIDIKAN 230,000
236 C AKTIVITI KEBAJIKAN RM 1 Program Pembasmian Kemiskinan Saudara Baru 80,000 [a] Biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran kepada Saudara Baru dan anak Saudara Baru yang miskin [b] Program peningkatan kesejahteraan ekonomi keluarga Saudara Baru yang miskin -Kursus-kursus Keusahawanan -Menggalakkan projek-projek bagi menjana pendapatan Saudara Baru yang miskin -Mengenalpasti dan mencari peluang-peluang pekerjaan serta pembangunan diri Saudara Baru bagi "employability" [c] Pembelian kelengkapan untuk menjana pendapatan Saudara Baru yang miskin & Jualan [d] Bengkel/Kursus Kemahiran [e] Bengkel latihan Keusahawanan 2 Projek-projek Keperihatinan 360,000 [a] Ziarah Saudara Baru -Program Usrah Ziarah Saudara Baru -Ziarah Saudara Baru Bulanan [b] Iftar Saudara Baru [c] Iftar Bersama Yang Dipertua [c] Majlis Tadarus Al-Quran [d] Sambutan Majlis Hari Kebesaran Islam [e] Sambutan Hari Raya -Hari Raya Aidilfitri -Hari Raya AidilAdha & Qurban [f] Program Pembasmian Kemiskinan (Bantuan khas, kecemasan & Bantuan Aidilfitri [g] Program Khidmat Masyarakat 4 Aktiviti Kebajikan Institusi-institusi PERKIM 40,000 [a] Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE) [b] Rumah Perlindungan Sri Puteri PERKIM [c] Asrama Darul Falah (ASDAF) [d] TASPUTRA - PERKIM JUMLAH ANGGARAN AKTIVITI KEBAJIKAN 480,000
237 D PENTADBIRAN AM 1 Pengurusan Personel/Emolumen dll 5,190,000 [a] Gaji dan Upah [b] Caruman-caruman Berkanun [c] Perubatan Kakitangan [d] Perjalanan dan Sara diri [e] Bonus dan Gratuiti 2 Pengurusan Pejabat/ Penyenggaraan/ Kelengkapan 347,300 [a] Kelengkapan Pejabat, Software dan Hardware [b] Penyenggaraan Pejabat [c] Peralatan dan Fotostat [d] Pembelian Alat Tulis dan Utiliti [e] Penyelenggaraan Kenderaan/Pelupusan Kenderaan 3 Urusan Mesyuarat-Mesyuarat dan Perjumpaan 180,000 [a] Mesyuarat Agung PERKIM Kebangsaan [b] Mesyuarat Majlis Kebangsaan/EXCO [c] Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan EXCO [c] Mesyuarat Jawatan-Jawatankuasa Kecil [d] Mesyuarat-mesyuarat lain 4 Penerbitan-penerbitan PERKIM 12,000 [e] Buku Laporan Tahunan PERKIM 5 Keraian dan Khidmat Perunding 250,000 [a] Guaman [b] Audit dan Percukaian [c] Sistem Perakaunan (MYOB) [d] Keraian dan Hospitaliti 6 Kursus Pembangunan profesional kakitangan 50,000 [a] Kursus Pengurusan Kewangan [b] Kursus Pengurusan Pejabat [c] Kursus Kemahiran bahasa [d] Kursus kemahiran Komputer/ICT [e] Kursus Kepimpinan 7 Bantuan Gerakan Dakwah Kesukarelawan 70,000 8 Majlis Belia dan Kelab PERKIM Universiti (KPU) 70,000
238 9 Majlis Wanita 70,000 10 Surau PERKIM Kebangsaan 20,000 11 Sekretariat Badan-badan Gabungan 70,000 JUMLAH ANGGARAN AKTIVITI PENTADBIRAN 6,329,300 E PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN KEMUDAHAN PEJABAT [a] Bangunan PERKIM di Jalan Ipoh [b] Rumah Kedai di Jerteh, Terengganu [c] Bangunan IDIP-KL di Jalan Ipoh [d] Institut Dakwah Islamiah PERKIM Kelantan [e] Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM (SCORE) [f] Tadika PERKIM Kampung Koh [g] Tadika PERKIM Pulau Pinang [h] Rumah Perlindungan Sri Puteri PERKIM JUMLAH ANGGARAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN KEMUDAHAN PEJABAT 3,253,000 JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PROGRAM DAN AKTIVITI 10,761,300
239 ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK KHAS DAN PEMBANGUNAN HARTA MODAL ONE-OFF PROJEK KHAS PENDIDIKAN 1 Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK) 600,000 [a] Kelas Lanjutan Khas [b] Kelas Bimbingan Mingguan 2 Kursus-kursus Khas Saudara Baru IDIP KL 200,000 [a] Kursus-kursus Intensif (Pelbagai Bahasa) [b] Kursus-kursus Ilmu Pengetahuan Islam PEMBANGUNAN DAN HARTA MODAL 55,000,000 [a] Institut Dakwah Islamiah PERKIM Kelantan [b] PERKIM Centre [c] Perkampungan PERKIM [d] Tadika PERKIM Baru [e] SCORE Pantai Timur [f] Kompleks Saudara Baru PERKIM [KOSBA] [g] Pusat Jagaan Warga Emas (CARE) [h] Pusat Maklumat dan Rujukan Dakwah (DIRC) [i] Mengemaskini susun atur perkhidmatan di lobi dan persekitaran Bangunan PERKIM
240 PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM] NOTA TABUNG KEBAJIKAN TUNKU ANGGARAN PENDAPATAN TAHUN 2024 KOD PENDAPATAN SEBENAR 2022 ANGGARAN 2023 ANGGARAN 2024 RM RM RM 2.01 Sumbangan/Hibah 682,469 1,064,800 1,065,000 2.02 Faedah Simpanan Tetap 8,639 11,000 11,000 2.03 Lain-lain Pendapatan 18,200 36,300 36,300 2.04 Derma/Zakat 173,137 363,000 363,000 JUMLAH BESAR 882,445 1,475,100 1,475,300
241 PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM] NOTA TABUNG KEBAJIKAN TUNKU ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2024 KOD KATEGORI PERBELANJAAN SEBENAR 2022 ANGGARAN 2023 ANGGARAN 2024 2.51 Bantuan kepada Agensi Kebajikan 717,568 851,850 900,000 PERKIM 2.52 Bantuan segera - 50,000 50,000 2.53 Bantuan sara hidup 56,664 72,600 75,000 2.54 Belanja Ikhtisas - 12,100 13,000 2.55 Pelbagai kebajikan 55,190 302,500 332,750 2.56 Sumbangan 33,500 60,500 60,500 2.57 Lain-lain perbelanjaan 852 12,100 13,000 JUMLAH BESAR 863,774 1,361,650 1,444,250
242 FOTO SEBAHAGIAN AKTIVITI PERKIM 2022-2023
243 PERSIDANGAN DAKWAH KEBANGSAAN DAN PELANCARAN AL-QURAN EDISI KHAS PERKIM – FEB 2023-
244
245
246 PENGISLAMAN OLEH PENGARAH KANAN DAKWAH PERKIM KEBANGSAAN, YBHG DATO’ HAJI RAZALI HAJI SHAHABUDIN.
247 MUALAF TERIMA SUMBANGAN RAYA DAN AL-QURAN EDISI KHAS PERKIM APRIL 2023 – MAJLIS PENGISLAMAN CASEY CHOONG, BAKAL MENANTU PENGERUSI PERKIM PAHANG -JAN 2022