The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Kompilasi Peribahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tasneem, 2021-09-09 20:49:37

Kompilasi Peribahasa Melayu

Pertandingan Kompilasi Peribahasa Melayu

Keywords: Peribahasa Melayu

Kompilasi
peribahasa

melayu

Disediakan Oleh :
NUR TASNEEM BINTI ALIAS

PENDIDIKAN ISLAM 1
PISMP AMBILAN JUN 2021

1

Burung terbang dipipiskan lada

Maksud : Mengharapkan sesuatu yang belum pasti

Contoh ayat : Ayah menyindir Abu yang seperti burung
terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan
dan rancangan yang ingin dilakukannya tetapi dia tidak

mempunyai sebarang kemahiran.

2

cekur jerengau masih
ada lagi ubun-ubun

Maksud : Masih sangat muda, belum berpengalaman

Contoh ayat : Danial sama seperti pepatah cekur jerengau
masih ada lagi ubun-ubun kerana umurnya yang masih
muda tetapi sudah ingin berumahtangga.

3

Bagai bulan dipagar bintang

Maksud : Seseorang yang sangat cantik

Contoh ayat : Alya bagai bulan dipagar
bintang apabila berada bersama

gadis-gadis lain kerana warna kulitnya
yang sangat cerah.

4

Bagai pelita kehabisan minyak

Maksud : Wajah yang kehilangan serinya

Contoh ayat : Wajah Amira yang selalu kelihatan berseri kini
mula hilang bagai pelita kehabisan minyak semenjak
mengetahui keputusan peperiksaan akhir semester ini.

5

Ibarat perahu takkan karam sebelah

Maksud : Perkongsian dalam perniagaan akan
sama-sama menanggung kerugian

Contoh ayat : Jika ingin berkongsi perniagaan perlu
sanggup menanggung risiko bersama-sama
ibarat perahu takkan karam sebelah.

6

kecil jangan disangka anak,
besar jangan disangka bapa

Maksud : Pengetahuan dan kelebihan itu tidak
khusus pada orang tua-tua sahaja.

Contoh ayat : Pada zaman kini, ramai yang tidak mempercayai
pepatah kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka

bapa kerana orang-orang muda sekarang lebih
bijaksana daripada orang-orang tua.

7

kalau tidak berada-ada, takkan
tempua bersarang rendah

Maksud : Sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya

Contoh ayat : Saya yakin bahawa Yasmin tidak disukai
oleh kawan-kawannya oleh sebab dia telah melakukan
sesuatu yang tidak baik kerana kalau tidak berada-ada,

takkan tempua bersarang rendah.

8

adat pulau limburan pasang

Maksud : Kehidupan manusia hendaklah saling bantu-membantu

Contoh ayat : Masyarakat perlu saling membantu dan
memerlukan antara satu sama lain jika ingin
hidup dalam keadaan yang harmoni bagaikan
adat pulau limburan pasang.

9

sakit sama mengaduh,
luka sama menyiuk

Maksud : Sama-sama bertanggungjawab,
susah senang dirasai bersama



Contoh ayat : Ketiga-tiga sahabat itu berkongsi kepayahan apabila
syarikat perkongsian mereka rugi, namun akhirnya mereka
berjaya merasai kesenangan apabila berjaya memulihkan

kembali perniagaan yang merosot kerana dari awal mereka telah
bertekad sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.

10

serumpun bak serai, sesusun bak sirih

Maksud : Amalan hidup sentiasa bermuafakat
dan tidak berpecah-belah

Contoh ayat : Pemimpin parti politik itu menasihati para pengikutnya
supaya tidak berlumba-lumba mahu berebut jawatan dalam parti
dan jika mahu dihormati rakyat dan pihak parti lawan mereka perlu
amalkan sikap serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

11

ayam dikepuk mati kelaparan,
itik di air mati kehausan

Maksud : Sangat menderita kesusahan walaupun bergaji besar atau
kehidupan yang miskin di negara yang kaya dan makmur

Contoh ayat : Kehidupan rakyat yang miskin itu umpama
peribahasa ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati

kehausan sedangkan negara itu maju dan Makmur.

12

belakang parang kalau
diasah lagikan tajam

Maksud : Walaupun bodoh, jika rajin berusaha pasti pandai



Contoh ayat : Cikgu Saleha mengingatkan murid-murid
yang lemah supaya rajin menuntut ilmu bak kata

pepatah belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

13

gaharu dibakar kemenyan berbau

Maksud : Memperlihat kelebihannya agar dipercayai orang

Contoh ayat : Calon wakil rakyat itu berkempen dengan
mempamerkan kelebihannya agar dipercayai orang ramai.
Perbuatannya itu ibarat gaharu dibakar kemenyan berbau.

14

daging gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah

Maksud : Pembahagian yang sama rata



Contoh ayat : Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup
daging gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah demi

mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat
berbilang kaum di negara ini.

15

cincin emas tak akan tampan bermata kaca

Maksud : Gadis yang cantik tidak sepadan dijodohkan
dengan lelaki yang miskin lagikan tidak kacak

Contoh ayat : Pak Amin tidak mahu menerima Shahrul
sebagai menantunya kerana dia miskin dan tidak sesuai

dipadankan dengan anak perempuannya kerana
cincin emas tak akan tampan bermata kaca.

16

seperti helang menyongsong
angin

Maksud : Gagah dan berani melawan musuh

Contoh ayat : Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan
kegagahan dan keberanian Hang Tuah melawan musuh suatu

ketika dahulu seperti helang menyongsong angin.

17

alah membeli menang memakai

Maksud : Barang mahal biasanya tahan dan tinggi
kualitinya.



Contoh ayat : Tidak mengapa membeli barang yang mahal
sedikit asalkan tahan lama dan selesa bak kata
pepatah alah membeli menang memakai.

18

enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing

Maksud : Orang yang mementingkan diri sendiri

Contoh ayat : Anak-anak Nek Yam yang bergaji
besar itu tidak pernah mengambil tahu tentang
kehidupan Nek Yam di kampung. Mereka ibarat enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

19

INDAH KHABAR DARI RUPA

Maksud : Sesuatu berita itu dilebih-lebihkan
daripada yang sebenar



Contoh ayat : Pelbagai iklan jualan murah dipamerkan di Pasar
Raya ABC, sebaliknya harga sebenar adalah tinggi,
inilah dikatakan indah khabar dari rupa.

20

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas

Maksud : Adat yang tetap utuh

Contoh ayat : Adat Minangkabau masih diamalkan di Negeri
Sembilan, Malaysia. Hal ini bertepatan dengan peribahasa

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

TKEARSIMIHA


Click to View FlipBook Version