DSAETLAANMGAKTEINKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA
IPGKBA
2020
SYED JAHANGIR ALI B. ILHAN
MOHAIDEEN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
KOD KURSUS: EDUP3013
KURSUS:
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
INKSETMITEUNTTEPREINADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIAIA
RINGKASAN MAKLUMAT
KURSUS
NAMA KURSUS: FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
KOD KURSUS : EDUP 3013
JUM.JAM PEMBELAJARAN: 4 JAM
SEMINGGU
KULIAH : 30 Jam
TUTORIAL : 15 jam
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan
sistem pendidikan di Malaysia. (C2, LO1)
2. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan
pendidikan serta cabang-cabang Falsafah melalui tinjauan literatur. (C2,A2, LO1, LO6, LL1)
3. Menilai elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru
(FPG) dalam perkhidmatan perguruan. (C5, LO3, CTPS2)
4. Menganalisis model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah dalam aktiviti
pembentangan. (C4, A4, LO3, LO4, CTPS3, CS4)
5. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan yang
relevan. (C4, LO3, LO6, CTPS3, LL1).
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini membincangkan konsep asas falsafah, falsafah
pendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan di
Malaysia; pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur
terhadap ilmu dan pendidikan serta cabang-cabang
falsafah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK);
Falsafah Pendidikan Guru (FPG); konsep kurikulum dalam
pendidikan, model dan pelaksanaan kurikulum sekolah
serta isu-isu dalam pendidikan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
STRATEGI PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
• KULIAH
• TUTORIAL
• PERBINCANGAN
• E-Pembelajaran
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 6
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAJUK/KANDUNGAN
KURSUS
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 7
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAEDAH DAN JENIS Peratusan
PENTAKSIRAN 50%
30%
Jenis Pentaksiran Kaedah Pentaksiran 10%
10%
Ujian Bertulis Peperiksaan Akhir
Tugasan Penulisan
Akademik
Pembentangan
Kuiz
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 8
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA TAJUK 1:
DEFINISI DAN KONSEP
PENDIDIKAN
TAJUK 1
• Konsep asas falsafah dan falsafah
pendidikan
• Kepentingan falsafah pendidikan
kepada guru
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• Berikan konsep asas falsafah dan falsafah
pendidikan mengikut perspektif anda dan rakan
anda.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 11
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Konsep Asas
Falsafah dan
Falsafah
PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Konsep Asas Falsafah
INKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA Falsafah berasal dari perkataan Yunani Tua
yang bermaksud CINTA kepada ILMU
PENGETAHUAN atau HIKMAH.
Rusell meletakkan falsafah diantara dua
bidang Ilmu iaitu Teologi dan Sains serta
mengatakan ianya tidak memihak kepada
mana-mana dua bidang.
Schofield mengatakan falsafah adalah proses
menyoal.
Konsep Asas Falsafah
Kneller membahagikanINKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA Falsafah kepada 3 CARA:
1. Spekulatif- Cara pemikiran sistematik tentang semua
perkara yang wujud.
2. Preskriptif- Menetapkan standard untuk
mempertimbangkan nilai, kelakuan dan seni.
3. Analitik- memberi tumpuan kepada perkataan dan
maknanya.
Konsep Falsafah PENDIDIKAN
INKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA
Konsep Falsafah Pendidikan merupakan konsep filosofikal
dalam pendidikan berkait rapat dengan pendekatan
falsafah yang digunakan untuk membina teori pendidikan.
E.D. Miller (1984) mendefinisikan falsafah sebagai usaha
memikir secara rasional dan kritis atas prkara-perkara yang
penting.
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN
⚫ Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang
mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik
murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi
berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa
depan.
⚫ Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman, tujuan dan tugasnya
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Konsep Falsafah Pendidikan
• Maka falsafah pendidikan boleh diertikan
sebagai usaha memikir secara rasional dan
kritis atas usaha pendidikan.
• Falsafah Pendidikan boleh dirumuskan
sebagai panduan, arah tuju atau pendapat
terhadap pendidikan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 17
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kepentingan falsafah pendidikan
kepada guru
• Falsafah pendidikan berperanan sebagai
pedoman, arah tuju, atau pandangan terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan
pendidikan.
• Falsafah pendidikan digubal berdasarkan
usaha berfikir yang rasional dan kritis.
• Falsafah pendidikan menjadi suluh yang
memberi pedoman dan inspirasi kepada segala
usaha pendidikan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Topik 2
Pandangan ahli falsafah
Islam, Barat dan Timur
terhadap ilmu dan
pendidikan serta
cabang-cabang Falsafah :
INKSETMITEUNTTEPREINADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIAIA
INKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA
Pandangan ahli falsafah
Islam terhadap ilmu dan
pendidikan serta
cabang-cabang Falsafah
PENDAPAT TOKOH-TOKOH
ISLAM
“PROSES PENDIDIKAN MERUPAKAN
PENYATAAN SEMUA ILMU PENGETAHUAN DI
BAWAH AL-QURAN YANG MENJADI TERAS
PENDIDIKAN. MENURUT MEREKA,
PENDIDIKAN BOLEH MEMAINKAN PERANAN
KE ARAH MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN
ANTARA POTENSI FIZIKAL, INTELEK DAN
ROHANI MANUSIA”
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan
Islam terhadap Pendidikan
• Al-Farabi, pendidikan merupakan
media untuk mendapatkan nilai,
pengetahuan, dan keterampilan praktikal
bagi individu dalam tempoh dan budaya
tertentu.
• Tujuan akhirnya, membimbing individu
untuk menuju kesempurnaan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 22
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan
Islam terhadap Pendidikan
• Syed Muhammad Naquib al-Attas
adalah salah seorang cendekiawan dan ahli
falsafah muslim dari Malaysia yang
menguasai teologi, filsafat, metafizik, sejarah
dan literatur.
• Pendidikan dalam Islam adalah proses
internalisasi dan penanaman adab pada diri
manusia.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 23
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SAMB…
• HAMKA ( HJ ABDUL MALIK KARIM
AMRULLAH- abad ke 20:
– Pendidikan ialah proses yang boleh membentuk
tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi
pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri,
sabar, menghormati orang tua dan sebagainya
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan
Islam terhadap Pendidikan
• Hasan Langgulung (1985:3)
menyebutkan
bahwa:”pendidikan dalam arti
luas bermakna merubah dan
memindahkan nilai kebudayaan
kepada setiap individu dalam
masyarakat”.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 25
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA
Pandangan ahli falsafah
Barat terhadap ilmu dan
pendidikan serta
cabang-cabang Falsafah
Pandangan Tokoh-tokoh Falsafah
Barat
• Perkataan Education berasal daripada
dua perkataan Latin, iaitu “educere”
yang bermakna membimbing atau
melatih, dan “educare” yang bermaksud
melatih atau mengasuh.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 27
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pandangan Tokoh-tokoh Falsafah
Barat terhadap Pendidikan
• Pengertian Pendidikan untuk masyarakat
moden merupakan latihan khusus untuk
menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu
pengetahuan yang penting untuk kehidupan.
• Disampaikan melalui pengajaran secara
langsung daripada guru yang berilmu tinggi
dan kemahiran mengajar.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 28
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SAMB….
• JOHN DEWEY (1859- 1952):
– Pendidikan sebagai proses perkembangan individu
– Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan
untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada
padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih
selamat lagi
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• Ramai ahli pendidik pada umumnya
mentafsirkan pendidikan sebagai proses
penyediaan kanak-kanak untuk menghadapi
cabaran kehidupan masa depan mereka dan
membina sahsiah dengan harmonis dan
seimbang.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 30
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA
Pandangan ahli falsafah
Timur terhadap ilmu dan
pendidikan serta
cabang-cabang Falsafah
PENDAPAT TOKOH-TOKOH
PENDIDIKAN TIMUR
“ RAMAI DI ANTARA MEREKA
BERPENDAPAT PERANAN UTAMA
PENDIDIKAN IALAH MEMBINA
TINGKAH LAKU MANUSIA SUPAYA
MENJADI ORANG YANG BERAKHLAK
MULIA, MEMATUHI PERATURAN
SERTA TAAT DAN CINTA KEPADA
PEMERINTAH DAN NEGARA”
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SAMB….
• CONFUCIUS 9551-479):
– Pendidikan adalah proses untuk memupuk
kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh
dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan
santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana,
menghormati orang tua, menyayangi orang yang
lebih muda serta taat kepada pemerintah dan cinta
negara
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SAMB….
• RABINDRANATH TAGORE (1861 –
1941):
– Pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk
melahirkan manusia yang berfikiran sempurna,
berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti
aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan
penuh bermakna
– Pendidikan harus menjadi satu proses yang hidup,
dinamika serta realistik iaitu tidak semata-mata
terikat kepada buku tetapi harus dihubungkaitkan
dengan pengalaman kehidupan manusia
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
• Seseorang yang berpendidikan bukanlah sahaja
berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas
tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme
yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan
dengan dengan sikap internasionalisme yang positif
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDAPAT TOKOH PENDIDIK DI
MALAYSIA
Sharifah Alwiah Alsagoff: pendidikan sebagai satu proses atau
aktiviti seperti berikut:
Pendidikan sebagai proses persekolahan formal
Pendidikan sebagai proses latihan
Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek,
sosial dan emosi seseorang individu
Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar
pelajar akan mempercayakan apa yang disampaikan
Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan
individu seumur hidup
Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai
matlamat seperti memperolehi kemahiran pengetahuan dan
sikap dengan secara intergrasi
Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aktiviti
BUAT PERBANDINGAN
ANTARA KETIGA-TIGA
TOKOH PENDIDIK DARI
PERSPEKTIF ISLAM,
BARAT DAN TIMUR
SERTA KAITKAN DENGAN
PENDIDIKAN DI
MALAYSIA?
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SAMB….
Secara umumnya, ahli pendidik mentafsirkan
pendidikan sebagai proses penyediaan
kanak-kanak untuk menghadapi cabaran
kehidupan masa depan mereka dan
membina sahsiah dengan harmonis dan
seimbang
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
RUMUSAN KONSEP PENDIDIKAN
“PENDIDIKAN IALAH SUATU PROSES ATAU
AKTIVITI YANG BERUSAHA UNTUK
MENGEMBANGKAN FIZIKAL, INTELEK, SOSIAL DAN
EMOSI SESEORANG INDIVIDU SERTA
MENAMBAHKAN KEMAHIRAN, KEBOLEHAN,
PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN MEREKA
SUPAYA DAPAT MEMBERI KEGEMBIRAAN, FAEDAH
DAN KEMAJUAN DALAM KEHIDUPANNYA,
MEMBANTU DAN MENDORONGNYA BERTINDAK
DENGAN CARA YANG RASIONAL BAGI FAEDAH DIRI
SERTA MASYARAKAT, BANGSA DAN NEGARANYA:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MATLAMAT PENDIDIKAN
NEGARA
• Matlamat Pendidikan Negara bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:
– Percaya dan patuh kepada Tuhan
– Berilmu pengetahuan
– Berakhlak mulia
– Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara
– Memilik sahsiah yang seimbang dan sepadu; dan
– Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang
kaum
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sumber ilmu Pendidikan
Islam Barat Timur
*Kneller • Minta pelajar cari.
1. Quran Rasional
2. Sunnah/hadis Emprikal
3. Sahabat Nabi Autoriti
4. Kemaslahadan
5. Kebiasaan Wahyu
6. Nilai Intuitif
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CABANG FALSAFAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 42
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cabang Falsafah
Metafizik /Ontologi
Metafizik berkaitan dengan kajian sifat dan
asal usul mengenai reality mutlak.
berkaitan dengan kewujudan bahan dan
penyebabnya termasuk sebab musabab (
Aristotle, 384-322)
Ontologi satu cabang bidang kajian
metafizik.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 43
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cabang Falsafah- Metafizik
• Ontologi kajian kewujudan (existence)
atau kejadian (being).
• Ahli ontology berusaha mengetahui makna
apabila wujud sesuatu.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cabang Falsafah-Epistemologi
• Epistemologi mengkaji ilmu pengetahuan.
• Dalam proses perkembangan epistemology telah
wujud mazhab materialisme dan idealisme.
• Mazhab materialisme menekankan pendekatan
ilmu daripada kefahaman kepada kesedaran.
• Mazhab Idealisme menekan penguasaan ilmu
daripada kesedaran kepada kefahaman.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cabang Falsafah-Aksiologi
• Aksiologi mengkaji nilai dengan
mempersoalkan perkara seperti “apakah yang
bernilai”?
• Aksiologi diklasifikasikan kepada dua
bahagian iaitu etika dan estetika.
• Etika mengkaji perkara berkaitan nilai-nilai
murni, prinsip moral dan tingkah laku.
• Etika juga dikenal sebagai falsafah moral.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cabang Falsafah-Aksiologi
• Estetika mengkaji nilai-nili kecantikan dan
seni.
• Estetika daripada perkataan
Yunani bermaksud persepsi deria.
• Estetika mempersoalkan perkara “Apakah
kecantikan?”, “Apakah nilai-nilai
kecantikan?’
• Plato membezakan seni dari segi kecantikan
yang ideal.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cabang Falsafah-Logik
• Logik kajian terhadap perkara-perkara yang
membentuk penaakulan sah.
• Logik Deduktif Menggunakan prinsip
umum terhadap perkara khusus.
• Logik Induktif menggunakan
perkara-perkara khusus untuk membuat
kesimpulan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TUTORIAL-AKTIVITI
• Falsafah Terdiri Dari 4 Cabang
Terangkan secara ringkas mengenai:
1. Ontologi
2. Epistemologi
3. Aksiologi
4. Logik
Berikan definisi dan contoh dan pecahan jika ada
• Berdasarkan Falsafah Pendidikan Keb, buat rumusan tentang
konsep pendidikan dalam konteks pendidikan di Malaysia
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKIAN & TERIMA
INKSETMITEUNTTPEERNIADNIDPIKEANNDIGDUIKRAUNMMAALLAAYYSSIIAA KASIH