The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Shelida Mohd Nor, 2023-10-28 10:07:01

SOLIDARITI

SOLIDARITI

➢ Konsep yang merujuk kepada prinsipprinsip dasar yang berkait dengan martabat, hak, dan keberadaan manusia sebagai makhluk yang rasional, berbudaya, dan sosial. ➢ Setiap manusia memiliki nilai yang sama, yang mesti dihormati dan dijaga oleh semua orang. ➢ Ia mencakupi prinsip-prinsip moral yang memandang bahwa setiap manusia memiliki hak untuk hidup, kebebasan, martabat, keadilan dan kesetaraan.


1. Harga diri (dignity) Setiap manusia memiliki harga diri yang sama dan mesti dihormati oleh semua orang. 2. Keadilan (justice) Setiap manusia berhak mendapat perlakuan yang adil dan sama di hadapan hukum, tanpa diskriminasi dan penindasan. 3. Kesetaraan (equality) Setiap manusia memiliki hak yang sama untuk hidup, kebebasan, dan kesempatan dalam menjalani kehidupannya. 4. Kebebasan (freedom) Setiap manusia berhak atas kebebasan berfikir, berkata, dan bertindak sesuai dengan kehendaknya, selagi tidak merugikan orang lain.


5. Solidariti (solidarity) Setiap manusia memiliki tanggungjawab moral untuk membantu dan mendukung sesama manusia dalam keadaan sulit atau memerlukan bantuan. 6. Kerjasama (cooperation) Setiap manusia memiliki tanggungjawab sosial untuk bekerja sama dengan orang lain demi mencipta kehidupan yang lebih baik dan sejahtera. 7. Rasa hormat (respect) Setiap manusia berhak mendapat rasa hormat dari orang lain, tanpa memandang ras, agama, jantina, atau latar belakang lainnya. 8. Kejujuran (honesty) Setiap manusia harus bersikap jujur dan tidak menipu dalam hubungannya dengan orang lain. 9. Tanggung jawab (responsibility) Setiap manusia memiliki tanggung jawab untuk memajukan kesejahteraan bersama dan menciptakan dunia yang lebih baik untuk generasi yang akan datang.


❖ Ia bukanlah isu negara dan agama semata-mata. ❖ Mari kita lihat dari kaca mata insani; ia merupakan isu kemanusiaan sejagat yang boleh dinilai daripada naluri kemanusiaan. ❖ Maka, setiap jiwa yang memiliki sifat perikemanusiaan pastinya tidak tahan melihat saban hari ada sahaja serangan, pencerobohan, pembunuhan, dan penculikan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. ❖ Serangan roket yang dilakukan ke wilayah yang dijajah Israel oleh pejuang Palestin merupakan manifestasi dari kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang berterusan rejim zionis terhadap rakyat Palestin.


❖ Kecanggihan teknologi ketenteraan yang dimiliki Israel pula bukan penentu kekuatan mereka kerana mereka tidak dapat mengesan pergerakan dan serangan yang dilakukan. ❖ Mungkin ada sebahagian yang berpendapat bahawa tidak wajar bagi Hamas untuk melakukan serangan tersebut. Namun sesungguhnya serangan yang dilakukan itu hanyalah sebahagian kecil dari pengalaman kesengsaraan hidup yang dilalui hampir setiap hari bahkan bertahun-tahun lamanya oleh seluruh penduduk Palestin dan Gaza khususnya.


❖ Mereka berjuang demi Palestin tercinta dan semangat untuk mati syahid pada jalan Allah. Perjuangan penduduk Palestin mempertahankan negara mereka merupakan suatu pembuktian sabda Rasulullah SAW. Maksudnya: “Akan sentiasa wujud daripada umatku sekumpulan yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walaupun dipinggirkan dan dirintangi kesusahan, melainkan semua itu hanyalah ujian, sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka tetap sedemikian”. Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” “Baginda menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”.


▪ ✓ ✓ ✓ ✓


❑ Sejak berpuluh tahun penduduk Palestin hidup dalam penindasan dan kekejaman rejim zionis Israel. ❑ Al-Quran merakamkan sikap-sikap buruk kaum Yahudi antaranya sikap pengecut, dan sikap ganas mereka terhadap bangsa lain termasuk tindakan mereka membunuh utusan Allah SWT. ❑ Kita bertanggungjawab menyatakan pendirian dan sokongan terhadap penduduk Palestin yang bermati-matian mempertahankan dan membebaskan negara mereka dari cengkaman rejim zionis Israel kerana mereka berhak mendapatkan kebebasan di tanah air mereka yang telah dirampas.


Jutaan Penghargaan . NshelidaMN708 ©


NshelidaMN708 ©


Click to View FlipBook Version