The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Kangkar Pulai
Ke-45 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78022990, 2022-06-24 12:48:08

BUKU PROGRAM MAT PIBG KE 45 2022

Buku Program
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Kangkar Pulai
Ke-45 2022

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

• Aturcara Majlis 3
• Ucapan Guru Besar 4
• Ucapan YDP PIBG 5
• Surat Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 6
• Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 7- 8
• Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 9
• Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 10 -17
• Laporan Aktiviti PIBG Sepanjang Sesi 2021/2022 18
• Laporan Kewangan PIBG Januari - Disember 2021 19-24
• Usul yang diterima 25-28
• Catatan 29
• Sekalung Penghargaan Seikhlas Budi 32

ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK KANGKAR PULAI
KALI KE-45

25 JUN 2022 (SABTU)

9.00 pagi : Pendaftaran dan para hadirin mengambil tempat
9.45 pagi : Bacaan doa

Ucapan Guru Besar ( Pn Kamarolzaharah Binti Mohd Yunus )
Ucapan YDP PIBG ( En Mohd Faizul Bin Awang )
Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada
AJK PIBG 2021/2022
Sesi bergambar AJK PIBG 2021/2022
10.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 dimulakan
Pemilihan AJK PIBG 2022/2023
Cabutan nombor istimewa
Nyanyian lagu Negaraku
12.30 tengah hari : Bersurai

3

PERUTUSAN GURU BESAR SK KANGKAR PULAI

Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam SKKP POWER
Alhamdulillah, jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Mesyuarat Agung PIBG SK
Kangkar Pulai kali ke-45 dapat dijalankan secara bersemuka. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa penjaga murid yang sudi meluangkan masa untuk hadir bermesyuarat pada pagi ini. Saya
juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG dan Ahli Jawatankuasa PIBG yang sentiasa
menyokong SK Kangkar Pulai, menyumbang bakti dalam bentuk tenaga, kewangan dan buah fikiran.

PIBG merupakan sebuah medium perantaraan yang berkesan untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah
dan komuniti setempat. PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi tonggak
kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana
PIBG sentiasa memberikan sokongan, Kerjasama dan komitmen dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh
pihak sekolah. Ini adalah selari dengan matlamat dan teras Program Transformasi Sekolah (TS25)

SK Kangkar Pulai menyambut baik Konsep SEKOLAHKU SEJAHTERA yang telah dilancarkan oleh Menteri
Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putra Jaya. PPPM 2013-2025 mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Negara dalam memupuk ETIKA DAN KEROHANIAN setiap murid dalam mendepani
cabaran. Konsep SEKOLAHKU SEJAHTERA bukanlah mata pelajaran baharu. Sebaliknya 14 elemen nilai iaitu
selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil eksplorasi,
rasional dan artikulasi diterapkan secara sisispan melalui pengajaran mata pelajaran sedia ada. Harapan kita,
agar anak-anak kita tahu kebaikan dan keburukan bagi setiap tindakan yang dibuat.

Berkaitan dengan isu keselamatan anak-anak dalam fasa endemik, saya ingin memaklumkan bahawa SK Kangkar
Pulai sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran bermakna dan Selamat. Warga Sk Kangkar
Pulai sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi semua SOP 4.0 yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Saya yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru dan anak-anak dalam mematuhi SOP, anak-anak dapat
hadiri ke sekolah dengan gembira dan selamat.

Peperiksaan UPSR bagi semua murid Tahun 6 telah dimansuhkan. Namun begitu, pentaksiran dan penilaian
terhadap pencapaian anak-anak diteruskan dengan memperkasakan PBS iaitu PBD , PAJSK dan PPSi . PBD
(Pentaksiran Bilik Darjah) akan dijalankan sepanjang tahun bagi semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi
semua mata pelajaran. PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum) dijalankan kepada murid
bermula Tahun 4 hingga Tahun 6. Manakala PPSi (Pentaksiran Psikometrik) akan dilaksanakan untuk menguji
minat dan kecenderungan anak bagi murid tahun 4 dan Tahun 5. Di sini, saya amat mengharapkan kerjasama ibu
bapa agar cakna dan peka tentang kepentingan anak-anak untuk hadir ke sekolah setiap hari.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa
PIBG 2021/2022 dan Jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 yang telah menyumbang bakti
dan bertungkus lumus memastikan mesyuarat hari ini berjalan dengan lancar dan membentuk permuafakatan.
Semoga segala usaha dan kerjasama kita mendapat rahmat dan diberkatiNya.
Sekian, wassalam.
“SEDERAP SELANGKAH MENJULANG KECEMERLANGAN”
Saya yang menjalankan amanah,

............................................................
KAMAROLZAHARAH BT MOHD YUNUS
Guru Besar,
SK Kangkar Pulai.

4

Edit here KATA ALU-ALUAN PENASIHAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK KANGKAR PULAI 2021/2022

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Muafakat Johor.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita sekali lagi melangsungkan Mesyuarat Agung PIBG
SK Kangkar Pulai kali ke-45 bagi tahun 2022. Terima kasih di ucapkan kerana mengizinkan saya untuk mencoret
sepatah dua kata di buku mesyuarat ini.

Saya mewakili AJK PIBG sesi 2021/2022 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang
diberikan pada mesyuarat yang lalu. Kami dengan sedaya upaya cuba melaksanakan tanggungjawap dan amanah
yang diberi dengan sebaik mungkin demi kejayaan anak-anak kita dan kecemerlangan sekolah.

Kepada Guru Besar SK Kangkar Pulai dan barisan guru-guru yang mendidik anak-anak tanpa rasa penat
lelah, memberikan komitmen yang tinggi untuk melihat anak-anak muridnya mencapai kecemerlangan akademik
mau pun sahsiah diri, setinggi-tinggi terima kasih di ucapkan. Teruskan lah usaha anda, hanya Allah lah yang
dapat membalas jasa-jasa anda semua.

Dan juga kepada ibubapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti-
aktiviti dan program-program sekolah, menyumbang idea, tenaga atau wang ringgit di ucapkan berbanyak-banyak
terima kasih. Sumbangan dan kerjasama anda amat-amat di perlukan dan sangat-sangat dihargai. Teruskan usaha
murni ini demi kelangsungan kejayaan sekolah dan anak-anak kita.

Kepada NYDP dan barisan AJK sesi 2021/2022, yang telah bersama-sama saya berkhidmat secara
sukarela, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan. Usaha murni anda sangatlah berharga dalam meneruskan
kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Kepada AJK baru yang akan dilantik kelak, berkhidmatlah dengan ikhlas
untuk sekolah yang tercinta ini.

Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2021/2022 dan Jawatankuasa
Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna
kepada sekolah ini.
Sekian Terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD FAIZUL BIN AWANG)
Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Kangkar Pulai

5

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- 45
SK KANGKAR PULAI

6

Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 45

JURUACARA BACAAN DOA SAMBUTAN VIP
Khairul Sharizah binti Mohd Noor Azaref bin Naim (K) Pn. Kamarolzaharah Binti
Khairi (K) Mohamad Halis bin Minhat Mohd Yunus
Sa’idah binti Hashim Pn. Hjh. Kartinah Binti Abd
HADIAH & CENDERAHATI Kadir
FOTOGRAFI MAJLIS & VIP Nor Ayuzah binti Aris En. Mohd Faizul bin Awang
Pang Mey Choo Hayusnida binti Pn Nor Haslina Binti Md Nor
Nur Azhani binti Mohd Yusof Bakar@Muhamad
Arief Shatria bin Mohd Anita binti Ibrahim BUKU PROGRAM
Sharipudin Rozalina binti Mohamed Hairul Aniza binti Abd.
Ahmad Latifee bin Shafei (K) Fauziah Hanim binti Fadzil Hamid (K)
Ahmad Syafiq bin Mohamed Nor Izzah Adibah binti Mat
Izhar Norzaina binti Harun (K) Amin
Diana binti Abu Nariza binti Masdar Noorhidayati binti Ja'afar
Amuthavalli A/P Rajoo Hanisah binti Dollah
Siti Saripah binti Mashud
Salmah binti Asman
Hafizah binti Sanusi

PENDAFTARAN IBU BAPA PERSIAPAN DEWAN SISTEM SIARAYA
& GURU / AHLI PIBG KERUSI, MEJA DAN
Rosmani binti Ghazali (K) KEBERSIHAN Abd Halim bin Seratang (K)
Suzaita binti Tahir Najmuddin bin Azman
Salina binti Shariff Aisah binti Mohamad (K) Muhammad Hidayatullah
Sarina binti Yusop Azreen Ikhwan bin Mohd bin Mazlan
Rodziah binti Kassim Radzi En. Ariff bin Abdul @ Abdul
Nabila binti Tamar Jaya Jamil binti Ahmad Linggam
Suriyah binti Saat Nurul Munirah binti Din En. Herman bin Wahid
Zulhelmi bin Zulkpli Siti Rokiah binti Razali
Sarifah Radiah binti
Bachok@Arash
Sudhakar A/L M. Balakrishnan
Yusof bin Wappu
Ruhaida binti Paiman
Kalaiivaani a/p Muthu Samy
Siti Fatimah binti Misran
Ainul Suraya binti Zainal
Tomo Hardjo bin Zakaria
En. Nor Azlin bin Mohamed
Jueni
En. Ishak bin Miskam

7

Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 45

JAMUAN AHLI PIBG (IBU JAMUAN VIP PERSIAPAN TEMPAT
BAPA, GURU & MURID) MESYUARAT / MEJA
Renawati binti Mohd Yunus Siti Nirwanie binti Mohd Amin UTAMA / BACKDROP
(K) DAN BANNER
Nur Syazwani Binti Sailan @ (K) Nurul Syahidah binti
Sazali Suhaiza binti Ja’afar Shamsudin (K)
Normaya binti Marian Pavani A/P Subramanian
Norzaliza binti Naam Norhafiza binti Darun
Hartini binti Mohd Noor Mahirah binti Yusoff
Selva Rani a/p Palaniappan Nur Iffah Inani binti
Marzuki
Mohamad Hafizi bin Abdul
Rahman
Nurul 'Ain binti Ahmad
Zaidi
Wan Hanan binti Wan
Muhamad Saridan
Mohamad Zairi Izwan b.
Mohamed Zaki
Kalsom binti Haron
Mashitah binti Mohammad
Mohammed Firdaus b.
Abdul Rahman
Adib Syahmi bin Ab.
Rahim

PENCATAT MINIT
MESYUARAT
Suryani binti Jaafar (K)
Wan Mariza binti Wan
Muhammad
Zanariah binti Lazim
Siti Syazwana binti Sharif
Nordin
Maizura binti Ruslan
Siti Norfarahin binti Nordin
Nazliah binti Rahmat

8

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 45

1. Ucapan YDP PIBG (En Mohd Faizul Bin Awang )
2. Ucapan Penasihat (Pn Kamarolzaharah Binti Mohd

Yunus)

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lepas
4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti

Tahunan 2021/2022

5. Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan

2021/2022

6. Perbahasan Usul / Cadangan
7. Pembubaran AJK PIBG 2021/2022
8. Pelantikan Pengerusi sementara
9. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023
10. Hal-hal lain

9

SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI
JLN ILMU, KAMPUNG MELAYU KANGKAR PULAI

81300 JOHOR BAHRU, JOHOR

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 44 TAHUN 2021

Tarikh : 10 April 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dalam talian (FB live)
Pengerusi : Encik Mohd Faizul bin Awang
Kehadiran : 284 orang

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata alu-aluan

1. Puan Siti Fatimah binti Mustafa selaku pengacara majlis mengucapkan kesyukuran dan selamat
datang kepada semua guru serta ibu bapa yang sudi meluangkan masa mengikuti mesyuarat
secara norma baharu. Pengacara majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik
Mohd Faizul bin Awang selaku Yang Dipertua PIBG SKKP serta kepada semua guru yang terlibat
menjayakan mesyuarat pada pagi ini.

2. Bacaan doa oleh Ustaz Noor Azaref bin Naim.

3. Encik Mohd Faizul bin Awang selaku pengerusi majlis mengucapkan tahniah kerana SKKP
berjaya menjalankan mesyuarat Agung PIBG seperti yang dirancang. Beliau
memaklumkan bahawa terdapat sekolah yang tidak dapat melaksanakannya sejak
sesi 2019-2020.
Tindakan : Makluman

4. Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan semua guru dari segi
kewangan, idea dan masa dalam kemenjadian dan kecemerlangan murid dan sekolah.
SKKP juga telah ada guru youtuber dan mesyuarat pada pagi ini juga diuruskan oleh
guru- guru yang berpengalaman dalam ICT.
Tindakan : Makluman

5. Dewan baru yang bernama Dewan Aspirasi Utama PIBG telah siap dibina tetapi
belum dirasmikan. Walau bagaimanapun, dewan ini telah mula digunakan semasa
proses penyuraian murid sesi pagi dan petang. Terdapat sedikit penambahan binaan
iaitu dinding pada bahagian belakang dewan, bilik persalinan serta bilik P.A sistem.
Tindakan : Makluman

10

Ucapan Puan Kamarolzaharah, Guru Besar SKKP

1.1.7 Puan Kamarolzaharah binti Mohd Yunus, Guru Besar SKKP mengucapkan terima kasih
kepada Encik Mohd Faizul bin Awang serta barisan ahli jawatan kuasa yang
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Puan Guru Besar juga menyatakan
bahawa SKKP mencipta sejarah pada hari ini kerana telah berjaya melaksanakan
Mesyuarat Agung secara dalam talian.

Tindakan: Makluman

1.1.8 Puan Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang mengikuti
mesyuarat secara atas talian. Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat bersama-sama
menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Tindakan: Makluman

1.1.9 Puan Guru Besar menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Tuan Sr. Dzulkefly bin
Ahmad , ADUN Kota Iskandar kerana telah meluluskan pembinaan Dewan
Aspirasi Utama PIBG yang akan digunakan dalam pelbagai aktiviti sekolah. Buat masa
ini, dewan tersebut digunakan sepenuhnya semasa proses penyuraian murid semasa
waktu pulang.

Tindakan: Makluman

1.1.10 Amalan norma baru menjadi kewajipan di SKKP . Ibu bapa diharap dapat
menyokong dalam usaha pematuhan SOP. Terima kasih kepada guru-guru yang banyak
membantu dalam memastikan keselamatan murid dari awal pagi hingga waktu pulang,
di dalam dan di luar kawasan sekolah.
Tindakan: Makluman

1.1.11 Proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bermula pada 1 Mac 2021,
dari kalangan murid pra sekolah, murid tahun 1 dan tahun 2. Seterusnya PdPc
bagi murid Tahun 3 hingga 6 bermula pada 8 Mac 2021. Murid kelihatan gembira apabila
berada di sekolah dan dapat belajar secara bersemuka. Berikutan itu, ibu bapa diminta
agar dapat membantu memotivasikan anak-anak agar dapat terus bersemangat hadir ke
sekolah.
Tindakan: Makluman

1.1.12 Pelaksanaan kurikulum adalah seperti yang dirancang, malah ada sisipan tajuk setiap
matapelajaran yang tidak sempat dijalankan pada tahun lepas, diajar pada tahun ini.
Aktiviti kokurikulum pula akan dilaksanakan secara dalam talian. Markah akan
dikumpulkan dan dimasukkan di dalam sistem PAJSK.
Tindakan: Makluman

1.1.13 Mengikut garis panduan pengoperasian sekolah, setiap aktiviti dalam panitia dan aktiviti
kokurikulum akan dijalankan secara dalam talian. Pihak sekolah memerlukan sokongan
ibu bapa untuk murid-murid melibatkan diri, terutama sekali bagi murid tahun 6.
DeLIMA menjadi platform utama dalam setiap aktiviti dalam talian ini.
Tindakan: Makluman

11

1.1.14 Guru Besar memaklumkan bahawa ada pemilihan dan perlantikan AJK baru bagi tahun
2021. Setakat ini, jumlah pencalonan AJK PIBG yang baru kurang memuaskan.
Walaubagaimanapun, masih ada masa untuk teruskan pencalonan. Puan Guru Besar juga
mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada AJK baru yang akan dilantik.
Tindakan: Makluman

1.1.15 Kerjasama yang baik di antara guru dan ibu-bapa dapat melahirkan anak-anak yang lebih

cemerlang. Jutaan terima kasih kepada ibu-bapa yang memberi sumbangan PIBG pada

tahun 2020. Kewangan yang kukuh amat membantu pihak sekolah menjalankan

pelbagai program. Ibu bapa yang ingin memberi sumbangan idea, kewangan dan

pelbagai bentuk bantuan amat dialu-alukan.

Tindakan: Makluman

1.1.16 Penyampaian Anugerah Tokoh Murid tahun 2020.
▪ Tokoh
: Darin Safiyya Arisa binti Erman Shah, 6 Sukses 2020

Kurikulum (11 subjek TP 6)

▪ Tokoh : Aniq Amsyar bin Mohd Razi, 6 Komited 2020

Kokurikulum : Nurul Syaza Haida binti Mohd Hisam, 6 Sukses 2020
▪ Tokoh Sahsiah : Muhammad Haziq Ammar bin Mohd Rosli, 6 Optimis

Terpuji 2020

▪ Tokoh : Muhammad Zulfurqan bin Mohd Zulraidi, 6 Sukses 2021

Harapan : Nor Sarah Aqylah binti Mohd Faizul, 6 Komited 2021

▪ Tokoh : Nur Dayana Syaza binti Raudi, 6 Sukses 2020 (4 bintang,

Nilam 580 mata ganjaran).

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang oleh Encik Noor Azaref bin Naim.
Disokong oleh Puan Zulaikha binti Mohamad

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4. FOKUS MESYUARAT
4.1 Pembentangan laporan kewangan.

4.1.1 Pembentangan laporan kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2020 oleh Encik Noor
Azaref bin Naim, melalui pautan Google Drive.

Ringkasan jumlah pendapatan dan pengeluaran, serta baki di bawa kehadapan tahun

2021 adalah seperti berikut:

Tarikh Perkara Pendapatan Pengeluaran
RM 96,907.15 RM 66,364.30
31.12.2020 Jumlah pendapatan dan

pengeluaran sepanjang tahun 2020

Baki perbelanjaan RM 30,542.85
sehingga Disember 2020

Baki dibawa kehadapan tahun 2021 RM 30,542.85

Tindakan : Makluman

12

4.1.2 Puan Siti Fatimah binti Mustafa mencadangkan penyata kewangan disahkan
dan ditutup. Disokong oleh Encik Paizal bin Muslimin
Tindakan : Makluman

4.2 Pembubaran AJK PIBG sesi 2020 dan pelantikan AJK sesi 2021.

4.2.1 Encik Mohd Faizul bin Awang selaku Yang Dipertua PIBG membubarkan AJK
4.2.2
PIBG sesi 2020/2021.
4.2.3
Puan Siti Fatimah binti Mustafa mencadangkan Encik Mohd Faizul bin Awang menjadi

pengerusi sementara bagi pelantikan AJK baru tahun 2021/2022 dan disokong oleh Encik

Najmudin bin Azman.

Tindakan : Makluman

Pelantikan Yang Dipertua PIBG bagi tahun 2021/2022

▪ Cadangan : Kekalkan Encik Mohd Faizul bin Awang sebagai YDP bagi

1 sesi 2021. (dengan undian 97%).

▪ Cadangan : Melantik Encik Khairulnizam sebagai YDP sesi

2 2021. (dengan undian 2.3%)

Berdasarkan jumlah undian, Encik Mohd Faizul bin Awang dilantik semula menjadi YDP
PIBG bagi sesi 2021.

Tindakan : Makluman

4.2.4 Pelantikan Naib Yang Dipertua PIBG

▪ Cadangan : Kekalkan Encik Ariff bin Abdul@Abdul Linggam sebagai NYDP

1 bagi sesi 2021.

▪ Cadangan (dengan undian 15.5%).
: Melantik Puan Nor Haslina binti Md Nor sebagai NYDP

2 sesi 2021.

(dengan undian 84.5%)

Berdasarkan jumlah undian, Puan Nor Haslina binti Md Nor dilantik menjadi NYDP PIBG
bagi sesi 2021.

Tindakan : Makluman

4.2.5 Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020 akan dikekalkan, kecuali empat orang AJK dari
kalangan ibu-bapa yang tiada anak bersekolah di SKKP. AJK baru yang dicadangkan
adalah:

4.2.6 ▪ Encik Ariff bin Abdul@Abdul
Linggam

▪ Puan Irmawati binti Norazman
▪ Puan Irmahana binti Mohd Noor

Encik Noor Azaref mencadangkan agar cadangan ditutup, dan mencadangkan semua
nama yang tersenarai terus dilantik. Oleh yang demikian, senarai AJK PIBG bagi sesi
2021/2022 adalah seperti berikut:

▪ Yang Dipertua : Encik Mohd Faizul bin Awang

▪ Naib Yang Dipertua : Puan Nor Haslina binti Md Nor

13

▪ Setiausaha : Encik Shamsudin bin Mohd Rosli
▪ Naib Setiausaha : Puan Siti Fatimah binti Mustafa
▪ Bendahari : Encik Noor Azaref bin Naim
▪ Naib Bendahari : Puan Salmah binti Asman

▪ AJK guru : Encik Ahmad Latifee bin Shafei
▪ AJK guru : Cik Norzaina binti Harun
▪ AJK guru : Puan Hairul Aniza binti Abd Hamid

▪ AJK Ibu bapa : Encik Ariff bin Abdul@Abdul Linggam
▪ AJK ibu bapa : Encik Ishak bin Miskam
▪ AJK ibu bapa : Encik Herman bin Wahid
▪ AJK Ibu bapa : Puan Irmawati binti Norazman
▪ AJK ibu bapa : Puan Irmahana binti Mohd Noor
▪ AJK ibu bapa : Puan Nooraini binti Hamzah
▪ AJK ibu bapa : Encik Nor Azlin bin Mohamed Jueni
▪ AJK ibu bapa : Puan Rahimah binti Udin

4.3 Pembentangan usul oleh Puan Kamarolzaharah binti Mohd Yunus

4.3.1 Usul 1 - Pendidikan

Daripada : Encik Azman bin Kartubi

Anak : Muhammad Farish Hakimi bin azman ( 6 Potensi)

Usul : Tuisyen bagi murid tahun 6

Jawapan : Kelas tambahan tidak boleh dijalankan secara bersemuka di sekolah
(Arahan daripada PPD). Walaupun begitu, SKKP mempunyai seorang
guru Youtuber, yang mengadakan slot tuisyen online secara percuma.
semua guru kelas diminta kongsi pautan tuisyen tersebut di telegram
kelas masing-masing.
Tindakan : Guru kelas

4.3.2 Usul 2 - Pendidikan

Daripada : Encik Mohd Syamil Reza bin Abd Aziz

Anak 1 : Muhammad Shafiy Rizqin bin Mohd Syamil Reza (5 Optimis)

Anak 2 : Muhammad Hadif Rizqin bin Mohd Syamil Reza (2 Optimis)

Usul 1 : Mencadangkan agar kerja sekolah disiapkan di sekolah dan ibu bapa
Usul 2 boleh bagi tumpuan mendidik anak di rumah.

: Mewujudkan sistem giliran kehadiran murid secara fizikal dan PdPR
dalam tempoh pandemik Covid 19 sehingga situasi kembali pulih seperti
sediakala.

Jawapan usul 1 : SKKP menggunapakai jadual waktu minima. Proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan di dalam kelas, diikuti dengan latihan.
Murid yang tidak dapat menyiapkan latihan di kelas perlu
menyiapkannya di rumah.

14

Jika latihan hari sebelumnya turut disiapkan di sekolah, maka
ianya akan mengganggu proses pembelajaran seterusnya.

Jawapan usul 2 : Pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan

sistem persekolahan. Semuanya bergantung kepada arahan

pihak KPM.

Tindakan : Makluman

4.3.3 Usul 3 - Pendidikan

Daripada : Encik Syukri Nizam bin Abd Aziz

Anak : Idzhar Haqymi bin syukri Nizam (1 Efisien)

Usul : Cadangan untuk 2 minggu sekali guru kelas melakukan sesi bersama ibu
bapa berkenaan prestasi anak-anak dalam pembelajaran.

Jawapan : Buat masa ini, ibu bapa tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam
kawasan sekolah. Walaupun begitu, ibu bapa boleh terus
berhubung dengan guru kelas anak-anak melalui telegram kelas
bagi membincangkan prestasi anak masing-masing.
Tindakan : Makluman

4.3.4 Usul 4 - Kebajikan

Daripada : Puan Siti Aisah Bari

Anak : Fatihah Sofia Mohammad Fauzi (2 Komited)

Usul : Makanan yang dibekalkan perlu sesuai dengan anak-anak.

Jawapan : Maksud 'makanan yang sesuai' terlalu umum. Pihak sekolah sentiasa
menyediakan makanan yang berkhasiat bagi murid-murid, dan tidak
pernah menjual makanan ringan di kantin sekolah. Puan Guru Besar
mencadangkan agar ibu bapa menyediakan bekal untuk anak masing-
masing jika merasakan makanan di kantin sekolah tidak sesuai bagi anak
mereka.
Tindakan : Makluman

4.3.5 Usul 5 - Kebajikan dan pendidikan

Daripada : Puan Nurul Ezeliana binti Zainal

Anak 1 : Daffa Danish bin Mohd Izeyan (1 Positif)

Anak 2 : Nur Iman Dania binti Mohd Izeyan (4 Positif)

Anak 3 : Nur Dinie Darwisyah binti MohdIzeyan (5 Kreatif)

Usul 1 : Menggalakkan ibu bapa supaya membuka akaun SSPN i plus untuk anak-
Usul 2 anak mereka. Secara tidak langsung mendidik sifat menabung di
kalangan anak-anak. Banyak kelebihan menabung di SSPN. Akaun boleh
dibuka secara online.

: Mewujudkan kelas tambahan online dengan harga berpatutan
oleh guru-guru sekolah.

15

Jawapan usul 1 : Cadangan yang baik, tetapi buat masa sekarang pihak sekolah tidak
boleh menjemput pihak luar untuk datang ke sekolah.

Jawapan usul 2 : Kekangan masa dari pihak guru. Namun begitu, terdapat channel
pendidikan oleh guru Youtuber SKKP. Semua murid dialu-alukan
untuk menonton channel tersebut.
Tindakan : Makluman

4.3.6 Usul 6 - Kebajikan dan pendidikan

Daripada : Puan Noraza binti Salehhudin

Anak : Dhiya Humaira Alisya binti Mohamad Sofi (2 Positif)

Usul 1 : Cadangan diadakan locker berkunci di bilik darjah untuk setiap anak, bagi
Usul 2 mengurangkan bebanan beg dan buku sekolah yang dibawa

: Mengadakan silibus Teknologi Maklumat sebagai pendedahan awal

kanak-kanak di zaman yang memerlukan kecekapan dan profesional
ICT di abad 21.

Jawapan usul 1 : Terdapat kekangan dari segi ruang. Ketika musim pandemik ini, susunan

meja murid 1 meter bahu ke bahu sudah memenuhi semua ruang di

dalam kelas. Tambahan pula, sekolah 2 sesi yang melibatkan

perkongsian kelas membuatkan permintaan ini tidak dapat

ditunaikan.

Jawapan usul 2 : Silibus Teknologi Maklumat telah disisipkan di dalam matapelajaran

yang diajar di sekolah. Bagi tahun 4 dan 5, Teknologi maklumat

juga diajar di dalam matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

(RBT).

Manakala bagi tahun 6, terdapat matapelajaran Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK). Tindakan : Makluman
4.3.7 Usul 7 - Kebajikan

Daripada : Encik Syed Badruddin bin Syed Jamal

Anak 1 : Sharifah Nur Awadah binti Syed Badruddin (4 Optimis)

Anak 2 : Syed Fakhrul Aiman bin Syed Badruddin (2 Wawasan)
Anak 3 : Syed Hadif Akmal bin Syed Badruddin (1 Komited)

Usul 1 : Pembasmian sarang nyamuk aedes dengan membeli jaring atau green
Usul 2 net untuk menutup semua laluan nyamuk ke bilik darjah. Diharapkan
ada kerjasama daripada pihak PIBG dan sekolah untuk menghapuskan
tempat pembiakan nyamuk.

: Mohon ibu bapa supaya jangan berkumpul di depan pintu utama keluar
dan masuk sekolah. Kebiasaannya ibu bapa suka menghadang pintu
utama untuk anak-anak keluar dari sekolah. Mohon menjarakkan
kenderaan dari pintu pagar sekolah kerana menyukarkan anak-anak
keluar dan masuk ke sekolah.

Jawapan usul 1 : Pihak sekolah ada memanggil pihak MBIP untuk membuat
penyemburan asap bagi membasmi pembiakan nyamuk.
Semburan

16

dilakukan ketika murid tiada di sekolah. Semburan akan
dilakukan lagi sekiranya masih ada kes pembiakan nyamuk.

Jawapan usul 2 : Pihak sekolah amat bersetuju dengan usul ini. Mohon ibu bapa
untuk tidak berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah. Pihak
sekolah juga memohon agar ibu bapa menyediakan baju hujan
untuk anak-anak memandangkan cuaca tidak menentu. Mohon
maaf sekiranya berlaku sedikit kelewatan penyuraian murid
sekiranya hari hujan.

4. Penetapan Sumbagan PIBG tahun 2021
1. Encik Nor Azlin bin Mohamed Jueni mencadangkan agar sumbangan sebanyak
RM60 sekeluarga dikekalkan, dan disokong oleh Puan Irmawati binti Norazman.
2. Pengerusi menetapkan bahawa jumlah sumbangan PIBG bagi tahun
2021 adalah sebanyak RM60 sekeluarga.
Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 PIBG SKKP mendapat sumbangan daripada Yayasan Penyayang Negeri Johor sebanyak RM64 000
untuk disalurkan kepada murid-murid yang berpendapatan RM3001 hingga RM7000 sekeluarga.
Pemberian bantuan ini akan dilaksanakan pada tarikh dan masa yang akan ditentukan kemudian.

Tindakan : Makluman

6. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk kekal sebagai YDP bagi tahun
ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK yang dilantik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.10 tengahari.

Disediakan oleh :
URUS SETIA
Mesyuarat Agung PIBG SK Kangkar Pulai

Tarikh : 11 April 2021

17

REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG
2021/20222

BIL NAMA MESYUARAT 1 MESYUARAT 2
27.11.2021 22.05.2022
1. MOHD FAIZUL BIN AWANG HADIR HADIR
2. NOR HASLINA BINTI MD NOR HADIR HADIR
3. SHAMSUDIN BIN MOHD ROSLI HADIR HADIR
4. SITI FATIMAH BINTI MUSTAFA HADIR HADIR
5. NOOR AZAREF BIN NAIM HADIR HADIR
6. SALMAH BINTI ASMAN HADIR HADIR
7. NOR ZAINA BINTI HARUN HADIR HADIR
8. HAIRUL ANIZA BINTI ABD HAMID HADIR HADIR
9. AHMAD LATIFEE BIN SHAFIE HADIR HADIR
10. IRMAHANA BINTI MOHD NOOR TIDAK HADIR TIDAK HADIR
11. ARIF BIN ABDUL@ ABDUL LINGGAM TIDAK HADIR TIDAK HADIR
12. HERMAN BIN WAHID TIDAK HADIR TIDAK HADIR
13. NOORAINI BINTI HAMZAH TIDAK HADIR HADIR
14. RAHIMAH BINTI UDIN @ KAMALUDIN HADIR TIDAK HADIR
15. IRMAWATI BINTI NOR AZMAN TIDAK HADIR HADIR
16. NOR AZLIN BINTI MOHAMED JUENI TIDAK HADIR HADIR
17. ISHAK BIN MISKAM TIDAK HADIR HADIR
18. KAMAROLZAHARAH BINTI MOHD HADIR HADIR

YUNUS

18

LAPORAN KEWANGAN PIBG
SK KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR

BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

19

LAPORAN KEWANGAN PIBG
SK KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR

BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

20

LAPORAN KEWANGAN PIBG
SK KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR

BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

21

LAPORAN KEWANGAN PIBG
SK KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR

BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

22

LAPORAN KEWANGAN PIBG
SK KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR

BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

8.12.2021 Simpanan di bank ditunaikan 840.00 400.00 Bank
400.00 352.00 Bank
Sumbangan untuk pembelian cenderamata Tunai
perpisahan guru (Pn. Musalmah, Pn. Noorliyana, Tunai
Cik Norsyaida, Cik Panimalar)
10.12.2021 Yuran proses cek 48.00 0.50 Bank
1,100.00 48.00
17.12.2021 Simpanan tunai dibankkan Tunai
840.00 4,895.70 Bank
31.12.2021 Hadiah kemenangan Pertandingan SDG 150.00 Bank
MBIP ditumpangkan di akaun PIBG 4,938.00
Sumbangan ahli PIBG Tahun 2021 Tunai
Bank
31.12.2021 JUMLAH PENDAPATAN DAN Tunai+Bank
PENGELUARAN BAGI SUKU
KEEMPAT TAHUN 2021

31.12.2021 JUMLAH PENDAPATAN DAN 138,046.70 126,898.88 Tunai+Bank
PENGELUARAN SEPANJANG
TAHUN 2021 11,147.82 Tunai+Bank

BAKI PERBELANJAAN
SEHINGGA
DISEMBER 2021

BAKI DIBAWA KEHADAPAN TAHUN 2021 11,147.82 Bank
00.00 Tunai
JUMLAH KESELURUHAN (BANK +
TUNAI) 11,147.82

*Debit = Pendapatan *Kredit = Pengeluaran

23

LAPORAN KEWANGAN PIBG
SK KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR

BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

24

USUL-USUL PIBG 2022

USUL 1 – KEBAJIKAN & PENDIDIKAN

DARIPADA : En. Mohd Khamsul bin Sufian

ANAK 1 : Nurqaseh Murni Binti Mohd Khamsul (6 SUKSES)

USUL 1.1 :

Mewujudkan tabung bantuan yuran sekolah bagi keluarga yang tidak berkemampuan /

bantuan kasih keluarga sekolah (khususnya yuran buku). Ibu bapa boleh bayar secara

bulanan dengan syarat-syarat antaranya, pelajar dikalangan keluarga miskin tegar, pelajar

mencapai keputusan yang baik dalam setiap ujian dan berketerampilan baik.

USUL 1.2:
Lawatan pihak guru-guru ke rumah keluarga miskin atau pelajar yang bermasalah dalam
kehadiran dan akademik (melihat sendiri bantuan yang perlu diagihkan / dibantu khususnya
pada pelajar yang mempunyai potensi akademik)

USUL 1.3:
Melahirkan guru berdedikasi dalam aspek pengajaran dan aktiviti luar untuk dijadikan
sebagai contoh terbaik ikutan pelajar (mentor dan protege), guru yang berpotensi perlu
diberikan pengiktirafan secara bulanan atau sukuan tahun bagi melahirkan persaingan kepada
pendidik yang menjadi ikutan pada rakan-rakan dan anak murid khususnya.

25

USUL 2 - KEBAJIKAN & PENDIDIKAN

DARIPADA : EN MOHD ZULKARNAIN BIN MOHAMAD

ANAK 1 : MUHAMMAD ZARITH AQLAN BIN MOHD ZULKARNAIN (1 WAWASAN)

USUL 2.1: Sekiranya peruntukan mencukupi, pihak sekolah boleh mewujudkan "pedestrian

walkway" berbumbung di pintu belakang sekolah bagi memudahkan ibu bapa mengambil

murid ketika waktu hujan.

USUL 2.2: Kaji semula jadual waktu dalam kelas. Peruntukkan masa 20 minit untuk solat Asar
bagi murid sesi petang sebelum balik sekolah.

USUL 3 – PEMBANGUNAN & PENDIDIKAN

DARIPADA : En. Md Razib Bin Karno

ANAK 1 : Sayyidah Nafisah BINTI Md Razib (6 Sukses)
ANAK 2 : Lutfiah Ayuni BINTI Md Razib (2 Komited)

USUL 3.1: Cadangan untuk meningkatkan prasarana rangkaian internet sekolah secara
keseluruhan.

Mengadakan usaha tanggungjawab korporat sosial bersama organisasi besar seperti UTM

bagi membantu usaha ini. Menggunakan kepakaran dan sinergi sumber teknologi dalam

meningkatkan akses internet sekolah dan capaian berintensiti tinggi bagi kecemerlangan

pengajaran.

26

USUL 4 - PEMBANGUNAN & PENDIDIKAN

DARIPADA : Pn. Norashikin Binti Ali

ANAK 1 : Muhd Ariff Munir Bin Hamidi (5 Positif)

ANAK 2 : Muhd Ariff Harith Bin Hamidi (3 Potensi)

USUL 4.1: Sekiranya ada peruntukan, bina laluan berbumbung dari pintu pagar belakang
menuju ke hadapan sekolah. Untuk mengelakkan dari murid berpanas / berhujan.
Memandangkan laluan dalam kawasan sekolah terhad (bermula PKP).

USUL 5 - PEMBANGUNAN & PENDIDIKAN

DARIPADA : Pn. Mazni Binti Abdullah

ANAK 1 : Nur Umairah Binti Kamaruzaman (1 Optimis)

USUL 5.1:

Pintu belakang : larangan kereta parking di depan pintu belakang berdekatan simpang 4
semasa ambil anak. Minta pihak sekolah dapat kongsi pesanan ini (dalam group) kepada ibu /
bapa yang mengambil anak mereka untuk keselamatan anak-anak.

USUL 5.2:

Pintu belakang : pertimbangkan jika ada peruntukan minta pihak sekolah dapat sediakan
bumbung di kawasan kerusi batu. Kegunaan: bila musim hujan agak sukar anak-anak melihat
kehadiran keluarga di luar pagar.

27

USUL 6 - PEMBANGUNAN & PENDIDIKAN

DARIPADA : EN MOHAMMED FADZIR BIN MOKTAR
ANAK 1 : NAQEEB EUSOFF BIN MOHAMMED FADZIR (1 POSITIF)

USUL 6.1: Menaik taraf bilik darjah dengan pemasangan kipas berkelajuan tinggi atau
penghawa dingin untuk keselesaan pelajar melalui sumbangan ibu bapa dan penderma luar.

28

CATATAN

29

CATATAN

30

CATATAN

31


Click to View FlipBook Version