karya zikri zezali 1
“ ”TakkanMelayuHilangDiDunia
Selagi berpegang teguh kepada Islam
2
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
Biodata Penulis.....................................02
Kata Pengantar ...................................03
Pengenalan ....................................04-05
Kisah Pertama .................................06-11
Illustrasi 01 ........................................12-13
Kisah Kedua .....................................14-19
Illustrasi 02 .........................................20-21
Kisah Ketiga ......................................22-27
Illustrasi 03 .........................................28-29
Soalan ....................................................30
Jawapan ................................................31
Rujukan ..................................................32
Autograf .................................................33
01
Biodata Penulis
Mohamad Zikri Bin Zezali merupakan penulis
dan ilustrator bagi buku cerita Hang Tuah Mengajar
Kita. Beliau berasal dari Kulim, Kedah dan pernah
mendapatkan pendidikan di Sekolah Sultan Alam Shah,
Kolej Mara Kulim dan UITM Puncak Alam. Sejak kecil lagi
beliau telah menunjukkan minat beliau terhadap seni,
beliau sering meluangkan masa dengan melukis dan
menulis perkara yang menarik perhatian beliau.
Inspirasi
Buku Hang Tuah Mengajar Kita ini
diinspirasi dari kisah yang terdapat
dalam Hikayat Hang Tuah.
Menurut kisah, Hang
Tuah sememangnya
satu sosok yang
lengkap dengan
keperibadian yang
boleh dijadikan sebagai
suri teladan buat anak
muda zaman kini.
02
Kata Pengantar
Assalamualaikum wbt , Alhamdulillah bersyukur
diatas kesenangan dan kesempatan yang telah
diberikan-Nya kepada penulis sepanjang penghasilan
buku ini. Penulis sangat berterima kasih kepada semua
individu yang telah membantu melancarkan projek
“ Hang Tuah Mengajar Kita “. Penghargaan istimewa
kepada ibu bapa serta ahli keluarga penulis yang tidak
lelah mendoakan, memberikan sokongan moral dan
bantuan kewangan. Selain itu, penghargaan istimewa
juga buat tenaga pengajar yang telah mencurahkan
ilmu dan memberikan bimbingan kepada penulis.
Izin mengingatkan bahawa penceritaan dalam
buku ini merupakan adaptasi melalui kisah Hikayat
Hang Tuah , mengandungi fakta, sejarah, latar tempat
, tokoh sejarah dicampuri dengan aspek-aspek rekaan
dan imaginasi penulis. Buku ini dihasilkan bertujuan
untuk menarik minat golongan muda untuk membaca
kisah rakyat tempatan sambil dijadikan hiburan
dan mengambil pengajaran menerusi kisah yang
disampaikan.
03
HSiaanpgaTkuaahh
Tak Kenal
Maka Taaruf
04
Hang Tuah merupakan seorang pelaut yang mahir
disamping merangkul pangkat laksamana di atas
kewibawaan, keterampilan dan kehandalan beliau
dalam memimpin juga bertarung. Menurut rekod
sejarah , ayah beliau juga pernah menjadi hulubalang
istana yang handal dan ibunya berketurunan
dayang di istana. Sejak kecil lagi , beliau telah
dipupuk dengan sifat kepahlawanan yang
dilengkapi dengan akidah yang kukuh serta
cerdas pemikiran. Hang Tuah merupakan
seseorang pahlawan dan tokoh legenda
Melayu pada masa pemerintahan
Kesultanan Melaka sekitar abad ke-
15 masihi.Masyarakat melayu pada
ketika itu terkenal dengan ilmu
perlayaran dan wilayah nusantara
dahulu sohor dipersada dunia
sebagai pusat dagangan yang
hebat. Hang Tuah tidak luput
dengan kehebatan yang lekat
pada umunya masyarkat melayu pada
ketika itu. Setinggi harapan disertakan
agar pembaca dapat mengambil nilai
kebaikan dalam kisah yang disampaikan
sekaligus dijadikan pembakar
semangat bagi memantapkan peribadi.
Selamat membaca.
05
Kisah Pertama
Hang Tuah mempunyai 4 orang sahabat karib iaitu Hang Jebat, Hang
Kasturi Hang Lekiu dan Hang Lekir. Mereka berlima sangat akrab sejak
dari kecil lagi sehingga menganggap diri mereka seperti saudara mara.
Pada usia dini lagi Hang Tuah telah diajar oleh kedua orang ibu bapanya
dengan pelbagai ilmu yang berguna sebagai bekal dan ikhtiar untuk
membentuk jati diri Hang Tuah. Hang Tuah telah diajar dengan ilmu
06
agama, ilmu persilatan , adab dan adat istiadat.Sewaktu Hang Tuah
berusia 10 tahun, Hang Tuah berhasrat untuk merantau ke beberapa
pulau berdekatan bersama sahabatnya dengan menggunakan
kapal layar ayahnya. Setelah kelima-lima mereka bersetuju dan telah
mendapat restu dari penjaga masing-masing, mereka pun memulakan
perlayaran mereka.
07
Semasa pelayaran, mereka berlabuh di sebuah pulau kecil, tiba-tiba
dari jauh mereka melihat sebuah kapal besar mendekati pulau tersebut.
Setelah diperhati dan diteliti , mereka mendapati kapal tersebut
merupakan sebuah kapal yang dimiliki oleh para lanun. Hang Tuah dan
para sahabat berfikir apakah tindakan terbaik yang harus diambil oleh
mereka.Mereka sebulat suara mahu mendepani lanun tersebut. Mereka
08
berfikiran bahawa mustahil bagi mereka melarikan diri memandangkan
kapal yang dimiliki oleh lanun tersebut lebih besar dan canggih
berbanding kapal layar mereka. Keyakinan terhadap kemampuan dan
kemahiran mereka dalam ilmu persilatan menjadikan mereka tidak
gerun untuk mendepani para lanun tersebut.
09
10
Seperti yang diduga, kedatangan lanun di pulau tersebut
bukanlah hal yang baik. Para lanun tersebut mahu merompak
para pelayar yang mereka dapati disekitar perairan. Alangkah
terkejutnya para lanun tersebut apabila mendapati kapal
yang mereka lihat tadi rupanya dikemudi oleh kanak-kanak.
Para lanun tersebut berfikiran bahawa mereka tidak boleh
membiarkan Hang Tuah dan sahabat pergi begitu sahaja
kerana khawatir Hang Tuah dan sahabat bakal melaporkan
kepada pihak istana perihal kerja kotor mereka. Salah seorang
lanun bersuara dengan keras , “Hai budak-budak, baik engkau
menyembah menyerahkan dirimu supaya engkau tidak ku
bunuh!” – Hikayat Hang Tuah, muka surat 21.
Hang Tuah dan sahabat sama sekali tidak termakan dengan
ugutan tersebut malah bersiaga untuk bertarung dengan
mereka. Lanun tersebut merasa jengkel dengan respon yang
diberikan oleh Hang Tuah dan sahabat. Lanun-lanun mula
menyerang mereka satu demi satu. Serangan demi serangan
dapat dipatahkan oleh Hang Tuah dan sahabat. Para lanun
amat terkejut melihat kehandalan mereka bertarung, walaupun
cuma 5 orang anak kecil terasa seperti bertarung dengan
sekumpulan panglima istana. Pertempuran terus berlansung
sehinggalah apabila separuh daripada jumlah lanun berjaya
ditumpaskan oleh Hang Tuah dan sahabat , para lanun tersebut
mengambil keputusan untuk mundur. Hang Tuah dan sahabat
berjaya mengalahkan mereka dan pulang dengan selamat.
Tidak lama selepas kejadian itu berlaku, berita tersebut sampai
kepada pihak istana. Pihak istana memanggil Hang Tuah dan
sahabat untuk melantik mereka menjadi hulubalang istana.
11
Imbas
12 Fakta Menarik
13
Sewaktu Hang Tuah telah dilantik menjadi Laksamana dan Ketua
Panglima Istana, Hang Tuah telah ditugaskan untuk mengetuai
rombongan ke Majapahit . Antara tujuan rombongan ini dihantar adalah
untuk menikahkan Putra Sultan Melaka dengan Putri dari kerajaan
Majapahit .Ketika ingin menikahkan Putra Sultan Melaka dengan Putri
tersebut ,diadakanlah adu laga kesaktian sebagai hiburan majlis. Atas
usul kerajaan Majapahit ditunjuklah Hang Tuah sebagai wakil Melaka
dan Patih Gajah Mada memilih Taming Sari sebagai wakil Majapahit.
14
Kisah Kedua
Maka berlansunglah pertunjukkan mempamerkan kebolehan mereka
masing-masing. Di tengah adu laga tersebut, tiba-tiba Taming Sari hilang
kesadaran lalu mengamuk di dalam istana Seri Betara Majapahit dan
mencederakan ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ berusaha
sebaik mungkin untuk menghentikan Taming Sari. Namun, kudrat
Taming Sari terlalu hebat membuatkan Hang Tuah teramat sulit untuk
menghentikannya.
15
16
Suasana pada ketika itu menjadi sungguh tegang
.Kesemua orang Majapahit sangat cemas, kerana
mereka tahu bahawa Taming Sari merupakan seorang
patih yang memiliki pelbagai ilmu sakti. Selain memiliki
keris Taming Sari yang terkenal itu, Taming Sari juga
merupakan pendekar yang digeruni dan paling disegani
seluruh kerajaan Majapahit pada ketika itu.Kekuatan
Taming Sari memang tiada tolak bandingnya.
Apatah lagi, Taming Sari dikatakan seorang yang kebal
tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun,
kekebalannya adalah terletak pada keris yang
digunakannya. Untungnya, Hang Tuah dulu pernah
berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama
Sang Adi Putera. Gurunya itu pernah memberitahu
akan kelemahan Taming Sari. Pertarungan tersebut
berlansung dengan sangat sengit, hingga akhirnya Hang
Tuah berhasil menemukan celah untuk menikam Taming
Sari.Anehnya, Taming Sari tidak memiliki luka sedikitpun
setelah ditikam.
17
Hang Tuah teringat kata-kata gurunya bahawa Taming Sari mendapat
kekuatan dari keris yang dia miliki.Hang Tuah mengubah strateginya
dalam pertarungan. Dirinya memikirkan bagaimana caranya agar dia
dapat merebut keris sakti tersebut dari tangan Taming Sari. Dia sengaja
memancing Taming Sari agar menikam dirinya lalu belum sempat Taming
Sari menusuknya ,dia terus menghindar.Keris tersebut tertusuk pada
sebatang tiang dan tergantung disitu. Hang Tuah dengan kencangnya
menendang Taming Sari sehingga jatuh lalu dengan cepat Hang Tuah
18
merampas keris tersebut.Tetapi, Hang Tuah tidak ingin melawan orang
yang tidak bersenjata. Dirinya menyerahkan keris miliknya kepada
Taming Sari, lalu melanjutkan pertarungan dengan keris sakti itu.Pada
akhirnya, Hang Tuah berhasil menikam dan menghabisi Taming Sari
menggunakan keris sakti tersebut.Raja Majapahit yang kagum dengan
kemampuan Hang Tuah, memberikan Keris Taming Sari sebagai hadiah
dan bentuk penghormatan atas kehandalan beliau dalam bertempur.
19
20
Imbas
Fakta Menarik
Rela diri menjadi tanah
“ ”dari hidup tapi dijajah
Baka-baka pemimpin bangsa nusa
jangan terleka kita belum benar merdeka
bakal-bakal pemimpin esok lusa
bina semula Kesultanan Melayu Melaka
21
Pelabuhan Melaka sangat masyhur di seluruh dunia, segala dagang atas
angin dan bawah angin semuanya datang ke Melaka . Kemasyhuran
Kerajaan Melaka dulu membuatkan empayar besar lain seperti China
ingin melakukan hubungan diplomasi dengannya. Hang Tuah lah
yang menjadi wakil kerajaan bagi tugas tersebut supaya lebih mudah
dan lancar berurusan kerana beliau menguasai 12 bahasa dan bijak
berbicara. Maka belayarlah Hang Tuah sehingga Bingkam Hainam,
sebuah pelabuhan di kerajaan China itu. Di sana, Hang Tuah disambut
22
Kisah Ketiga
oleh salah seorang menteri empat Maharaja China yang merupakan
shahbandar pelabuhan itu.Setelah berjumpa orang itu dan orang ini,
maka akhirnya Hang Tuah dibawa ke istana besar Maharaja China.
Sebelum sampai ke dewan besar di mana Maharaja akan muncul
menerima kunjungan mereka, sempat juga Hang Tuah memberi tahu
orang-orangnya bahawa orang China ini banyak adat dan undang-
undang, dan adalah baik untuk mereka semua memerhati dan
mempelajari tutur cara tersebut.
23
Hang Tuah kerana sifatnya yang ingin tahu membuatkan
beliau lebih bersemangat untuk menimba pengalaman baru
dan mempelajari adat di kerajaan tersebut. Hang Tuah tidak
sedikitpun memberikan kejanggalan dalam menjalankan
tugasan sambil memerhati suasana dan adat-adat yang
ditunjukkan oleh orang istana. Hang Tuah juga yakin untuk
memperkenalkan dirinya kepada orang-orang besar di sana
dan berapat dengan mereka.
Sempat juga ketika itu menteri dan pembesar empayar itu
memberitahu bahawa adalah menjadi larangan yang amat
hebat untuk melihat wajah Maharaja China. Jika sesiapa yang
melihat wajah tersebut makanya mereka akan dipancung.
Hairan akan larangan itu, maka tunggulah Hang Tuah dan
rombongannya di dalam dewan besar itu. Setibanya Maharaja
China untuk duduk di atas kerusi gahnya yang kelihatan seperti
naga, Hang Tuah kelihatan bahawa menteri-menteri dan sida-
sidanya semua sujud dalam baris-barisan tidak berani untuk
mendongak ke atas untuk melihat Maharaja mereka yang
berada di atas pentas yang mempersonakan itu. Tak seorang
pon yang berani mengangkatkan kepala menatap wajah Sang
raja.
24
25
26
Keesokkan harinya tiba. Maka pelbagai makanan
dibuat oleh tukang masak istana salah satunya adalah
kangkung-kangkung panjang yang tidak dipotong daunnya.
Ini merupakan permintaan dari Hang Tuah sendiri.Permintaan
tersebut sengaja dibuat atas dasar ingin melakukan sebuah
helah untuk melihat kepekaan pengawal Istana.
Maharaja ingin melihat bagaimana orang dari empayar
Melaka makan telah menjemput Hang Tuah untuk santap.
Maka Hang Tuah teruslah bersila di tengah dewan itu bersama
makanan-makanan itu. Diambilnya kangkung itu, didongakkan
kepalanya dan dimakannnya sedikit demi sedikit.
Dalam Hang Tuah mendongak kepalanya itu, beliau mengambil
kesempatan untuk mengintai Maharaja itu yang berada di atas
kerusi naganya itu. Tak lama kemudian, Hulubalang-hulubalang
istana itu tersedar akan kelakuan Hang Tuah terus menghunus
pedang mereka ke kepala Hang Tuah. Maharaja China melihat
akan kejadian itu terus menghalang hulubalang-hulubalang itu
daripada memancung kepala Hang Tuah walaupun dia sedar
akan helah Hang Tuah sebenarnya.
Maka Hang Tuah pun teruslah makan sehingga ke pencuci
mulutnya. Maharaja itu menitahkan bahawa jarang sekali
baginda melihat seorang yang begitu berani dan bijaksana
serta berkata alangkah bagusnya orang sebegini ramai di
kerajaannya. Menghargai kebolehan Hang Tuah itu, Maharaja
itu pun menghadiahkan jubah keraian bersama barang-
barangan kemas untuk menunjukkan bahawa Hang Tuah
adalah seseorang yang patut dihormati dan dihargai. Ini juga
menyebabkan Maharaja memberi hadiah dan juga sepucuk
utusan surat yang ditulis sendiri oleh baginda menandakan
perhubungan kerajaan.
27
“ ”TakkanMelayuHilangDiDunia
Ditanah bertuah ini,
tumpahnya darah fisabilillah,
ditanah bertuah ini,
kita dulu pernah dijajah,
sejarah kita mungkin diubah,
sejarah kita mungkin diolah,
tapi ada yang sama tak berubah,
darah kita tetap darah bertuah,
sembah kita tetap satu arah,
takkan kita nyah atau punah,
selagi berpaut pada tali Allah.
28
Imbas
Fakta Menarik
29
Uji Pemahaman Anda
1. Apakah pengajaran yang dapat diambil melalui kisah
pertama yang disampaikan?
A. Kita mestilah membuang sifat tamak dalam diri.
B. Kita mestilah sentiasa merendah diri walaupun memiliki kebolehan
melebihi orang lain.
C. Kita mestilah berusaha untuk melibatkan diri dengan perkara yang
berfaedah sejak kecil.
D. Kita seharusnya bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.
2. Berdasarkan kisah kedua.
Hang Tuah telah menuntut Ilmu dengan ........Hang Tuah telah mengetuai
rombongan ke ......... .Di sana, Hang Tuah telah betarung dengan ...........
lalu keris sakti miliknya jatuh ke tangan Hang Tuah.
A. Ayahnya, Majapahit , Taming sari
B. Adi Putera , China , Taming sari
C. Adi Putera , Majapahit , Taming Sari
D. Taming Sari, China , Adi Putera
3. Apakah nilai yang dapat diambil berdasarkan kisah ketiga ?
A. Berani dan Setia
B. Berani dan bijaksana
C. Bijaksana dan adil
D. Bijaksana dan setia
30
1. CSoalan 4 dan 5 berkait dengan pengetahuan yang ada
2. Chubungannya dengan penceritaan.
3. BSila rujuk laman sesawang dengan mengimbas kod Qr
4. Adibahagian bawah unuk mendapatkan maklumat.
5. D
4. Berapakah saiz ukuran kapal Mendam Berahi yang digunakan
Laksamana Hang Tuah?
A. 180 kaki panjang, 36 kaki lebar
B. 100 kaki panjang, 36 kaki lebar
C. 360 kaki panjang, 180 kaki lebar
D.180 kaki panjang, 80 kaki lebar
5. Apakah maksud tersirat sekiranya seseorang itu menggunakan
keris berluq 13 ?
A. Melambangkan kesetian, ketegasan dan sukar dipengaruhi. Ianya
lazim digunakan sebagai keris istiadat.
B. Biasanya diigunakan oleh para panglima atau pahlawan
C. Melambangkan pemiliknya mempunyai kelancaran berbicara dan
boleh mempengaruhi orang melalui berbicara.
D. Bermaksud pemiliknya sanggup mempertahankan apa sahaja yang
sudah dimilikinya
Jawapan
31
Rujukan
M. Zainal Muttaqien ( November 2017) https://www.
researchgate.net/publication/324494645_EDUCATIONAL_
VALUES_IN_’HIKAYAT_HANG_TUAH’_MALAY_FOLKTALE
Mohd Firdaus Che Yacoob & Normaliza Abd Rahim (September
2014)https://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/
sites/53/2014/11/8.pdf
Lah, F. C. (2017, August 7). Manfaatkan cerita rakyat. Harian
Metro. https://www.hmetro.com.my/bestari/2017/08/251206/
“ ”manfaatkan-cerita-rakyat
I., & Ipghelper, V. A. P. B. (2018, February 3). Bahasa Melayu
Kontekstual – Laras Bahasa Klasik. IPG Kampus Internet.
https://ipghelper.wordpress.com/2018/02/03/bahasa-melayu-
kontekstual-laras-bahasa-klasik/
Hassan, I. (2018, December 25). ULASAN: Hang Tuah kita
kenal, Hang Tuha itu siapa? Berita Mediacorp. https://berita.
mediacorp.sg/komentar/ulasan-hang-tuah-kita-kenal-hang-
tuha-itu-siapa-202176
Astro Awani. (2019). Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi.
astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kenali-hang-tuah-menerusi-filem-animasi-222861
v
https://internasional.kompas.com/read/2019/03/12/21281801/
biografi-tokoh-dunia-hang-tuah-pahlawan-dan-laksamana-
malaka?page=all
32
Autograf
33
34