TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA :
MUZIUM SULTAN ABU
BAKAR
Disediakan oleh : Ammar Basyir bin A Baruwi
Tingkatan : 1 Cambridge
No. Matrik : CP211018
1
1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK TARIKH TANDATANGAN
BIL PERKARA HALAMAN 31/7/2021
31/7/2021
1.1 Tajuk kajian 1 31/7/2021
1.2 Jadual kerja 2 3/8/2021
1.3 Objektif kajian 3 3/8/2021
1.4 Kaedah kajian 4 3/8/2021
2.1 Mengumpul maklumat 6 13/8/2021
16/8/2021
2.2 Kerangka kasar penulisan 8 17/8/2021
3.1 Pengenalan 9 22/8/2021
22/8/2021
3.2 Latar belakang bangunan 11 24/8/2021
3.3 Struktur bangunan 13 24/8/2021
3.4 Tujuan / sebab binaan 14 24/8/2021
3.5 Fungsi bangunan masa kini 14
3.6 Langkah-langkah pemerliharaan 14
3.7 Rumusan 15
3.8 Rujukan 16
4 Penilaian umum
2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah untuk mengkaji Muzium
Sultan Abu Bakar untuk merungkaikan sejarah negeri Pahang.Dengan kajian ini
saya dapat memenuhi objektif berikut:
a) Kajian ini sacara amnya bertujuan untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih.Ini dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan
tatacara yang betul,jelas dan sahih.
b) Menambah pengetahuan saya tentang pembinaan tempat ini dan juga
kepentingan tempat ini untuk tanah air.Selain itu saya boleh mentafsirkan sejarah
yang ada di tempat tersebut kepada orang lain dengan jelas dan sahih.
c) Dengan kajian kes ini,saya mendapat iktibar tentang daripada peristiwa yang
berlaku di tempat bersejarah itu.Misalnya,Muzium Sultan Abu Bakar dapat
menyedarkan sifat mencintai tanah air.
d) Selain itu,saya dapat memupuk semangat patriotisme pada diri saya dan juga
generasi muda akan peristiwa yang disimpan pada tempat tersebut.
3
1.4 KAEDAH KAJIAN
Saya melakukan sebanyak 4 kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat tepat dan
terperinci serta sistematik.
i. Kaedah analisis dokumen
Saya telah merujuk beberapa dokumen seperti manuskrip dan lain-lain untuk
memastikan kesahihan fakta yang ada.Dengan ini,penulisan kajian saya dapat
mengurangkan kesalahan fakta dan sejarah yang saya tulis.
ii. Muat turun internet
Saya turut menggunakan medium atas talian dengan melayari laman sesawang
produk yang dikaji malah saya menjadikan ia sebagai rujukan utama saya.
iii. Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru,iaitu Cikgu Azwan.
4
iv. Temubual
Dalam kaedah ini saya telah telah menemu bual beberapa orang sumber yang
sememangnya pakar tentang Muzium Sultan Abu Bakar.Beliau banyak memberi
maklumat tentang Muzium Sultan Abu Bakar.
5
2.1 MENGUMPUL MATLUMAT
a) KAEDAH PENCARIAN INTERNET
• Muzium Sultan Abu Bakar - Bandar Pekan (wikimapia.org)
• Muzium Sultan Abu Bakar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
• https://www.pahangtourism.org.my/index.php/pekan/sultan-abu-bakar-museum
• HERITAGE BUILDING: SEJARAH BANGUNAN MUZIUM SULTAN ABU BAKAR
(heritage-gold.blogspot.com)
• Muzium Sultan Abu Bakar - Bandar Pekan (wikimapia.org)
• Muzium Sultan Abu Bakar (Pekan) - 2021 All You Need to Know Before You Go (with Photos) -
Pekan, Malaysia | Tripadvisor
• https://www.whwdesign.org/muzium-sultan-abu-bakar
b) ORANG SUMBER
• Nama : Nurul Huda Husna binti Abdullah
Umur : 43 tahun
Alamat : No 3 Lorong Pandan Damai 2/31 Taman Pandan Damai,
25150,Kuantan Pahang
6
LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER
Saya telah menemu bual bersama seorang yang berhampiran
tempat tinggal saya.Beliau ialah Puan Nurul Huda Husna binti Abdullah.Beliau
menetap di No 3 Lorong Pandan Damai 2/31 Taman Pandan Damai 25150
Kuantan Pahang.
Beliau telah menceritakan serba sedikit tentang Muzium Sultan
Abu Bakar.Menurutnya tapak asal muzium tersebut adalah dari hutan.Ia
sebelumnya sebahagian dari Istana Kota Beram.
Pada 24 Ogos 1888,British secara rasminya telah mencampur
tangan dalam pentadbiran negeri Pahang.Pada Ketika itu British memerlukan
sebidang tanah untuk mendirikan kediaman bagi para pegawainya bertugas di
negeri Pahang.British telah mendapat kebenaran daripada Almarhum Sultan
Ahmad untuk mendirikan bangunan tersebut.Pada 1929,bangunan kayu tersebut
digantikan dengan bangunan batu.Ini kerana Pekan sering mengalami banjir justeru
telah mengakibatkan kerosakan pada struktur bagunan kayu tersebut.
Semasa Perang Dunia Kedua bangunan tersebut dijadikan markas
pentadbiran Kampetai.Ini dapat dibuktikan apabila penemuan peluru ‘machine-
gun’ yang tertanam dalam tanah di beberapa tempat di situ.Tanggal 17 Mac
1976,tempat tersebut telah diiktiraf sebagai muzium negeri.
7
2.1 KERANGKA KASAR PENULISAN
Bil. Tugasan Butir
1. Pengenalan
- Memperkenalkan bangunan tersebut.
2. Latar - Menceritakan keunikan bangunan tersebut.
belakang - Lokasi bangunan.
bangunan
- Menceritakan asal-usul bangunan tersebut.
3. Stuktur bangunan - Bahan binaan
- Hiasan dalaman
4. Tujuan - Menyatakan tujuan asal bangunan dibina
bangunan
dibina
5. Fungsi dan - Menyatakan kegunaan bangunan sekarang
keadaan - Keadaan bangunan sekarang
bangunanpada
masa kini
6. Cadangan - Menyatakan peranan kerajaan
langkah-langkah - Merupakan tanggungjawab rakyat
memelihara - Agensi-agensi kerajaan
bangunan
7. Rumusan - Memberi pengetahuan
- Memupuk unsur-unsur patriotisme
- Menyatakan harapan yang relevan.
8. Rujukan - Berdasarkan buku, majalah, akhbar
- Internet
- Temubual
- Television
9. Penilaian umum - Memupuk semangat patriotik dan cintakan
warisanbangsa
- Menghargai dan berbangga dengan sejarah negara
- Melahirkan rakyat berdisiplin
8
3.1 Pengenalan
(Gambar Muzium Sultan Abu Bakar)
1.Nama bangunan
Nama muzium ini adalah Muzium Sultan Abu Bakar yang diambil bersempena
nama Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Pahang IV.Nama tersebut diambil
bersempena Istan Beram didirikan di situ dan kediaman rasmi Sultan Abu
Bakar.Tetapi istana tersebut telah lama ditinggalkan atau runtuh dan kemudian
ditumbuhi hutan.
9
2.Keunikan bangunan
Selain itu,pada laman utama terdapat kereta api,kereta kebal dan kapal.Selain itu
terdapt kolam renang cetek yang besar dengan air pancut dan patung-patung
burung kayu serta pembinaan kayu rumit seperti manusia dan haiwan.
3.Lokasi Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium Sultan Abu Bakar terletak berhampiran Sungai Pahang.Ia juga berjarak
13.4km dari MRSM Tun Abdul Razak,Pekan.
10
3.2 LATAR BELAKANG BANGUNAN
Muzium Sultan Abdul Bakar merupakan bangunan terunggul di Bandar Diraja
Pekan.Ia terletak di atas tanah yang mempunyai pelbagai coretan catatan sejarah.Ia
bermula pada era residen di Negeri Pahang sehingga membawanya sebagai sebuah
istana tempat bersemayamnya Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang IV).
Pada satu ketika dahulu,tapak asal bangunan tersebut hanyalah sebuah
hutan.Ia juga sebahagian tapak sebuah istana yang pernah didirikan di sini pada
masa dahulu iaitu Istana Kota Beram yang diami oleh Almarhum Sultan Abu
Bakar (Sultan Pahang IV).Istana tersebut secara rasminya menjadi istana bagi
Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang IV). Pada 24 Ogos 1888, British
dengan rasminya campur tangan secara langsung dalam pentadbiran Negeri
Pahang. British merasakan mereka memerlukan sebidang tanah untuk mendirikan
tempat kediaman bagi para pegawainya yang bertugas di Negeri Pahang. Oleh itu,
pihak British telah mendapat kebenaran daripada Almarhum Sultan Ahmad (Sultan
Pahang yang pertama dari keturunan bendahara) iaitu sultan yang memerintah pada
masa itu bagi mendirikan sebuah bangunan khas untuk tujuan tersebut. Pada 1929,
bangunan kayu ini telah digantikan dengan bangunan batu. Ini kerana, Pekan
sering mengalami banjir dan hal ini mengakibatkan kerosakan pada struktur
bangunan kayu tersebut. Semasa Perang Dunia Kedua bangunan ini telah dijadikan
sebagai markas pentadbiran Kampetai.Terdapat buktinya Kampetai pernah
menjadikan bangunan tersebut sebagai markas pentadbiranya.Pernah kakitangan
muzium menjumpai peluru ‘machine-gun’ yang masih berangkai ditanam dalam
tanah di sekeliling beberapa batang tiang di bawah bangunan ini ketika kerja-kerja
menggali kabel elektrik dilakukan. Sebaik sahaja perang tamat, bangunan ini terus
ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah pada 1948, bangunan ini dengan rasminya
diambil oleh Almarhum Sultan Abu Bakar untuk dijadikan istana rasminya, dengan
nama Istana Kota Beram. Almarhum Sultan Abu Bakar berangkat meninggalkan
Istana Kota Beram setelah siapnya Istana Abu Bakar pada 1965. KDYMM Sultan
Pahang telah berkenan menjadikan Istana Kota Beram sebagai muzium negeri dan
pada 17 Mac 1976 yang mana pejabat Lembaga Muzium Negeri Pahang telah
dipindahkan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ke Istana Kota Beram.
Setelah dijadikan muzium banyak pengubahsuaian dilakukan terutama di bahagian
dalam untuk dijadikan galeri-galeri pameran. Bayaran masuk ialah RM4 untuk
11
rakyat Pahang, RM5 bagi warganegara Malaysia dan RM15 bagi pelancong luar
negara.
12
3.3 STRUKTUR BANGUNAN
Hiasan Dalaman
Bahan Binanan
-batu bata,simen,zink
Hiasan Dalaman
-ukiran kayu,keris,dan lain -lain
13
3.4 TUJUAN BANGUNAN DIBINA
Bangunan tersebut dibina sejak zaman campur tangan Bristish dalam pentadbiran
negeri Pahang untuk dijadikan tempat kediaman bagi para pegawainya yang
berkhidmat di negeri Pahang pada zaman itu.Pada Perang Dunia Kedua,ia
dijadikan markas pentdbiran Kampetai.Selepas tamat perang,bangunan tersebut
diambil oleh Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai kediaman rasmi baginda.Kini
bangunan tersebut dijadikan sebagai muzium.
3.5 FUNGSI DAN KEADAAN BANGUNAN PADA MASA KINI
Bangunan ini dijadikan muzium yang menempatkan sejarah tentang bijih
timah,zaman campur tangan British,zaman pemerintahan Jepun dan juga zaman
pentadbiran Sultan Abu Bakar.Keadaaan bangunan tersebut telah diperbaiki dan
dinaik taraf fungsinya.
3.6 CANDANGAN LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA
BANGUNAN
Pada pandangan saya bangunan tersebut perlulah dijadikan warisan negara.Ini
penting bagi rakyat untuk mengambil iktibar dan pendoman daripada peristiwa
yang terdapat pada bangunan tersebut.Selain itu rakyat perlulah bertanggungjawab
terhadap bangunan tersebut untuk menjaga persekitaran bangunan tersebut.Pihak-
pihak dari Angensi Muzium Negara juga berperanan untuk menyimpan sebilangan
sejarah yang berkaitan pada muzium tersebut.
14
3.7 RUMUSAN
Setelah sekianya lama saya berusaha menyiapkan tungasan akhirnya sudah
hampir sampai kepenghujungnya.Pelbagai sumber yang saya
selidik.Kebanyakkannya daripada sumber atas talian.
Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.Sejarah di Malaysia banyak
puncanya.Daripada sumber bijih timah hinggalah pelayaran.Misalnya,Pahang
mempunyai sumber bijih timah yang mendorang pihak British campur tangan di
tanah air.Selain itu,pelayaran juga membuatkan sejarah diceritakan seperti
Perlabuhan Melaka pelayaran British ke China.
Itu melibatkan sejarah kepada negara kita.Kita tidak perlu menyia-siakan
warisan sejarah negara kita.Ia diibaratkan sebagai sebahagian daripada harta kita
bersama.
15
3.8 RUJUKAN
Orang Sumber
Nurul Huda Husna binti Abdullah
Internet
• Muzium Sultan Abu Bakar - Bandar Pekan (wikimapia.org)
• Muzium Sultan Abu Bakar - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
• https://www.pahangtourism.org.my/index.php/pekan/sultan-abu-bakar-
museum
• HERITAGE BUILDING: SEJARAH BANGUNAN MUZIUM SULTAN
ABU BAKAR (heritage-gold.blogspot.com)
• Muzium Sultan Abu Bakar - Bandar Pekan (wikimapia.org)
• Muzium Sultan Abu Bakar (Pekan) - 2021 All You Need to Know Before
You Go (with Photos) - Pekan, Malaysia | Tripadvisor
• https://www.whwdesign.org/muzium-sultan-abu-bakar
16
4. Penilai umum
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
Pelbagai jasa-jasa tokoh kita yang berbakti untuk tanah air kita.Oleh itu
generasi muda perlulah menghargai jasa-jasa yang disumbangkan oleh
mereka.Selain itu,pelbagai usaha-usaha memelihara dan pemulihan bangunan
tersebut untuk memupuk semangat cinta akan negara kita.
Hal ini dapat memupuk semangat patriolisme pada negara kita.Sebagai
contoh Muzium Sultan Abu Bakar dibina sejak dulu bagi kediaman pengawai
British.Ia juga mengigatkan kita tentang penjajahan British pada ketika itu.Selain
itu ia mengigatkan kita kepada penentangan tokoh-tokoh yang terlibat untuk
menentang penjajah asing tersebut.Bangunan ini dapat memberi semangat kepada
rakyat-rakyat Malaysia untuk Bersatu supaya perkara tersebut tidak berulang.
Kesimpulannya,dengan program ini,kita dapat berlajar untuk Bersatu padu
antara kaum,menentang kuasa asing menakluk negara kita,menambah semangat
patriolisma dan lain-lain.Ini dapat membuktikan negara kita adalah suatu negara
yang hebat.
17