Memberi penerangan yang jelas kepada penjawat awam, warga pendidik dan NGO pendidikan tentang Dasar Malaysia Madani serta kepentingan hidup secara harmoni, saling menghormati dan meraikan kepelbagaian. Menyampaikan maklumat yang sahih dan diyakini mengikut landasan Islam serta menghilangkan tanggapan salah yang bersifattaasub. Menyediakan kandungan rancangan yang bermutu sesuai dengan keperluan semasa Kerajaan Persekutuan untuk siaran ulangan di media rasmi kerajaan. Memelihara keharmonian antara agama, bangsa, persefahaman, keharmonian serta toleransi adalah usaha yang melibatkan kerjasama semua pihak. Usaha ini perlu dilakukan secara berterusan demi memastikan rakyat Malaysia serta penjawat awam berbilang kaum saling meraikan dan menghormati antara satu sama lain. Gagasan Malaysia Madani serta nilai-nilai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia perlulah dibawa dan diberi penerangan dengan sebaiknya supaya masyarakat dan kakitangan kerajaan menerima maklumat yang sahih berteraskan sumber yang tepat. Tugas ini perlu dipikul secara bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta rakan-rakan strategiknya demi penyempurnaan cita-cita risalah dakwah Islamiyyah di Malaysia terutamanya bagi mewujudkan sebuah pemerintahan negara yang diyakini rakyat, kukuh, mampan serta maju berteraskan dasar Malaysia Madanidan perspektif Islam.
8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran / srapan 8.30 – 9.30 pagi : : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis Sesi Libat Urus PIBKS Haji Kamal bin Abdullah Tim. PPD Sektor Pengurusan Sekolah 9.30 – 10.30 pagi Majlis Perasmian : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa Ustaz Mohd Helmi bin Awang : Ucapan Alu-Aluan Haji Jelani bin Sulong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu : Ucapan Perasmian Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron D.P.M.T Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Terengganu 10.30 pagi – 12.30 tgh : Bicara Minda Madani “ Wadah Ilmu Membentuk Pendidik Insani” Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi bin Abdul Kadir Ketua Jabatan Kenegaraan & Ketamadunan, UMT : Sesi Soal Jawab 12.30 – 1.00 tgh. : Penutup Jamuan Bersurai
Jawatankuasa Program Wacana Minda Madani dan Sesi Libat Urus PIBKS Daerah Kuala Terengganu mengucapkan sekalung penghargaan kepada: 1. PPD Kuala Terengganu 2. YADIM Negeri Terengganu 3. Dato’ Mufti Negeri Terengganu 4. Perpustakaan Awam Negeri Terengganu 5. Jabatan Penerangan 6. Jabatan Perhubungan 7. KPIBKS Daerah Kuala Terengganu 8. Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi bin Abdul Kadir 9. Pengetua Sekolah-sekolah Daerah Kuala Terengganu 10. Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Kuala Terengganu 11. YDP PIBG/ Setiausaha PIBG dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.