BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH:
PUAN SELINA BINTI AHMAD
NAMA :
DIANA ANAK GAJAH
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR : DIANA ANAK GAJAH
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN : 2021022310087
KUMPULAN/ UNIT : 030622-13-1206
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH : PPRBMM2-4
TARIKH HANTAR
: BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
: PUAN SELINA BINTI AHMAD
: 21.03.2022
2
ISI KANDUNGAN : m/s 4
m/s 5-7
1.0 PENGENALAN m/s 8-9
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU m/s 10-12
m/s 13
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU m/s 14
a) PENDIDIKAN
b) KEPUASAN ESTETIK
c) HIBURAN
d) DAKWAH
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN
5.0 RUMUSAN
6.0 RUJUKAN
3
1.0 PENGENALAN
Menurut Sarjana Ismail Hussein (1998:23)
kesusasteraan merangkumi semua aspek yang
menggunakan kata-kata atau bahasa yang
bersifat kreatif. Jika dikaji dari konteks
pendidikan, kesusasteraan Melayu ialah karya
asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu yang
berunsurkan keindahan dan kehalusan sama
ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak,
prosa tradisional atau puisi tradisional bagi
mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani
di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan
citra masyarakat.
4
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam Bahasa
Melayu 1, kesusasteraan Melayu merujuk kepada
hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam
kalangan masyarakat melayu. Sastera bersatu
dan berintergrasi dalam kehidupan masyarakat
Melayu tradisional. Sebagai contoh, seorang ibu
akan menyanyikan balada-balada yang berirama
dan merdu secara sengaja ataupun tidak untuk
menidurkan bayinya.
Kesusasteraan juga satu bentuk ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan
kesusasteraan terbentuk daripada perkataan
Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf
atau buku indah. Selain itu, kesusasteraan dalam
Bahasa Melayu juga sama erti dengan literature
dalam Bahasa Inggeris.
Sejarah dan perkembangan kesusasteraan
Melayu bermula dalam bentuk sastera lisan diikuti
dengan sastera yang bercorak tulisan pada zaman
Islam. Kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada
dua bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi.
Kedua-dua bentuk ini dikategorikan kategori klasik
dan moden.
5
Bentuk prosa dapat dikategorikan kepada
prosa klasik dan prosa moden serta puisi klasik
dan puisi moden. Prosa ditakrifkan sebagai satu
bentuk karangan yang panjang. . Prosa Melayu
Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama
iaitu naratif dan bukan naratif. Prosa tradisional
berbentuk naratif boleh dibahagikan kepada dua
pecahan iaitu naratif lisan dan naratif tulisan
manakala bukan naratif pula terdiri daripada
sastera undang-undang, sastera kitab, sastera
ketatanegaraan serta kepustakaan ilmu
tradisional.
Puisi ialah satu bentuk karangan berangkap
yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi
itu. Puisi tradisional dibahagikan kepada dua
pecahan iaitu naratif dan bukan naratif. Puisi
berbentuk naratif ialah syair manakala yang
bukan naratif ialah pantun, gurindam, seloka dan
sebagainya.
6
Prosa moden terdiri daripada novel dan
cerpen. Dalam konteks kesusasteraan , novel
dimaksudkan dengan prosa cereka yang
panjang dan berwajah baru. Struktur binaan
novel ialah mengandungi tema, persoalan, plot,
watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai
serta pengajaran. Cerpen pula merupakan
singkatan perkataan ‘cerita’ dan ‘pendek’ .
Cerpen digunakan secara umum untuk
membawa maksud karya-karya penulisan dan
penerbitan untuk kanak-kanak dan remaja.
Ciri-ciri puisi moden ialah bersifat bebas,
dipengaruhi oleh kesusasteraan Barat serta
pengarangnya diketahui dengan jelas. Menurut
Jalil (1990) puisi moden muncul sejak kehadiran
Jepun di Indonesia.
7
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Siti Hajar Abdul Aziz menyatakan bahawa
fungsi kesusasteraan Melayu ialah sebagai alat
pendidikan. Pengarang menterjemahkan
pengalaman-pengalaman mereka melalui kisah
yang ditulis yang merangkumi bidang ilmu
seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
Pengalaman mereka dijadikan prosa atau puisi
dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,
moral atau ilmu pengetahuan yang dapat
memberi pendidikan secara tidak langsung
kepada pembaca. Tegasnya, kesusasteraan
mampu menjadi bahan pendidikan buat
masyarakat.
Selain itu, kesusasteraan juga berfungsi
untuk memberi kepuasan estetik. Penulis cerita
akan berasa tenang dan damai apabila mampu
menghasilkan sesuatu cerita yang dapat
menyentuh perasaannya. Bagi pembaca,
mereka akan berasa puas kerana dapat
membaca karya yang mempamerkan
keindahan.
8
Seterusnya, fungsi kesusasteraan yang ketiga
ialah untuk menghiburkan serta melahirkan karya
sastera yang membawa keseronokan yang indah.
Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun.
Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya
sastera seperti cerita penglipur lara diterima oleh
masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai
masyarakat pada suatu ketika. Kesusasteraan
Melayu juga menjadi penawar nurani pembaca atau
khalayak melalui bahasanya yang indah.
Kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai
dakwah. Dakwah sebagai proses penyampaian
pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja
disampaikan melalui medium atau saranan yang
difahami sebagai objek dakwah (Mad’u). Medium
atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa. Ia
juga dapat menjelmakan eksistensi dirinya sebagai
medium yang lebih neutral untuk menjelajahi medan
maknadibalik ruang dan waktu yang tidak terbatas.
Oleh sebab itu bahasa dakwah dalam kesusasteraan
dapat menghibur dan menyatu metamorfosa roh
manusia dalam jangkauan trensendensi, spiritualitsa
dan religiusitas.
9
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN
Pantun terbina dengan hukum-hukumnya.
Misalnya akhiran setiap baris mempunyai rima a-b-
a-b. Pembayang dipetik daripada alam. Kosa kata
yang mendirikan rangkap memperlihatkan
kepetahan luar biasa untuk menyusunnya.
Pembayang dan maksud adalah dua perkara
berbeza tetapi berada dalam lingkungan budaya
dan alam Melayu yang sama.
Rangkap yang pertama merupakan pantun
nasihat. Pantun nasihat adalah pantun yang berisi
anjuran, himbauan dan nasihat yang baiknya
dilaksanakan. Baris “ baik dibawa resmi padi,
semakin berisi semakin tunduk “ merupakan
nasihat kepada kita. Maksud ayat tersebut ialah
semakin tinggi tahap ilmu seseorang itu, semakin
tinggi tahap rendah dirinya. Secara ringkasnya,
kita tidak boleh sombong walaupun berilmu
pengetahuan.
10
Rangkap yang kedua pula merupakan
pantun budi. Pantun budi adalah pantun
yang berisi tentang kesopanan, sikap dan
perilaku. Maksud baris “indah tampan kerana
budi, tinggi bangsa kerana bahasa” ialah
orang yang berbudi akan dipandang mulia,
martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan
tutur kata. Tegasnya, kita mestilah berbudi
bahasa dari segi tingkah laku ataupun
bahasa.
Rangkap yang ketiga ialah pantun
peribahasa. Pantun peribahasa adalah
pantun yang berisi tentang ungkapan yang
pada umumnya memiliki susunan teta.
Maksud pantun tersebut ialah apabila suatu
ilmu atau pelajaran yang tidak sempurna
dipelajari, maka tidak akan mendatangkan
suatu manfaat atau faedah. Jelasnya, kita
haruslah mengetahui kebaikan ilmu yang kita
pelajari untuk mengelakkan ilmu yang kita
pelajari hanyalah sia-sia.
11
Rumusan tentang ketiga-tiga pantun
tersebut ialah pantun tersebut mengajari kita
tentang kepentingan berperilaku baik dalam
kehidupan kita semasa kita menuntut ilmu
atau tahap ilmu kita ada peningkatan.
Apabila kita merendah diri, kita akan
dihormati dan disenangi orang lain. Selain
itu, Bahasa juga penting kerana bahasa
merupakan lambang keagungan sesebuah
masyarakat. Semakin tinggi tahap budi
Bahasa kita, semakin tinggi darjat bahasa
sesuatu bangsa.
12
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, Kesusasteraan Melayu
bukan sahaja merupakan ilmu, tetapi
merupakan rantaian-rantaian bahasa indah
yang diperlihatkan dari segi gaya bahasa.
Kewujudan sastera Melayu juga
menggambarkan segala-galanya dengan
cukup menarik seperti gambaran sesuatu
benda dalam puisi ataupun sajak. Tegasnya,
kita sebagai rakyat Malaysia haruslah
berusaha mengekalkan keindahan sastera
agar dapat ditelaah oleh generasi yang akan
datang.
13
6.0 RUJUKAN
Abang Muhi, A. P. (2018). Akal Budi dalam
peribahasa Melayu Sarawak. Jurnal Peradaban
Melayu, 13, 28-41.
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.3.2018
Ali, A. H. (2011). Konsep Keindahan dalam
Kesusasteraan Melayu Tradisional. PENDETA, 2,
99-117. Retrieved from
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/
view/1109
Ibrahim, Maniyamin (2009) Konteks sastera &
budaya Melayu / Maniyamin Ibrahim. Karisma
Pub., Shah Alam, Selangor. ISBN
9789831954140
Ismail Hussein (1998). Konsep dan fungsi
kesusasteraan Melayu.
https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-
dan-fungsi-kesusasteraan-Melayu
Ismail Hussein (1974). Sastera dan Masyarakat.
Kuala Lumpur: Pustaka
14