Tan Sri Hajjah Zainon
Binti
Munshi Sulaiman
( 1903 – 1989 )
Iffahana Fasihah Binti Mohd Fairus
6 Delima
m-10679144@moe_dl.edu.my
SK Serom 3, 84410 Sungai Mati, Tangkak, Johor.
PENDAHULUAN
Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman (22 Januari 1903 - 2 April 1989) atau lebih dikenali sebagai Ibu
Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang,
Riau. Ibu Zain bertuah kerana Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi peri pentingnya pendidikan di
kalangan anak-anaknya, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Daripada beliaulah, Ibu Zain mendapat pendidikan
tidak formal. Oleh itu, tidak hairanlah Ibu Zain sendiri mementingkan Pendidikan di kalangan wanita dan
memperjuangkannya untuk kepentingan pada masa hadapan. Sumbangan Ibu Zain di dalam Pendidikan dan politik di
Johor amat membanggakan sehiggakan beliau menjadi orang pertama mengasaskan Sekolah Agama Perempuan Johor
dan menjadi perintis bagi Kaum Ibu yang mewakili UMNO pada ketka itu. Seharusnya, kita merasa bangga dengan
kejayaan dan usaha Ibu Zain dalam memperjuangkan hak wanita di dalam pendidikan dan politik.
BIODATA
Nama : Tan Sri Hajjah Zainon Binti Munshi Sulaiman
Tempat lahir : Nyalas, Melaka
Tarikh Lahir : 22 Januari 1903
Tempat persemadian : Makam Mahmoodiah, Johor Bahru
Tarikh meninggal dunia : 2 April 1989
Pasangan : Haji Amin Bin Ahmad
Anak : Adibah Binti Amin , Fadzilah dan Sulaiman Shakib
Pekerjaan : Pendidik dan bekas Ahli Parlimen
SEJARAH
PENDIDIKAN
❑ Methodist Girls School, Tengkera (1909-1912)
❑ Tengkera School (1913-1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Suatu
pencapaian yang tidak ramai mampu gapai, khususnya di kalangan
anak gadis . Ibu Zain mempu mempertahankan akidahnya yang terdidik
dari kecil ketika ditawarkan menjadi mubaligh Kristian.
❑ Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di
Pusat Jaya, Negeri Sembilan.
KERJAYA
❑ Tahun 1921 - berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani.
❑ Tahun 1924 - beliau dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Perempuan Bandar Maharani.
❑ Guru Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi seluruh negeri Johor.
❑ Pengasas dan penyelia sekolah agama petang.
❑ Menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor dan dilantik sebagai presiden.
❑ Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama 19 tahun sejak tahun 1930.
❑ Tahun 1929-1941 - Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, bergelar "Bulan Melayu".
❑ 1950 - Ketua Kaum Ibu, UMNO (sekarang Ketua Wanita UMNO).
❑ ADUN Pontian Selatan ( 1958 – 1964 )
SUMBANGAN IBU ZAIN DI JOHOR
BIDANG PENDIDIKAN
❑ Menubuhkan Sekolah Agama Negeri Johor dan masih terus beroperasi
sehingga kini.
❑ Menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah
Agama Negeri Johor.
❑ Menubuhkan kolejnya sendiri yang bernama Kolej Tunku Ampuan
Mariam di Johor Bahru. Kini ianya telah bertukar menjadi Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru dan merupakan SMKA
yang terbaik di negeri Johor.
NILAI KEPIMPINAN
Ikon Pendidikan sehingga dianugerahkan gelaran Suluh Budiman (1980),
Tokoh Sastera ( 1982), Tokoh Pendidikan (1983)
Berjuang menerusi saluran penulisan dan Pendidikan.
Berwibawa dan berdedikasi
Prihatin terhadap keperluan wanita untuk menuntut ilmu
Peramah dan penyayang
POTRET IBU ZAIN
Ibu Zain menyampaikan hadiah kepada Tunku Abdul Rahman
pada hari kelahirannya yang ke 80 pada 1983. Beliau adalah antara
wanita yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
POTRET IBU ZAIN
Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman (Ibu Zain)
Pemenang Pingat Tokoh
PENUTUP
Tan Sri Hajjah Zainon bte Munshi Sulaiman atau Ibu Zain merupakan tokoh pendidik dan politik wanita terkenal. Di atas jasa dan
sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan beberapa penghormatan dari dalam dan luar negara. Sesungguhnya jasa
beliau kepada negara dan khususnya terhadap pendidikan di Johor amat membanggakan dan boleh dijadikan sebagai pemangkin dan semangat
untuk terus menuntut ilmu bagi kehidupan yang lebih baik bagi generasi akan datang. Menerusi usaha beliau yang tidak mengenal erti penat
lelah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan tahap pendidikan di tanah air kita dan khususnya bagi negeri Johor sendiri. Akhir
kata, semoga usaha murni sepanjang hayat beliau mendapat pahala amal jariah. Hayatilah kata – kata dari Ibu Zain ini sebagai pemangkin
semangat generasi akan datang untuk lebih berdaya saing dalam menuntut ilmu samada bidang akademik mahupun keagaaamaan.
“Selagi kita bernyawa, kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara. Itulah hiasan yang sebenar.”
SUMBER RUJUKAN
✓ http://www.arkib.gov.my/web/guest/tan-sri-hajah-zainun-bt-munshi-sulaiman
✓ https://pkssmkpekanbaru.wordpress.com/ibu-zain/
✓ https://www.majalahlabur.com/inspirasi/kenali-ibu-zain-yang-merupakan-seorang-tokoh-pendidikan/
✓ https://malay.wiki/content/Zainon%20Munshi%20Sulaiman/Laman_Utama.html
✓ https://tahutuai.com/profil-ibu-zain-pendidikan-inggeris-tidak-gugat-keislamannya-terus-mara-
perjuangan/
✓ https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainon_Munshi_Sulaiman
SEKIAN TERIMA KASIH