PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SMK ST. PAUL
70200 SEREMBAN
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46
Tarikh : 23-10 -2021
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik AVA, SMK St. Paul, Seremban
Kehadiran : Ibu bapa/ Penjaga : 55 orang
Guru-guru : 85 orang
Agenda 1 Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa / penjaga
dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG SMK St. Paul, Seremban
kali ke-46.
1.2 Seterusnya beliau menjemput Tuan Pengetua, En. Kalaiselvam a/l
Muniandi untuk menyampaikan ucapannya.
Agenda 2 Ucapan Tuan Pengetua
2.1 En Kalaiselvam selaku pengetua SMK St. Paul mengucapkan terima
kasih kepada Pengerusi dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa,
penjaga dan warga pendidik yang dapat meluangkan masa menghadiri
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 ini.
2.2 Beliau menyatakan mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan
Guru(PIBG) secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan atas dasar
KPM hanya membenarkan diadakan di luar sekolah . Hal ini
membebankan pihak sekolah dari kos , peralatan dan tenaga guru.
Justeru itu, pihak sekolah memilih diadakan secara hybrid iaitu secara
Google Meet dan bersemuka.
2.3. Beliau menyatakan pencapaian keputusan SPM sekolah menunjukkan
peningkatan yang amat membanggakan berbanding dengan beberapa
sekolah di sekitar Seremban .Keputusan SPM 2020 mencapai peratus
lulus 85.35 peratus dengan Gred Purata Sekolah 4.32 yang mana
seramai 15 orang pelajar mencapai keputusan cemerlang.
2.4 Beliau memaklumkan beberapa mata pelajaran mencapai peningkatan
100 peratus lulus antara mata pelajaran tersebut ialah Perniagaan ,
Pendidikan Seni Visual, Kimia , Fizik , Biologi, Bible Knowledge,
Kesusasteraan Cina dan Tamil.
51
2.5. Pencapaian STPM mencapai 100 peratus lulus dengan 26 orang
pelajar memperolehi 3 point dan 11 orang memperoleh 3.5. Secara
keseluruhannya sekolah memperolehi kedudukan tempat ke-3 di
peringkat Negeri dan tempat pertama dalam aliran Sains.
2.6 Sehubungan itu, Tuan pengetua merakamkan syabas dan tahniah
kepada semua pelajar SPM dan STPM serta guru-guru yang terlibat
secara langsung . Beliau juga merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada ibubapa penjaga yang berkerjasama dan barisan AJK
PIBG 2020 yang banyak memberi sumbangan, membantu dalam
menyokong program- program peningkatan pelajar.
2.7 Beliau memaklumkan pencapaian kokurikulum 2021 juga amat
membanggakan. Kelab pemainan Hoki, Ping pong dan Catur
mendapat tempat Johan di peringkat daerah dalam pertandingan atas
talian . Kadet Polis turut mendapat Johan di peringkat Daerah dan
mendapat tempat ke peringkat Kebangsaan . KRS dan Squash
mencapai Johan di peringkat Daerah dan Negeri. Sementara unit
Matematik , Pengakap Kelana Tingkatan 6 turut mendapat
pencapaian di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau
mengumumkan pasukan debat Bahasa Inggeris berjaya mencapai
tempat ke -3 dalam pertandingan Piala Tan Sri Abdul Rahman
Arshard dan Johan di peringkat negeri dan dinobatkan pendebat
terbaik peringkat Negeri .
2.8 Tuan pengetua menyambut baik pesanan dari pihak PPD supaya
menfokuskan aspek 3K dalam mentadbir urus sekolah iaitu
Kewangan, Keselamatan dan Keceriaan, Kebersihan dan Kesihatan .
2.9 Beliau akan menfokuskan aspek keselamatan kerana bangunan
sekolah telah berusia lebih 60 tahun dan memerlukan banyak
penyelengaraan bagi memastikan keadaan kondusif dan boleh
beroperasi dengan baik. Sehubungan itu, tuan pengetua merakamkan
ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG 2020 , OPA dan orang
perseorangan atas bantuan yang memberangsangkan
memandangkan sumber kewangan sekolah agak terhad. Beliau juga
berharap barisan PIBG 2021 /22 akan terus menyokong dan
membantu pengurusan sekolah dalam menyediakan prasarana yang
selamat dan kondusif untuk murid –murid dan guru- guru.
2.10 Aktiviti insaniah di bawah konsep sekolah penyayang telah
dilaksanakan sejak bulan Julai hingga kini. Program sumbangan
‘Food Basket' yang bermula dari sumbangan dari Puan Elizebeth
52
Chong dan kumpulan ahli Gereja Katolik mencetus idea kepada
aktiviti membantu para pelajar yang tidak berkemampuan dan yang
terkesan akibat pendemik seramai 62 orang . Aktiviti diteruskan oleh
sumbangan YB Waythamoorthy, Pn Azlin Hashim , En Mohamad Ali
bin Dawood , Karongga Agensi dan bekas pelajar kohort 1984 yang
diketuai oleh Encik Mohamad Ali bin Dawood dan Encik Iqbal.
2.11 Tuan Pengetua merakamkan terima kasih kepada Unit Bimbingan dan
Kuanseling di bawah kelolaan PK HEM, Pn Yap yang diketuai oleh
Pn Hafini dan En Raman kerana banyak membantu dan melancarkan
program 'Food Basket'.
2.12 Tuan pengetua memaklumkan pihak sekolah dengan kerjasama guru-
guru SMK St Paul akan memberi kupon makan bernilai RM 2 kepada
para pelajar yang tidak berkemampuan membawa wang belanja
melalui kutipan Dana Kasih Sayang.
2.13 Tuan pengetua menyatakan pencapaian internet di sekolah sangat
rendah sekitar 100mpb untuk kegunaan 1066 orang pelajar, 80 orang
guru dan 10 Pembantu am adalah tidak mencukupi kerana guru-guru
terpaksa mengunakan data persendirian untuk menjalankan tugasan
dalam talian dan PDPc serta kelas dalam talian / hybrid class.
Memandangkan kehendak ibu bapa yang tinggi terhadap kelas hybrid
dan PDPc Tuan pengetua memohon barisan AJK PIBG 21/22 dapat
memberi perhatian dalam isu ini.
2.14 Tuan pengetua merakamkan terima kasih kepada bekas pelajar kohort
1982 yang diketuai oleh Kapten Adrian dalam menyediakan 2 kelas
abad ke- 21 / hybrid class iaitu kelas 5 Anselm dan 5 Austin.
2.15 Tuan pengetua memaklumkan pihak sekolah telah mencantas pokok –
pokok yang berusia lebih 70 tahun di sekitar sekolah dengan bantuan
Mr. Woo, Dr Bob Samuel dan YB Chew bagi memastikan keselamatan
warga sekolah terjamin.
2.16 Tuan Pengetua memaklumkan pihak sekolah memerlukan bantuan
dan sokongan barisan AJK PIBG 21/22 bagi mengatasi masalah
kebocoran saluran paip bawah tanah memandangkan sekolah tiada
peruntukan. Hal ini kerana bil utiliti yang tinggi perlu dibayar
sepanjang PKP. Perkara ini juga telah dirujuk ke unit pembangunan
PPD.
53
2.17 Tuan pengetua merakamkan terima kasih kepada OPA dan orang
perseorangan terutama Mr Teh yang telah menghantar kontraktor bagi
membaik pulih kebocoran paip tersebut.
Agenda 3 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
3.1 Encik Woo Yew Kong, selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan
terima kasih kepada majlis serta mengalu-alukan kehadiran para ibu-
bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46.
3.2 Beliau juga mengalu-alukan kehadiran En. Kalaiselvam selaku
pengetua baru St.Paul.
3.3 Beliau menegaskan kepada para ibu bapa dan penjaga
tentang keadaan bangunan sekolah yang perlu dibaik pulih demi
keselamatan anak-anak dan para guru. Kerja-kerja
penyelengaraan bangunan dan infrastuktur memerlukan kos yang
tinggi. Peruntukkan Tahunan yang diberi oleh kerajaan untuk sekolah
bantuan modal tidak memadai . Oleh itu, sokongan dan sumbangan
dari ibu bapa amat di alu-alukan.
3.4 Beliau juga sedia membantu mengelolakan 'Charity Movie Premier'
sebagai acara tahunan sekiranya pihak sekolah ingin menumpul dana
untuk perkembangan sekolah.
3.5 Beliau menyeru supaya ibu bapa dan guru tampil ke hadapan
untuk memberi cadangan dan menyumbangkan kepakaran dalam
bidang masing-masing untuk memperkasakan perkembangan
pendidikan dan kebajikan sekolah.
3.6 Ini merupakan ucapan beliau yang terakhir sebagai Yang Dipertua
PIBG. Beliau berharap,AJK PIBG yang bakal mengambil alih akan
dapat menjalankan tugas dengan lebih baik lagi. Beliau juga berharap
para ibu bapa dan guru dapat mengharungi cabaran dalam teknologi
pendidikan yang kian berubah dari masa ke semasa.
3.7 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli AJK Tahun
2020/2021 atas sokongan padu dan kerjasama yang diberikan selama
ini. Beliau juga amat berterima kasih kepada YB Anthony Loke dan
Adun Lobak YB Chew Seh Yong atas bantuan dan sokongan kepada
warga SMK St. Paul.
54
Agenda 4 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2020
4.1 Minit Mesyuarat Agung yang lalu diterima sebulat suara setelah:
Dicadangkan oleh : En Yohananthan
Disokong oleh : Pn Bavna Patel
4.2 Laporan Aktiviti PIBG sesi 2020/2021 telah diterima sebulat suara
setelah:
Dicadangkan oleh : En Saravanan
Disokong oleh : Adrian Abraham
Agenda 5 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir
pada 31Disember 2020
5.1 Penyata Kewangan tahun 2020 diterima sebulat suara setelah
Dicadangkan oleh : Pn Bavna Patel
Disokong oleh : En. Christopher Rajaratnam
Agenda 6 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022
6.1 Encik Woo Yew Kong selaku YDP PIBG sesi 2020/ 21 mengambil
peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK, guru-
guru dan pihak ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang padu
kepada PIBG dalam melaksanakan banyak aktiviti yang membawa
kebaikan kepada sekolah.
6.2 Dengan kata-kata itu, beliau mengumumkan bahawa AJK sesi 2020 /
21 dibubarkan dengan rasminya.
Agenda 7 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2021 – 2022
7.1 Seterusnya, mesyuarat melantik sebulat suara En. Kalaiselvam, Tuan
Pengetua, SMK St.Paul, untuk menjalankan pemilihan AJK sesi 2021-
2022 ini.
7.2 Pemilihan AJK dijalankan bagi jawatan-jawatan berikut:
7.2.1 Yang DiPertua : Kapten Adrian Abraham
Dicadang oleh : Pn Azmawati
Disokong oleh : En Zulfadli
7.2.2 Naib Yang DiPertua : Yohanathan
Dicadang oleh : Miss Helen Paul
Disokong oleh : En Ong Teck Seng
55
7.2.3 Setiausaha Kehormat, Bendahari kehormat dan lima orang
AJK Guru akan dilantik oleh Pengetua.
7.3 Pemilihan AJK Wakil Ibu bapa
7.3.1 Dr Tam Jenn Zheung
Dicadang oleh : Pn Pathma
Disokong oleh : Kapten. Adrian Abraham
7.3.2 Dr Mahadevan Deva Tata
Dicadang oleh : En Yohananthan
Disokong oleh : Pn Yoe Pick Ling
7.3.3 En Saravanan Balakrishnan
Dicadang oleh : En Selvasingam
Disokong oleh : En Yohananthan
7.3.4 Dr Rokiah Bte Halim
Dicadang oleh : En Suhaimi Bin Aziz
Disokong oleh : Pn Enab Bt Daud
7.3.5 Pn Bavna Patel
Dicadang oleh : Pn Siti Noraishah
Disokong oleh : Kapt. Adrian Abraham
7.3.6 En Kaliannan Sinnappan
Dicadang oleh: En Rusmawi
Disokong oleh: Pn Rosmawati
7.4 Wakil Guru (Lantikan pihak sekolah dengan persetujuan Mesyuarat)
7.4.1 En. Arumugam a/l Sankaran (Penolong Kanan Pentadbiran)
7.4.2 Pn. Yap Kwee Inn (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
7.4.3 Pn. Nor Hafini Bt. Yusuf (Kaunselor)
7.4.4 Pn. C.M.Gunavathi a/p Jeyaindran (Guru Akademik)
7.4.5 Pn. Nazirah By. Alias (Guru Akademik)
7.5. Pemilihan Juru Audit dalaman:
7.5.1 Pn Haliza Bte Mohamed
7.5.2 Encik Amran Bin Kadir
Dicadang oleh: Pn Shantini Thilaga Lingam
Disokong oleh: Kapt. Adrian Abraham
56
Berikut adalah senarai AJK PIBG Sesi 2021/2022
AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. PAUL
SESI 2021/2022
1. EX-OFFICIO : ENCIK KALAISELVAM A/L MUNIANDI
2. YANG DIPERTUA PIBG : CAPT. ADRIAN ABRAHAM
3. NAIB YANG DIPERTUA PIBG : ENCIK YOHANANTHAN
4. SETIAUSAHA KEHORMAT : PN AGNES AMMAL A/P THASAN
5. BENDAHARI KEHORMAT : PN HALIMAH HELENA KABINDONG
6. AJK PIBG -IBU BAPA : DR TAM JENN ZHEUNG
7. AJK PIBG : DR.MAHADEVAN DEVA TATA
8. AJK PIBG : DR ROKIAH BT. HALIM
9. AJK PIBG : PUAN BAVNA PATEL
10. AJK PIBG : ENCIK KALIANNAN SINNAPPAN
11. AJK PIBG -GURU : En. Arumugam a/l Sankaran
12. AJK PIBG : Pn. Yap Kwee Inn
13. AJK PIBG : Pn. Nor Hafini Bt. Yusuf
14. AJK PIBG : Pn. C.M.Gunavathi a/p Jeyaindran
15. AJK PIBG : Pn. Nazirah By. Alias
JURU AUDIT DALAM
1. PN HALIZA BT.MOHAMED
2. ENCIK AMRAN BIN KADIR
Agenda 8 Membahaskan Usul
8.1 Usul 1 - YPD PIBG, Kapten Abraham mengusulkan:
a) Kutipan sumbangan PIBG sekolah 2021 termasuk majalah sekolah
RM 145
b) Pembelian buku kerja untuk kegunaan pelajar ( jika perlu)
RESPON
Usul-usul di atas disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang
hadir.
8.2 Usul 2 - Pihak sekolah menyarankan Penjajaran Internet yang lebih
luas Unifi 800Mbps.
57
RESPON
YDP dan NAIB YDP memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak
sekolah dalam pencapaian internet yang sangat tidak memuaskan .
Usul ini diluluskan dengan sokongan sebulat suara.
8.3 Usul 3 - Pn Tam Kit Fun menyarankan supaya tempat letak kereta
yang berturap bagi pelajar tingkatan 6.
RESPON
Pengetua memaklumkan bahawa usul ini tidak dapat diterima kerana
kawasan tempat letak kereta berada di luar perimeter sekolah.
Tambahan pula pelajar Tingkatan 6 akan ditempatkan di SMK Forest
Heights mulai bulan Mei 2022 atas dasar kerajaan.
8.4 Usul - 4 En Chong Dat Sun menyarankan supaya Tingkatan 6
diteruskan di SMK St.Paul.
RESPON
Pengetua menerangkan bahawa penempatan Tingkatan 6 adalah atas
dasar kerajaan. Oleh itu pihak sekolah perlu akur dengan arahan
Kementerian.
8.5 Usul - 4 Pn Jeevarani mencadangkan supaya sekolah mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG pada Hari Ahad supaya lebih ramai ibu bapa
dapat hadir.
RESPON
En Kalaiselvam menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk
membebankan guru pada hari cuti Ahad. Beliau memohon supaya ibu
bapa meluangkan sedikit masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung
PIBG yang cuma dijalankan setahun sekali sahaja pada hari Sabtu.
AGENDA 9 HAL-HAL LAIN
9.1 En Yohananthan mengucapkan terimakasih kepada semua guru yang
menjalankan PDPR yang berkesan secara atas talian. Terdapat
interaksi yang baik diantara guru dan murid semasa PDPR.
9.2 Pn Bavna mencadangkan supaya Majlis Graduasi bagi pelajar
Tingkatan 5 diadakan sebagai penghargaan kepada pelajar. En
Kalaiselvam menyatakan bahawa Majlis Graduasi SPM dan STPM
akan diadakan dan ianya dalam perancangan.
58
AGENDA 10 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Kapt. Adrian Abraham ,selaku Yang Dipertua PIBG Sesi 2021-22
mengucapkan terima kasih atas kepercayaan mandate yang diberi
kepada beliau dan AJK baru untuk menerajui PIBG.
10.2 Beliau berjanji akan melakukan segala yang diperlukan untuk
penambahbaikan intrastuktur, kecemerlangan sekolah, guru dan
pelajar.
10.3 Beliau juga mengucapkan selamat bersara kepada En. Arumugam,
En.Yee Lian Choon dan Pn Lye Yoon Moi. Tambahan beliau, pihak
ibu bapa dan sekolah akan sentiasa mengenang jasa guru-guru
yang telah bersara dan bakal bersara.
10.4 Beliau juga berharap bahawa pihak ibu bapa akan bersama-sama
berganding bahu dengan PIBG melaksanakan program dan aktiviti
sepanjang tahun ini dan tahun depan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.
Pencatat Minit:
1. Puan Noradaizah Bt. Ithnin
2. Puan Nor Hasima Bt Mat Saad
3. Puan CM Gunavathi a/p Jeyandran
4. Puan Nor Ameliza Bt. Ab. Halim
5. Puan Zainab Bt. Daud
Disediakan oleh,
…………………..
(AGNES AMMAL A/P THASAN)
Setiausaha Kehormat
PIBG SMK St. Paul'
70200 Seremban
59
.
LAPORAN
TAHUNAN
PIBG
SESI 2021-2022
60
1.0 PROJEK-PROJEK ANJURAN PIBG BAGI TAHUN 2021
1.1 Pembayaran baik pulih bangunan Bro. Casimir akibat bencana ribut
1.2 Menaik taraf bangunan Bro. James dengan memasang 'roller shutter'
untuk memudahkan penggunaan kelas -kelas untuk peperiksaan awam.
1.3 Baik pulih dan penyelenggaraan dan pemasangan CCTV
1.4 Pembayaran bulanan internet, bayaran pembaharuan laman web
sekolah.
2.0 SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
2.2.1 Membaiki pendawaian lampu dan kipas.
2.2.3 Penyelengaraan 'running light board' di bangunan makmal lama
2.2.4 Pemberian sagu hati berupa wang tunai kepada pekerja untuk
pembersihan kawasan luar sekolah selepas bencana ribut.
2.2.5 Pembelian komputer untuk kemudahan murid murid yang mengambil
matapelajaran Sains Komputer dan Asas Sains Komputer.
2.3 Sumbangan Kepada Guru
2.3.1 Cenderahati berupa wang tunai kepada guru-guru yang bersara untuk
menghargai khidmat bakti mereka di SMK St. Paul.
2.3.2 Memberi sumbangan untuk Program Makan Malam Kelab Staf SPI
3.3 Membeli mesin pencetak untuk guru.
Pihak PIBG juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang bantuan berupa pandangan,
cadangan dan sumbangan tenaga serta sokongan moral untuk menjayakan aktiviti-
aktiviti PIBG sepanjang sesi 2021-2022.
61
Disediakan oleh,
………………….
(Agnes Ammal A/P Thasan)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Paul
Kehadiran AJK PIBG ke Mesyuarat Jawatankuasa Sesi 2021-2022
Bil. Nama Ahli 13/11/21 26/2/22 21/5/22
1 Capt. Anton Adrian Gerard / //
Abraham
2 En. Yohananthan / //
Vivegananthan
3 Pn. Agnes A. Thasan / TH /
4 Pn. Halimah Helena Kabindong / //
5 Dr.Tam Jenn Zheung / / TH
6 Dr. Mahadevan Deva Tata TH TH TH
7 Dr. Rokiah Bt Khalid / / TH
8 Pn Bhavna Patel / / TH
9 En. Saravanan Balakrishnan / TH /
10 Kalianan Sinappan / //
11 Pn. Yap Kwee Inn / //
12 Cik Salina Bt Shamsudin - -/
13 Pn. Nor Hafini Bt Yusuf / TH TH
14 Pn. Nazirah Bt Alias TH / /
15 Pn. Shantini Thilaga Lingam / TH /
16 Pn. C. M. Gunavathi //
17 En. Mohamad Radzi Bin Md Zain - TH /
18. En. A.K Raman - //
62
LAPORAN
KEWANGAN
TAHUN 2021
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
USUL
75
1. Usul yang dikemukakan oleh PIBG 2021/2022 untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung PIBG pada hari Sabtu 25 hb Jun 2022 adalah seperti berikut:
a. Sumbangan PIBG* RM 138.00
b. Majalah* RM 12.00
* satu keluarga RM 150.00
c. Pembelian Buku Kerja untuk kegunaan pelajar (jika perlu)
2. Usul-usul yang dikemukakan oleh ibu/bapa/penjaga adalah seperti berikut:
BIL USUL PENCADANG ANAK
1. Pemasangan Penghawa Dingin di dewan sekolah En.Christopher Gajendranat
Rajaratnam h (2Ans)
2. Sediakan Rela untuk mengawal kesesakan Pn. Premala Veashmam
A/P (3 Cas)
Balakrishnan
3. a) Tempat berteduh untuk murid-murid di dalam En. Pradip
dan di luar kawasan sekolah. Vikiniswaran Eshwar
b) 'Walkway' atau 'Pedestrian way' yang V. (1 Ans)
berteduh supaya tidak basah ketika hujan.
c) Keadaan tandas yang bersih lengkap dengan
sabun dan tisu.
3. a) USUL INSENTIF AKADEMIK
Pelajar yang mendapat 'Straight A+' dalam Peperiksaan SPM RM 3000
Pelajar yang mendapat 'Straight A dalam Peperiksaan SPM RM 1000
Pelajar yang mendapat 7A ke atas dalam Peperiksaan SPM RM 50@ A
76
b) USUL INSENTIF KOKURIKULUM
PERTANDINGAN JOHAN PERAK GANGSA
Antarabangsa
Individu RM 300 RM 250 RM 200
Kumpulan RM 500 RM 400 RM 300
Kebangsaan
Individu RM 200 RM 150 RM 100
Kumpulan RM 400 RM 300 RM 200
Negeri
Individu RM 150 RM 100 RM 80
Kumpulan RM 300 RM 200 RM 100
Daerah RM 100 RM 80 RM 50
Individu RM 200 RM 150 RM 100
Kumpulan
Disediakan oleh: Diluluskan oleh:
AGNES AMMAL A/P THASAN ANTON ADRIAN GERARD
ABRAHAM
Setiausaha Kehormat Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK ST.PAUL SMK ST.PAUL
77
PENGHARGAAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK St. Paul Seremban
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada
semua pihak yang telah membantu PIBG menjayakan segala
aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang tahun
2021-2022 ini.
Diharapkan agar kerjasama dan sokongan daripada pihak ibu-
bapa, penjaga, pelajar dan semua yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung akan berterusan demi kecemerlangan
pelajar SMK St. Paul.
" MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"
78
79