TINJAUAN TENTANG KEBERKESANAN MODUL
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
ASAS PENGATURCARAAN TAHUN 4
1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN............................................................................................................2
2.0 KEBERKESANAN HASIL PRODUK INOVASI DIGITAL TERHADAP PENYELESAIAN
ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.................................................................... 3
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN YANG BOLEH DILAKUKAN ATAS PROJEK INOVASI
UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ............. 8
4.0 KESIMPULAN..................................................................................................................9
5.0 RUJUKAN......................................................................................................................10
2
1.0 PENGENALAN
Sejajar dengan trend Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) ini,
sebagai seorang pendidik, guru harus sentiasa membekalkan diri dengan pengetahuan TMK
demi mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. Merujuk kepada konteks tersebut, guru
RBT memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan matlamat tersebut dapat
direalisasikan kerana RBT merupakan mata pelajaran yang dapat mengembangkan
pengetahuan, kemahiran dan kreativiti pelajar dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
mereka. Akan tetapi, terdapat beberapa masalah yang telah menghalang kejayaan tersebut
dan salah satu masalah tersebut adalah pada persediaan guru dalam pengajaran
pengaturcaraan. Hal ini dikatakan demikian kerana guru kekurangan pengetahuan dan
kemahiran dari segi pengaturcaraan. Oleh itu, sebuah modul telah dihasilkan untuk
menjadikan garis panduan dan sumber rujukan kepada guru sekolah dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.
3
2.0 KEBERKESANAN HASIL PRODUK INOVASI DIGITAL TERHADAP PENYELESAIAN
ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Projek inovasi digital ini telah dijalani ujian kesahan modul pada peringkat awal
pembangunan modul bagi menguji keberkesanannya terhadap penyelesaian isu pengajaran
dan pembelajaran. Semasa membangunkan modul ini, satu analisis telah dibuat kepada 39
orang responden dalam kalangan guru Reka Bentuk Dan Teknologi di sekolah dan siswa-
siswi guru opsyen Reka Bentuk Dan Teknologi untuk memastikan modul yang dibangunkan
mempunyai kesahan dari segi isi kandungan. Analisis dijalankan dengan menggunakan soal
selidik menerusi pautan google form bagi mendapatkan maklum balas dan penambahbaikan
daripada pihak lain. Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan modul ini
merupakan panduan yang terbaik kepada guru Reka Bentuk Dan Teknologi bagi
melaksanakan pengajaran topik Asas Pengaturcaraan sejajar dengan Pembelajaran Abad
Ke-21.
2.1 ANALISIS SOAL SELIDIK
Seramai 39 responden dalam kalangan guru sekolah dan guru pelatih berjaya
memberikan maklum balas mengenai projek inovasi modul ini. Seramai 76.3% adalah
kalangan guru dan guru pelatih yang mengambil kursus major RBT, seramai 18.4 % adalah
kalangan guru dan guru pelatih yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas RBT
dan seramai 5.3% adalah kalangan guru dan guru pelatih yang mengambil kursus minor RBT.
Hasil soal selidik adalah seperti berikut (Rujuk Rajah 1).
4
Rajah 1: Latar belakang responden.
Untuk item pertama, berkenaan keperluan sebuah modul pengajaran kepada
responden untuk mengajar topik Asas Pengaturcaraan, seramai 92.3% orang responden
sangat bersetuju bahawa mereka sangat memerlukan sebuah modul pengajaran untuk topik
tersebut manakala seramai 7.7% orang responden tidak sangat memerlukan sebuah modul
pengajaran untuk mengajar topik Asas Pengaturcaraan. Sehubungan itu, major responden
telah bersetuju bahawa Modul Pengajaran Asas Pengaturcaraan (PAK 21) merupakan
sebuah keperluan utama. Hasil soal selidik adalah seperti berikut (Rujuk Rajah 2).
Rajah 2: Keperluan modul pengajaran dalam kalangan responden.
5
Untuk item seterusnya, iaitu berkenaan tahap mesra guna modul ini, seramai 64.1%
orang responden sangat bersetuju bahawa modul ini sangat mesra guna, manakala seramai
33.3% orang responden bersetuju bahawa modul ini mesra guna. Hasil soal selidik adalah
seperti berikut (Rujuk Rajah 3).
Rajah 3: Tahap mesra pengguna
Untuk item seterusnya, iaitu berkenaan tahap kepadatan isi kandungan modul,
seramai 69.2% orang responden sangat bersetuju bahawa isi kandungan modul ini padat
manakala seramai 25.6 % orang responden bersetuju bahawa bahawa isi kandungan modul
ini padat. Hasil soal selidik adalah seperti berikut. (Rujuk Rajah 4)
Rajah 4: Tahap kepadatan isi kandungan modul
6
Untuk item seterusnya, iaitu berkenaan modul ini menjimatkan masa dan
mengurangkan beban guru RBT ataupun tidak, seramai 79.5% orang responden sangat
bersetuju bahawa modul ini menjimatkan masa dan mengurangkan beban guru RBT
manakala seramai 17.9% orang responden bersetuju bahawa modul ini menjimatkan masa
dan mengurangkan beban guru RBT. Hasil soal selidik adalah seperti berikut. (Rujuk Rajah 5)
Rajah 5: Tahap penjimatan masa pengurangan beban guru RBT dengan modul.
Untuk item seterusnya, iaitu berkenaan modul ini memudahkan guru dalam membuat
pentaksiran yang sesuai untuk topik Asas Pengaturcaraan ataupun tidak, seramai 66.7%
orang responden sangat bersetuju bahawa modul ini memudahkan guru dalam membuat
pentaksiran yang sesuai untuk topik Asas Pengaturcaraan manakala seramai 33.3% orang
responden bersetuju bahawa modul ini memudahkan guru dalam membuat pentaksiran yang
sesuai untuk topik Asas Pengaturcaraan. Hasil soal selidik adalah seperti berikut (Rujuk Rajah
6)
7
Rajah 6: Tahap kemudahan guru membuat pentaksiran dalam topik Asas Pengaturcaraan.
Berdasarkan hasil soal selidik yang telah dianalisis, didapati bahawa terdapat
kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada Modul Pengajaran Asas Pengaturcaraan (PAK
21). Bagi meningkatkan keberkesanannya, beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan.
Berdasarkan hasil dapatan soal selidik yang dilampirkan di atas, kekuatan projek ini
adalah ia mempunyai ciri mesra pengguna yang agak tinggi. Hal ini dapat terbukti melalui
dapatan yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah dijalankan. Hal ini kerana,
projek ini telah direka cipta menggunakan perisian seperti Adobe llustrator, Adobe Photoshop
di mana secara khususnya projek yang dihasilkan adalah dalam bentuk digital dan mudah
untuk diakses oleh guru-guru sekolah. Seterusnya, kekuatan projek ini adalah penyampaian
kandungan pengajaran dalam modul sangat ringkas dan padat. Oleh itu, ia sangat sesuai
kepada guru-guru sekolah masa kini yang tiada masa untuk mencari sumber yang terbaik
dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi, modul ini membantu guru menguasai pedagogi
dalam memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penerimaan murid-
muridnya. Di samping, modul ini juga membimbing guru untuk mengenal pasti jenis instrumen
yang sesuai, membina instrumen, mengurus dan melaksanakan pentaksiran bilik darjah
dengan efektif. Secara keseluruhanya, data menunjukkan modul ini merupakan panduan yang
terbaik kepada guru Reka Bentuk Dan Teknologi bagi melaksanakan pengajaran topik Asas
Pengaturcaraan sejajar dengan Pembelajaran Abad Ke-21. (Sila Rujuk Lampiran)
8
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN YANG BOLEH DILAKUKAN ATAS PROJEK
INOVASI UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
Rajah 7: Cadangan Penambahbaikan
Rajah 8: Cadangan Penambahbaikan
9
Kelemahan serta cadangan penambahbaikan yang diterima melalui dapatan borang
soal selidik ialah elemen objektif pembelajaran boleh dimasukkan dalam modul pengajaran
supaya murid peka dan memahami kandungan yang seharusnya menguasai semasa
pembelajaran. Di samping, borang penilaian kendiri harus diringkaskan serta sampel
lembaran kerja antara yang baik dan yang kurang baik boleh dimasukkan supaya murid dapat
membuat refleksi kendiri serta membuat penambahbaikan pada tahap seterusnya.
Seterusnya, soalan refleksi harus ditambahbaik bagi memastikan ia lebih mendorong
terhadap sikap dan usaha murid dan bukan terhadap projek sahaja.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan bahawa modul ini dapat membantu dan memudahkan
guru untuk menjana idea dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
berdikari. Modul ini mampu meningkatkan tahap efikasi dan mengurangkan kebimbangan
guru mengajar Asas Pengaturcaraan. Di samping itu, modul ini mempertingkatkan
pengetahuan, kemahiran dan amalan guru tentang pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21).
Modul ini berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan sekaligus dapat mengukuhkan pemahaman mereka. Akhir kata, diharapkan
bahawa golongan pendidik terutamanya guru RBT dapat menghasilkan banyak projek inovasi
seperti modul pengajaran yang dapat memberi sumbangan kepada guru atas pengajaran RBT
dalam topik lain.
10
5.0 RUJUKAN
Cathrine Masingan, & Sabariah Sharif. (2020). Cabaran Pelaksanaan PTPK
Dalam MataPelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Di https://doi.org/10.10
07/s11858-016-0824-
Mohamad Nurul Azmi Mat Nor, & Nurzatulshima Kamarudin. (2017). Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Rendah. International Research
Journal of Education and Sciences, 1(1), 1–5.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan KPM. (2015b).
KSSR: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan
Teknologi Tahun Lima (1st ed.; Bahagian Pembangunan Kurikulum, Ed.). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
KPM. (2016). KSSM: Reka Bentuk dan Teknologi Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Tingkatan Dua (1st ed.; Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Ed.). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
KPM. (2015b). KSSR: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Reka Bentuk dan
Teknologi Tahun Lima (1st ed.; Bahagian Pembangunan Kurikulum, Ed.). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
KPM. (2016). KSSM: Reka Bentuk dan Teknologi Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Tingkatan Dua (1st ed.; Bahagian Pembangunan Kurikulum, Ed.).
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mhlolo, M. K. (2017). Regular classroom teachers’ recognition and support of the creative
potential of mildly gifted mathematics learners. ZDM - Mathematics Education,
49(1),81–94.
Mhlolo, M. K. (2017). Regular classroom teachers’ recognition and support of the creative
potential of mildly gifted mathematics learners. ZDM - Mathematics Education, 49(1),
81–94.
Mohamad Nurul Azmi Mat Nor, & Nurzatulshima Kamarudin. (2017). Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Rendah. International Research
Journal of Education and Sciences, 1(1), 1–5.
Palazzeschi, L., Bucci, O., & Di Fabio, A. (2018). Re-thinking Innovation in Organizations in
the Industry 4.0 Scenario: New Challenges in a Primary Prevention Perspective.
Frontiers in Psychology, 9, 30. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2018.00030
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Thin Fook, P., & Che Mustafa, M. (2017). A Review: Formation of Character Creative Students
by Sternberg Theory. International Journal of Academic Research in Business and
Social Sciences, 7(3), 2222–6990. https://doi.org/10.6007/IJARBSS.
Zamri Sahaat, & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Cabaran Pelaksanaan Mata Pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia,45 (1), 51
11