The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Himpunan karya-karya satera pelajar tingkatan 6 2022 SMK SUNGKAI.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Amiera, 2023-01-17 01:39:05

KARYA SASTERA PELAJAR F6/22 SMES

Himpunan karya-karya satera pelajar tingkatan 6 2022 SMK SUNGKAI.

BIL PERKARA 1 BAHAGIAN A: CERPEN CIP – RAZIF MAMPUKAH KITA BERSUA LAGI – FARAHWAHIDA INSAN BERGELAR AYAH – ALIYA RATU HATIKU IBU – NORRIZA SAHABAT – AMIERA PANDANGAN PERTAMA – SYAZA KASIH SAYANG (KELUARGA) – ALIA SYUHADA 2 BAHAGIAN B: PUISI MODEN PELAJAR - ALIYA BINTANG- ALIYA CAHAYA KITAB- AMIERA BAHAGIA – AMIERA PERJALANAN – ALIYA PAHLAWAN TUAH – FATHUN 3 BAHAGIAN C: PUISI TRADISIONAL NASIHAT - ALIYA PANTUN KASIH SAYANG - ALIYA


CIP - Razif “Seperti biasa, Hazim dapat kosong lagi dalam peperiksaan kali ini.” Ya, mahu tidak mahu, malu tidak malu, akulah Hazim. Salah seorang pelajar yang tercorot di SMK Bestari. Bukan aku minta pun hendak menjadi sebodoh ini. Paling sakit bila perempuan idamanku turut mentertawakan aku. “kringgg!” Loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan pada hari ini. Perlahan-lahan aku mengemas barang sekolahku. Ikutkan hati, mahu sahaja aku lari dari sekolah ini sepantas yang aku mampu tanpa menoleh ke belakang. Sedang asyik aku melayan perasaan, tiba-tiba aku terdengar bunyi derapan tapak kaki mendekatiku. Muncul susuk tubuh yang amat ku benci. “Engkau , kalau tak nak belajar, berhenti je lah sekolah.” Kata Aliff. “Biarlah aku nak buat apa. Kau jangan nak menyibuk hal aku boleh?” balasku dengan nada yang agak kasar. Manakan tidaknya, tiada salam, tiada sapaan tiba-tiba memerli aku sedemikian rupa. Aliff merupakan pelajar harapan sekolah. Kehidupannya juga serba-serbi sempurna. Memiliki kepandaian serta ketampanan wajah yang pasti akan memikat hati para gadis yang melihatnya. Bukan itu sahaja, malahan Aliff juga merupakan atlet sekolah yang amat aktif. Semua kelebihan yang dimilikinya membuatkannya menjadi seorang manusia yang angkug dan merupakan manusia yang paling aku benci di muka bumi ini. Aku tidak mempunyai rakan di sekolah ini. Jadi seperti biasa, aku duduk di luar sekolah berseorangan. Aku mempunyai matlamatku tersendiri iaitu


mengalahkan Aliff dalam pelajaran. Aku pasti bahawa sesiapa sahaja pasti akan mentertawakan aku jika mereka mengetahui matlamatku itu. Perlahan-lahan aku mengeluarkan semula kertas ujianku. Belum sempat aku menelitinya, kertas ujianku diterbangkan oleh angin dan mendarat di tengah jalan raya. “Arghh malangnya hidupku hari ini. Tiada ke hari yang menyeronokkan bagiku?.” Aku mendengus perlahan. Aku berjalan dengan pantas untuk mengutip semula kertas ujianku. Aku membengkokkan badanku untuk mengutip kertas tersebut. “pon..pon…pon..” itulah bunyi terakhir yang aku dengar sebelum pandanganku mulai kabur dan menjadi gelap. Aku tersedar buat sementara waktu. Mataku masih lemah tetapi telingaku menangkap samar suara perbualan disebelahku. “Tanamkan cip it uke dalam kepala budak ini.” Itulah bait-bait bicara yang aku dengar sebelum akum ula tidak sedarkan diri semula. “Tit..tit..tit..tit” bunyi mesin jantung disebelahku berbunyi. Aku sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas. Aku mencapai laporan doktor disebelah katilku. Aku membaca laporan tersebut seolah-olah tiada apa yang berlaku. Laporan tersebut difahami dengan mudah olehku. Nama doktor yang merawat ku ialah Doktor Fadhli bin Kassim.


Aku pun menunggu Doktor Fadhli masuk menemuiku supaya aku dapat lebih memahami apa yang berlaku. Sementara menunggu mataku tertarik dengan berita yang terpapar di kaca televisyen. “Doktor Fadhli ditemui mati akibat dibunuh Ketika dalam perjalan pulang ke rumah.” Fail laporan yag dipegang olehku, terlepas dari tanganku. Banyak persoalan yang bermain di mindaku. Aku mencapai semula laporan tersebut. Seketika aku hairan dengan diriku sendiri. “Aku sangat lemah dalam pelajaranku, tapi bagaimana kau boleh memahami laporan kesihatan yang dipenuhi leh pelbagai istilah saintifik?” Aku bermonolog. Lebih menghairankan aku memahami inti pati laporan itu dan aku yakin aku boleh kenal pasti ubatubatan yang tersenarai dalam laporan tersebut. Sedang aku kehairanan, tiba-tiba teringat perbualan antara Doktor Fadhli dan jururawatnya ketika melakukan pembedahan terhadapku. “Tanamkan cip itu ke dalam kepala budak ni.” Tanganku pantas membuka kain anduh yang melilit kepalaku. Ternyata ada kesan jahitan di kepalaku. Cip itu pasti ditanam di dalam lobus depan di dalam otak. Aku keluar wad dan menjumpai jururawat yang berada di sana. Aku difahamkan yang pendaftar aku ke wad tersebut ialah Zion. Namanya pun macam bukan manusia. Yang aku pasti, Zion mempunyai jawapan bagi segala persoalanku. Aku menunggu dengan perasaan yang bercampur-baur. Kemudian, seorang lelaki bersut hitam melangkah masuk ke dalam wad dengan muka yang agak ketat.


“Bangun, kita akan beredar dari kawasan hospital ini secepat mungkin.” Kata lelaki itu. Aku paling benci manusia yang menegur orang lain tanpa adab. “Siapa kau nak arah-arahkan aku?” “Kalau kau nak semua persoalan yang ada dalam fikiran kau terjawab, lebih baik kau ikut aku” kata lelaki itu. Aku pun bangun dan mengikut sahaja ke mana lelaki itu membawa kerana aku inginkan jawapan. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Zion. Zion bukanlah nama sebenarnya, tetapi hanya nama samarannya. Aku difahamkan bahawa cip yang ditanam adalah cip yang mampu meningkatkan intelektual dan kebijaksanaan secara drastic. Ya, aku mengaku sejujurnya aku terasa lebih bijak setelah berlakunya kemalangan dan aku yakin apa yang dikatakan Zion adalah benar. Zion juga mengkhabarkan kepadaku bahawa cip itu menjadi buruan manusiamanusia yang mempunyai niat jahat. Kini aku di bawah pengawasan Zion dan aku ke sekolah seperti biasa. Aku sangatlah bersyukur kerana tiada lagi manusia yang datang kepadaku dengan tujuan ingin membunuhku. Di sekolah, aku menjadi salah seorang pelajar cemerlang dengan bantuan cip tersebut. Aku sangatlah berpuas hati apabila melihat muka Aliff kecewa tidak dapat mengatasiku dalam pelajaran. Terkadang, aku sengaja membuat kesalahan dalam ujianku agar tiada sesiapa yang curiga terhadapku walaupun terdapat segelintir guru yang hairan akan peningkatan prestasiku yang menaik secara mendadak. Setelah beberapa hari Zion mengkaji misteri kematian Dr. Fadhli, akhirnya Zion mendapat keputusan daripada kamera papan kemuka di dalam kereta Dr.Fadhli. Dr.Fadhli dibunuh kerana tidak menepati janjinya untuk


menyerahkan cip tersebut kepada penjenayah. Penjenayah itu juga berang kerana Dr.Fadhli tidak memberitahu lokasi cip tersebut disembunyikan. Akhirnya, aku dilepaskan Kembali ke asrama anak yatim. Yang mengetahui tentang kewujudan cip ini hanyalah aku, Zion dan arwah Dr.Fadhli. Setelah keselamatan aku dipastikan, Zion Kembali menyambung tugasnya yang lain. Tetapi aku pasti, suatu hari nanti pasti aka nada yang memburuku unutk mendapatkan cip ini.


MAMPUKAH KITA BERSUA LAGI? - Farahwahida Mirza Hamka menarik selimut hingga menutupi tubuhnya itu. Sejuk punya pasal! Baru sahaja dia ingin menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi, dia dikejutkan dengan bunyi penggera telefon pintarnya. “Oh ya, hari ini aku perlu ke Cameron Highland bersama mereka. Tak sabarnya!” kata Hamka dalam hatinya. Hamka bergegas bangun untuk mandi dan kemaskan diri. Satu jam kemudian, Hamka menggalas beg hitam dan menunggu sahabat baiknya daripada zaman persekolahan iaitu Zarif dan Hafiz di luar rumahnya. Termenung Hamka mengingatkan memori mereka ketika zaman persekolahan. “Hamkaku, jauhnya kamu termenung” lamunan Hamka terhenti apabila Hafiz memanggil namanya dari dalam kereta. “Jom masuk! Aku tak sabar dah ni” kata Zarif yang duduk bersebelahan Hafiz. Hamka tergelak kecil lalu memasuki kereta. Sepanjang perjalanan ke Cameron Highland, mereka menyanyi kegirangan. Banyak sungguh lagu yang digemari oleh mereka hingga tidak henti dimainkan. Akhirnya mereka sampai ke destinasi, mereka berjalan dan membeli belah bersamasama seperti di Boh Tea Centre, Big Red Strawberry dan Cameron


Lavender Garden merupakan tempat kegemaran Hamka yang amat gemar akan bunga-bungaan. “Hafiz…Hamka, aku lapar lah, kita pergi makan boleh?” kata Zarif “Makan saja lah kerja kau ya” kata Hafiz sambil tergelak kecil Giliran Hamka pula memandu dan Hamka memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran. Hafiz dan Zarif membuka pintu serentak kerana terlalu lapar, perut Zarif pula dari tadi sudah berkeroncong. “Excuse me, order” kata Zarif yang menahan lapar Seorang gadis yang jelita dan ayu paras rupanya menarik pandangan Hamka. Gadis itu berjalan menuju ke meja mereka dalam keadaan kakinya yang sakit tetapi senyuman di bibirnya tidak lekang. “Mengapa ya? Adakah dia terseliuh? Bisik hati Hamka yang risau akan keadaan gadis yang tidak dikenalinya itu. “Saya nak Nasi goreng ayam dan teh ais ya.” kata Zarif “Chicken chop satu dan milo ais” Hafiz juga memesan “Awak nak pesan apa?” gadis jelita itu bersuara Terkejut Hamka dibuatnya kerana ditegur oleh gadis itu sendiri, jantungnya berdegup kencang. Adakah ini rasa cinta? “Aaaa…apa yang menarik disini ya” Cis sudah lah gagap, boleh pila aku bertanya sebegitu, bentak hati Hamka yang malu.


“Saya suka Nasi goreng kampung, nak cuba?” pelawa gadis jelita itu sambil tersenyum lalu Hamka mengangguk. Gadis itu berlau pergi dengan pergerakannya yang perlahan kerana kakinya yang kesakitan. “Apa tadi tu Zarif?” Hafiz tergelak kecil diikuti oleh Zarif kerana seronok mengusik Hamka yang tiba tiba menjadi malu berhadapan dengan gadis jelita itu sebentar tadi. Seusai mereka makan, Hafiz dan Zarif pergi ke satu kedai untuk membeli makanan ringan untuk perjalanan pulang, Hamka pula ingin membasuh tangan di belakang restoran. Tiba-tiba Hamka melihat gadis jelita itu duduk dan sedang mengurut kakinya sambil menangis. Hamka mendekati gadis itu lalu tanpa berkata apa-apa, Hamka mengeluarkan kain pembalut dari begnya. “Izinkan saya balut ya?” Hamka membalut kaki gadis itu dengan berhatihati tanpa menyentuh kulit kakinya, Mata gadis itu tidak henti melihat Hamka yang tunduk dan fokus membalut kakinya. Gadis jelita itu terkaku, jantungnya berdegup kencang. “Mengapa aku berasa begini?” bisik hati gadis itu. Hamka bangun dan tersenyum manis pada gadis itu lalu berlalu pergi meninggalkan gadis itu. Sejujurnya, jauh di sudut hati gadis itu ingin saja dia memanggil Hamka tapi kerana sifat malunya yang tinggi, dia hanya mampu berdiam diri.


Tiga sahabat baik ini memulakan perjalanan pulang ke rumah. Hamka masih tidak dapat melupakan gadis itu, Rasa rindu bertandang di hati. “Mungkin ini hanya mainan perasaan yang sementara?” “Dapatkah kita bersua lagi?” bisik hati Hamka Tiga tahun berlalu, Hamka masih tidak dapat melupakan gadis jelita itu. Melihat gadis lain sahaja tidak lagi menarik hati Hamka, cuma gadis itu sahaja yang menambat hatinya. “Sungguh aku mencintainya. Sudah bertahun aku cuba melupakannya tetapi tidakku mapu” kata Hamka seorang diri yang menyangka dahulunya cuma mainan perasaan. Hamka nekad untuk pergi ke restoran itu walaupun sudah tiga tahun berlalu demi menemui gadis itu semula. Hamka mengharapkan agar gadis itu masih bekerja di restoran itu. Dua jam perjalanan, akhirnya Hamka tiba di restoran dimana gadis itu bekerja, Hamka gegas berlari ke arah restoran, matanya tetap mencari gadis jelita itu. Tiba-tiba mata Hamka terbeliak, jantungnya berdegup kencang. “Hamka…” gadis itu terkejut melihat Hamka di pintu hadapan, mata gadis jelita itu berkaca. “Bagaimana awak tahu nama saya?” tanya Hamka yang kebingungan “Sudah lama saya mencari awak Hamka” jujur si gadis itu dengan airmatanya yangtidak henti mengalir. “Nur Zahra Dalina, itu nama saya” gadis itu tersenyum gembira melihat Hamka “Nur Zahra Dalina…sudikah awak menjadi isteri saya?” Hamka membuka satu bekas yang berisi cincin dengan matanya yang berkaca. Sungguh dia mencintainya gadis itu.


Dalina tergamam, dia mengangguk lalu airmatanya terus mengalir. Hamka mengeluarkan kain di dalam poketnya lalu mengelap airmata gadis yang dicintainya itu. Tepukan yang kuat memeriahkan suasa di dalam restoran itu. Semua pelanggan di restoran itu berasa seperti di dalam drama kerana melihat percintaan mereka yang sangat romantik. “Mampukah kita bersua lagi?” sering bermain difikiranku selepas pertama kali melihat Dalina, gadis yang berjaya menambat hatiku, Ya, kita bersua lagi da kali ini aku tidak melepankamu lagi. Akanku mengikatmu dengan ikatan yang sah, akan aku mencintaimu pada hari ini, esok dan seterusnya wahai Dalina, kekasihku.


INSAN BERGELAR AYAH - Aliya Mawar buntu.Dia harus segera ke kampus.Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang.Dia berjalan mundar mandir sambil mengetap bibir. “Alamak,lambat dah ni,siapa nak hantar aku ni?”bisik hati kecilnya. Perjalanan ke kampusnya mengambil masa dua jam.Jika ditambah dengan kesesakan yang bakal berlaku,maka perjalanan akan menjadi tiga jam atau lebih.Dia perlu berada dikampus sebelum pukul 6.00 petang.Basnya akan bertolak pada 2.45 petang.Grab yang di pesan masih belum kelihatan.Dia menghantar pesanan ringkas kepada pemandu Grab namun tiada respon. “Boleh tolong hantar atau tidak ni?”kata Mawar.Ibunya yang runsing melihat anaknya yang mundar mandir dari tadi,”panggil saja ayahmu ,suruh dia saja yang hantar ke stesen bas”saran ibunya. Sejurus kemudian,pulanglah ayahnya dari kebun.Ibu Mawar menyambut suaminya dan memberitahu situasi anaknya itu.Ayahnya yang masih dalam keletihan bersetuju untuk menghantar Mawar. “Mawar sayang sabar ya,ayah mandi dan solat dahulu baru kita pergi ya”,kata ayahnya.Mungkin ayah Mawar takut anaknya mersa malu kerana dihantar dengan motor buruk dan pakaiannya yang kotor.Ayah Mawar seorang yang gigih dan rajin menjalani pelbagai kampung.Hal ini kerana dia tau dia harus mencari rezeki dan wang secukupnya untuk menampung keluarga dan kos Mawar dikampus.Mereka bukan orang berada.Hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Jadi dia perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencari pendapatan tambahan.Nasib menyebelahi mereka apabila Mawar mendapat biasiswa yang mampu menampung sedikit perbelanjaannya


di kampus.Hati Mawar berasa kasihan melihatnya ayahnya.Jika boleh dia tidak mahu menyusahkan ayahnya lagi.Dia tahu ayahnya masih penat dan masih belum makan tengah hari. Semasa dalam perjalanan,Mawar teringat ketika dia masih kecil.Ketika itu dia sedang duduk bersama ayahnya di bawah pohon mempelam sambil menangis.Ayahnya berusaha dahan pokok untuk mengukir anak patung untuk Mawar kerana pada masa itu Mawar menginginkan anak patung “barbie”yang digilai ramai kanak-kanak pada waktu itu.Mawar berasa sebak apabila teringat tentang itu.Tangan ayahnya calar-balar dan luka namun berjaya menyiapkan anak patung itu.Mawar berjanji kepada ayahnya dan dirinya sendiri untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus apabila dewasa kelak.Dia ingin menyara ayahnya dan ayahnya tidak perlu bekerja lagi dan hidup dalam kesusahan.Pada saat itu,hujan gerimis mulai turun. “Mawar pakai saja baju hujan ayah!Nanti baju Mawar akan basah dan sejuk jika terkena hujan”kata ayahnya menyuruh Mawar untuk memakai baju hujan.”Kalau Mawar pakai baju hujan ayah,ayah nanti ayah nak pakai apa?”tanya Mawar dengan nada khawatir dan sedikit kehairanan. “Ayah tidak perlu baju hujan,ayah dah biasa ayah kan kuat ?”jawab ayahnya dengan senyuman. Ditengah-tengah perjalanan,tiba-tiba hujan turun dengan lebat.Pakaian yang dipakai oleh Ayah Mawar sudah basah kuyup.Hanya topi keledar saja yang melindungi ayahnya dari hujan lebat yang turun.Awan hitam berarak lambat.Selambat perjalanan Mawar menuju ke destinasi. “Ya Allah begitu sabar ayahku ini,kau lindungilah ayahku dari sebarang bencana”bisik hati kecil Mawar sambil menitiskan air mata dan semakin lama semakin lebat sama seperti lebatnya hujan yang turun.


Setibanya di stesen bas,ayah menghulurkan sejumlah wang dan memberikannya kepada Mawar.”Mawar belajar bersunggu-sungguh ya nak,jangan jadi macam ayah”pesan ayah kepada gadis itu.Ketika bersalaman,Mawar dapat merasakan tangan kasar ayahnya.Hati Mawar terharu dan perasaan bangga juga muncul di dalam hati.Mawar mengucapkan ucapan terima kasih kepada ayahnya seraya memeluk tubuh tua ayahnya.Mawar semakin kuat bertekad untuk membalas segala pengorbanan ayahnya. “Ayah,maafkan Mawar kerana sering menyusahkan ayah.Mawar dah kacau waktu rehat ayah dan ayah tetap beri wang belanja untuk Mawar walaupun wang yang ayah ada tidak mencukupi.Sekarang ayah terkena hujan kerana perlu hantar Mawar pula”Ujar Mawar sedikit teresak. “Mawar sayang,inikan sudah menjadi tangggungjawab ayah untuk membesarkan,memberi makan dan pakaian yang mencukupi untuk anak ayah.Ayah nak Mawar membesar sama seperti rakan-rakan Mawar yang lain.Mawar hanya perlu tumpu pada pelajaran dan hal lain serahkan saja kepada ayah”Jawab ayahnya seraya mencium dahi anak kesayangannya itu.Tanpa sedar Mawar telah menitiskan air mata kerana terharu dengan katakata ayahnya.Sungguh dia tidak peduli dengan orang-orang sekelilingnya yang menyaksikan dirinya yang sedang menangis. Dua tahun sudah berlalu,Mawar lulus dengan cemerlang tiba masa untuk bergraduasi.Dia sedang berjalan bersama ibu dan ayahnya.Sahabat baiknya,Izzah menghampiri mereka. “Tahniah Mawar.Kalau pakcik dan makcik nak tahu Mawar merupakan pelajar cemerlang di Universiti ini dan mendapat anugerah dekan untuk setiap semester”kata Izzah kepada ibu dan ayah Mawar.Ayah Mawar tersenyum puas.Dia bersyukur.Anaknya akan membawa kehidupan yang baru dan dapat


mencapai apa yang diingankan.Laila juga bersyukur kerana semua pengorbanan ayahnya telah terbalas dengan segulung ijazah yang diterimanya.Mawar juga telah ditawarkan kerja dengan gaji yang lumayan.Tak sedar air jernih mengalir dari matanya. “Eh nangis ke ?’kata Izzah kepada Mawar.Mawar tersenyum dan ingin rasanya dia berteriak dan beritahu semua orang bahawa ayahnya paling hebat dan bertanggungjawab. Mentari tersenyum riang menyaksikan peristiwa gembira di antara ayah dan anak.Dia menjadi saksi di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan.Kini tiada lagi awan mendung untuk keluarga kecil itu.


Ratu hatiku ibu - Norriza Shss…shss.. Terdengar sampah disapu menggunakan penyapu lidi dari tepi rumah. Ternyata bunyi itu datangnya dari ibu. Aku kadang merasakan tidak penatkah ibuku seharian mengemas rumah tanpa mengeluh tanpa berkata apa-apa.. terasa ingin sahaja aku melihat dia berehat seperti permaisuri yang tidak perlu berbuat apa-apa..namun, apakan daya ibuku sudah terbiasa dengan rutin hariannya begitu. “Adik tolong ibu dibelakang sebentar” kata ibu. Lalu aku bergegas bangun untuk membantu ibuku. Walaupun aku baru sahaja kehilangan ayah aku ..aku perlu redha dengan pemergiaanya. Aku tidak mahu melihat ibuku sedih melihat keadaanku.kadang kala ibuku menyedari keadaanku. “Adik jangan sedih nanti ibu lagi akan sedih”. Kata ibu ku sayup hatiku memandang ibu yang mengalirkan air mata. “Ya allah aku redha dan terima ujian yang engkau berikan”. Kata hatiku Sekarang kami hanya tinggal bertiga sahaja di rumah tanpa ayah. “Kita perlu teruskan hidup kita” kata kakakku. Kadang kala akau sering teringat kenangan bersama ayah yang sering bergurau dan membuat kami tertawa. Pada esok harinya aku akan bangun seperti biasa untuk mempersiapkan diri ke sekolah. Kadangkala aku berat untuk meninggalkan ibuku kerana aku tidak berlaku perkara yang tidak diinginkan dan aku tidak mahu melihat dia bersendirian. Namun aku tetap harus memperjuangkan apa yang aku impikan untuk membahagiakan ibuku. “mak adik pergi sekolah dahulu” kata aku. Lalu aku mengucup dahi ibuku. Ibuku sempat berpesan agar hati-hati Ketika menunggang basikal.


“Semua berdiri, assalamualaikum dan selamat pagi cikgu” kami semua hampir serentak memberi salam kepada cikgu ana yang mengajar subjek Pendidikan sivik..dia memulakan sesi pembelajaran tersebut dengan doa serta puji-pujian kepad allah yang Esa.. “Hari ini kita akan membincangkan satu tajuk iaitu pengorbanan seorang guru”beritahu cikgu dengan nada yang halus.. mendengarkan pemberitahuan tersebut, aku dapat merasa perbincangan itu pasti menarik. ‘Baiklah noriza, sekarang giliran kamu untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan kamu tentang pengorbanan seorang ibu”kata cikgu Dengan kadar segera, aku terus meluru ke depan sebelum memulakan cerita, saya mengambil kesempatan memberi salam dan perhargaan kepada cikgu ana serta rakan-rakanku.. “rakan-rakan, saya sangat bertuah kerana masih mempunyai seorang ibu seperti ibu saya.beliau sangat prihatin terhadap Pendidikan walaupun hidup dalam keadaan yang sangat daif, namun dia mencuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan kami. Dia mampu menjadi Wanita,isteri,ibu dan kini menjadi ayah dalam satu masa. Dialah ibuku dan dia jugalah ayahku, saya bangga dilahirkan melalui rahimnya” jelasku Panjang lebar kepada kawan-kawanku. Tanpa aku sedari, air mata mula bergenang di mata..ditambah lagi dengan hati yang sebak menyebabkan tangisanku semakin menjadi-jadi. Kring..kringgg… jam pun berbunyi menandakan waktu pembelajaran telah habis lalu aku keluar kelas bersama rakanku..’weh noriza kau akan pergi kemana petang


ni?’. Tanya Aqilah. “Aku akan ke pasar membeli barang basah yang dipesan oleh ibuku” kata aku. Lalu kami menuju ke pagar sekolah untuk pulang ke rumah. Jarak perjalanan rumah aku dan Aqilah jauh la jugak.kami pulang ke rumah masingmasing. Esok harinya, ialh hari cuti jadi aku ingin melawat ayahku kerana aku amat merinduinya. Berasa sudah tidak lama aku melawat ayahku walaupun baru berasa dua hari tidak datng. “Ibu adik pergi ke kubur dahulu”kata aku. ‘okay pergilah dik jangan balik lewat”kata ibu. Aku mengayuh basikal sperti biasa. Semasa perjalanan ke kubur aku tidak perasan bahawa ada lopak di hadapan.’aaaa…..”jerit aku. Aku jatuh terpelesek di tepi jalan. Pada Ketika itu tiada orang yang lalu Lalang di jalan tersebut. Nasi tersaji sampai ke lutut mujurlah aku tidak cedera parah.’ya allah kalaulah ibuku melihat aku dlaam keadaan ini pasti ibuku marah kerana khawatirkan keadaan aku”bisik hatiku. Selesai sahaja aku melawat ayahku ..aku pulang ke rumah kerana hari sudah mendung. Sampai sahaja di ruamh aku bergegas masuk ke dalam rumah untuk bersihkan diri aku. Aku tidak ingin ibuku tahu keadaan aku. Aku tidak tahu mengapa semenjak pemergian ayahku.. ibuku banyak mendiamkan diri mungkin ibuku masih bersedih namun aku sering menemaninya aku tidak ingin melihatnya sedih.. “ibu dah makan?”kata aku. Jujur aku khawatirkan kalua ibuku sakit nanti. Aku tidk mempunyai orang lain selai ibuku.


Pada esok harinya abang dan kakakku pulang ke rumah untuk melawat ibuku..’mak apa khabar?’ kata kakakku untuk membawa ibuku melawat adik beradik ibuku. Pada esok harinya aku mengemas beg untuk bergerak.. ‘ros hang apa khabar?sihat ka?”kata makjang. “aku sihat je’ kata ibuku. Aku sebak melihat ibuku yang sudah lama tidak tersenyum kegembiraan selepas kematian ayahku. Aku bersyukur kerana kami merancang untuk menemukannya dengan adik beradiknya..


SAHABAT - Amiera Mukhriez, Li Jie dan Niel merupakan rakan karib sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka bertiga sering keluar bersama-sama hampir setiap hari. Hubungan mereka sangat akrab ibarat belangkas. Tali persahabatan yang terjalin antara mereka dijaga dengan amat rapi ibarat adik-beradik meskipun berlainan kaum dan agama. Sungguhpun begitu, persahabatan mereka sering mendapat kecaman daripada kaum masing-masing. Ada yang mengatakan bahawa Li jie dan Niel berniat jahat ingin memngajak Mukhriez keluar dari agama Islam. Ada juga yang menuduh Mukhriez memburuk-burukkan agama dan kaum mereka kepada Li jie dan Niel. Kini, masing-masing sudah berjaya dengan kerjaya pilihan mereka sendiri. Mukhriez mengikut jejak arwah ayahnya dengan menjadi seorang guru sekolah rendah di kampung halamannya. Manakala Niel pula merupakan seorang ahli perniagaan kecil-kecilan dan Li jie berjaya mencapai impiannya untuk menjadi seorang pelukis yang berjaya. Tengah hari itu, Mukhriez berada di dapur rumahnya menyediakan makanan buat dirinya dan ibunya yang terlantar di atas katil bilik. “kring…kring…kring” telefon Oppo Reno 7 milik Mukhriez berdering. Nama Li Jie tertera pada skrin telefon. Mukhriez menggesek skrin telefonnya untuk menjawab panggilan daripada Li Jie. “Hello Riez, petang ni aku dan Niel nak ke pasar malam di hujung kampung kita. Kau mahu ikut sekali?” Soal Li Jie.


“Petang ni? Hmmm…mahu. Tapi lambat sikitlah sebab aku nak uruskan mak aku dahulu” Jawab Mukhriez. “Takpe, kami faham. Nanti kalau dah settle kau call akua tau Niel. Nanti kitorang datamh jemput kau” Balas Li Jie. Faham benar Li Jie tentang keadaan mak Mukhriez yang lumpuh hampir separuh badan akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan itulah juga yang telah meragut nyawa Encik Samad, ayah kepada Mukhriez ketika Mukhriez hanya berusia 14 tahun. “Eh?! Tak perlu kau nak jemput aku. Pandailah nanti aku naik motor ke sana.” Balas Mukhriez. “Tak apalah. Lagipun dah lama kita bertiga tak naik kereta sama-sama. Boleh kite bersembang sekali dalam kereta sementara nak sampai ke pasar malam nanti.” Ujar Li Jie “Baiklah. Nanti dah selesai semua aku call kau.” Mukhriez menamatkan panggilan. Sejurus itu, Mukhriez menghidangkan makanan yang telah dimasaknya ke dalam talam besi bulat sebelum di bawa ke bilik ibunya. Sebak Mukhriez melihat keadaan ibunya yang hanya terbaring di atas katil. Empat hari dalam seminggu, pasti Mukhriez akan menggendong ibunya dan diletakkan di atas kerusi roda untuk pergi bersiar-siar di sekitar kawasan kampung. Mukhriez tidak mahu ibunya berasa terkurung dan sedih kerana tidak elok untuk kesihatan mental dan fizikal ibunya. “Ibu, ini Riez ada buatkan nasi ayam yang ibu suka.” Kata Riez. “Riez suapkan ya?” Tambahnya lagi.


Puan Haslinah tersenyum melihat anak tunggalnya. Sungguh besar anugerah yang Allah berikan kepadanya dengan kehadiran Mukhriez dalam hidupnya. Anak tunggalnya yang kini menjadi tulang belakangnya. Pada usia muda, Mukhriez telah diuji Allah dengan kematian ayahnya dan ibunya yang lumpuh hampir separuh badan. Pada usia 14 tahun, Mukhriezlah yang mencari rezeki untuk menampung kehidupan mereka berdua dan Mukhriez jugalah yang memguruskan makan minum serta pakaian Puan Haslinah. Teringat akan hal itu, Puan Haslinah menjadi sebak. “Tidak mengapa Riez, biar ibu makan sendiri” kata Puan Haslinah. Wajah Mukhriez berubah riak. “Tak nak. Biar Riez yang suap ibu makan” Balas Mukhriez. “Ibu boleh saja makan sendiri. Tangan ibu masih boleh bergerak” ujar Puan Haslinah. “ Biarlah Mukhriez yang menyuap ibu makan. Mana tahu jika ini kali terakhir Mukhriez dapat suap ibu makan?” Balas Mukhriez dengan nada bergurau tapi tidak disenangi oleh ibunya. “Apa kamu cakap ni Riez? Ibu tak suka.” Tegur Puan Haslinah. “Riez hanya bergurau je ibu. Maafkan Riez” Mukhriez ukir senyuman yang manis buat ibunya. Suasana menjadi sunyi dan Mukhriez meneruskan kerjanya menyuap Puan Haslinah makan.


Habis sahaja nasi ayam yang disuap, Mukhriez mengelap bibir ibunya dengan kain basahan yang sedia ada disebelah katil ibunya. “Ermm…ibu…” panggil Mukhriez. “Hmmm? Nak apa?” soal Puan Haslinah. “Petang ni Mukhriez nak ke pasar malam dengan Niel dan Li Jie. Ibu nak pesan apaapa?” Soal Mukhriez. “Kamu ni, tak ada kawan melayu ke? Asyik berkepit dengan dua orang itu aje. Mak risau tengok kamu. Takut kamu terpengaruh dengan ajaran dan budaya diorang” kata Puan Haslinah. Muhkriez hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya. Sudah lali dia mendengar tuduhan sebegitu rupa. Dia tahu ibunya risau tapi setakat ini, Alhamdulillah, Li Jie dan Niel sangat menghormati agamanya. Begitu juga Mukhriez. Persahabatan mereka tidak pernah melebihi batas agama yang telah ditetapkan. “Alhamdulillah ibu, sehingga ke hari ini, Niel dan Li Jie tak pernah lagi mengajak Riez buat perkara yang tak sepatutnya. Malah mereka jugaklah yang sering mengingatkan Riez untuk bersolat jika Riez tidak perasaan sudah masuk waktu solat.” Luah Mukhriez. “Ikut kamulah. Jangan kata ibu tak pesan pulak.” Balas Puan Haslinah Mukhriez tersenyum melihat ibunya. Dia faham mengapa ibunya bersikap sedemikian. Puan Haslinah tidak mahu kelihatan satu-satunya ahli keluarga yang ada.


Petang itu, Mukhriez menelefon Li Jie untuk mengambilnya. Li Jie, Niel dan Mukhriez pergi bersama-sama ke pasar malam. Hampir dua jam mereka habiskan masa bersama di pasar sambal bercerita kisah-kisah hidup mereka dahulu dan kini. “Riez, dah nak masuk maghrib ni. Mari kita pulang.” Tegur Niel. Mukhriez pun melihat jam Casio dia tangannya. Jarum hampir menunjukkan jam 7 petang. “ Haah. Nasib kau tegur Niel. Kalau tak memang aku tak perasan langsung.” Ujar Mukhriez. Mereka bertiga pun bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan menghantar Mukhriez pulang, kelihatan penduduk kampung bagai kelekatu yang bertebaran. Masing-masing berlari ke sana-sini menjerit memohon pertolongan. Mukhriez hairan melihat keadaan itu. Alangkah terkejutnya melihat kepulan asap hitam berkepuk-kepuk keluar ke ruang udara. Mukhriez mencari punca asap hitam itu. Gugur jantungnya melihat punca asap hitam itu. Rumahnya terbakar. Hanya satu yang ada dalam fikiran Mukhriez ketika itu. “IBU!!” jerit Mukhriez sambal bergugran air matanya. Sedar akan hal itu, Niel menambah kelajuan kereta menuju ke rumah Mukhriez. Dengan serta merta, Mukhriez berlari keluar daripada kereta menembus masuk rumahnya yang sedang terbakar. Dia tidak peduli tentang apa yang bakal jadi kepadanya asalkan ibunya selamat. Niel dan Li Jie terbungkam melihat situasi itu. Terhenti nafas mereka sebentar melihat tindakan Mukhriez yang meluru masuk ke dalam rumah yang terbakar itu. Saat mereka masih tergamam, telinga Niel


menangkap suara halus yang memanggil nama Mukhriez. Suara itu amat familiar di telinganya. Niel menoleh ke belakang dan terkejut melihat Puan Haslinah terbaring di atas riba seorang gadis melayu. Keadaan Puan Haslinahtidak teruk. Hanya bajunya mempunyai sedikit kesan terbakar dan mukanya sedikit hitam akibat asap kebakaran. Tersedar dari semua itu, Niel dengan kadar segara menerjah masuk ke dalam rumah Mukhriez yang terbakar itu untuk mencarinya. Li Jie terkejut melihat Niel berlari laju ke arah api yang marak itu. “Li…Jie…” suara halus Puan Haslinah menangkap telinga Li Jie. Terkejut Li Jie melihat Puan Haslinah berada di luar rumah sedangkan Mukhriez masih berada di dalam kebakaran untuk menyelamatkan Puan Haslinah. “Mak cik….. syukur mak cik selamat” ujar Li Jie cuba menutup sayu di hati mengenangkan Mukhriez yang masih tidak keluar dari rumah yang terbakar itu. “Tolong…nak. Selamatkan Mukhriez” Perlahan suara Puan Haslinah tapi masih dapat didengari oleh Li Jie. Li Jie mengangguk dan mengatur langkah untuk menyelamatkan Mukhriez. Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam rumah, kelihatan susuk tubuh Niel mencempung tubuh Mukhriez yang tidak sedarkan diri keluar dari rumah terbakar itu. Berlari Li Jie kea rah Niel untuk melihat keadaan Mukhriez. Baju Niel mempunyai kesan terbakar yang banyak terutama di bahagian belakang badan seperti dihempap oleh kayu besar yang terbakar. Mata Niel mencari kelibat Puan Haslinah. Sebaik sahaja mengenal pasti kedudukan Puan Haslinah, Niel menuju ke arahnya lalu meletakkan tubuh kaku Mukhriez di hadapan Puan Haslinah.


Li Jie dan Niel menutup rapat mata mereka, menangis dari keluarnya air mata jantan mereka apabila melihat Puan Haslinah menangis dan meraung memanggil nama Mukhriez yang tidak sedarkan diri. Tubuh kaku Mukhriez dipeluk erat oleh Puan Haslinah. Tidak lama selepas itu, kedengaran siren ambulan dan bomba memasuki kawasan perumahan Puan Haslinah. Selepas peristiwa itu, Puan Haslinah tinggal berseorangan. Anaknya, Mukhriez telah pergi dijemput Ilahi. Kini, Puan Haslinah bersikap lebih terbuka. Niel dan Li Jie jugak masih meneruskan ikatan persahabat mereka dengan Mukhriez melalui Puan Haslinah. Setiap petang selepas habis waktu pekerjaan mereka, Li Jie dan Niel akan ke rumah Mukhriez untuk menjenguk keadaan Puan Haslinah. Mereka rasakan itu sebagai satu tanggungjawab buat mereka untuk menjaga Puan Haslinah meskipun mereka tiada pertalian darah. Bukan hanya untuk membalas jasa Mukhriez selama mereka berkawan, malahan untuk mendapat kasih sayang dari seorang insan bernama ibu. Hal ini kerana, Li Jie dan Niel masingmasing telah kematian ibu sejak mereka masih bayi lagi. “Terima kasih sebab sudi jaga mak cik, Niel, Li jie. Maafkan mak cik sebab selalu berburuk sangka terhadap kamu berdua.” Ujar Puan Haslinah sayu. “Andai Riez masih ada, mesti dia gembira melihat mak cik menerima kamu berdua” tambah Puan Haslinah sambal tersenyum sayu. “Ibu..” Panggil Li Jie Tertoleh kepala Puan Haslinah mendengar panggilan itu. Li Jie tersenyum melihat Puan Haslinah. “Izinkan kami memanggil mak cik, ibu.” Kata Li Jie.


Puan Haslinah senyum tipis lalu mengangguk. Teruja Li Jie dan Niel melihat respon Puan Haslinah. “Ibu adalah tanggungjawab kami. Amanat arwah kepada kami. Kami yang patut berterima kasih kepada ibu sebab telah membesarkan Mukhriez dengan ilmu dan adab yang baik.” Kata Niel. “Ibu, mari makan. Saya suap ye?” Kata Li Jie tenang Mendengar ayat itu, mata Puan Haslinah mula bergenang dengan air mata. “ Ibu? Saya ada salah cakap ke? Mengapa ibu nangis?” soal Li Jie Puan Haslinah menggeleng lalu mengesat air mata di tubir matanya. “ Takdelah, ibu hanya gembira lihat ade orang yang sudi jaga ibu selepas……Mukhriez pergi” ayat terakhir itu diucap dengan nada yang amat perlahan sekali. Bagai menyimpan seribu satu perasaan. Li Jie dan Niel hanya tersenyum. Faham aka napa yang difikirkan oleh orang tua itu. Mereka turut berduka atas kehilangan sahabat mereka, apatah lagi ibu yang telah membesarkan Mukhriez dari lahir hingga ke penghjung hayatnya. Suasana menjadi sunyi, masing-masing melayan perasaan yang terkumpul di dada mereka.


PANDANGAN PERTAMA - Syaza Kringg!! Bunyi jam lonceng menggamatkan suasana. Qrisha tersentak dari lena yang Panjang. Dia menggeliat seketika sebelum menutup bunyi jam locengnya. Perlahan-lahan matanya Kembali terkatup. Dia terus terlelap. Beberapa minit kemudian dia tersedar Kembali. Dia seperti teringatkan sesutau. Matanya membulat lalu dia terus bangun dan mencapai jam loceng di kepala katil. “ Alamak, macam mana aku boleh lupa ni? Dah lambat dah ni, aku kena cepat.” Qrisha meninggalkan jam loceng di atas katil yang menunjukkan pukul 6:30 pagi. Dia menarik tuala mandi dari penyidai dan terus masuk ke dalam bilik air. Setelah menunaikan solat subuh dan bersiap sedia untuk ke sekolah, Qrishaa keluar dari bilik. Terkocoh- kocoh dia menghampiri ibunya. “Ibu, Qrisha pergi dulu ya ! Dah lambat ini ” Qrisha menyalami ibunya. “ Minum dulu Qrish, ibu dah tuangkan air dalam cawan itu !” Qrisha cepat-cepat mengambil cawan yang berisi air lalu meminumnya. Setelah itu dia terus menghampiri almari kasut dan kasut sekolah dicapainya. “ O.K ibu , bye ! Assalamualaikum ! ” Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Iskandar tersergam indah di atas bukit. Para pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum. Qrisha amat bertuah belajar di sekolah itu. Ini kerana sekolah itu dilengkapi dengan peralatan pengajaran yang lengkap.


Qrisha mengayuh basikal dengan berhati-hati. Hatinya bernyanyi riang menyanyikan lagu Imagination. Senyuman manis terlekar di bibir Qrisha. Pagi-pagi lagi hatinya sudah berbunga. Masakan tidak sedikit masa lagi dia akan bertemu dengan orang yang sangat dirindui sepanjang cuti sekolah. Qrisha tersenyum seorang diri. “haa, sampai pun! ” Qrisha menjerit kecil. Dia mengusung basikalnya mendaki bukit sekolah. “ Adakah dia sudah sampai atau masih lagi dalam perjalanan ? harap-harap aku dapat bertembunglah dengan dia sebelum masuk ke kelas ” Qrisha berangan lagi. Dengan tidak disangka tiba-tiba sebuah kereta BMW bewarna hitam melalui di sebalah Qrisha. Qrisha sempat memaparkan pandangan pada sesorang di dalam kereta tersebut. “ Ah itu dia! Dia yang aku rindu selalu, dia yang membuatkan aku sering tidak tidur malam.. Irfan Qadziem” Qrisha cepat-cepat mengusung basikalnya ke bangsal basikal. Dia berlari anak menuju ke tengah tapak perhimpunan. Matanya tidak berkelip memandang kea rah kereta tersebut. Walaupun begitu ramai pelajar lalu Lalang di hadapannya, sedikit pun tidak diendahkan olehnya. Seolah-olah pelajar-pelajar itu lenyap dari pandangannya. Irfan memandang Qrisha lalu tersenyum menghiasi bibirnya. Irfan tiba-tiba mengorak langkah menuju kearah Qrisha. Begitu bergaya sekali gerak langkahnya. “Alamak, dia datanglah pula. Macam mana ni?” Jantung Qrisha mula berdegup


kencang memainkan rentak irama. Qrisha mula mengatur langkah kerana niat di hati mahu melarikan diri. Anie yang berada di sebelah Qrisha hairan melihat Qrisha berkata sesuatu sambal tersenyum. “ hm ini mesti kes tengah bermimpi di siang hari. Baik aku kacau dia” kata Anie di dalam hati. “ woi, dah ke mana kau sampai? London ? Paris? atau Mekah ?” “ Hah?” Qrisha tersentak sambal bercekak pinggang. Geram dia dengan telatah Anie. Ini adalah perhimpunan pertama yang dihadiri oleh semua pelajar itu selepas cuti semester berlalu. Bau di tapak perhimpunan pun berbau baru. Dengan azam yang baru tahun ini dia mahu belajar bersungguh-sungguh dan akan menyambung pelajarnya di luar negara. Itu adalah impiannya. “ Eh, Anie.. agak agak kau kan kita sekelas lagi tak tahun ni?” “Itu aku tak tahulah Qrish, aku harap begitulah” Qrisha ditempatkan di kelas 4 dinamik manakala Anie ditempatkan di kelas 2 gemilang. “hmm, nampaknya aku dan Anie akan berpisah pada tahun ini dan seterusnya. Tapi tak ap akita orang masih lagi satu sekolah.” Qrisha melangkah masuk kedalam kelas lalu mengambil tempat di tepi tingkap. Ada beberapa lagi kerusi meja yang masih kosong tidak berpenghuni.


Mungkin ada yang tidak masuk lagi. Mereka menjaga sesi orientasi untuk budakbudak tingkatan 1. “ kalau aku tak tolak tawaran menjadi pengawas masa di tingkatan tiga dulu sudah tentu aku pun turut sama dalam program orientasi tu..hmm bosannya !” kata Qrisha di dalam hati Qrisha kemudian menarik keluar sebuah buku teks dari beg sandangnya untuk dibaca. Dia menyelak helaian demi helaian buku teks itu. “Mak aih.. susah juga pelajaran fizik ini, kena ingat formula bagai. Mati aku ! Siapa nak tolong jadi cikgu yang tidak bertauliah aku ini?” Qrisha menggaru kepalanya yang dilapisi tudung putih. “Ehem maaf menggangu, kat sebelah meja awak tu kosongkan?” Irfan menunjukkan ibu jari kearah yang dimaksudkan. “Irfan, memang tempat kau pun di situ. Kami dah susun atur sebentar tadi” Zahlia, penolong kelas 4 dinamik tiba-tiba mencelah. Irfan terus mengambil tempat duduk disebelah Qrisha. Dia memerhati Qrisha yang rasa tidak tenteram itu. Para pelajar sibuk berkemas untuk pulang ke rumah masing-masing memandangkan sesi pembelajaran pada hari itu telah tamat. Sedang Irfan sibuk memasukkan buku-buku ke dalam beg, dengan tidak sengaja dia melirik pandangan kearah Qrisha. Dilihat Qrisha berwajah keruh sambal berteleku di meja sedang menghadap buku. “Ehem !” Irfan berdehem kecil mahu mengalih perhatian Qrisha. Qrisha tersentak. Terus dia memandang Irfan.


“Tak nak balik ke ? semua orang dah balik.” Tanpa disangka Irfan terus menutup buku yang beraada di hadapan Qrisha. “ Dah, cepat kemas barang awak. Kita turun pergi kantin, takkan kita berdua nak duduk sini pula. Tak manis orang pandang. Saya nak ajar awak mana yang awak tak faham itu.” Mereka berdua sampai di kantin sekolah. Irfan mengambil tempat duduk bersebelahan Qrisha. Buku dan alat tulis dikeluarkan dan sesi mengajar Qrisha pun bermula. “Ok, dah boleh jawab soalan tu?” Qrisha mengangguk dan tersenyum senang. Lega hatinya kini. Irfan yang memandangnya turut sama tersenyum. “Qrisha Dayana binti Qhaizir Idris..cantik nama” puji Irfan. Nama awak pun cantik juga. Irfan Qadziem bin Rahman” Mereka terus menuju keluar sekolah untuk pulang ke rumah selepas kejadian tersebut. Pada keesokan harinya, Irfan mengajaknya menemani dia ke kedai Popular untuk mencari beberapa buku rujukan pada hari Sabtu pagi. Mereka berdua melangkah bersama memasuki pusat beli belah tersebut. Mereka terus menuju ke Popular. Di sana mereka sibuk memillih buku-buku yang dikehendaki. Qrisha beralih pula ke rak yang menempatkan novel-novel melayu. Qrisha memang berminat membaca novel jika ada kelapangan.


“jom kita pergi bayar.” Mereka menuju kea rah kaunter pembayaran. Qrisha membuka beg sandang mahu mengeluarkan wang untuk membayar pembeliannya. “Qrish, tak apa. Saya bayar. Saya belanja awak hari ini..berapa kak?” Irfan mengeluarkan wang dari dompetnya. Tak terkata Qrisha. Dia hanya membiarkan saja Irfan meneruskan niatnya. Sejak pada hari tersebut, Qrisha dan Irfan semakin menjadi kawan rapat. Mereka selalu belajar bersama-sama. Ibu bapa Qrisha sudah pun mengenali sifat peribadi yang dimilik oleh Irfan. Begitu juga ibu bapa Irfan yang mengenali Qrisha.


KASIH SAYANG (KELUARGA) – Alia Syuhada Aku tertawa sendiri sambal mata terus menghadap ke skrin telefon. Wajah kelihatan sedikit bersinar dengan cahaya dari telefon bimbitku. Baru sahaja dapat memegang handphone dan membaca chat di whatsapp selepas menyelesaikan kerja- kerja rumah. Biasalah asal sabtu je, gotong royong bersihkan rumah. Aku ni jenis yang kalua tak asa orang kat rumah, baru aku mengemas. Entahlah tak selsa orang tengok aku tengah mengemas. Jadi, kebetulan ayah, umi dan kakak keluar membeli belah hari ini. Aku berseorangan di rumah. Sedang seronok aku bergelak ketawa dengan riangnya sambal jari laju menari menaip balasan terhadap cht yang berdesup-desup masuk,pintu bilikku diketuk. Terdengar suara abang aku memanggil dari luar. Aku duduk dari pembaringan dan membenarkan abang masuk. Mesti dia baru pulang dari kerjanya. Yalah, hari pun dah petang. “eh mesti korang tertanya-tanyakan sapa nama abang aku and dia kerja kat manakan. Okay mari sini aku perkenalkan Namanya Haziq Mikael dan beliau kerja di sebuah kilang iaitu kilang proton”. Abang masuk ke bilikku dan duduk di meja belajarku. Menghadap ke arahku. Jelas kelihatan dari raut wajahnya bahawa dia sedang Lelah dan keletihan. Baju kerja juga masih tersarung di badannya. “abang ganggu adik ke?” soalnya sambal memandang tepat ke anak mataku. Aku menggeleng dan menghadiahkan senyuman. Manalah tahu senyuman aku ini boleh mengurangkan sedikit kepenatannya. Aku kan adik dia yang paling comel. “Puji diri sendiri sekejap” hahaha. Handphone aku biarkan di sebelah. Tak diusik. Fokus pada abang.


Dia takkan masuk tanpa sebab. Pasti ada sesuatu yang penting ingin dibicarakan. “adik buat apa tadi?” tanya abang.”belek whatsapp je, kenapa?” soalku. Luar biasa soalan kali ini. Tak pernah-pernah abang menyoalku begini. “oh, semenjak cuti ini, abang tengok adik asyik main phone je. Bangun tidur samapai nk tidur balik,asyik phone je. Solat, abang tak tahulah macam mana. Entah buat entah tidak “. Mendengar bicaranya, hati sedikit terusik. Terkejut dengan tuduhan tak berasasnya. Tapi, aku bungkam. Bukan kerana aku salah. Tak. Cuma aku tak kuasa membantah. Malas berbalah. Keputusannya, aku diam mendengar. Aku pandang wajah bersih abang. Jujurnya, aku terasa hati. Yalah, abang kandung sendiri menuduhku sedemikian rupa. “adik jangan buat macam tu. Cuti cubalah turun tolong ibu masak, kemas rumah. Waktu adik dekat asrama, ibu dah buat semua tu. Adik dah cuti ni,bagilah ibu rehat pulak. Berbuat baik pada ibu ayah tu, tanggungjawab, dik. Amanah . dulu ibu ayah jaga adik dari kecik sampai sekarang. Tiba giliran adiklah pulak balas”. Abang menyambung bicaranya. Aku masih kaku. Statik. Masih diam Melihatkan aku Cuma diam memandangnya. Dia mengambil Langkah untuk keluar. Memberi peluang aku berfikir agaknya. Padahal dalam hati sudah berbaur segala rasa. Sakit hati, marah, sedih, nak menangis dan macam-macam. “abang kecewa dengan adik. Harap adik berubah. Malam ni, jangan lupa turun makan” Abang sempat berpesan. Namun, ungkapan kecewanya lebih menarik oerhatianku berbanding ajakannya untuk makan bersama.


Jahat sangat ke aku ni? Kenapa mesti jadi macam ni? Kenapa abang tuduh aku macam ni? Kenapa abang mesti Cuma perasan waktu aku tengah lepak depan phone? Bukan waktu aku solat? Kenapa? Rajuk mula mengusai diri. Siapalah nak memujuk andai kesalahan itu memang seolah terletak di bahuku? Aku diam dan cuba tenangkan diri. Istighfar berkalikali. Mungkin saja, ini teguran dari ilahi. Tanpa izin – Nya, abang takkan menegurku. Ya. Ini dari DIA. Mungkin supaya aku lebihkan masa dengan keluarga. Mungkin aku gak lalai. Jasad solat, hati melayang. Ya, segalanya mungkin, ruang musahabah buat aku. Aku cuba tersenyum dan memaniskan wajah. Lalu, terus membersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat maghrib dan isyak. Selesai sahaja, aku turun untuk makan. Berkerut dahiku apabila kaki menuruni tanga, namun rumah gelap dan sunyi tanpa suara. Sejak bila pulak semua tak bersuara. Tak pun, abang dan kakak bergaduh rebut makanan. Memang mereka kebudak-budakan sikit bila berkumpul. Kesunyian ini membuatkan aku merasa, inilah hari paling pelik dalam keluarga. Serta berasa bimbang dan takut. “tercegat apa dekat situ?” suara kakak dari arah belakang, memeranjatkan aku, hampir terjerit dibuatnya. “ jom makan”. Kakak mengajak dengan senyuman manisnya. Memimpin tanganku ke meja makan. Ini lebih pelik. Masuk sahaja ke ruangan meja makan, aku terkejut sangat terkajut.”plak”. bunyi petikan lampu beserta nyanyian lagu. “Happy birthday to you… “Happy birthday to you…. “Happy birthday to adik… “Happy birthday to you…


Aku menangis . air mat ani, cepat je nak keluar. Terharu sebenarnya, aku sendri lupa tentang ulangtahun kelahiranku. Bukan penting sangat untuk aku ingat. Usia tu, setiap hari bertambah. Menandakan diri semakin tua. Bukan untuk dibanggakan. Tapi, untuk menyedari hakikat bahawa mati semakin dekat. Apa pun, bila diraikan begini, buat aku terasa dihargai. Baru berniat mahu meneruskan rajuk untuk tidak bercakap dengan abang, rupanya semua ini dirancang. Detik ini tak akan aku lupakan. Aku ingat sampai bila-bila. “Sorry la adik. Bang berlakon je tadi. Abang berlakon je tadu. Abang tahulah adik abang memang rajin. Saja je bagi ayat pepelik”. Abang ketawa setelah berbiacara. Aku ikut ketawa. Setelah berbiacara . aku ikut ketawa. Yalah , penat mengemas, kena tuduh tak membantu, nak merajuk, rupanya semua tu lakonan. “terima kasih ibu, ayah” aku peluk dan cium pipi umi dan ayh. “sama-sama saying. Ibu doakan, adik dipermudahkan segala urusan di dunia danakhirat . adik, anak solehah ibu”. Balas ibu. “ayah pulak doakan adik cepat kawin ya.” Balasan dari ayah buat semua tertawa dan aku manarik muka. Muda lagi kut. Takkan nak kawin. Eh, tadi kata dah tua. Macammacam aku ni. Tapi aku tahu ayah tidak bermaksud ianya sekadar gurauan untuk memeriahkan suasana. Tapi dia berharap sangat yang anaknya akan berjaya. “ abang dengan kakak, tak ada terima kasih ke?” soal kakak sengaja mengusik. Aku terus peluk kakak dan mencium pipinya bertalutalu hingga dia naikcrimas, dan aku terkekek ketawa sendiri. Pada abang pula, aku salam dan cium tangannya lalu aku ucapkan terima kasih. Kalua abang tak ada, belum tentu aku jadi seperti sekarang. Aku manja, namun bukan mudah didekati kerana abang selalu berpesan dan menasihati. Selain ayah,


abang memang yang paling banyak mengajar aku. Segala kesyukuran dan pujian Kembali pada allah. Dia jugalah telah memberi kita peluang hidup sampai sekarang. Aku sangat bersyukur denga apa yang aku ada. Terima kasih, ya allah.


PELAJAR - Aliya Cahaya ditengah kegelapan Yang menerangi setiap kehidupan dan menumpas segala kebodohan yang merusak masa depan Pendidikan merupakan kunci Masa depan yang Cerah dan bermanfaat Sebuah lem yang menyatakan Impian kita seperti jahitan Pendidikan merupakan Sebuah jalan menuju Kesuksesan ilahi Dan perjalanan yang Mulus menuju keagungan, Pendidikan Memberikan pemikiran kita Penampilan yang berbeda Dan Mengusir semua Ketidaktahuan kita Jejah Langkah bermula dengan dada kosong Jika dunia kami yang dulu kosong Tak pernah kau isi Mungkin hanya ada warna Hampa, gelap Tak biasa berbuat apa-apa Tak bisa kemanamana Tapi kini dunia kami penuh warna dan ceria


BINTANG - Aliya Suatu malam aku duduk Di halaman rumah Kulihat cantiknya bintang-bintang Tentu ibu gembira Tentu ayah Bahagia Melihat rumah ini Penuh dengan cahaya. Tetapi kata ibu Itu tidak perlu Ayah sudah ada bintang Begitu juga ibu Rumah Sudah bercahaya Begitu juga jiwa mereka Bintang itu adalah aku Bintang hati ayah dan ibu Ayah.. Engkau seorang insan yang mulia Seorang insan yang istimewa Insan yang sangat ku kagumi


Akan sentiasa ayah di hati ini Ayah… Kini kau tiada lagi Kau pergi menyahut seruan ilahi Sungguh berat hati ini untuk merelakan pemergianmu Namun aku redha dengan suratan ini.


CAHAYA KITAB - Amiera Mencelik mata dalam kegelapan Dada kosong Fikiran kosong Hidup kosong, tiada tujuan Setahun jagung mula meronta Tangan dihulur mengharapkan bantuan Gelap dunia meresahkan jiwa “Cahaya!” Mataku meluas tatkala melihatnya Cahaya samar mula menghiasi Cahaya yang telah lama aku dambakan Inilah dia! Inilah yang ku cari selama ini Pelita kehidupanku Sumbu kejayaanku Bergetar tanganku menyentuh kulitnya Terduduk diriku melihat isinya Ilmu yang tertulis bersinar terang Sangat hina ku rasakan diriku saat itu Mindaku merayu untuk disuap Mataku meliar membaca intinya Kini, Diriku Bersatu dengan cahaya


Dunia gelap hilang disebalik cahaya Sungguh hebat cahaya kitab Mengubah hidupku hingga penghujungnya Mulianya ilmu sehingga bersinar kitab Hidupku dan matiku Hanya ilmu yang ku impikan


BAHAGIA - Amiera Suara dan akal fikiran ialah anugerah terindah Angkara mulut badan binasa Cetek fikiran membawa duka Suara Andai itu yang kau pegang dahulu Pasti kau Bahagia Andai engkau menyuarakan perasaanmu Pasti terurai simpulan duka Akal fikiran Akal yang dikurniakan kau abaikan Hancur sudah ikatan yang kau idamkan Sungguh cetek fikiranmu Hingga kau lukakan hati sang belahan jiwa Tanpa kau sedari Kolam tangisan memenuhi dunia Hidup ditemani remukkan hati Jiwanya terseksa tiada kau peduli Andai kau bersuara Pasti kau Bahagia Andai kau menggunakan akal Pasti kekal ikatan kasihmu


PERJALANAN - Aliya Jenuh aku berjalan Belum ku temui penghujung tujuan Ramai sudah ku temui Ada yang berhenti di pertengahan Tidak sanggup meneruskan pencarian Aku tidak peduli Terus menapak biar perlahan Jalan sentiasa terbentang Bagi yang memandang ke hadapan Sudah banyak dugaan Yang ku tempuhi Banyak ranjau, ragu dan duri dengki Akan ku terus berlari dan berlari Biar merangkak Akan kuterus menapak Perjalanan ini menuju satu Tewas atau maju


PAHLAWAN TUAH - Fathun Tuah, Kehebatanmu tiada tandingan, Segalanya bermula dengan keberanian, Musuh demi musuh dikalahkan, Keberanian menjadikan kau seorang hamba, Yang amat setia kepada raja. Tuah, Pahlawan yang bijaksana, Melawan Taming Sari, Tanpa rasa takut dan gerun, Pelbagai langkah diatur, Demi menjatuhkan musuh durjana, Pertempuran bermula, Tikaman demi tikaman, Dapat dielak dengan ketangkasannya, Sehinggalah lahir satu helah, Yang akhirnya tumpas si dia, Maka keris Taming Sari itu, Menjadi milik Hang Tuah.


Tuah, Pahlawan yang terlalu setia, Bila engkau menjadi kunang-kunang, Engkaulah sebenar penyeri buat Sultan, Saat raja dihambat, Bayang-bayangmu menutup dengan awan, Bila engkau menjadi mentari, Teranglah Melaka tidak lagi sunyi. Tuah, Kisahmu menjadi teladan, Keberanianmu menjadi tatapan, Buat semua manusia, Sehingga kini, Keagungan kisahmu, Masih segar diingatan, Dan masih didengari, Di setiap pelusuk.


Click to View FlipBook Version