The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP TOKOH PEMIMPIN JOHOR SK MASAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihahumaidi01, 2021-04-20 09:23:20

BUKU SKRAP TOKOH PEMIMPIN JOHOR SK MASAI

BUKU SKRAP TOKOH PEMIMPIN JOHOR SK MASAI

buku
skrap
tokoh
pemimpin
johor

dato’ abdul rahman
bin dato’ wan andak

NAMA : MUHAMMAD ZAIMMUDDIN
BIN MOHD HUMAIDI
KELAS : 6 AMAN
ALAMAT E-MAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI
ALAMAT SEKOLAH : SK MASAI, JALAN TENGAH,
81750 MASAI, JOHOR

Isi Kandungan

1. Pendahuluan
2. Biodata Tokoh
3. Pendidikan Tokoh
4. Kerjaya Tokoh
5. Sumbangan Tokoh
6. Nilai Kepimpinan
7. Kesimpulan
8. Rujukan

Pendahuluan

Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah kerana dengan izin-Nya
dapat saya menyiapkan Buku Skrap Digital yang bertajuk Tokoh Pemimpin
Johor. Sepanjang membuat buku skrap ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna sebagai seorang
murid. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang membuat buku skrap
ini mungkin hanya datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Justeru itu, saya telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
yang berkaitan dengan Dato’ Abdul Rahman Bin Dato’ Wan Andak. Beliau
merupakan salah seorang pembesar yang terkenal di Negeri Johor.
Gelaran Dato’ Seri Amar Diraja Johor amat bersesuaian dengan beliau.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang terlibat terutamanya kepada guru bimbingan dan kaunseling
sekolah saya iaitu Puan Hazlina Binti Abd Kadir kerana beliau telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam usaha menyiapkan Buku Skrap
Digital ini.

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada ahli keluarga kerana telah banyak
memberi bantuan dan kerjasama serta buah fikiran bagi menyiapkan buku skrap
ini.

Sekian terima kasih

Biodata Tokoh

Nama : Dato' Abdul Rahman bin Dato' Wan Andak

Lahir :13 Jun 1859

Tempat Lahir : Teluk Belanga, Singapura, Negeri-negeri Selat

Pasangan : Che' Lembek (M. 1885)

Auguste Reis (–1930)

Anak-anak : Rahmah Abdul Rahman, Henry Abdul Rahman

Mansor Abdul Rahman, Walter Abdul Rahman

Ibu : Hawa Binti Abdullah

Bapa : Andak Bin Meng

Kewarganegaraan : Johor

Meninggal Dunia : 10 September 1930 (Umur 71) London, United Kingdom

Tempat Persemadian : Brookwood Cemetery, Surrey, England

Dikenali Kerana : Penasihat Diraja Sultan Abu Bakar Dan Sultan Ibrahim

Gelaran : Dato' Sri Amar Diraja(Pembesar Terkenal Di Negeri Johor)

Jawatan : Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sultan Sir Abu Bakar

Temenggung Tun Daeng Ibrahim)

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sultan Ibrahim ibni

Almarhum Sultan Abu Bakar.)
eis laki
Auguste R
Anak-anak le

Makam

Abdul Rahman Tahun 1871
dititahkan mengiringi Maharaja
anak saudaranya Maharaja menghantar anak saudaranya
Ungku Omar untuk
Abu Bakar melanjutkan pelajaran
serta melanjutkan ke England
pelajaran di sana

Melanjutkan Mendapat
pelajaran pendidikan awal
ke
England di bawah
Muhammad Ibrahim Bin
Selain Pendidikan
menimba ilmu, Tokoh Abdullah Munsyi
beliau memerhati dan yang merupakan
mempelajari selok belok
cara pemikiran pengetua
orang Inggeris
Sekolah
Melayu
Telok
Belanga,
Singapura

Kerjaya Tokoh

19 Jun 1878

Mula berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Johor setelah tamat pengajian

1883

Dilantik sebagai penolong setiausaha dan ketua penterjemahan.

1884

Dilantik sebagai setiausaha peribadi kepada Maharaja Abu Bakar sekaligus menjadi
Setiausaha Hal Ehwal Luar.

1885

Dipilih oleh Maharaja Abu Bakar sebagai seorang Penasihat Kanan untuk merundingkan Perjanjian Inggeris-
Johor yang mana Maharaja Abu Bakar memperolehi pengiktirafan British sebagai pemerintahan yang sah bagi
Negeri Johor dan jajahan taklukannya dengan menggunakan gelaran Sultan Abu Bakar.

1893

Dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Johor yang pertama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri . Selama 20 tahun
beliau menjadi pakar dan penasihat yang dipercayai kepada Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim dalam semua
urusan dengan pihak British di Singapura dan London.Sebagai Setiausaha Kerajaan Johor, beliau telah berjaya
mengawal hubungan diplomatik antara kerajaan Johor dengan kerajaan British.

1904

Dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar dan menjadi Ahli Majlis Jemaah Menteri pada zaman Pemerintahan
Sultan Ibrahim.

1909

Akibat fitnah daripada pihak Inggeris beliau telah dibesarkan dan dipindahkan ke England dan bermastautin
disana dengan pencen tahunan 1000 pound sterling dalam memberi khidmat kepada anakanda-anakanda
Sultan Ibrahim yang melanjutkan pelajaran iaitu Tengku Ismail,Tengku Ahmad dan Tengku Abu Bakar.

- Mengasaskan pakatan belajar mengajar pengetahuan Bahasa Melayu Diraja
bersama-sama Dato Muhammad Said Bin Sulaiman (pendeta johor) dan
Dato Muhammad Ibrahim Munsyi pada tahun 1888

-Panel yang merangka Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor
yang dikuatkuasakan pada tahun 1895

-Berjaya mengatasi masalah kewangan negeri dengan memberi nasihat kepada
Sultan Ibrahim agar baginda merombak semula sistem pengurusan dalam
pejabat pembendaharaan.

Sumbangan Tokoh

-Pakar dalam hubungan luar dan dasar asing. Beliau menggunakan kepintaran
politiknya untuk menghalang dan melambat-lambatkan campur tangan
Inggeris di negeri Johor

-Memperkenalkan Johor dimata dunia dimana pada tahun 1893 beliau
mempromosikan busana Negeri Johor dalam Pameran Dagangan
Antarabangsa Chicago

-Menyampaikan ceramah di London ketika memperkenalkan peta Johor
yang dilakar oleh Dato Bentara Luar pada tahun 1894. Beliau mengatur agar
peta itu dipamerkan di Adelaide

Intelektual Kebijaksanaan
-Dato Abdul Rahman Andak -Kebijaksanaan
menggunakan akal pikirannya Dato Abdul Rahman Andak
berjaya menambat
menimba ilmu sambil hati Maharaja Abu Bakar
mempelajari cara

pemikiran orang Inggeris

Nilai Kepimpinan

Bertanggungjawab Taat setia
- Panel yang merangka -Selama 20 tahun
Undang-Undang Tubuh beliau menjadi pakar
Kerajaan Negeri Johor dan penasihat yang
dipercayai kepada
Sultan Abu Bakar
dan Sultan Ibrahim

Kesimpulan

Dato’ Abdul Rahman Bin Dato’ Wan Andak adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab , amanah
tegas dan mempunyai pendirian yang sangat teguh dalam menjalankan tugas. Pemimpin pada masa kini
perlu menjadikan beliau sebagai contoh dalam menjalankan tugas yang lebih telus dan amanah.

Rujukan

- https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_bin_Andak
- https://www.thepatriots.asia/dato-seri-amar-diraja-abdul-rahman-permata-johor/
-Kesultanan Islam Johor, Kitab Sekolah Agama Kerajaan Johor

terima
kasih


Click to View FlipBook Version