The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainzakiriah, 2022-04-29 00:07:30

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU

TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS

SEMESTER 3 TAHUN 2022

NAMA PELAJAR: NUR ‘AIN BINTI ZAKIRIAH
ANGKA GILIRAN: 2021142380006
NOMBOR KAD PENGENALAN: 931014-04-5476
KUMPULAN/UNIT: PDPM PAKK
KOD DAN NAMA KURSUS: PAKK2302D SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH: PN. ZAHIROH BINTI AWANG
TARIKH HANTAR: 18.4.2022
Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-
Maklum Balas Daripada
Pensyarah INDIVIDU

KUMPULAN

KULIAH

Tanda Tangan Tarikh
18.4.2022
ain

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja Markah
NO. MARKAH Selepas
TUGASAN Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa Moderasi

123 Markah
1 dalam 100
2
3 %
4

JUMLAH

PENGENALAN

Perkembangan sosioemosi dan tingkahlaku bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza dan
ianya sangat penting dalam memastikan kanak-kanak berkembang dengan baik. Sosioemosi
adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu sosial ada emosi. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan
manakala emosi pula membawa maksud satu perasaan yakni jiwa yang sangat kuat. Emosi
adalah satu perasaan yang dialami oleh individu dalam sesuatu keadaan. Perkembangan
sosioemosi ini merupakan keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi dan
menerima tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan. Dengan adanya
kemahiran sosioemosi ini, kanak-kanak dapat menguruskan dan memahami konsep emosi
sendiri. Selain itu juga, kemahiran ini dapat membantu kanak-kanak dalam membina
kemahiran bersosial dan meningkatkan keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam
kehidupan seharian.

Menurut Siti Affiza (2021), kemahiran sosioemosi adalah sebuah kemahiran yang
membantu kanak-kanak belajar untuk bekerjasama, berdikari dan empati. Melalui kemahiran
ini kanak-kanak akan lebih bersedia untuk menghadapi masa hadapan. Menurut Zaharah
(2016), kebijaksanaan dalam mengurus emosi dapat mengembangkan kemahiran lain seperti
kognitif, sosial, dan rohani dalam kehidupan harian. Kanak-kanak yang pandai menguruskan
emosi mereka, mereka akan menzahirkan apa yang mereka rasa seperti gembira, takut, sedih,
marah dan benci berdasarkan keperluan. Manakala pengurusan emosi yang tidak sejahtera
boleh meningkatkan masalah emosi dan tingkah laku kanak-kanak terutamanya. Kanak-
kanak ini akan cenderung menunjukkan tingkah laku yang bermasalah, tidak terkawal, tidak
bersosial dengan rakan kerana mereka tidak mengetahui cara untuk menguruskan emosi
mereka. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak
untuk membentuk kemahiran sosioemosi mereka.

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

1. Umur 3-4 tahun

Mempunyai penghargaan diri seperti mainan pembelajaran di sekolah, mencari rakan
dan menyesuaikan diri dengan ibu bapa. Kerap-kali mengalami emosi kesedaran
kendiri. Aktiviti sosial semakin bertambah dan kurang dari segi aktiviti bukan-sosial.
Berusaha mencari rakan dan menjalinkan persahabatan terhadap berlainan jantina.
Membezakan moral daripada konversi sosial dan perkara peribadi.

2. Umur 5-6 tahun

Keupayaan dalam menginterpret, meramal dan mempengaruhi respon terhadap
emosi orang lain. Kanak-kanak juga boleh menggunakan bahasa untuk menunjukkan
empati. Kemahiran penyelesaian masalah sosial menjadi lebih baik. Boleh menguasai
peraturan yang relevan dalam moral dan tingkah laku. Kanak-kanak juga mula
memahami dalam perbezaan jantina dan tingkah lakunya.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENURUT TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON

Teori Perkembangan Psikososial menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-
individu di persekitaran kanak-kanak. Erikson percaya bahawa setiap manusia berpotensi
untuk perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesukaran yang timbul
dalam proses perkembangan. Terdapat beberapa peringkat yang telah dikenalpasti oleh
Erikson dalam proses perkembangan manusia (Azizi & Zainuddin, 2010).

1. Peringkat kepercayaan lawan curiga (lahir - 18 bulan)

Peringkat perkembangan ini adalah sangat penting kerana ianya mempengaruhi
perkembangan bayi melalui pengalamannya. Bayi mula belajar untuk mempercayai
atau tidak mempercayai orang lain. Kepercayaan akan memudahkan individu dalam
menghadapi masalah manakala kecurigaan akan melemahkan keupayaan seseorang
untuk menyelesaikan masalah.

2. Peringkat autonomi lawan perasaan malu/curiga (18 bulan - 3 tahun)

Pada peringkat ini bayi akan membina keyakinan diri dan autonomi apabila mereka
rasa bebas untuk melakukan sesuatu. Jika terlalu banyak halangan atau bantuan,
kanak-kanak akan rasa curiga, terhina dan kurang keyakinan diri.

3. Peringkat inisiatif lawan kesalahan (3-6 tahun)

Kanak-kanak mula membentuk satu cara berdikari dan ingin meneroka serta mencuba
sesuatu yang baru dan mencabar. Inisiatif merupakan tret yang akan membantu
individu sepanjang hayatnya. Melalui galakan, kanak-kanak akan menyedari potensi
mereka sebaliknya jika tidak diberi inisiatif dan terdapat halangan akan mengakibatkan
kanak-kanak sering rasa bersalah.

PEMERHATIAN TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
KANAK-KANAK A:

NAMA: FATHIA
UMUR: 6 TAHUN
JANTINA: PEREMPUAN

BORANG REKOD CATATAN ANEKDOT

NAMA: NUR FATHIA UMUR: 6 TAHUN

TARIKH: 13/10/2021 WAKTU: 10.00 PAGI-10.30 PAGI
NAMA PEMERHATI: NUR ‘AIN BINTI ZAKIRIAH

AKTIVITI: PERMAINAN BEBAS

CATATAN PERKARA:

• Fathia seorang kanak-kanak yang sangat periang tetapi selepas tempoh PKP,

tingkahlaku Fathia berubah.

• Fathia banyak mengasingkan diri.

• Fathia tidak bermain bersama rakan lain.

• Fathia mula melukis gambar-gambar yang menunjukan perasaan sedih, kecewa.

• Fathia tidak suka sekiranya keadaan kelas terlalu bising ketika bermain.

ULASAN DAN TINDAKAN SUSULAN:

Ulasan:

Berdasarkan pemerhatian, Fathia mengalami ketidakstabilan emosi kerana

tempoh PKP yang lama. Fathia menunjukkan tingkahlaku yang negatif seperti

pengasingan diri daripada bermain dengan rakan lain. Fathia cuba meluahkan apa

yang dialami melalui lukisan.

Tindakan Susulan:
• Guru memberi ruang kepada Fathia untuk menerangkan apa yang Fathia telah
lukis apabila Fathia sudah bersedia.
• Apabila Fathia telah rasa selesa, guru cuba mengenal pasti punca kepada lukisan
tersebut dengan bertanyakan makna setiap apa yang dilukis oleh Fathia.

Guru: “Thia, yang hati ni kenapa Thia lukis macam ni?”
Fathia: “sebab Thia sedih, kawan tak nak main dengan Thia.”
Guru tanya dengan terperinci setiap lukisan yang dilukis.

• Setelah meluahkan segala yang terpendam dihati, baru kelihatan kegembiraan
pada wajah Fathia.

• Guru meminta rakan lain, sekiranya ingin bermain perlu mengajak Fathia main
bersama.

• Guru memaklumkan kepada ibu Fathia, ibu Fathia agak terkejut kerana tidak
menyangka Fathia akan melukis sebegitu dan tidak mengetahui mengalami
keadaan sebegitu. Ibu Fathia menyatakan dia akan lebih memberi perhatian
kepadanya.

BUKTI / GAMBAR:

KANAK-KANAK B:

NAMA: NAURA
UMUR: 6 TAHUN
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DAN IMPLIKASINYA
JANTINA: PEREMPUAN
PERANAN GURU
AKTIVITI PERKEMBANGAN

BORANG REKOD CATATAN ANEKDOT

NAMA: NAURA UMUR: 6 TAHUN

TARIKH: 13/10/2021 WAKTU: 10.00 PAGI-10.30 PAGI
NAMA PEMERHATI: NUR ‘AIN BINTI ZAKIRIAH

AKTIVITI: PERMAINAN BEBAS

CATATAN PERKARA:

• Naura sangat kreatif dan suka berkawan.

• Naura sering membantu rakan dalam pelajaran.

• Naura seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi

• Naura boleh bercakap dalam dwi bahasa, sekiranya rakan tidak pandai berbahasa

Inggeris, Naura akan bercakap dengan Bahasa Melayu.

ULASAN DAN TINDAKAN SUSULAN:

Ulasan:

• Naura sangat rajin dan sayang kepada rakan-rakannya.

• Naura tidak memilih rakan untuk bermain, Naura akan bermain dengan semua

orang.

• Apabila guru meminta tolong, Naura sering ke depan untuk membantu dan tidak

mengeluh.

• Naura juga mudah berkomunikasi dengan orang lain.

BUKTI / GAMBAR:

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN IMPLIKASINYA

Menurut Robert Havighurst, perkembanagn kanak-kanak sangat diperngaruhi oleh
persekitarannya terutama faktor kekeluargaan yang akan mempengaruhi personaliti kanak-
kanak. Begitu juga dengan perbezaan kanak-kanak itu sendiri dalam memberi kesan kepada
perkembangan mereka.

FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU

Perbezaan individu adalah ketidaksamaan dalam perkembangan menurut beberapa
aspek utama seperti fizikal, mental, emosi dan sosial. Setiap individu mempunya tahap
temperamen yang berlainan. Temperamen ini merupakan suis utama dalam melakukan
sesuatu seperti mudah berasa sedih, cepat marah dan aktif bertidak atau sebaliknya. Faktor
perbezaan individu ini sangat ketara dapat dilihat terutama dari segi pengurusan emosi yang
baik atau sebaliknya. Kanak-kanak yang mempunyai pengurusan emosi yang baik, lebih
menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran berlangsung. Selain itu, faktor ini dapat
dilihat melalui kemahiran bersosial kanak-kanak bersama rakan yang lain sama ada mudah
bergaul, peramah atau sebaliknya. Kanak-kanak yang mudah bergaul, akan yakin dalam
berkawan manakala kanak-kanak yang suka bersendirian akan mengalami masalah
sekiranya diminta untuk menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

Fathia dan Naura merupakan kanak-kanak dari kelas yang sama. Perbezaan individu
terhadap dua kanak-kanak ini sangat ketara. Hal ini kerana, Naura seorang yang sangat
mudah bergaul dengan rakan-rakan lain. Fathia pula seorang yang pendiam dan tidak bergaul
dengan rakan lain. Didalam kelas Naura sangat menumpukan perhatian ketika sesi
pembelajaran berlangsung manakala Fathia sering termenung di dalam kelas dan tidak
menumpukan perhatian yang tinggi. Bagi mengelakkan Fathia terus bersendirian, guru
meminta bantuan daripada Naura untuk berkawan dengan Fathia dan bermain bersama.

FAKTOR KELUARGA

Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak ini
hail daripada hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Faktor
keluarga merupakan pengaruh utama dalam proses perkembangan manusia terutama kanak-
kanak. Faktor ini yang akan mencerminkan kehidupan mereka dari segi pergaulan,
penggunaan bahasa, dan status sosio-ekonomi. Institut kekeluargaan yang baik akan
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dengan baik, begitu juga sebaliknya. Di rumah,
ibu bapa merupakan role-model utama dalam membentuk keperibadian kanak-kanak.
Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan
intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi kerana boleh menyediakan
kemudahan yang mencukupi. Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang terhadap
kanak-kanak perlu dipenuhi dengan baik dan sama rata.

Faktor kekeluaargaan ini akan meliputi perkembangan fizikal, mental dan kerohanian
kanak-kanak. Bagi kedua kanak-kanak ini, faktor kekeluargaan sangat mempengaruhi dengan
baik. Hal ini kerana, ibu bapa dapat menyediakan kemudahan dalam pembelajaran dan
menyediakan makanan yang sihat dan berzat. Namun begitu, Fathia mengalami kurang
bersosial dirumah kerana perbezaan umur yang ketara diantara adik beradiknya. Menurut ibu
Fathia, Fathia sering ditinggalkan oleh abang dan kakaknya kerana Fathia baru berumur 6
tahun. Oleh itu, Fathia banyak menghabiskan masa dengan bermain telefon bimbit dirumah.
Pada masa yang sama disekolah, Fathia banyak mengasingkan diri daripada bermain dengan
rakan lain.

PERANAN GURU TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU
KANAK-KANAK

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan suatu proses yang berterusan dimana
proses yang berkembang serentak dengan perkembangan individu kanak-kanak yang
mempelajari setiap perkara yang berlaku di persekitarannya. Dalam pada masa yang sama,
kanak-kanak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan persediaan untuk
menghadapi masa akan datang. Peranan guru sangat penting dalam membantu
perkembangan sosioemosi dan tingkahlaku kanak-kanak. Setiap kanak-kanak diberi peluang
untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan daya kreatif yang ada mengikut kreativiti
masing-masing supaya dapat meningkatkan tahap pembelajaran kanak-kanak dalam
mencapai tahap pencapaian yang baik.

Seorang guru berperanan dalam mengetahui dan memahami setiap perkembangan
sosioemosi dan tingkahlaku kanak-kanak. Apabila guru telah memahami setiap sosioemosi
dan tingkahlaku kanak-kanak, ia akan memudahkan guru dalam membantu kanak-kanak
menguruskan dan memperbaiki kemahiran tersebut. Selain itu, guru perlu menyediakan
persekitaran yang kondusif dalam bilik darjah serta merangsang perkembangangan daya
berfikir kanak-kanak. Dalam mengambil memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar, guru perlu menggunakan kepelbagaian dalam strategi dan
pendekatan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Bagi memastikan strategi dan
pendekatan yang digunakan berkesan, guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai
kemahiran yang tinggi. Di akhir pembelajaran, guru boleh membuat penilaian dan
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan pendekatan yang sesuai.

AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAHLAKU
KANAK-KANAK

AKTIVITI 1

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Kelas : 5 Baghdad
Tarikh : 18.2.2022 (Selasa)
Masa : 9:30 pagi – 10:00 pagi (30 minit)
Bilangan murid : 10 orang
Tema Mingguan : Anggota Badan
Modul/AP/Projek : Lembaran Kerja
Tajuk : Kenali anggota badan
Tunjang Utama : Tunjang Komunikasi - Bahasa Melayu
Standard Kandungan : BM 2.3 Membina dan membaca suku kata dan perkataan
Standard Pembelajaran : BM 2.3.3 Membaca perkataaan dengan suku kata terbuka:

Kesepaduan Tunjang (i) KV+KV
Objektif Pembelajaran : Tunjang Sains dan Teknologi
: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid
dapat :

• Membaca perkataan dengan suku kata terbuka
• Menamakan anggota badan yang diketahui

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui anggota badan

Kemahiran Berfikir (KB) : Menjana idea, mencirikan, membanding dan membeza,

menganalisis dan membuat kesimpulan

Fokus Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, muzik, interpersonal dan kinestatik

Penerapan Nilai : Kebersihan diri dan menghormati

Kemahiran Abad ke-21 : Bersifat ingin tahu

KBAT : Menganalisis

Elemen Merentas : Nilai Murni

Kurikulum (EMK)

Sumber Pengajaran dan : Laptop, video lagu, kad gambar

Pembelajaran

Kosa Kata : Muka, mata, kuku, kaki, siku, jari, bahu

Pentaksiran : Lembaran kerja

Masa / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan / Bahan
Langkah dan Pembelajaran
Nyanyian lagu “Anggota Badan –
Set Didi & Friends”. Murid memulakan Sumber
Induksi
(5 minit) pembelajaran Pengajaran dan

dengan bacaan doa Pembelajaran:

Contoh video: sebelum belajar. Laptop dan video
lagu

Murid menonton

video yang dipasang Kemahiran

oleh guru. Berfikir (KB):

Contoh soalan guru: Menjana idea
1. Anggota badan apa yang
disebut? Murid mendengar
2. Berapa kaki kita ada?
dan menyanyi lagu Fokus

tersebut. Kecerdasan

Pelbagai:

Murid menjawab Muzik dan

persoalan guru. interpersonal

Penerapan Nilai:
Keberanian

Menyebut anggota badan Murid melihat kad Sumber
menggunakan kad gambar.
gambar yang Pengajaran dan

ditunjukkan oleh Pembelajaran:

Contoh kad gambar: guru. Kad Gambar

Langkah Murid menyebut Kemahiran
1
nama anggota badan Berfikir (KB):
(7 minit)

dengan bimbingan Menjana idea,

guru. mencirikan dan

menganalisis

Murid menyebut suku

Contoh soalan guru: kata bagi anggota
1. Kita ada berapa kaki?
badan tersebut..

2. Cuba kita kira ada berapa kuku Fokus
kita?
3. Kenapa kita kena potong kuku? Murid menjawab Kecerdasan

persoalan guru. Pelbagai:

Verbal linguistik

dan interpersonal

Penerapan Nilai:
Kebersihan
Kemahiran Abad
ke-21:
Bersifat ingin
tahu

KBAT:
Menganalisis

Menulis suku kata pada lembaran Murid diberikan Sumber
kerja.
lembaran kerja untuk Pengajaran dan

menulis suku kata. Pembelajaran:

Contoh ayat: Lembaran kerja

Langkah Murid menyalin dan pensel
2
semula suku kata
(7 minit)
yang terdapat dalam Kemahiran

lembaran kerja. Berfikir (KB):

Menjana idea

Murid menulis dan membanding

menggunakan beza

pensel sambil

membaca ayat Fokus

tersebut. Kecerdasan

Pelbagai:

Murid membaca ayat Interpersonal dan
tersebut bersama kinestatik.

bimbingan guru.

Penerapan Nilai:

Kerajinan

Melengkapkan anggota badan di Setelah menulis ayat, Sumber
muka dan mewarnakan ia.
murid diminta gunting Pengajaran dan

dan tampal anggota Pembelajaran:

Contoh lembaran kerja: badan yang betul. Lembaran kerja

Langkah dan pensel
3
Murid diberi peluang warna
(6 minit)
untuk mewarna

mengikut kreativiti Fokus

masing-masing. Kecerdasan

Pelbagai:

Murid mewarna Kinestatik

sambil berinteraksi

dengan guru. Penerapan Nilai:

Kerajinan

Penutup Membuat kesimpulan. Murid dipuji oleh guru Kemahiran
(5 minit)
setelah selesai Berfikir (KB):

menjalankan aktiviti. Menjana idea

Murid disoal guru Fokus

untuk membuat Kecerdasan

kesimpulan. Pelbagai:

Verbal linguistik

Murid membuat

rumusan dibimbing

oleh guru.

Hasil kerja murid:

AKTIVITI 2

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Kelas : 6 Madeenah

Tarikh : 26.2.2022 (Selasa)

Masa : 9:30 pagi – 10:00 pagi (30 minit)

Bilangan murid : 10 orang

Tema Mingguan : Emosi diri

Modul/AP/Projek : Lembaran Kerja

Tajuk : Kenali anggota badan
Tunjang Utama : Tunjang Keterampilan – perkembangan sosioemosi

Standard Kandungan : PSE 1.3 mengenal emosi orang lain

Standard Pembelajaran : PSE 1.3.2 menerima pandangan dan membaca emosi

orang lain

Kesepaduan Tunjang : Tunjang Fizikal dan Estetika - Kreativiti

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

• Menyatakan perasaan yang ditunjukkan oleh

orang lain

• Menyatakan sebab perbezaan emosi antara

individu

• Menunjukkan emosi yang disukai melalui aktiviti

seni kreativiti

Pengetahuan Sedia Ada : Mengetahui jenis-jenis emosi

Kemahiran Berfikir (KB) : Menjana idea, menganalisis, menghubungkait,

membanding beza

Fokus Kecerdasan Pelbagai : Visual, intrapersonal, interpersonal linguistik

Penerapan Nilai : Memberi perhatian, mendengar arahan, bekerjasama,

rasa hormat menghormati

Kemahiran Abad ke-21 : Bersifat ingin tahu

KBAT : Menganalisis

Elemen Merentas Kurikulum : Nilai Murni

(EMK)

Sumber Pengajaran dan : Laptop, video lagu, kad gambar

Pembelajaran

Kosa Kata : Marah, sedih, gembira, takut

Pentaksiran : Lembaran kerja

Masa / Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan / Bahan
dan Pembelajaran
Set Induksi Sesi bercerita Sumber
(5 minit) Guru membacakan Pengajaran dan
buku cerita kepad Pembelajaran:
kanak-kanak Big book

Kemahiran
Berfikir (KB):
Menjana idea

Penerapan Nilai:
Memberi
perhatian

Menyatakan emosi Guru bertanyakan Sumber
orang lain. kepada murid apa yang Pengajaran dan
Siti alami dalam cerita Pembelajaran:
Contoh soalan guru: tersebut. Kad Gambar
1. Apa yang Siti
Langkah 1 rasa? Kemahiran
(7 minit) 2. Mengapa Siti Berfikir (KB):
menangis? Menjana idea

Fokus
Kecerdasan
Pelbagai:
Verbal linguistik
dan
interpersonal

Penerapan Nilai:
Kad gambar

Langkah 2 Melakonkan emosi: Guru meminta kanak- Kemahiran
(7 minit) • Gembira kanak untuk kehadapan Berfikir (KB):
• Sedih dan melakonkan emosi Menjana idea
Langkah 3 • Marah yang dinyatakan. dan
(6 minit) • Takut membanding
Sebahagian murid beza
melakonkan emosi
dihadapan kelas, Fokus
sebahagian lagi akan Kecerdasan
meneka emosi yang Pelbagai:
dilakonkan. Interpersonal,
intrapersonal,
liguistik

Penerapan Nilai:
Keyakinan diri,
berani, memberi
perhatian

Membuat mimik muka Murid diminta untuk Sumber
Pengajaran dan
dengan menggunakan menggunting dan Pembelajaran:
Pinggan kertas,
pinggan kertas menampal emosi pada kad emosi

pinggan kertas yang

disediakan.

Kanak-kanak akan Fokus
menghias pinggan Kecerdasan
kertas tersebut dan Pelbagai:
jadikan ia sebagai roda Kinestatik
emosi.
Penerapan Nilai:
Mendengar
arahan,
kerjasama

Penutup Mempamerkan hasil Murid menunjukkan Kemahiran
(5 minit) kerja dan membuat hasil kerja masing- Berfikir (KB):
kesimpulan. masing. Menjana idea

Guru meminta kanak- Fokus
kanak untuk membuat Kecerdasan
mimik muka yang sama Pelbagai:
dengan perasaan yang Verbal linguistik
dialami.

Hasil kerja murid:

RUMUSAN AKTIVITI

Kedua-dua aktiviti ini sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan sosioemosi dan
tingkahlaku kanak-kanak. Aktiviti ini juga dapat mendorong kanak-kanak meluahkan apa
yang mereka rasa melalui kraf. Pada masa yang sama, ia meningkatkan tumpuan kanak-
kanak didalam kelas.

PENUTUP

Perkembangan sosioemosi dan tingkahlaku adalah amat penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Perkembangan sosioemosi yang baik akan menjadi kunci utama dalam
kemenjadian insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani seperti mana yang dinyatakan dalam Falasafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengurusan emosi yang baik akan melahirkan masyarakat yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan dalam mencapai keharmonian dan kemakmuran. Perkembangan
sosioemosi yang positif akan melahirkan tingkahlaku yang positif. Dalam pada yang sama,
guru dan ibu bapa juga harus membantu kanak-kanak dalam menguruskan emosi dengan
mengambil berat terhadap setiap kanak-kanak tanpa pengabaian.

RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
Kurikulum Standar Prasekolah Kebangsaan (semakan 2017). Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siti Affiza, M., Zaharah, O., & Azian Niza, A.A. (2021). Perkembangan sosioemosi kanak-
kanak melalui aktiviti main peranan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat
prasekolah. Jurnal Pendidikan Awl Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 47-60.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.5.2021

Rizalina (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosioemosi kanak-
kanak melalui aktiviti bermain.


Click to View FlipBook Version