101 SIMPULAN
102 SIMPULAN DAN IKATAN SIMPULAN: Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan. IKATAN: Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaanya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. JENIS-JENIS SIMPULAN Terdapat enam simpulan asas yang biasa diguna pakai di dalam rekreasi dan proses menyelat, antaranya ialah: 1) Simpul Buku Sila / Reef Knot 2) Simpul Bunga Geti / Common Bend 3) Simpul Tindih Kasih / Bowline 4) Simpul Manuk / Clove Hitch 5) Simpul Balak 6) Simpul Belit
103 IKATAN SIMPUL MANUK ❖ Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. ❖ Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan Ketika mula mengikat pada kayu dan sebagainya. ❖ Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. ❖ Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet (permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan di atas tadi. ❖ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. TEKNIK SIMPUL MANUK ❖ Mulakan simpul pada kayu. ❖ Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. ❖ Tarik hujung tali.
104 SIMPULAN BUKU SILA ❖ Untuk sambung dua utas tali yang sama besar. ❖ Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. ❖ Ia digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh dan mengikat khemah yang dilipat. ❖ Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. ❖ Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. TEKNIK SIMPUL BUKU SILA ❖ Letakkan hujungA di atas hujung B. ❖ Masukkan hujung A di bawah B. ❖ Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
105 SIMPULAN TINDIH KASIH ❖ Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut dan digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. ❖ Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang, menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. TEKNIK SIMPUL TINDIH KASIH ❖ Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. ❖ Kemudian, amsukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. ❖ Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan Kembali ke dalam bulatan tersebut.
106 BUNGA GETI ❖ Simpul bunga geti digunakan untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya. Contohnya, menyambung tali perahu dengan tali kapal. ❖ Digunakan untuk sambung tali penarik bendera dalam flag break. TEKNIK SIMPUL BUNGA GETI ❖ Mulakan simpul dan masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. ❖ Kemudian tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
107 SIMPUL BALAK ❖ Simpulan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. ❖ Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik. ❖ Permulaan kepada ikatan serong (ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk) TEKNIK SIMPUL BALAK ❖ Menggunakan tali mengelilingi kayu. ❖ Tarik bahagian tali yang Panjang supaya menjadi kemas. BELIT
108 ❖ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal ikatannya. TEKNIK SIMPUL BELIT ❖ Menggunakan tali mengelilingi kayu. ❖ Tarik bahagian tali yang Panjang supaya menjadi kemas.
109 JENIS-JENIS IKATAN Terdapat tiga jenis ikatan asas yang biasa diguna pakai antaranya ialah: 1) Ikatan Seraya 2) Ikatan Serong 3) Ikatan lilit Kacang JENIS IKATAN HURAIAN GAMBAR IKATAN SERAYA • Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gejet, menara, tiang, bendera dan lain-lain. • Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk (lihat gambar no. 1) • Kemudian lilit dengan kemas dan ketat, akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk IKATAN SERONG • Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang IKATAN LILIT KACANG • Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu projek • Dimulakan dengan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga
110 PERKHEMAHAN
111 KONSEP PERKHEMAHAN Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Ia merupakan aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan bermaksud mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam di kawasan hutan atau lapang dengan menggunakan bahan sedia ada. Berkhemah bermakna seseorang akan menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan dan minuman, perlindungan serta melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran luar. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai. Tujuan perkhemahan adalah dapat meningkatkan kecekapan dan kendiri, menghayati maksud batasan kehidupan, memupuk semangat keberanian dan kreativiti dan meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. Ia berkait rapat dengan ikhtiae hidup secara individu atau berkumpulan. Kini, berkhemah atau perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan unit beruniform. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji tahap kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti ini juga dapat menguji kesanggupan seseorang ketika menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan dalam sesuatu keadaan. Oleh itu, pengurusan perkhemahan terdiri daripada tiga kategori iaitu, sebelum, semasa dan selapas. OBJEKTIF PERKHEMAHAN • Melatih kadet untuk berdikari dan bersedia menghadapi keadaan serba kekurangan. • Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. • Memberi pendedahan tentang kehidupan di luar yang lebih mencabar. • Merapatkan hubungan silaturahim antara kadet. • Menanam sikap bekerjasama dalam kadet. • Memberi peluang kepada pelajar dalam mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka.
112 TUJUAN PERKHEMAHAN • Berkhemah sebagai cara pendidikan • Berkhemah sebagai cara ibadat. • Perkhemahan untuk orientasi sosial. • Berkhemah untuk rekreasi. • Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan. • Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. • Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH • Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah. • Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang / tiang khemah berada dalam keadaan baik. • Sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggi. • Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut. • Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk dibuka. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang / pancang.
113 JENIS-JENIS KHEMAH Ridge Tent Dome Tent Frame Tent Bell Tent A-Frame
114 Hoop Khemah Awan Wedge
115 Pyramid PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN Tapak atau tanah rata. Berhampiran punca air. Tapak lebih tinggi daripada punca air tidak terlalu hampir dengan punca air. Mudah mendapat bahan bakar. Keselamatan kawasan. Sesuai dengan bilangan peserta. Tapak perkhemahan sesuai, mudah untuk mendapatkan bantuan jika perlu. Jauh daripada dahan mati. Terlindung daripada angin. Pandangan persekitaran menarik. Mendapat sumber cahaya matahari. Mempunyai hubungan dengan trek atau denai untuk bergerak bagi tujuan kecemasan.
116 KEMUDAHAN KECEMASAN Khemah yang sesuai. Beg galas. Dapur. Pelita. Bahan penyala api. Kotak pertolongan cermas. Lain-lain.
117 GAJET PERKHEMAHAN
118 GAJET-GAJET PERKHEMAHAN • Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berperngakap. • Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil. • Binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan di sekitar perkhemahan. • Dicantum atau dikukuhkan menggunakan tali pengikat bagi menggantikan perabot rumah semasa di tapak perkhemahan PRINSIP MEMBUAT GAJET • Gunakan bahan semula jadi dan ikatan yang betul dan kukuh • Gajet boleh digunakan atau berfungsi dan bukan untuk pameran • Mulakan dengan membuar gajet yang mudah dahulu. • Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh FAEDAH MEMBUAT GAJET • Mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan • Memahami habitat dan alam semula jadi • Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya • Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanya
119 TUJUAN MEMBUAT GAJET • Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan • Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. • Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. • Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. • Semangat pertandingan yang sihat. • Dapat melahirkan idea-idea yang baru. • “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet. • Meninggikan mutu perkhemahan. • Mengisi masa terluang semasa perkhemahan dengan membuat gajet-gajet yang berfaedah.
120 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA Gajet perkhemahan tunas puteri BIL JENIS GAJET LAMPIRAN 1. Gajet Kawasan Pintu 2. Gajet tempat kasut 3. Gajet ampaian pakaian 4. Gajet tiang bendera
121 5. Gajet papan kenyataan 6. Gajet makanan 7. Rak pinggan
122 GAJET KAWASAN PINTU • Gajet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: ✓ Bahagian pintu hadapan (pilihan) ✓ Bahagian pagar ✓ Bahagian pintu belakang • Jenis kepelbagaian pintu hadapan o Tulis nama ahli kumpulan atau nombor kumpulan ✓ Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type) ✓ Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. • Bahagian Pagar ✓ Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. ✓ Pelbagai jenis pagar boleh dibuat ✓ Direka dengan menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang-batang kayu. • Bahagian pintu belakang ✓ Mewujudkan sempadan ✓ Kawasan mempunyai perlindungan GAJET KAWASAN DAPUR • Buat dari bahan semula jadi • Selain membuat gejet-gejet dapur juga gejet sampingan di dapur seperti: ✓ Rak pinggan mangkuk Rak atasan tajam seperti pisau, parang dan kapak ✓ Meja makan Penyangkut cawan / gelas ✓ Rak menyimpan kayu api / tong gas ✓ Gadjet gerobok (camp larder) ✓ Gadjet lubang basah dan kering
123 GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH • Gajet tempat meletak besen air. • Gajet tempat menyimpan alat pergigian. • Gajet tempat menyipan sabun. • Gajet mengantung tuala mandi. • Gajet kawasan tempat basuhan GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL • Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / susunan dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. • Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, ➢ Penyangkut baju ➢ meja tulis ➢ kerusi ➢ gadjet katil ➢ papan kenyataan ➢ buaian ➢ penyangkut lampu ➢ penyapu ➢ tempat letak beg ➢ tempat ampaian ➢ tiang bendera dan lain-lain.
124 GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN • Ampaian yang kekal tidak boleh digerek dibina di kawasan tempat membasuh. GAJET-GAJET LAIN Buatlah gadjet lain yang mastahak seperti ; Tiang bendera Menara memerhati Gendang / Kantung kem Gejet pembawa barang (Indian Travois) Gejet pondok lalang (tempat berteduh) GAJET PERTOLONGAN CERMAS Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan: 1) Plaster – berbagai saiz dan bentuk 2) Dressing sterill – berbagai saiz 3) Kapas 4) Kasa sterill serta swab kasa 5) Dressing khas untuk kes terbakar 6) Bandage 3 segi 7) Bandage crepe penggulung 8) Pita lekat 9) Pad mata 10) Thermometer 11) Gunting hujung tumpul 12) Penyepit 13) Pin penyelamat
125 PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN • Tidak jauh dari tempat memasuki hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. • Berhampirandapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gejet degobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. • Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat. KRAF GAJET • Bahan yang Diperlukan Semasa Membina Gajet • Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gajet ini terdirid aripada bahanbahan semula jadi yang boleh didapati di dalam hutan. • Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dan sebagainya. • Kita juga memerlukan alatan yangs esuai untuk memotong, membelah dan meraut bahanbahan di atas. • Antaranya ialah parang, gergaji dan penggali. • Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut. • Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk emncantumkan bahan-bahan semula jadi tersebut menjadi gajet. BAHAN-BAHAN SEMULA JADI
126 Alatan Untuk Memotong, Membelah dan Meraut Bahan Pengikat SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GAJET • Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlukan ketat dan kuat. • Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telah diikat. • Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong. • Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. • Ikatan ‘Figure of eight lashing) – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi. • Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. • Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong. • Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya. • Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali. • Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.
127 PERMAINAN PANDU PUTERI
128 PERMAINAN PANDU PUTERI PERMAINAN LUAS Cara pelaksanaan : ❖ Menjalankan aktiviti fizikal yang menggunakan kecerdasan mental ❖ Aktiviti permaian berstesen (Station Game) ❖ Mengandungi jalan cerita yang menarik ❖ Mengandungi kemahiran tanda mengesan, isyarat wisel atau tangan Kebaikan : ❖ Mempelajari ilmu yang bahariu - Meningkatkan pengetahuan Pandu Puteri ❖ Mengeratkan hubungan antara satu sama lain. PERMAINAN KIM Asal Usul Permaian Kim berasal daripada nama seorang pengkap terkenal bernama Kimball O’Hara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh manusia. Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti mata, dan ingatan, telinga dan pendegaran, deria rasa dan deria bau. Cara-cara Permainan Stesen Satu : Deria Mata Dan Ingatan Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel, kerongsang botol minyak, lilin dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil. Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan menulis semula barang-barang yang dilihatnya. Pemain yang paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.
129 Stesen Dua : Deria Sentuh Pemain ditutup matanya dan dikehendaki memegang dengan lapan hingga sepuluh barang. Contohnya jam, lilin, pen, kotak mancis dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang. Kemudian mereka dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang dipegang. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Tiga : Deria Rasa Beberapa larutan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa, cuka, kopi dan milo. Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit larutan untuk dirasa dengan lidahnya. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan yang dirasai. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Empat : Deria Bau Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi dan daun ulam raja dipilih. Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang. Stesen Lima : Deria Mata Dan Ingatan Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jeni dan saiz diletakkan di atas kertas. Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan menginagat daun-daun tersebut. Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu simint tadi. Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang.
130 NYANYIAN
131 NYANYIAN LAGU DUNIA (VERSI BAHASA MELAYU) Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia Harapan abadi Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada Akan Nyanyi, lagu ini. ENGLISH (VERSION) Our way is clear as we march on, And see our glag on high Is never furled throughout the would For hope shall never die We must unite fir what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give
132 LAGU TAPS (VERSI BAHASA MELAYU DAN INGGERIS) LAGU TAPS SIANG English : Thanks and praise, for the days ‘Neath the sun, ‘neath the stars, neath the sky As we go, this we know God is nigh Melayu : Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi hidup kami Tuhan Saksi LAGU TAPS MALAM English : Day is done, gone the sun From the sea, from the hills, from the sky All is well, safely rest God is nigh Melayu : Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gurnung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan
133 LAGU DI SINI DI SINI KITA BERKUMPUL Melayu : Di sini di sini kita berkumpul Di sini di sini kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam Hoi! Inggeris : Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello Hoi! Cina : Cai celi cai celi who men cai celi Cai celi cai celi who men cai celi How ma, how ma, how ma, how ma, how ma Hoi! India : Enggeye, enggeye, engeli porengeh Enggeye, enggeye, engeli porengeh Vanika, vanikam, vanikam, vanikam, vanikam Hoi! Arab : Nengkene, nengkene ketemu mering Nengkene, nengkene ketemu mering Kabare, kabare, kabare, kabare, kabare Hoi!
134 LAGU PANDU PUTERI TUNAS Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan Lagu Kumpulan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bersama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Bunga Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Lagu Ahli Baharu Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas Lagu Loceng Pandu Puteri Tunas Oh Tuhanku seruan hambamu Beri kami nikmat sepanjang hayat Selamat tinggal / Mala (3x)
135 IKHTIAR HIDUP
136 IKHTIAR HIDUP Definisi - Ikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar Kawasan musuh. - Ikhtiar hidup juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam Pendidikan luar. Aktiviti ini diadakan bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta. TUJUAN / OBJEKTIF IKHTIAR HIDUP Kognitif • Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makana, tempat perlindungan dan punca-punca air. • Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup Psikomotor • Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. • Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik Afektif • Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab. • Memperkembangkan minat terhadap alam semula jadi dan dapat menikmati keindahannya.
137 IKHTIAR HIDUP – MEMBUAT PERANGKAP Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah : i. Jenis binatang yang hendah dijerat. ii. Kawasan laluan binatang tersebut. iii. Habitat binatang tersebut. Jenis Jerat • Jerat bidas - Ikat tali pada hujung Joran, kemudian buatkan running bowline di hujung tali tersebut. - Ikat kayu pembingkas pada tali Joran tersebut. - Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak keduadua hujung di atas tanah. - Cacak Joran, lenturkan Joran. Bakarkan kayu pembingkas kepada kayu lengkung dan dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan buka kan tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang tersebut. - Kurungan :
138 PERANGKAP BINATANG Perangkat terbahagi kepada dua : 1. Perangkap berumpun - Kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan - Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hentak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap - Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut. 2. Perangkap tidak menggunakan umpan - Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang - Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau mimum - Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang - Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang, tandak, rusa dan sebagainya
139 MASAKAN RIMBA DAN MASAKAN SOLAR
140 MASAKAN RIMBA DAN MASAKAN SOLAR MASAKAN TANPA PERALATAN - Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakan perkakas dapur. - Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, baty, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh digunakan. - Dikenali juga debagai backwoodsman atau masakan rimba. Kini kerajang aluminium, tin, damai juga digunakan. KAEDAH MEMASAK ❖ Memasak menggunakan makanan sebagai bekas. - Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya dikeluarkan. - Bahagian atas digunakan sebagai penutup. - Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api. - Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.
141 ❖ Memasak menggunakan daun - Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan. Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api. - Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kobis dan kulit jagung ❖ Memasak menggunakan ranting dan dawai - Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. - Pastikan ranting tidak berasal dari pokok racun - Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu - Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan ❖ Memasak menggunakan buluh - Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak - Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang
142 ❖ Memasak Dengan Menggunakan Keranjang Alunimium - Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kerajang aluminium yang sudah dibawa terlebih dahulu dari rumah. - Kerajang aluminium ini boleh digunakan untuk memasak bahan makanan seperti ikan, telur atau daging ❖ Memasak Dengan Menggunakan Lumpur/Pasir/Tanah/Tanah Liat - Lumpur atau tanah liat juga boleh dijadikan bekas untuk memasak. - Contohnya untuk memasak ikan, nasi, ubi, telur - Ambil lumpur atau tanah liat yang bersih dan dibalutkan telur atau ikan yang sudah bersih untuk dimasak. Selepas itu masukkan balutkan lumpur atau tanah liat ini ke dalam api lebih kurang 10 hingga 20 minit. - Jika lumpur atau tanah liat sukar didapati, pasir atau tanah boleh digunakan sebagai medium untuk memasak. Sediakan lubang dan masukkan bahan yang hendak dimasak (contohnya beras, telur dan ubi) ke dalam lubang dan ditimbuskan. Nyalakan api pada bahagian atas lubang selama lebih kurang 30 minit. Masa memasak bergantung kepada api dan jenis bahan yang dimasak.
143 MASAKAN SOLAR ➢ Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. ➢ Banyak kebaikan iaitu menjadikan Tenaha solar sebagai sumber Tenaha alternatif yang murah, menggurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas. ➢ Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. CARA MENYEDIAKAN DAPUR SOLARBAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR / MATERIALS FOR KIT ➢ tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium / 1 can aerosol paint (for aluminium) ➢ Panic atau periuk nipis / thin pot for cooking gam/ glue ➢ Pelekat kertas /paper binding tape ➢ Foil aluminium / aliminum foil ➢ Kotak besar / big sizeempty boxes
144 UKURAN DAPUR SOLAR MENU SOLAR
145 MALAM KEBUDAYAAN PANDU PUTERI
146 MALAM KEBUDAYAAN PANDU PUTERI PENGERTIAN - Malam kebudayaan merupakan satu acara kemuncak yang menyeronokkan dalam satu-satu pekhemahan. - Diadakan pada waktu malam dengan aktiviti bersuka ria melalui nyanyian, menari dan berlakon. - Diadakan di tempat yang lapang atau dalam bangunan atau di atas pentas. - Dahulunya dikenali dengan temasya unggun api. Unggun api digunakan tetapi kini bertukar dengan penggunaan lampu gasoline atau letrik. TUJUAN - Aktiviti malam kebudayaan dapat menghilangkan rasa bosan dan kepenatan semasa berkhemah. - Mempereratkan hubungan silaturahim atau persahabatan di kalangan ahli Pandu Puteri. - Satu latihan berinteraksi dan menghilangkan perasaan rendah diri, malu dan sikap negatif di kalangan ahli. - Dapat membina keyakinan diri dengan memperagakan kebolehan. - Bagi mengurangkan rasa ketegangan emosi. PERSEDIAAN SEBELUM - Memastikan bekalan cahaya mencukupi. Seperti kayu api bagi tempat tiada bekalan letrik. Lampu gasoline yang sempurna. - Mengatur majlis seperti pembukaan serta buku program. - Jemputan tetamu kehormat. - Tempat duduk bagi dif dan peserta. - Persediaan awal acara bagi peserta yang akan mengambil bahagian. (makluman awal dan syarat tertentu). - Memilih juru acara malam kebudayaan yang memiliki kriteria; suara yanf baik, banyak idea, boleh menyanyi, berlakon, beraksi, pandai berkecindan kreatif untuk mengelak kebosanan peserta. - Alat pembesar suara.
147 PERSIAPAN TEMPAT - Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan. Pastikan tempat itu sesuai dan tidak menganggu orang ramai dan masyarakat sekeliling/setempat. - Jauh daripada tempat binatang atau serangga berbisa, pokok yang mudah tumbang atau patah (kawasan yang selamat). - Mempunyai kawasan lapang yang boleh dibuat dalam bentuk bulatan. - Kalua dalam bangunan ada kawasan lapang atau stage yang boleh digunakan. - Elak daripada merosak persekitaran semula jadi. Tempat yang basah, lembab atau berair perlu dielakkan. Rumput perlu dijaga supaya tidak rosak. - Kemudahan kerusi disusun di hadapan untuk tempat duduk tetamu dan jemputan. Boleh disusun mengikut susunan tapak kuda untuk peserta. Jika menggunakan pentas susunan mengikut protocol untuk tetamu. - Mohon kebenaran pihak tuan punya tempat atau bangunan. GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN LAKONAN - Pendek dan tempohnya jangan lebih daripada 10 minit. - Tema tidak menyentuh perkara yang sensitif dalam agama, bangsa dan kebudayaan kaum-kaum tertentu. - Jangan libatkan isu-isu sensitif. - Tidak perlu banyak alat. Elakkan mengguna alat yang bahaya. - Contoh : i. Lakonan bisu ii. Lakonan spontan iii. Pantomen iv. Lakonan cerita binatang atau cerita hutan v. Lakonan cerita sejarah STUNT (AKSI LUAR BIASA) - Persembahan yang perlu difahami oleh semua orang. - Tidak merbahaya, pendek / masa yang singkat, kemas dan teratur - Perlukan latihan yang bersungguh-sungguh serta mencukupi
148 TARIAN - Tarian kebudayaan tempatan / tradisional / binatang - Dua atau tiga tarian mencukupi untuk sepanjang malam persembahan - Contoh : i. Joget ii. Zapin iii. Kuda kepang iv. Tarian gajah CERITA - Cerita perlu pendek, plot ringkas serta menarik - Boleh diaksi - Suara dikawal dan diragamkan mengikut watak - Memek muka sesuai dengan cerita - Ada peralatan yang sesuai / kostum - Ada pengajaran PERALATAN - Alat muzik yang ringkas boleh digunakan - Alat muzik boleh disediakan sendiri daripada bahan-bahan buangan seperti botol, tin, buluh, daun dan lain-lain - Alat yang besar serta bunyi yang kuat boleh dielakkan - Elok diberikan peluang kepada ahli yang pandai bermain alat muzik secara individu / beramai-ramai. - Muzik dapat mengiring lagu / nyanyian; Muzik rakaman boleh digunakan - Guna pembesar suara jika perlu - Gubahan dam kreativiti untuk menyokong persembahan PAKAIAN - Pemimpin serta ahli Pandu Puteri berpakaian seragan lengkap. - Pakaian peserta boleh juga disesuaikan untuk aktiviti lakonan/persembahan. - Pakaian beragam yang sesuai. - Pakaian khas untuk sebarang persembahan kebudayaan.
149 KEMBARA DAN PANDU ARAH
150 KEMBARA DAN PANDU ARAH TUJUAN - Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. - Mempunyai system pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. - Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN 1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amay penting sekali alah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan menegai aktiviti serta tujuannya kepada mereka atau pun orang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan Titik kawalan (control point) - Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati oleh peserta. - Biasanya merupagakn ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. - Titik kawalan bukanlah “check point” kerana ia tiada penjaga dititik. Penanda Kawalan - Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. - Suatu objek yang deperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang dileetakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m) - Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Kad Kawalan - Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. - Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. - Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat.