INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)
EDUP2083D
ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NAMA DISEDIAKAN OLEH:
NO. KAD PENGENALAN HASADATUL BALQIS BINTI ZAIRIL HAKIM
ANGKA GILIRAN 020525010016
KUMPULAN 2021192380023
TAJUK TUGASAN PAK 2
NAMA PENSYARAH DAN PENULISAN AKADEMIK
JABATAN BADRUL HISHAM B. MOKHTAR
(JABATAN ILMU PENDIDIKAN)
TARIKH HANTAR
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN PERSONALITI………………………………………………………. 3
2. PERKEMBANGAN PERSONALITI …………………………………………………..3
3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN PERSONALITI …………………………………………………. 4
4. PENGENALAN KONSEP KENDIRI ………………………………………………….4
5. JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI …………………………………………………… 5
6. FAKTOR PERKEMBANGAN
7. KONSEP KENDIRI ……………………………………………………………………..5
8. KESIMPULAN …………………………………………………………………………. 6
9. RUJUKAN ………………………………………………………………………………. 7
1.0 PENGENALAN PERSONALITI
Pengenalan kepada personaliti adalah setiap manusia tanpa mengira peringkat kanak-
kanak, remaja, mahupun dewasa atau orang tua mempunyai kepelbagaian personaliti yang
berbeza-beza di dalam diri mereka. Personaliti meskipun sahsiah seseorang itu melambangkan
dan menentukan perbezaan keperibadian yang dilihat kepada seseorang individu itu .
Personaliti merupakan sifat yang diperoleh seseorang itu melalui cara mereka berfikir , beraksi,
meluahkan emosi dan perasaan, persepsi mereka, serta dari segi sifat-sifat fizikal, emosi dan
mental mengikut aspek kemampuan mereka terhadap pencapaian yang telah diperoleh di
dalam diri masing-masing. Jika difokuskan kepada personaliti kanak kanak, kita boleh menilai
kanak-kanak ini melalui ciri-ciri keseluruhan melalui tingkah laku yang sememangnya tulus di
dalam diri mereka yang tiada di dalam diri kanak-kanak yang lain. Hal ini adalah demikian
kerana perwatakan seseorang individu kanak-kanak itu boleh diperhatikan melalui tingkahlaku
mereka didalam situasi pada ketika itu. Secara umumnya juga, perkataan personaliti ini diambil
daripada perkataan Bahasa Inggeris yang dirujuk daripada perkataan Latin iaitu Persona.
Persona membawa erti maksud kepada topeng muka yang telah digunakan oleh para pelakon
Yunani pada ketika dahulu bagi mencirikan setiap perwatakan kepada seseorang individu itu di
atas pentas. Namun begitu, terdapat beberapa sudut pandangan berkaitan dengan
perkembangan kanak-kanak kaitannya dengan perbezaan individu, pembentukan personaliti
serta konsep kendiri yang telah dilontarkan oleh Encik Mohd Harjazi Bin Mohammad Hashim
menerusi temubual selaku Pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
1.0.i PERKEMBANGAN PERSONALITI
Menurut beliau, personaliti kanak-kanak ini dapat dilihat dari segi perbezaan menerusi
dua aspek iaitu dari segi kemampuan dan personaliti mereka. Hal ini adalah disebabkan atas
dasar kemampuan yang dicapai oleh diri mereka menerusi pencapaian yang diperoleh melalui
pembelajaran, kecerdasan dan bakat yang mereka ada. Berbeza pula dengan aspek personaliti
pula dilihat melalui watak, sifat dan penyesuaian diri mereka dengan keadaan sekeliling,
kecenderungan mereka terhadap minat, emosi dan sikap. Jika diperhatikan, perkaitan diantara
personaliti dengan konsep kendiri seseorang kanak-kanak itu sangat berkait rapat. Hal ini
adalah kerana personaliti merupakan sifat-sifat yang dimiliki oleh diri kanak-kanak tersebut
dengan cara mereka berfikir dan mengawal emosi mereka mengikut situasi pada ketika itu yang
menjadikan dirinya berlainan atau berbeza dengan orang lain manakala jika konsep kendiri
seseorang kanak-kanak itu positif , maka kita dapat melihat bahawa kanak-kanak itu sudah
dapat menilai dan menyuarakan pendapat mereka secara matang ke atas kebaikan dan
kekurangan dirinya. Hal ini jelas menerangkan bahawa perkaitan diantara personaliti dan
konsep kendiri kanak-kanak itu sangat ketara di dalam diri setiap individu kanak-kanak. Hal ini
demikian kerana, kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan menghasilkan
personaliti yang baik dan bersesuaian dengan persekitaran mereka.
Menurut En. Harjazi, perkembangan kanak-kanak ini boleh dilihat pada kelebihan yang
pelbagai yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada setiap kanak-kanak di dunia ini. Ini
menyebabkan kelebihan yang diperoleh daripada kanak-kanak tersebut menunjukkan
perubahan yang berbeza-beza kepada perkembangan sama ada cepat atau lambat diiringi
dengan pembentukan personaliti dan konsep kendiri mereka. Anugerah yang telah diturunkan
oleh Allah SWT dari segi personaliti kanak-kanak adalah melalui cara mereka bercakap dan
berinteraksi dengan orang lain (extrovert) ataupun mereka lebih gemar menyendiri (introvert).
Introvert ialah individu yang gemar menyimpan perasaan mereka dan menunjukkan emosi yang
sahih dan nyata. Dalam erti kata lain introvert ini merupakan seseorang yang pasif, sensitif dan
tidak suka akan cabaran. Oleh itu, mereka ini lebih gemar untuk hanya mendengar berbanding
dengan menyatakan pendapat mereka manakala extrovert pula merupakan ciri-ciri yang
menunjukkan bahawa mereka ini lebih gemar dan berani untuk mencuba benda yang baharu
seperti minat untuk meneroka dunia luar berbanding dengan dunia dalam. Individu seperti ini
mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang disekeliling mereka. Mereka
sering meluahkan emosi dan perasaan mereka namun juga boleh merubah dengan cepat.
1.0.ii FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PERSONALITI
Namun begitu, pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi perkembangan personaliti
individu kanak-kanak tersebut. Sebagai contohnya, menurut beliau , faktor-faktor ini boleh
dilihat dari segi kematangan umur kanak-kanak lelaki yang berumur dari 13 hingga 15 tahun
dari segi proses aqil baligh mereka. Misalnya, kita boleh melihat perubahan mereka dengan
lebih cepat dari segi perkembangan dan pertumbuhan mereka, ketinggian, daya pemikiran
mereka dan cara mereka meluahkan emosi dan perasaan.
Selain itu, perkembangan personaliti ini juga dilihat berdasarkan pengalaman awal kanak-
kanak tersebut. Beliau juga berpendapat bahawa kita tidak boleh melangkaui perkembangan
mereka. Ini disebabkan atas dasar perbezaan kekuatan fizikal, kepekaan dan ketahanan diri
mereka yang menjadikan mereka terus bertindak secara tersendiri ke atas tekanan social yang
dihadapi di sekeliling mereka. Kanak-kanak ini perlulah dibentuk sejak dari kecil agar jiwa
mereka tidak kacau apabila dewasa kelak dan mengalami perasaan emosi yang tidak stabil
berbanding dengan kanak-kanak yang lain.
Di samping itu, Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan
personaliti kanak-kanak. Perkaitan keluarga dalam membentuk perkembangan kanak-kanak
adalah datangnya daripada keluarga yang harmoni, penjagaan pemakanan yang sihat,
penjagaan kesihatan dan mental yang baik serta mendapat sokongan yang bagus daripada
keluarga. Maka, ini akan menghasilkan personaliti dan konsep kendiri kanak-kanak yang sihat.
Namun begitu, kanak-kanak yang kurang pandai dan kurang mendapat sokongan daripada
keluarga akan terpesong disebabkan tidak didedahkan dengan perhatian yang lebih meluas
daripada ibubapa. Hal ini, guru guru di sekolah mestilah memainkan peranan bagi membantu
dan memberi peluang kepada kanak-kanak ini bagi menggalakkan diri mereka untuk mencari
peluang yang lebih cara untuk masa depan mereka.
2.0 PENGENALAN KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri adalah sesuatu konsep yang dalam menentukan personaliti seseorang
kanak-kanak itu. Konsep kendiri ini bermula apabila seseorang kanak kanak sudah mula
membesar. Secara amnya, pelbagai persoalan akan terbit daripada diri mereka seperti “siapa
saya?” dan “adakah perbuatan saya ini betul atau salah?” . Fungsi konsep kendiri ini berfungsi
bagi menentukan dalaman dan luaran seseorang kanak-kanak itu. Definisi konsep kendiri ini
adalah penilaian seseorang yang dibuat ke atas diri mereka sama ada pandangan secara positif
atau negatif. Konsep kendiri ini dibentuk berdasarkan kepercayaan dan sikap yang digunakan
keatas diri mereka sendiri. Konsep kendiri ini juga menentukan siapa diri kita sendiri
berdasarkan apa yang telah difikirkan. Namun begitu, konsep kendiri seseorang individu yang
positif , mereka akan dapat mengharungi kehidupan mereka dengan lebih yakin di masa akan
datang.
2.0.i JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI
Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu konsep kendiri yang positif dan negatif. Konsep
kendiri yang positif dilihat apabila seseorang individu itu dapat menilai dan memberi pendapat
menerusi dirinya sama ada perkara yang telah dilakukan itu betul atau salah dan mendapat
maklumbalas daripada oranglain. Antara ciri-ciri yang boleh dilihat di dalam konsep kendiri yang
positif adalah mengahrgai, memuji orang lain, murah hati, mudah untuk berkawan, berpuas hati
dan bersyukur, tenang dalam menghadapi cabaran dan rintangan manakala konsep kendiri
yang negatif pula adalah sesorang individu yang boleh dinilai berdasarkan sifat pasif mereka
dimana mereka tidak suka untuk bergaul, kurang yakin diri, sentiasa merasa rendah diri dan
cenderung untuk merasa salah, takut untuk mencuba dan merasa kegagalan. Sebagai
contohnya, ibubapa dan rakan sebaya merupakan role model kepada seseorang kanak kanak
itu. Role model berperanan dalam menunukkan contoh dan sahsia yang baik dan merupakan
pengaruh yang besar di dalam perkembangan konsep kendiri mereka. Ibu bapa dan rakan
sebaya wajarlah menunjukkan contoh yang baik dan memberi galakan yang sempurna kepada
individu tersebut supaya mereka memperolehi peluang yang besar dan cerah daripada
terpesong ke laandasan yang tidak betul. Misalnya, pada era ini dimana berlakunya penularan
Covid 19 ni pada ketika ini telah menjadikan sebahagian kanak-kanak ini gemar dengan media
sosial disebabkan faktor rolemodel ibubapa dirumah yang menjadikan seseorang kanak-kanak
itu membesar dengan cara yang berkesan atau tidak manakala sebilangan kanak kanak ini
dididik dengan sempurna sepanjang mereka di rumah disebabkan ibubapa mereka yang
memberi perhatian yang penuh.
FAKTOR PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
Faktor sifat semulajadi seseorang individu kanak-kanak itu merupakan faktor perkembangan
konsep kendiri meskipun dari segi aspek baka atau persepsi yang telah dibuat ke atas diri
sendiri. Baka yang baik dan berkesan dari segi keadaan mental memberi kesan yang tinggi
terhadap perkembangan konsep kendiri yang positif .Hal ini demikian kerana, tubuh badan dan
minda yang sihat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu itu ke arah yang baik atau
buruk. Namun begitu, jika seseorang itu mempunyai masalah kecacatan yang dialami semasa
lahir misalnya kerosakan pada bahagian otak maka individu tersebut akan mengalami konsep
kendiri yang negatif . Persepsi terhadap diri sendiri juga merupakan perkembangan konsep
kendiri seseorang yang telah dipengaruhi seperti dapat menerima semua perkara yang dinilai
oleh semua orang terhadap dirinya dengan baik. Hal ini demikian, persekitaran di sekelilingi
individu tersebut adalah merangkumi pengalaman awal mereka ketika mereka mula masuk ke
alam persekolahan, media massa, budaya, adat resam dan persepsi masyarakat di sekeliling
mereka. Selain itu, rakan sebaya juga merupakan sebahagian pengaruh yang besar terhadap
seseorang individu. Rata rata kanak-kanak mudah terpengaruh dengan rakan rakan sebaya
mereka menerusi pemerhatian mereka keatas rakan rakan. Pada usia awal mereka, mereka
lebih gemar untuk meniru perlakuan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka dan menjadikan
pengaruh itu sebahagian daripada konsep kendiri yang positif mahupun negatif. Guru juga
boleh membantu memperbetulkan konsep kendiri kanak-kanak dengan cara mendidik dan
membetulkan mereka apabila mereka melakukan kesilapan. Kasih saying merupakan aspek
yang penting untuk menarik kanak kanak membina konsep kendiri mereka dengan baik dan
pesat. Dengan kasih saying yang telah diberikan, mereka akan berasa gembira contohnya, sifat
saling saying-menyayangi diterapkan bagi memperkukuhkan hubungan diantara ibubapa, guru
dan kanak kanak tersebut. Sifat malu juga merupakan konsep kendiri yang baik dan positif
kerana dengan perasaan malu mereka akan terhindar dengan aktiviti yang tidak bermoral dan
dijauhi dengan rakan-rakan yang tidak baik. Hal ini amruah diri mereka akan sentiasa terjaga
dan tidak tercalar.
3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, perkembangan konsep kendiri merupakan penilaian,
pandangan dan kepercayaan terhadap diri, keluarga dan masyarakat serta pengalaman yang
sesuai dengan persekitaran manakala aspek personaliti merupakan gabungan daripada
pelbagai sifat dan konsep kendiri seseorang dan aspek konsep kendiri pula meliputi
keseluruhan keseluruhan perkembangan personality seseorang individu. Keseluruhan aspek
aspek ini adalah penting bagi menimbulkan kesedaran guru terhadap kepentingan mempunyai
konsep kendiri.
1603 patah perkataan
RUJUKAN
1. Ain, (2010) / http://ain-sinarilmu.blogspot.com/2011/07/perkembangan-kanak-kanak.html
2. Rosly . K, (2010) http://oslypunya.blogspot.com/2010/10/personaliti-dan-konsep-
kendiri.html
3. Siti . N. H, (2017) https://www.hmetro.com.my/hati/2017/05/231870/faktor-genetik-
bentuk-personaliti
4. Zakaria. S , Ahmad . M . I / Noranizah . Y . (2012)
http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.pdf