The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA SURAU SKSAA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azani amdam, 2020-03-26 05:44:28

SURAU

KERTAS KERJA SURAU SKSAA

KERTAS KERJA
PEMBINAAN SURAU
SK SULTAN ABDUL AZIZ,

KETIOR

TEMPOH PROJEK
KELOLAAN

1

KANDUNGAN KERTAS KERJA

BIL. TAJUK M/SURAT

1.0 Pendahuluan 3
2.0 Objektif 4
3.0 Rasional 4
4.0 Nama Projek 5
4.0 Tempoh Pelaksanaan Projek 5
5.0 Ahli Jawatankuasa 5
6.0 Sumber pendapatan 5
7.0 Anggaran perbelanjaan 6
8.0 Cadangan 6
9.0 Penutup 6

LAMPIRAN 1 (Ahli Jawatankuasa)
LAMPIRAN 2 (Pelan Bangunan)
LAMPIRAN 3 (Gambar)
LAMPIRAN 4 (Lain-lain)

2

KERTAS KERJA
PEMBINAAN SURAU AL-AZIZIAH
SK SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR

1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Islam SK Sultan Abdul Aziz, Ketior merupakan
panitia yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian
serta mengendalikan segala pengurusan surau sekolah. Surau di sekolah
ini menjadi tempat untuk pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-
aktiviti panitia. Surau menjadi tempat utama untuk guru-guru dan murid-
murid menjalankan aktiviti kerohanian sepanjang sesi persekolahan
khususnya di bulan Ramadan tapi malangnya ia tidak dapat berfungsi
seperti yang sepatutnya kerana keadaan surau yang sempit dan
memanjang.

Projek ini adala atas inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
sekolah dan dana pembinaan adalah dari infaq dan sumbangan derma
dari pihak tertentu dan juga individu-indvidu tertentu. Projek yang
dicadangkan ini adalah sebuah surau yang dianggarkan berjumlah
RM140,000.00.

Reka bentuk bangunan surau adalah jenis konkrit bertetulang
mengikut spefikasi JKR, dinding bata berlepa, kemasan lantai jubin,
bumbung metal, kemasan pintu dan tingkap aluminium. Keluasan dewan
solat adalah 920 kaki persegi dan varendah 1,200 kaki persegi bagi
kegunaan pelbagai aktiviti pelajar.

3

Tapak yang dicadangkan adalah bersebelahan dengan Makmal
Komputer SKSAA dan akan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki
berbumbung. Pelan bangunan yang dicadangkan adalah seperti lampiran.

Justeru itu , pihak Panitia Pendidikan Islam bersama Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SK Sultan Abdul Aziz, Ketior ingin memohon dana
dengan cara wakaf dari pelbagai pihak untuk mempercepatkan proses
penambahbaikan surau supaya lebih kondusif untuk digunakan oleh pihak
sekolah untuk menganjurkan pelbagai aktiviti.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menambah dana Panitia Pendidikan Islam untuk mempercepatkan
penambaikan surau sekolah;

2.2 Pembinaan surau baharu perlu memandangkan sekolah ini tidak
mempunyai surau yang sesuai bagi menjalankan pelbagai aktiviti
sekolah;

2.3 Program wakaf ini menjadi medan dakwah bagi warga SK Sultan
Abdul Aziz, Ketior;

2.4 Menarik minat murid untuk mengimarahkan surau dan melakukan
aktiviti kerohanian di surau sekolah.

3.0 RASIONAL

3.1 SK Sultan Abdul Aziz, Ketior adalah sekolah yang mempunyai
murid yang semuanya muslim iaitu seramai 129 orang dan guru
seramai 16 orang tentulah memerlukan surau yang besar dan
selesa berbanding surau sekarang yang hanya sebuah bilik darjah
yang dikongsi dua dengan Bilik Setor Sukan Sekolah.

4

3.2 Selain itu, penggunaan surau untuk warga sekolah khususnya
untuk solat Zohor berjemaah terutama pada hari Rabu sementara
peralihan ke aktiviti kokurikulum pada waktu petang.

3.3 Rumit apabila ingin mengadakan sesuatu aktiviti keagamaan
seperti Majlis Solat Hajat Perdana, Majlis bacaan Yasin, Solat
Terawih dan aktiviti- aktiviti keagamaan yang lain kerana terpaksa
membuka kelas Tahun 5 & Tahun 6 untuk dijadikan sebagai dewan.
Ia menyebabkan banyak masa terbuang, mengganggu PdPc murid
dan banyak tenaga murid digunakan. Oleh itu, SKSAA memang
memerlukan sebuah surau yang lebih kondusif.

4.0 NAMA PROJEK
“ PEMBINAAN SURAU AL-AZIZIAH 2020”

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK
Disember 2019 hingga November 2020 (12 bulan)

6.0 AHLI JAWATAN KUASA
(Sila rujuk Lampiran 1)

7.0 SUMBER PENDAPATAN

6.1 Sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
6.2 Sumbangan daripada guru-guru dan murid-murid SK Sultan Abdul

Aziz, Ketior
6.3 Sumbangan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta
6.4 Sumbangan daripada orang perseorangan

5

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL KOS PEMBINAAN ANGGARAN KOS

Barang binaan RM 56,000.00

i.pasir RM 24,000.00
RM 4,000.00
1. ii.Batu RM 8,000.00
iii.Besi RM 10,000.00
RM 23,000.00
iv Batu simen RM 7,000.00
RM 4,000.00
v.Lain-lain RM 4,000.00
RM 140,000.00
Aluminium frame sliding

2. i.Tingkap

ii.Pintu

3. Kayu dan zink

4. Siling

5. Wiring

6. Mozek

7. Karpet

8. Kipas

9. Lampu

JUMLAH
*Harga termasuk upah

8.0 PELAN CADANGAN

Pelan cadangan pembinaan Surau Al-Aziziah boleh dirujuk pada
Lampiran 2 yang dilampirkan

9.0 PENUTUP

Akhir sekali Pihak Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SK Sultan Abdul Aziz, Ketior berharap semoga projek
pembinaan surau sekolah ini berjaya dilaksanakan dan bergerak dalam
tempoh yang ditetapkan dan akhirnya mencapai objektif penubuhannya
bag manfaat murid-murid SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.

6

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………..
(MOHD AZANI BIN AMDAM)
Setiausaha Pembinaan Surau,
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.

Disahkan oleh ,

…………………………..
(ASMADI BIN ADNAN)
Yang Dipertua PIBG,
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.

Disokongkan oleh ,

………………………………….
(SALLEH BIN MOHD NOOR)
Guru Besar
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.

7

LAMPIRAN 1
(Ahli Jawatankuasa)
8

AHLI JAWATANKUASA
PROJEK PEMBINAAN SURAU AL-AZIZIAH

SK SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR

PENASIHAT
Tuan Haji Salleh bin Mohd Noor
Guru Besar SK Sultan Abdul Aziz, Ketior

PENGERUSI
En. Asmadi bin Adnan
Yang Dipertua PIBG SK Sultan Abdul Aziz, Ketior

NAIB PENGERUSI
Pn. Sharifah binti Din

PENYELARAS
En. Mohd Redzuan bin Ahmad

SETIAUSAHA
En. Mohd Azani bin Amdam

BENDAHARI
Pn. Wahida binti Ibrahim

AHLI JAWATANKUASA
En. Megat Zahari bin Megat Idris
En. Meor Badrul bin Meor Ahmad
En. Mohd Fairoz bin Mohamed Mustafa

En. Mohd Khalid bin Annuar
Pn. Salasiah binti Shaari
Pn. Hasliza binti Razali
Pn. Norlina binti Ismail

9

LAMPIRAN 2

(PELAN BANGUNAN)

10

Pelan Lantai
11

12

Pandangan Depan Surau

13

Pandangan Sisi Surau

LAMPIRAN 3
(GAMBAR)
14

Bangunan Surau berkongsi dengan Setor Sukan
keluasan surau dan setor sukan adalah 25 kaki x 15 kaki persegi setiap satu

Setor Sukan dan Surau dipisahkan dengan papan plywood

Tapak cadangan pembinaan surau baharu di sebelah Makmal Komputer
15

LAMPIRAN 4
(LAIN-LAIN)
16

17

NO. AKAUN PIBG
SEK KEB SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR

2-00-5241-00002436-7
BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

18


Click to View FlipBook Version