BMMB 1094: KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Buku Digital
Kemahiran
menulis
Oleh: Kumpulan 2 BM4
Isi Kandungan
01 Kemahiran Menulis
02
03 ● Definisi
● Konsep
Peringkat-Peringkat
● Pramenulis
● Mekanis
● Kreatif
Tujuan menulis
● Tujuan serta-merta
● Tujuan lanjutan
04 Masalah dalam penulisan
05
● Masalah-Masalah
● Cara Penyelesaian
Aktiviti Menulilis
● Contoh aktiviti meningkatkan
kemahiran menulis
01
Kemahiran Menulis
Definisi dan Konsep
Definisi
Kemahiran menulis adalah satu
bentuk kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi yang penting dalam
kehidupan manusia.
● Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf
dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan
lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud
melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan
yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.
● Menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang
disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk
perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Konsep
● Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan
proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara
bersistem yang mengambil kira aspek tujuan
menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya
penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan,
alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.
● Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan
tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak
sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran
dan mempamerkan buah fikiran seseorang.
● Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana
kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.
● pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu
yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan
serentak atau dalam masa selari
02
Peringkat Kemahiran
Menulis
● Pra Tulisan
● Mekanis
● Kreatif
Peringkat Kemahiran Menulis
01 Pra Tulisan
02 Tulisan Mekanis
03 Tulisan Kreatif
Pra Tulisan
● Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu
dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri
ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi
khusus yang diterima oleh kelompok
masyarakat.
● Pada peringkat awal kanak-kanak membuat
contengan di atas permukaan benda-benda yang
sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.
● Peringkat contengan ini perkembangan dari
membuat contengan bebas hingga ke peringkat
contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini
adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan
otot, tangan,jari serta koordinasi mata tangan.
Perkara yang dititikberatkan
dalam peringkat Pra Tulisan
● Melakukan latihan-latihan
pergerakan tangan dan jari
melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak,
menganyam, menampal,
menguli tepung dan lain-lain.
● Menguasai gerak tangan bebas,
cara memegang alat tulis, cara
duduk dan sebagainya supaya
boleh menulis dengan sempurna
dan selesa.
● Melakukan latihan-latihan
pergerakan mata dari kiri ke
kanan, dari atas ke bawah dan
lain-lain. Melakukan
latihan-latihan keselarasan
(koordinasi) mata dan tangan
Tulisan
Mekanis
● Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua
yang patut didedahkan kepada murid-murid.
● Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran
dalam penulisan mekanis murid-murid diminta
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas
kosong tanpa garisan.
● Setelah kemajuannya didapati memuaskan
barulah latihan membentuk huruf diberikan.
Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas
membawa kepada lembaran bergaris kecil
/sempit
Perkara yang dititikberatkan
dalam peringkat Tulisan
Mekanis
● Kemahiran mengawal dan
memegang pensel.
● Meneliti, mengenal, menyalin
bentuk-bentuk huruf
mengikut urutan.
● Mendapat kesedaran tentang
perkaitan bunyi dengan
tulisan.
Tulisan Kreatif
❏ Peringkat ini merupakan
peringkat tertinggi
dalam proses menulis.
❏ Di peringkat ini
kanak-kanak diharapkan
dapat menggunakan
kemahiran yang
diperolehi di peringkat
mekanis untuk
menggunakan daya
kreatif untuk
❏ Membina ayat.
❏ Mengarang cerita.
❏ Mengarang pantun,
sajak, teka-teki dan
lain-lain.
❏ Menulis surat
kiriman. Lain-lain
yang berkaitan.
03
Tujuan
menulis
● Tujuan serta-merta
● Tujuan lanjutan
Tujuan Menulis
1) tujuan
serta-merta
● Mendirikan asas menulis yang
kukuh bagi membolehkan
kanak-kanak menulis dengan baik,
cekap dan pantas.
● Membolehkan kanak-kanak
mengeja perkataan-perkataan
dengan pantas dan menyusun
ayat-ayat dengan betul dan boleh
difahami oleh pembaca.
● Kanak-kanak mengulangi
pelajarannya dengan cara
membaca tulisan-tulisan yang
tercatat atau mebaca buku-buku
luar untuk menambahkan lagi isi
bacaannya.
2) tujuan lanjutan
● Meluaskan pengetahuan,
pengalaman, perhubungan dan
matlamat menerusi penulisan.
● Memberikan kepuasan jiwa
dalam pemikiran, pengalaman
dan perasaan. Misalnya penulis
melaporkan sesuatu yang telah
berlaku, mendedahkan
perkara-perkara semasa yang
sedang berlaku, membuat
ramalan-ramalan peristiwa
masa depan.
● Menyediakan mereka dengan
pengetahuan agar dapat
memenuhi kehendak dan hasrat
masyarakat moden khasnya
bagi kepentingan diri sendiri
dan orang ramai.
04
Kesalahan dalam
penulisan
Kesalahan dalam penulisan
masalah cara
penyelesaian
-murid tidak boleh
menulis huruf dengan -memberi latihan
baik menyambung titik
untuk membentuk
suatu huruf
-Murid masih lagi -Membuat Latihan di
keliru dengan huruf atas buku yang
kecil dan huruf besar bergaris dengan
yang lebih kurang menulis huruf ‘P’
sama seperti P besar besar, kakinya berada
dan p kecil serta C di atas garisan
besar dan c kecil manakala huruf ‘p’
kecil, kakinya berada di
bawah garisan
-Murid memegang -Guru hendaklah
pensel dengan cara menunjukkan contoh
yang salah memegang pensel
yang betul dengan
mengawal tangan
murid tersebut
perlahan-lahan
05
Aktiviti Menulis
Contoh aktiviti menulis
MENGISI SILANG KATA
MENULIS JAWAPAN PEMAHAMAN
EJAAN IMLAK/RENCANA
MENULIS KARANGAN
Contoh Aktiviti
Menulis
MEMANJANGKAN AYAT
MELENGKAPKAN AYAT
MEMBINA AYAT
SEKIAN TERIMA
KASIH