Majlis Anugerah Hari Kualiti AKSES adalah satu majlis yang diadakan
bagi menghargai sumbangan dan bakat pelajar dan guru Sekolah
Menengah Ayer Keroh yang telah mengharumkan nama sekolah. Majlis
ini buat julung kalinya dibuat dengan menggabungkan ketiga –tiga
bidang iaitu kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan Pendidikan
Khas.
Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan
daripada semua pihak bagi menjayakan program ini dan seterusnya
membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai
kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan.
Membentuk satu kumpulan murid yang dinamik, progresif dan
inovatif seiring dengan motto sekolah iaitu Kecemerlangan Tekad
Kami, disamping memupuk kerjasama sesama warga sekolah melalui
kegiatan kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan Pendidikan
Khas.
• Menyeimbangkan antara perkembangan fizikal dengan
perkembangan mental, jasmani, emosi dan rohani para murid.
• Menjana kesinambungangan untuk murid meraih kejayaan demi
kejayaan dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan
ko-kurikulum
• Memberi pengiktirafan kepada murid yang melibatkan diri secara
aktif dalam setiap bidang.
2.30 petang : Pendaftaran Guru
3.00 petang
3.05 petang : Ucapan Aluan Pengacara Majlis
3.10 petang : Nyanyian Lagu Rasmi:
Negaraku
Lagu Sekolah
: Bacaan Doa
3.20 petang : Ucapan Aluan Pengetua SMK Ayer Keroh
Pn Nor Hafizah binti Musa
3.30 petang
: Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
3.40 petang YBhg. Datuk Hj. Mohd Arif bin Haji Yusa
4.00 petang -Acara Pemotongan Kek
4.50 petang
5.00 petang : Jamuan Makan
: Penyampaian Anugerah
: Penyampaian Cenderahati
: Majlis Bersurai