The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahwahieda0, 2024-05-01 10:48:34

KAEDAH PENYEMBELIHAN MENURUT ISLAM

KAEDAH PENYEMBELIHAN MENURUT ISLAM

Kedah Penyembelihan Menurut Islam Definisi, syarat sembelihan, syarat penyembelih, perkara sunat ketika proses sembelihan, kaedah water/electric stunner & gun


Sidang Editor 1 Penghargaan 2 Pengenalan 3 Definisi Sembelihan 4 Syarat Sah Sembelihan 5 Syarat Penyembelihan 6 Perkara Sunat Ketika Proses Penyembelihan 7 Kaedah Water/Electric Stunner Gun 8 - 12 Pantun Sembelihan 13 Komik Tentang Sembelihan 14 Cerpen Dokeh 15 Kesimpulan 16 Rujukan 17 Isi Kandungan KUMPULAN 2


NUR NAZIRAH BINTI AZMI 17DHF23F1036 FARAH WAHIEDA BINTI ABD RAZAK 17DHF23F1053 NUR IZZLYN BINTI ZULKIFLI 17DHF23F1042 1 Sidang Editor WAFIY BIN ABDUL BASIR 17DHF23F1086 NAMA PENSYARAH: PUAN RAHIMAH BINTI HALIM


Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum Alhamdulillah , bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan limpahan yang dikurniakan oleh-Nya , kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya . Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ingin ucapkan kepada pensyarah kami , Puan Rahimah Binti Halim kerana telah meletak sepenuh kepercayaan kepada kami , memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan . Justeru itu , jutaan terima kasih juga ingin kami ucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan moral dan galakan kepada kami sepanjang proses kami menyiapkan tugasan ini . Seterusnya , tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan ini kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang banyak membantu , memberikan idea dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses menyiapkan tugasan ini . Akhir kata , kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kami . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik . 2 Penghargaan


Ibadah Qurban ialah ibadah menyembelih haiwan ternakan seperti lembu dan kambing yang sering dilakukan pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidladha. Ibadah ini dilakukan supaya umat Islam sentiasa memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih Nabi Ismail A.S kerana baginda ingin membuktikan ketaatannya kepada Allah SWT. Ibadah ini juga dilakukan sebagai peringatan tentang pentingnya ketaqwaan, keimanan dan ketaatan dalam Islam. Penyembelihan haiwan juga dilakukan pada hari biasa selain Hari Raya Aidiladha untuk penggunaan harian. Hal ini dikatakan demikian kerana haiwan yang disembelih mengikut syarak adalah halal dimakan. Penyembelihan haiwan mempunyai syarat-syarat dan hukum-hukum tertentu bagi memastikan penyembelihan tersebut mengikut syarak. Oleh itu, e-folio ini akan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sembelihan supaya ramai orang dapat memahami penyembelihan haiwan yang dibenarkan dalam Islam. 3 Pengenalan


4 Definisi Sembelihan Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan. Penyembelihan dari segi bahasa berarti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang dengan memutuskan urat merih dan halkum. Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.


Haiwan masih mempunyai hayat mustaqirrah. Putus urat halkum dan urat mari’ . Memotong dengan cepat dan sekali gus. COMPANY NAME | PAGE X Syarat Sah Sembelihan Syarat penyembelihan Binatang Sembelihan Alat Sembelihan Islam atau ahli kitab. Niat kerana allah SWT. Mestilah tajam dan diperbuat dari besi, tembaga ,kaca , timah dan batu. Tidak menggunakan gigi atau kuku. 5


Agama: Penyembelih mestilah beragama Islam. Keahlian : Mereka mesti mempunyai keahlian dalam proses penyembelihan haiwan yang tepat mengikut syariat Islam . Niat : Penyembelih mesti mempunyai niat yang murni dan sesuai dengan ajaran Islam ketika melakukan penyembelihan. Peralatan : Penyembelih mesti menggunakan pisau yang tajam dan bersih untuk memastikan penyembelihan yang cepat dan tidak menyebabkan penderitaan berpanjangan pada haiwan yang disembelih . Pengetahuan : Penyembelih mesti memahami peraturan-peraturan yang berkaitan dengan penyembelihan menurut hukum Islam , termasuk hukum-hukum tentang apa yang diperbolehkan dan yang dilarang dalam penyembelihan haiwan . Kebersihan : Proses penyembelihan mesti dilakukan dalam keadaan yang bersih untuk menjaga kebersihan produk daging . Adil : Penyembelihan mesti dilakukan dengan cara yang adil dan tidak menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya pada haiwan . Kesihatan haiwan : Haiwan yang akan disembelih mesti dalam keadaan sihat dan diperlakukan dengan baik sebelum dan semasa proses penyembelihan. 6 Syarat Penyembelih


7 Perkara Sunat Ketika Proses Penyembelihan Menggunakan alat sembelihan yang tajam Melakukan sembelihan pada siang hari Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua - dua urat iaitu urat halkum dan urat marih Membaca bismillah dan bersalawat ke atas Rasulullah SAW Sunat penyembelih dan muka binatang menghadap ke arah kiblat


KAEDAH STUNNING Captive Bolt Electrical Waterbath CO2 Kaedah Water/Electric Stunner Gun Kaedah stunning ialah kaedah memengsankan haiwan sembelihan supaya haiwan tersebut tidak bergerak ketika sedang disembelih. Kaedah stunning ini dapat mempercepatkan proses penyembelihan dengan menyembelih banyak haiwan dalam masa yang singkat. Hukum menggunakan kaedah stunning telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-70 yang bersidang pada 29 September 2005 Ada beberapa kaedah stunning antaranya: 8


9 Captive Bolt ialah sejenis alat yang digunakan dalam penyembelihan haiwan yang menembak batang ke dalam tengkorak haiwan Hukum: Haram kerana boleh menyebabkan kematian haiwan 1.Penetrative/Non Penetrative Captive Bolt


10 Kekuatan arus elektrik dikawal dan tidak melebihi had yang ditetapkan 0.75 ampere untuk kambing 2.0 ampere untuk lembu Tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat Electrical stunning dilakukan dengan mengalirkan arus elektrik yang dikawal melalui otak atau jantung haiwan hingga haiwan tersebut tidak sedarkan diri Hukum: Dibenarkan dengan syarat:- 2.Electrical Stunning Dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah Menggunakan head only stunner


11 Arus elektrik tidak terlalu kuat dan dikawal agar tidak mematikan haiwan Waterbath stunning dilakukan dengan mengalirkan arus elektrik yang dikawal melalui air. Kaedah biasa digunakan untuk ayam dan itik (poultry) Hukum: Diharuskan dengan syarat:- 3.Waterbath Stunning Dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah


Hukum: diharuskan dengan syarat tidak menyeksa dan tidak mematikan haiwan CO2 stunning ialah memengsangkan haiwan di dalam sebuah ruangan dengan memenuhkan ruangan tersebut dengan gas karbon dioksida. 12 4.Karbon Dioksida Secara ringkasnya, kaedah stunning adalah dibenarkan dengan syarat tidak menyeksa haiwan tersebut dan matinya haiwan tersebut kerana sembelihan. Hal ini dikatakan demikian kerana haiwan yang mati disebabkan stunning adalah bangkai dan haram dimakan Kesimpulan Penggunaan Kaedah Stunning


Di bawah sinar mentari pagi, Sembelihan dijalankan dengan berani, Syarat-syarat yang patut diingati, Agar ibadah kita diterima di sisi Ilahi. Penyembelih harus Muslim sejati, Suci tubuh dan hati, Tajam pisau dan tekun berusaha, Agar hewan disembelih dengan segera. Perkara sunat sembelihan jangan diabaikan, Agar ibadah kita tiada terjejas, Mulakan dengan menyebut nama Allah, Beri tumpuan kepada kesempurnaan sunatsunatnya. Pantun Sembelihan 13


Komik tentang Sembelihan 14


Seorang budak bernama Hussein mempunyai seekor kambing kesayangan yang diberi nama Dokeh. Mereka berdua sangat rapat danselalu bersama-sama. Namun, pada satu hari, Hussein diberitahu olehibunya bahawa Dokeh perlu disembelih untuk korban. Hussein sangat sedih dan bimbang kerana dia tidak mahu kehilangan kambing kesayangannya. Dia merayu kepada ibunya agar tidak perlu disembelih Dokeh. Namun, ibunya memberitahu bahawa itu adalah kewajipan sebagai seorang Muslim untuk korban. Hussein akhirnya bersetuju dengan keputusan ibunya walaupun hatinya sangat sedih. Pada pagi hari korban, Hussein membawa Dokehke tempat sembelihan. Dia menangis sambil memeluk Dokeh sebelumkambing tersebut disembelih. Meskipun sedih, Hussein tahu bahawa korban adalah satu amalan yang penting dalam agama Islam. Dia berdoa agar Dokeh mendapat tempat yang baik di syurga dan berjanji akan sentiasa mengingati kambing kesayangannya itu. Dengan hati yang berat, Hussein meninggalkan Dokeh di tempat sembelihan dan pulang ke rumah dengan perasaan yang campur aduk. Walaupun berat hati, Hussein tahu bahawa korban adalah satu pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai seorang Muslim. Dia belajar untuk menghargai nilai-nilai agama dan kepatuhan kepada Allah. Meskipun kehilangan Dokeh, Hussein yakin bahawa kambing kesayangannya itu akan mendapat tempat yang baik di syurga. Cerpen Dokeh 15


Kesimpulannya, dalam melaksanakan proses sembelihan, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan bagi memastikan proses tersebut dilakukan dengan sempurna dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Definisi sembelihan adalah proses menyembelih haiwan dengan cara tertentu untuk tujuan pemakanan yang halal. Syarat-syarat sembelihan perlu dipenuhi untuk memastikan kehalalan dan kesucian sembelihan. Syarat-syarat penyembelih juga perlu diperhatikan, termasuk kebolehan dan kecekapan dalam melaksanakan proses sembelihan. Beberapa perkara sunat perlu diambil kira semasa proses sembelihan, termasuk kebersihan alat sembelihan dan kecekapan penyembelih. Kaedah sembelihan seperti penggunaan water/electric stunner atau gun perlu dipilih dengan bijak untuk memastikan proses berjalan lancar dan haiwan tidak mengalami penderitaan yang tidak perlu. Akhir sekali, untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, penggunaan pantun, komik, cerpen boleh diaplikasikan untuk memperkukuhkan pemahaman tentang sembelihan. 16 Kesimpulan


RUJUKAN Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. (2015). Risalah Aidil Adha Perlaksanaan Korban & Hikmahnya. https://mufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH%20QURBAN%202015.pdf. Bahagian Fatwa. (2015). Garis Panduan (Siri 3). Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. https://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-48-39/penerbitan/buku/181-bukugaris-panduan-siri-3-1/file. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban. OMR Press Sdn Bhd. https://mufti.perak.gov.my/images/hebahan/ibadah_qurban.pdf. arifah78. (2021, May 24) PEL. 14 SEMBELIHAN. AnyFlip. https://anyflip.com/apcmp/nstv/basic. EZQurban. (2022, June 13). Rukun Penyembelihan: Siapakah yang Layak Menyembelih Binatang Korban?. https://blog.ezqurban.org/rukun-penyembelihan/. akasika. (2014, October 14). Mengerti Sembelihan Menurut Syara. SlideShare. https://www.slideshare.net/slideshow/sembelihan-mengikut-syara/40249032. JAKIM. (2016). Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Bahagian Pengurusan Fatwa, 09, 187-188. Sapian, M. F., Rameli, M. F., & Mahaiyadin, M. H. (2019). Kaedah Penetapan Hukum Sembelihan Haiwan Secara Stunning: Analisis Terhadap Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia. Online Journal of Research in Islamic Studies, 6, 67–72. Retrieved from https://jupidi.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/20801. 17


NO. TARIKH PERKARA TUGAS 1 22/4/2024 NAMA AHLI KUMPULAN , NO MATRIK , LOGO POLI NAZIRAH 2 23/4/2024 PANTUN , CERPEN FARAH 3 24/4/2024 KAEDAH WATER / ELECTRIC STUNNER & GUN WAFIY 4 27/4/2024 MUKA DEPAN , TAJUK NAZIRAH 5 28/42024 PENGHARGAAN , SYARAT SEMBELIH NAZIRAH 6 28/4/2024 PERKARA SUNAT KETIKA SEMBELIH NAZIRAH 7 29/4/2024 KOMIK FARAH 8 29/4/2024 DEFINISI , SYARAT SEMBELIHAN IZZLYN 9 30/4/2024 PENGENALAN,RUJUKAN WAFIY 10 30/42024 KESIMPULAN FARAH 11 30/4/2024 GRANTT CHART NAZIRAH , FARAH 12 1/5/2024 ISI KANDUNGAN IZZLYN 18 Grantt Chart Pembahagian Tugas


Click to View FlipBook Version