The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Definisi tingkah laku positif dan negatif (2093) 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mralibadsh, 2021-09-22 16:06:31

Definisi tingkah laku positif dan negatif (2093) 1

Definisi tingkah laku positif dan negatif (2093) 1

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK

AAK 2093

SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK

TAJUK

TINGKAH LAKU KANAK-KANAK BERUMUR
4-6 TAHUN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMAD ALI BADSHAH BIN AZMI
NO MATRIK: PID20288

Disediakan untuk

Puan Faizan binti Gayuh

Definisi tingkah laku positif dan negatif

 Pengertian tingkah laku sebenarnya mempunyai pengertian yang amat luas. Tingkah laku boleh
disimpulkan sebagai tindakan manusia yang boleh diperhati,diukur dan dinilai serta sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar.Sebagai
contoh,perangai, gerak-geri, kelakuan, segala perbuatan yang melibatkan kegiatan motor seperti
berjalan, berlari, bergerak, berinteraksi, dan memberi respon atau tindakbalas terhadap sesuatu
sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Malahan tingkah laku juga sebenarnya menrangkumi
gambaran emosi dan mental seseorangTingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan
oleh seseorang individu.

Tingkah laku positif

 Tingkah laku bermasalah positif merupakan keadaan tingkah laku di mana ia dilihat sebagai
satu perkembangan yang baik, tetapi sebenarnya tingkah laku tersebut mengganggu kanak-kanak
yang lain. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah positif dilihat pada
tingkah laku kanak-kanak yang nampak keterlaluan perasaan ingin tahunya, terlalu cepat belajar,
pintar cerdas dan proaktif. Keadaan ini juga adakalanya dipanggil hiperaktif positif. Sekalipun
keadaan ini adalah sangat baik dan positif tetapi hakikatnya ia mengganggu kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan. Keadaan in sebenarnya mengganggu
kanak-kanak yang belajar dalam keadaan yang normal. Selain daripada itu ia akan mengakibatkan
ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang sedang dijalankan. Keadaan ini juga akan
menimbulkan ketidakselesaan di kalangan kanak-kanak yang lain dan juga pada pendidik itu sendiri.

Tingkah laku negatif

 Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku distruptif, distruktif, pengasingan
diri, pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran,tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di mana kanak-kanak ini
mengganggu pengajaran dan pembelajaran dengan berbagai cara melalui tindakan-tindakan
ataupun perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan dan guru ataupun merosakkan peralatan yang
terdapat di dalam kelas.Antara perlakuan negatif yang mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran ialah membuat bising, mengganggu rakan,tidak mendengar arahan pendidik, kerap
menangis, berbohong,menyakat, mengejek dan tidak menunjukkan minat dan perhatian dalam
pelajaran.Ada juga tingkah laku kanak-kanak yang kurang disedari oleh guru tetapi sebenarnya boleh
mejejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal. Tingkah laku ini adalah yang seperti
sering mengasingkan diri, selalu sedih, terlalu pemalu, sering ketakutan dan fantasi.

Tingkah laku yang dipilih

 Tingkah laku yang sering dilihat pada hari ini ialah kanak-kanak hiperaktif.Secara
amnya kanak-kanak yang hiperaktif ini mempunyai tingkah laku yang terlampau
aktif,terlalu cergas pergerakanya dan mengganggu yang menyebabkan mereka
sukar dikawal.Hiperaktif merupakan perilaku seseorang individu yang tidak
pernah berdiam diri,sukar untuk dikendalikan,tidak memberi perhatian dan
bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif.Oleh itu dapat
diperhatikan bahawa hiperaktif ini merupakan tingkah laku negatif kerana ia boleh
memberi masalah kepada kanak-kanak lain,guru dan bahkan dirinya sendiri.

Ciri-ciri tingkah laku hiperaktif

 Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku hiperaktif ini kebiasaanya mudah dikesan oleh
pendidik.Hal ini kerana hiperaktif dapat dikenal pasti melalui tingkah kanak-kanak tersebut.Kanak-
kanak yang mempunyai masalah ini tidak mudah duduk diam,suka mengganggu kawan-
kawan,menyakat dan akan sentiasa bergerak walaupun pendidik meminta kanak-kanak tersebut duduk
di atas kerusi .Selain itu,kanak-kanak yang hiperaktif ini selalunya sangat aktif di dalam sukan serta
banyak bercakap berbanding kanak-kanak normal yang lain.Sebagai contoh,mereka akan berlari-lari
dan memanjat sehingga mereka puas.Kanak-kanak hiperaktif ini susah untuk dikawal kerana mereka
ini tidak boleh duduk diam ketika belajar dan sangat suka aktiviti seperti sukan yang mempunyai
gerakan tubuh badan.

 Ciri kanak-kanak hiperaktif yang kedua ialah kanak-kanak ini kurang memberikan tumpuan ketika belajar.Hal ini
kerana kanak-kanak ini suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran,berjalan-jalan di dalam kelas ketika sesi
pembelajaran berlangsung dan ini menyebabkan kanak-kanak yang mempunyai masalah ini tidak mampu
mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh pendidik dengan baik.Oleh disebabkan kanak-kanak tidak
memberikan tumpuan kepada pendidik ketika belajar ia akan menyebabkan mereka tidak mendapat apa yang telah
di sampaikan sebagai contoh kanak-kanak ini mengalami kesukaran membaca,menulis dan susah untuk bertutur
dengan baik.

 Yang terakhir, ialah masalah kanak-kanak mengikut kata hati (impulsif).Kanak-kanak ini akan menganggu
pelajaran yang disampaikan oleh pendidik sebagai contoh apabila pendidik memanggil nama kanak-kanak lain
mereka ini akan menjawap serta apabila pendidik bertanyakan soalan mereka akan jawap dengan jawapan yang
tidak benar.Mereka juga tidak sabar dalam melakukan sesuatu aktiviti serta mengganggu kanak-kanak lain.

Faktor yang menyebabkan hiperaktif

 Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak hiperaktif antaranya,faktor genetik atau biologi,terlalu
dimanjakan,faktor sekeliling dan faktor kurangnya pengawasan dan didikan daripada ibu bapa.

 Faktor genetik merupakan perkara yang biasa menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah hiperaktif.Kanak-kanak
yang hiperaktif ini kebiasaanya diwarisi oleh ibu bapa nya ketika masih kecil.

 Faktor sekeliling pula hiperaktif ini berlaku kerana sesi pembelajaran di tadika tidak menarik,bosan,aktiviti yang tidak
menarik menyebabkan kanak-kanak ini tidak boleh duduk diam dan tidak menyebabkan mereka tidak dapat memberi
tumpuan ketika pembelajaran berlangsung.

 Faktor kurangnya pengawasan dan didikan juga merupakan satu punca kanak-kanak hiperaktif.Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila kanak-kanak ini dibiarkan melakukan sesuatu sesuka hatinya tanpa pengawasan ia akan
menjadikan kanak-kanak ini berasa bebas dan akan menyebabkan mereka tidak mendengar kata-kata pendidik
mereka.Tidak hairanlah jika kanak-kanak ini mengalami masalah hiperaktif kerana disebabkan kurang pengawasan dan
didikan daripada ibu bapa atau penjaga

Cadangan kaedah dan teknik dalam
mengurus tingkah laku hiperaktif

 Kaedah dan teknik dalan mengurus hiperaktif ini amat penting bagi perkembangan kanak-kanak.Masalah
dalam pembelajaran yaitu hiperaktif perlu diatasi agar pengajaran yang hendak disampaikan oleh pendidik
dapat disampaikan dan terima oleh semua kanak-kanak lain.

 Kaedah yang boleh digunakan ialah pendidik perlu lebih kreatif dalam menarik minat kanak-kanak untuk
belajar.Contohnya pendidik boleh gunakan lebih banyak visual atau gambar yang bewarna-warni untuk
menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak dan memastikan teknik pembelajaran yang diberikan penuh
variasi dan berubah-ubah setiap hari.

 Kedua pendidik boleh menetapkan tempat duduk kanak-kanak di dalam kelas berhampiran dengan meja
pendidik.Perkara ini perlu bagi mengawal dan mengawasi pergerakan kanak-kanak hiperaktif ini.Jika dilakukan
begini ia dapat mengelakkan kanak-kanak hiperaktif akan kurang mengganggu kanak-kanak yang lain ketika
belajar.Pendidik juga perlu tegas dalam mendidik kanak-kanak tetapi perlulah mengikut keadaan.Hal ini kerana
apabila tegas dan kasih sayang digabungkan, pasti ia akan menghasilkan sebuah kesempurnaan.Antara kisah
yang kita boleh jadikan sebagai panduan adalah sifat tegas Nabi Muhammad SAW terhadap seorang kanak-
kanak yang tidak jujur.An-Nawawi dalam kita al-Adzkar berkata: "Kami meriwayatkan dalam kitab Ibnus Sunni,
daripada Abdullah bin Busr Al-Mazini RA, ia berkata: Ibuku mengutusku kepada Rasulullah SAW dengan
membawa seikat anggur. Namun, aku memakan sebahagiannya sebelum aku berikan kepada baginda. Ketika
aku sudah bertemu baginda, baginda memulas telingaku dan mengatakan, "Ini adalah pengkhianatan."

 Teknik yang seterusnya ialah pendidik atau ibu bapa harus memberi lebih tumpuan dan kasih sayang kepada mereka
kerana kanak-kanak hiperaktif akan lebih mendengar kata jika selalu dipeluk, bercakap lembut dengan mereka dan
juga diberi lebih perhatian.Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak bermasalah ini ingin mendapat perhatian
dan cara mereka ingin mendapatkan perhatian daripada orang sekeliling mereka adalah dengan menganggu dan
sebagainya.Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan
membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi kanak-kanak yang kurang diberi
perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur.
Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian pendidik dan penjaga.Oleh itu,perkara ini
amat penting untuk dilakukan oleh ibu bapa dan pendidik bagi mengawal kanak-kanak hiperaktif.Rasulullah S.A.W
menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi kanak-kanak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.
Ibu bapa juga perlu berikan mereka kasih sayang dengan adil terhadap setiap kanak-kanak.Jika perkara ini dilakukan
pastilah kanak-kanak akan lebih dekat dengan kita.

Kesimpulan

 Hiperaktif adalah satu tingkah laku yang tidak boleh duduk diam dan memberi perhatian.Oleh
itu,pendidik atau penjaga haruslah sentiasa bersabar dalam menghadapi kanak-kanak yang
sebegini.Pendidik atau penjaga perlulah sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak agar mereka merasa
disayangi dan dihargai.Penjaga juga boleh pergi mendapatkan rawatan pakar atau ubat bagi
mengurangkan masalah hiperaktif ini.Kanak-kanak hiperaktif ini merupakan kurniaan daripada
ALLAH S.W.T oleh itu sebagai ibu bapa atau pendidik yang bertanggungjawab kita hendaklah
mengawal dan sentiasa mencari cara untuk membantu kanak-kanak ini agar dapat merangsang
perkembangan mereka seperti kanak-kanak yang lain.Oleh itu,ibu bapa dan pendidik ebutlah peluang
dengan menerapkan input positif pada minda mereka sementara mereka masih kecil ini, kerana masa
kecil mereka takkan berulang buat kali kedua.

Rujukan

 1)https://www.sinarharian.com.my/article/23534/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Cara-
Rasulullah-SAW-tawan-hati-kanak-kanak

 2)https://www.excelqhalif.com/2012/10/02/4-tahap-mendidik-anak-cara-
rasulullah-s-a-w/

 3)https://www.scribd.com/document/371340867/Definisi-Dan-Konsep-Tingkah-
Laku

 4)https://ms.wikipedia.org/wiki/Gangguan_kurang_daya_tumpuan_dan_hiperaktif
 5)https://www.mmgazette.com/apakah-attention-deficit-hyperactivity-disorder-

adhd-dr-selvasingam-ratnasingam/


Click to View FlipBook Version