RUMUSAN
AMALAN SEORANG
PEMIMPIN SEKOLAH
TUGASAN 3:
MENERAJUI PERUBAHAN
RUMUSAN
I) MEMIMPIN PEI)RMUEBMAIHMAPNIN PERUBAHAN
II) MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN
III) MENYELESAIIIK) MANEMMBAUSAATLASEHSUATU
TERTENTU PERUBAHAN
IV)PERBANDINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN,
MENYELESAIKII)AMN EMNAYSEALLEASAHI,KMAENMSEBSUUAATTU
KEPUTUSAN DEMNAGSAANLAAHMALAN SEDIA ADA DI
SEKOLAH
V) PENAMBAHBAIKAN YANG BOLEH
DILAKSANAKAN DAN BAGAIMANA BOLEH
DILAKUKAN DI SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH:
NORAZLIN BDINNISOTREIADAZLIBIANDKBUAINNLTSIGOMAHLBGDEAHUHNL3SI:GMHGAHN3I
1. RUMUSAN: MEMIMPIN PERUBAHAN
Sekolah adalah organisasi yang diselenggara hasil daripada masyarakat yang
bergantung pada sistem pemerintahannya. Sekolah harus patuh pada sistem
pendidikan yang telah ditetapkan. Apabila wujudnya dasar-dasar baru yang
diperkenalkan oleh pemimpin, maka sekolah juga wajib akur dan
melaksanakannya. Perubahan yang dilakukan akan memberi kesan kepada
hasil dalaman, cara kerja, kualiti dan pencapaian akademik yang dicapai.
Sebagaimana organisasi lain, sekolah juga adalah agen masyarakat yang sentiasa
memenuhi kepuasan pelanggan. Oleh itu produk sekolah adalah kejayaan yang
berjaya dicapai oleh anak-anak murid. Disebabkan itu, sekolah seharusnya
berusaha melahirkan dan menghasilkan produk terbaik sepanjang masa. Justeru,
sekolah hari ini memerlukan pengurus ataupun pemimpin sekolah (PGB) yang
menguasai banyak kemahiran dan sanggup melakukan perubahan (Bast, 2010).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “perubahan” didefinisikan
sebagai “perihal berubah”, “peralihan” dan “pertukaran” manakala Ab Aziz Yusof
(2008) menjelaskan “Perubahan merupakan proses mengubah keadaan atau situasi
supaya menjadi lebih baik sama ada dari segi keberkesanan dalam proses kerja,
memposisikan organisasi supaya mendahului pesaing dan penambahbaikan
berterusan terhadap produk yang dikeluarkan”. Kesimpulannya, perubahan
ditakrifkan sebagai kelainan yang dilakukan berbanding sebelum ini dengan cara
baharu, mengikut laluan baharu, menggunakan teknologi baharu, menggunakan
sistem baharu, mengikut tatacara baharu, menyusun semula operasi atau fungsi
jabatan dan hasilnya lebih banyak perkara baharu yang positif berlaku dan perkara
negatif semakin berkurangan.
Memimpin perubahan bukanlah suatu yang mudah. Hal ini memerlukan
pemikiran yang beraras tinggi dan mempunyai kemahiran generik yang baik.
Pemimpin yang mampu memimpin perubahan akan mampu menjadikan perubahan
tersebut berada dalam penguasaannya. Segala permasalahan dan kelemahan yang
wujud dalam organisasi yang dipimpinnya boleh diselesaikan dengan mudah kerana
pemimpin seperti ini mampu meluaskan pengaruhnya dilingkungan realiti. Apabila
berbicara mengenai kepimpinan dan perubahan pastilah keduanya memiliki
perkaitan. Bagaimanakah perkaitan tersebut terjadi? lebih-lebih lagi apabila dikaitkan
dengan masalah pendidikan, yang mana hal ini memerlukan penyelidikan yang
lebih mendalam.
“The greatest danger in times of turbulence is not the turbulence. It is to act
with yesterday’s logic.” (Drucker, 2017) Pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam
segala aspek apabila berhadapan dengan dunia yang berubah-ubah agar dapat
mengadaptasi apa-apa jua keadaan (Drucker, 2017). Maka, sebagai senjata dalam
mengharungi perjuangan mencipta perubahan, seseorang pemimpin perlulah
memiliki panduan sebagai rujukan. Dalam hal ini, Model Kotter ( 8 Steps Model of
Change) ataupun Teori Perubahan Michael Fullan ( Six Secret of Change-2005 )
menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pemimpin sekolah ataupun PGB bagi
mengimplementasikan landskap perubahan sekolah masing- masing.
a) Model Kotter ( 8 Steps Model of Change)
Rajah: Model Kotter 8 Steps of Change
Langkah lapan amalan memimpin perubahan Kotter sangat kerap digunakan
oleh PGB dalam mengorganisasi terutama apabila melibatkan perubahan dasar
sekolah atau dasar kementerian yang memerlukan perubahan secara besar-besaran,
seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Perubahan ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan bagi memastikan
pendidikan kita dimartabatkan sebagai salah satu sistem pendidikan terbaik di dunia
selepas 2025 nanti. Seiring dengan perubahan teknologi dan ekonomi dunia, kita
TIDAK boleh TIDAK berubah. Perubahan telah mula berlaku di setiap peringkat,
daripada penggubal dasar sehinggalah kepada pelaksanaan di sekolah, selaras
transformasi pendidikan yang direncanakan dan dilaksanakan di bawah PPPM.
b) Kerangka Kepimpinan Micheal Fullen (2020)
Menurut Fulan ( 2004 ), terdapat lima bentuk perubahan yang perlu untuk
menghasilkan perubahan organisasi. Perubahan tidak dapat dikendalikan, tetapi
dapat difahami dan menjadi petunjuk untuk melakukan perubahan. Kita bukan
hanya melakukan perubahan tetapi yang lebih penting adalah mencipta perubahan.
Untuk mendapatkan komitmen subordinat, pemimpin perlu aplikasikan lima
komponen ini ketika memimpin perubahan yang dilaksanakan di sekolah.
Rajah: Kerangka Kepimpinan Micheal Fullan
Menurut Fullan ( 2004 ) lagi, elemen enam rahsia perubahan turut perlu
dihadamkan oleh para PGB sebagai pemangkin perubahan yang berkesan.
Rajah: Enam Rahsia Perubahan MC Fullan (2005)
Kesimpulannya, menjadi pemimpin perubahan bukanlah sesuatu yang boleh
dianggap mudah. Selain memiliki kemahiran kendiri yang tinggi, Model Kotter dan
Teori Fullan amat sesuai dijadikan panduan atau rujukan utama dalam usaha PGB
mengatur laluan masa hadapan organisasi masing-masing. Sebagai barisan bakal
kepimpinan masa hadapan organisasi yang akan terbentuk nanti, saya bersama
dengan pasukan SLT (Senior Leader Team) dan MLT (Middle Leader Team) saya
akan mengimplementasikan teori-teori yang relevan sebagai wahana bagi kami
melakukan perubahan dengan berkesan. Sebarang bentuk perubahan yang dibuat
perlulah disesuaikan dengan keperluan sekolah sebagai sebuah organisasi namun,
perkara yang lebih utama ialah wujudnya kepimpinan, proses kerja dan panduan
yang jelas bagi memimpin semua komponen yang terlibat ke arah matlamat yang
diimpikan.
2. RUMUSAN: MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN
Selaku pemimpin perubahan, membuat sesuatu keputusan merupakan
perkara yang mesti dilalui oleh PGB dalam organisasinya untuk memastikan
sebarang masalah atau halangan dapat diatasi dengan impak yang memberikan
kepuasan kepada semua pihak baik pemegang taruh mahupun subordinat PGB itu
sendiri. Membuat keputusan adalah aktiviti mental yang melibatkan pemikiran kritikal
dan kreatif, membuat penaakulan, menyelesaikan konflik dalaman, memilih alternatif
yang ada serta meramal situasi yang bakal terjadi kelak. Justeru, kemahiran
membuat keputusan perlu dikuasai untuk memberi peluang PGB membuat pilihan
yang terbaik, mengelakkan tindakan terburu-buru dan menjadikan PGB lebih
rasional, sabar dan memanfaatkan kesemua informasi yang diperolehi.
Proses membuat keputusan merupakan aspek yang paling dominan untuk
memperoleh kesempurnaan bagi pemimpin perubahan dalam sesebuah organisasi.
Menurut Griffin (2015), membuat keputusan, ialah tindakan memilih satu alternatif
daripada satu set alternatif. Proses membuat keputusan adalah termasuk
menimbangkan perkara-perkara berikut seperti, memahami situasi, mengenalpasti
alternatif, memilih alternatif terbaik dan seterusnya jadikannya sebagai amalan.
Berikut adalah rumusan proses membuat keputusan secara rasional dari Griffin
(2015).
Kenali Situasi Kenalpasti Pilihan
Yang Alternatif Alternatif
Menentukan Terbaik
Penyelesaian Menjadikan
Satu
Amalan
Rajah: Proses Membuat Keputusan Secara Rasional Griffin
Di samping itu, dalam membuat keputusan dan penyelesaian terdapat
teknik dan alat yang digunakan. Dalam usaha untuk selesaikan masalah, punca
sebenar masalah perlu diketahui terlebih dahulu bagi memastikan keputusan dibuat
akan benar-benar mampu selesaikan masalah. Berikut adalah infografik untuk
kenalpasti teknik yang digunakan bagi mengenalpasti punca masalah yang
digunakan dan alat untuk membuat keputusan.
Rajah: Teknik/ Alat Mengenalpasti Punca Masalah
Kesemua teknik dan alat di atas boleh dilaksanakan secara sumbangsaran
sebagai medium perbincangan dalam mencari punca dan membuat keputusan
terbaik. Seorang PGB yang berwawasan seharusnya menjadikan ahli subordinatnya
sebagai aset paling bermakna kerana kepelbagaian kemahiran dan informasi milik
guru-guru yang berpengalaman. Hal ini amat membantu sekiranya dikongsi dan
digunapakai dalam berkolaboratif ketika membuat keputusan dalam usaha PGB
memimpin perubahan. Kelebihan penguasaan pedagogi dan kemahiran berimpak
tinggi yang lain juga akan menjadi input dalam membugarkan kualiti pembangunan
organisasi.
Kesimpulannya, dalam membuat keputusan elemen terpenting selepas itu
ialah melihat situasi dan risiko yang wujud. Pemimpin yang baik adalah PGB yang
mendapat output yang terbaik selepas membuat keputusan. Sebagai pelaksana
keputusan, pemimpin organisasi harus sentiasa sedar bahawa apa-apa sahaja
keputusan yang diambil akan mempertaruhkan kelangsungan sesebuah organisasi.
Perubahan daripada keputusan yang dilakukan adalah disebabkan lingkungan
strategik sama ada dari segi dalaman mahupun luaran sesebuah organisasi.
Organisasi yang stabil adalah organisasi yang cemerlang kini dan pada masa
hadapan.
3. RUMUSAN: MENYELESAIKAN MASALAH
Penyelesaian masalah merupakan suatu proses, kaedah, langkah atau cara
yang diambil oleh seseorang yang mana dalam konteks memimpin perubahan, PGB
adalah domain utama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut
Ma’arof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2003), penyelesaian masalah adalah satu
cubaan mencapai atau satu cara yang sesuai dan berkesan dalam mencapai
sesuatu matlamat. Manakala, Chang & Kelly (1993) telah menyatakan bahawa
penyelesaian masalah melibatkan proses berfikir secara berperingkat untuk
kenalpasti punca sebenar dan seterusnya membina beberapa alternatif atau cara
penyelesaian sebelum memutuskan strategi terbaik dilakukan. Berikut adalah proses
penyelesaian masalah yang dicadangkan oleh Chang & Kelly (1993).
Rajah: Proses Penyelesaian Masalah Chang & Kelly
Melalui penyelesaian masalah, seseorang pemimpin dapat melakukan
analisis jurang antara situasi semasa dengan matlamat yang ingin dicapai. Setelah
mengenalpasti punca dan membuat pilihan yang terbaik menggunakan instrumen
dan teknik tertentu bagi menentukan skor, langkah seterusnya adalah dengan
menentukan skor bagi setiap idea dan memilih berpandukan skor yang terbaik.
Kesimpulannya, penyelesaian masalah merupakan pembelajaran informal
yang terbaik untuk PGB dan para subordinat organisasi untuk memahami dan
menyelesaikan apa-apa isu atau masalah berkaitan pembangunan pengurusan,
pentadbiran dan kemenjadian pelajar. PGB dan barisan pentadbiran khususnya
akan mencabar diri untuk meneroka pengalaman baharu menerusi penyelesaian
masalah, Hal ini akan memberikan kepuasan untuk meningkatkan pengetahuan dan
membantu memindahkan pengetahuan ini dalam dunia pendidikan. Penyelesaian
masalah juga meluaskan kemahiran kreatif dan inovatif PGB agar sentiasa cakna
dalam menawarkan idea-idea baharu dalam bentuk produk dan perkhidmatan
selaras dengan PPPM 2013-2025.
4. BANDINGKAN AMALAN SEDIA ADA PEMIMPIN SEKOLAH/ORGANISASI
DENGAN MODEL MEMIMPIN PERUBAHAN SERTA TEKNIK MENYELESAIKAN
MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mendi (SEBUDI) merupakan sekolah
kategori luar bandar yang terletak di Daerah Bera dalam negeri Pahang. Etos
sekolah ini bagi bidang akademik ialah mata pelajaran Bahasa Melayu manakala
dalam bidang kokurikulum pula ialah sukan berprestasi tinggi memanah. Dalam
aspek Sarana Ibu Bapa, pengerusi Persatuan Ibu Bapa, Guru dan Komuniti (PIBK)
amat memainkan peranan dalam memberikan sokongan dan dokongan kepada
pihak sekolah dalam segala bidang yang berkaitan dengan pembangunan dan
kemenjadian murid.
Tahun 2020, telah menyaksikan sekolah ini dipilh sebagai Sekolah
Transfomasi 25 (TS25) bagi kohort 5. Sejajar dengan itu, pihak sekolah telah
diberikan input berkaitan TS25 secara langsung dengan latihan dan bimbingan
penuh dari pihak Pejabat Pendidikan Daerar Bera dan Pihak Institut Aminudin Baki
sendiri. Ciri-ciri pemimpin perubahan jelas ditonjolkan oleh Pengetua SEBUDI
apabila beliau dengan penuh keyakinan memastikan setiap SLT dan MLT mendapat
bimbingan dan latihan bagi menjayakan TS25 ini. Tahun 2021 merupakan tahun
terakhir bagi perancangan strategik SEBUDI, maka sesi latihan dan bimbingan di
bawah TS25 merupakan medium yang amat membantu pihak sekolah dalam
merangka pelan strategik yang baharu (2021-2023) dengan lebih berkesan.
Penularan pandemik COVID- 19 pada awal tahun 2020, menyaksikan gaya
pemimpin perubahan PGB apabila beliau telah memastikan kehadiran dan
penglibatan SLT, MLT dan pasukan TS25 SEBUDI dalam menjalani latihan dan
bimbingan secara dalam talian dan sesi khidmat bantu daripada pihak terlibat.
Pengetua juga telah menetapkan semua SLT bidang pentadbiran, Hal Ehwal Murid
dan Kokurikulum menetapkan Key Performance Indek (KPI) bersama dengan MLT
sebelum dibentangkan dan beliau persetujui sebelum naskah Perancangan Strategi
2021-2023 SEBUDI dibukukan.
PGB SEBUDI merupakan seorang individu yang amat menjaga hubungan
dengan subordinat organisasinya. Dalam konteks hubungan sesama warga
SEBUDI, beliau menjana variasi aktiviti dalam menjaga hubungan yang secara tidak
langsung membangunkan kapasiti pembangunan guru dan Ahli Kumpulan
Pelaksana (AKP). Program Lawatan Penanda Aras dalam negeri dan luar negara,
Hari Keluarga, “potluck” dan Majlis Keraian Bina Insan adalah antara program yang
menjadi pemangkin kepada transformasi kepimpinan beliau sebagai pengetua.
Penglibatan beliau dalam bidang kokurikulum pula memang tidak dapat
dinafikan. Pengupayaan beliau sebagai seorang pemimpin amat ketara apabila
beliau mengaplikasikan konsep membina jalinan dan jaringan dalam aktivti badan
beruniform pengakap. Dibantu pasukan pemimpin pengakap, SEBUDI telah tersohor
sebagai sebuah sekolah di daerah Bera yang saban tahun akan memastikan
penglibatan murid sehingga ke peringkat JAMBOREE Antarabangsa.
Dalam konteks memberi penghargaan dan meraikan kemenjadian murid, rutin
bulanan dan mingguan SEBUDI ialah majlis meraikan penglibatan dan pencapaian
murid baik dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. Program
Sekolah Penyayang, acara bulanan seperti Cabutan Bertuah Kehadiran Penuh dan
acara mingguan Hadiah Kelas Terbersih mendorong pelajar untuk merasakan
bahawa mereka dihargai dan bertanggungjawab dalam membangunkan SEBUDI.
Dalam pembangunan akademik, Program Perhimpunan Akademik juga diadakan
bagi menghimpunkan pelajar dalam kelompok pencapaian selepas setiap sesi Ujian
Kecemerlangan untuk memotivasikan pelajar agar terus bersemangat dan
memantapkan pencapaian akademik masing-masing. Tidak ketinggalan pelajar-
pelajar yang membawa nama sekolah dalam bidang kokurikulum turut akan diraikan
dengan majlis penghargaan tanpa mengira setinggi mana pencapaian mereka
kerana PGB menghargai dan mengiktiraf setiap sumbangan pelajar yang
menunjukkan kesungguhan mereka membawa cabaran dalam membentuk
kemenjadian diri.
Dalam konteks membudayakan sesuatu perubahan, sebagai pemimpin
perubahan pengetua sentiasa menggalakkan guru-guru mengadakan program
Profesional Learning Community (PLC) bagi membina pemuafakatan dalam
mengatasi isu dan masalah berkaitan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC).
Selain itu, hal ini akan mendorong peningkatan sahsiah pelajar juga tidak
ketinggalan membina ukhwah sesama rakan sepasukan. Sekiranya kedapatan isu
atau masalah yang dicetuskan dalam kalangan subordinatnya dalam
membangunkan kompetensi diri, pengetua biasanya akan menggunakan budi bicara
dengan bersemuka dan membimbing para guru agar kekal berada atas landasan
dan mengutamakan matlamat utama SEBUDI.
Di samping itu, Latihan Pembangunan Profesionalisme Guru dan AKP
(LADAP) turut menjadi budaya dalam pasukan SEBUDI. Pengetua amat menitik
beratkan kompetensi guru dan AKP dalam menjana pembangunan murid dan
subordinatnya. Semua sesi bimbingan dan latihan akan dijalankan selepas setiap
kali guru atau AKP menjalani latihan dari institusi, mereka amat digalakkan untuk
menyalurkan maklumat dan input melalui sesi LADAP di sekolah.
Sesi Dialog Prestasi (DP) juga merupakan salah satu daripada aspek yang
ditekankan oleh pengetua dalam memimpin perubahan di sekolah. Dalam membuat
sesuatu keputusan pengetua kebiasaannya mendapatkan pendapat dan pandangan
daripada barisan SLT dan MLT. Sebagai contoh, beliau mendapatkan pandangan
daripada SLT untuk memilih subjek yang perlu diberi tumpuan dalam Projek 5P
peringkat daerah dalam membantu peningkatan pencapaian dalam peperiksaan
SPM tahun semasa. Dalam membuat keputusan dan penyelesaian, kebiasaannya
terdapat teknik dan alat yang digunakan. Dalam hal ini, pihak PGB dan SLT
biasanya hanya menggunakan teknik sumbangsaran dan tidak alat atau teknik yang
lain.
Pelaksanaan Program 5P ini memerlukan Perbincangan awal sebelum
penetapan dibuat. Perbincangan awal ini adalah sebagai persediaan sebelum
dibentangkan selari dengan amalan penyelesaian masalah Chang & Kelly (1993).
Guru-guru panitia terpilih akan memahami masalah, membuat analisis punca,
mengenalpasti penyelesaian sebelum menetapkan pilihan penyelesaian dan
seterusnya membina pelan tindakan, melaksanakan penyelesaian dan akhirnya
menilai kemajuan.
Kesimpulannya, semua amalan kepimpinan dalam usaha memimpin
perubahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah perlu diaplikasikan
oleh warga pemimpin. Perubahan yang dirancang akan
berjaya dilaksanakan apabila sesebuah organisasi memiliki kepimpinan yang
kuat dan mampu mentafsir visi sekolah yang jelas. Apa pun bentuk tujuan yang
hendak dicapai, maka setiap perubahan hendaklah diselesaikan dengan baik
mengikut langkah-langkah tertentu. Selaku pemimpin perubahan, PGB haruslah
memberikan kesedaran kepada warga sekolah bahawa perubahan adalah penting
untuk dilaksanakan dan seluruh warga sekolah berperanan penting dalam
mengambil bahagian dan memahami tugas masing-masing. Kejayaan dan
kegagalan sesuatu perubahan adalah bergantung kepada cara pelaksanaan
pemimpin dan warga organisasinya menangani sebarang perubahan tersebut.
5. HURAIKAN PENAMBAHBAIKAN AMALAN SEDIA ADA YANG PERLU ANDA
LAKSANAKAN UNTUK MENERAJUI PERUBAHAN DI SEKOLAH ATAU
ORGANISASI DENGAN BERKESAN.
Saya akan memberi fokus kepada penambahbaikan dalam aspek kehadiran
pelajar ke sekolah bersesuaian dengan Program Sekolah Penyayang dan Cabutan
Bertuah Kehadiran Penuh SEBUDI. Tumpuan akan diberikan kepada kaedah
meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah. Bagi menjayakan hasrat ini saya akan
menggunakan Model Kotter dalam memimpin perubahan. Pelaksanaan program-
program yang telah dijalankan ini adalah selaras dengan dasar KPM. Pengurusan
rekod kehadiran murid merupakan salah satu aspek penting dan utama dalam
pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah. Data dan rekod kehadiran membantu pihak
pengurusan sekolah membuat keputusan dengan tepat berkaitan perancangan dan
strategi pengurusan pengajaran dan pembelajaran mereka. Di samping itu,
kehadiran pelajar ini juga amat penting untuk membantu kepimpinan sesebuah
organisasi membuat keputusan dan tindakan berkaitan pembangunan, kebajikan,
keselamatan termasuk kesejahteraan murid.
Saya akan cuba membincangkan amalan sedia ada yang kurang mengikut
model memimpin perubahan organisasi, proses menyelesai masalah dan proses
membuat keputusan seperti yang telah dipelajari iaitu dengan menggunakan empat
langkah terakhir dalam Model Kotter (1996):
Model Memimpin 5. Menurunkan kuasa kepada warga organisasi
Perubahan Kotter
(1996) (Model Memimpin Perubahan, Kotter 1996)
Amalan Di Sekolah
Diskripsi Amalan Di Sederhana
Sekolah
Penurunan kuasa kepada warga organisasi memastikan warga
Cadangan sekolah kompeten dengan peranan masing-masing. PGB perlu
Penambahbaikan bersemuka dengan PK HEM untuk memberi penjelasan berkaitan
impak ponteng kelas, tugas dan tanggungjawab guru kelas serta
guru subjek apabila program ini dilaksanakan .
Dengan penurunan kuasa kepada PK HEM ini, PGB hanya perlu
turun padang untuk membuat pemerhatian bagi memastikan
penurunan kuasa kepada warga organisasi berjalan lancar. PGB
juga boleh memantau perubahan yang diingini, Latihan yang
dilakukan perlu diadakan secara “hands on” agar setiap guru kelas
tahu mengenai prosedur merekod dan melapor kehadiran murid
dengan betul serta tatacara mengeluarkan surat peringatan kepada
ibu bapa penjaga murid yang terlibat dengan masalah ponteng
sekolah ini.
Model Memimpin 6. Bentuk kejayaan jangka pendek
Perubahan Kotter
(1996) Sederhana
Amalan Di Sekolah
Tiada kejayaan jangka pendek yang PGB di sekolah saya lakukan
Diskripsi Amalan Di untuk menghargai usaha guru-guru namun penghargaan kepada
Sekolah murid-murid berupa hadiah galakan kehadiran.
Cadangan Seharusnya PGB membentuk satu kejayaan jangka pendek.
Penambahbaikan Misalnya, apabila peratus kehadiran murid telah menunjukkan
peningkatan, guru (guru tingkatan dan guru angkat) perlu diberikan
imbuhan sebagai penghargaan meraikan kejayaan agar pihak guru
dan AKP terasa dihargai dan akan memotivasikan mereka pada
masa hadapan. Penghargaan ini walaupun nampak mudah namun
memberikan kesan yang besar kepada emosi para guru dan AKP.
Model Memimpin 7. Mengukuh penambahbaikan
Perubahan Kotter
(1996) Lemah
Sepatutnya, apabila kejayaan visi perubahan Program Sekolah
Amalan Di Sekolah
Diskripsi Amalan Di
Sekolah Penyayang dilaksanakan, penilaian daripada pemantauan
mestilah disusuli dengan analisis terhadap masalah yang berlaku
Cadangan sepanjang program dilaksanakan untuk penambahbaikan.
Penambahbaikan
PGB seharusnya mengukuh perubahan yang berjaya dicapai
melalui penambahbaikan. PGB perlu dialog prestasi atau bedah
siasat (post mortem) sejurus dapatan kehadiran minggu diperolehi.
Dengan adanya dialog prestasi ini, PGB boleh mengingatkan
kepada para guru matlamat perubahan yang PGB inginkan dan
berharap perubahan ini terus dilaksanakan.
Model Memimpin 8. Membudayakan perubahan
Perubahan Kotter
(1996) Lemah
Amalan Di Sekolah
Diskripsi Amalan Di Apa yang diperhatikan di sekolah saya, pembudayaan Program
Sekolah Sekolah Penyayang masih lemah dan hanya menyerlah di
peringkat perancangan dan pada hari perasmian sahaja. Namun
Cadangan untuk melestari dan menjadikannya sebagai kebiasaan dan norma
Penambahbaikan baharu adalah agak sukar kerana terdapat juga para guru yang
menganggap program ini tidak memberikan manfaat. Guru juga
mempunyai pelbagai kekangan peribadi, beban tugas dan
tanggungjawab guru yang menjadi penghalang perubahan ini.
Tiada teguran dari PGB berkaitan hal ini telah menjadikan
perubahan ini sekadar melepaskan batok di tangga
PGB boleh membudayakan perubahan ini dengan melaksanakan
pemantauan secara berterusan dan secara harian. Instrumen
pemantauan harian oleh para GPK selaku senior leader team boleh
memastikan pembudayaan ini berlaku. Pembudayaan ini bagi guru
mungkin agak sukar tetapi sekiranya sesuatu itu menjadi kelaziman
pasti akhirnya dalam tempoh masa yang tertentu akan menjadi
budaya dan dapat dilestarikan. PGB boleh menegur secara
langsung dengan kaedah komunikasi interpersonal yang berkesan
jika terdapat lompang atau kegagalan guru melaksanakan
perubahan yang diminta.
Kesimpulannya, dapatan dari bahan kajian di atas, saya sebagai salah
seorang bakal pemimpin organisasi masa hadapan perlu memiliki sifat keberanian
dan keyakinan dalam memimpin perubahan, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan. Sebagai seorang bakal PGB, saya perlu menyedari perubahan itu adalah
perlu dan adakalanya mesti dilakukan dalam memastikan survival organisasi.
Namun, apa yang boleh difikirkan sebelum perubahan dilaksanakan ialah kenapa
dan apakah perubahan yang ingin kita lakukan? Adakah perubahan yang kecil tetapi
berterusan atau perubahan yang radikal yang akan merombak hampir keseluruhan
organisasi? Semua peringkat dalam organisasi sama ada atasan mahupun bawahan
perlu terlibat dalam proses perubahan. Sebagai pihak atasan, PGB perlu bertindak
sebagai agen yang meyakinkan subordinatnya untuk melakukan perubahan. Mantan
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pernah berkata “Perubahan tidak akan
muncul jika kita menunggu seseorang atau menunggu apa bentuk perubahan?
Sebenarnya, KITAlah orang yang ditunggu dan KITAlah perubahan yang dinanti”.