E-FOLIO MPU21032 ETIKA DAN PERADABAN
KONSEP NEGARA DAN BANGSA
NAMA PENSYARAH:
PUAN SITI AISYAH BINTI OTHMAN
KELAS: DET2C
NAMA NO PENDAFTARAN
MUHAMMAD NAZHAN BIN ABDUL RAHIM 16DET21F1036
16DET21F1004
MUHAMMAD NU’MAN BIN AZIMI 16DET21F1008
MUHAMMAD RUSYAIDI BIN ZULAIDI
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNGAN M/S
1.0 PENGENALAN 2
2.0 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA 3
3.0 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA DALAM KESUTANAN MELAYU 4-5
MELAKA 6-7
7
4.0 CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
5.0 PENUTUP
6.0 RUJUKAN 8
7.0 LAMPIRAN 9
1
1.0 PENGENALAN
Negara bangsa merupakan satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh
pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai
sebuah wilayah yang berdaulat.Seterusnya, negara ialah entiti politik dan geopolitik, manakala
bangsa pula ialah entiti budaya atau etnik. Istilah negara bangsa pula menandakan bahawa
negara dan bangsa sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain,
yang telah wujud sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya
berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai-nilai yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah
wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan
tuntutan terhadap penentuan nasib sendiri dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus
utama fahaman nasionalisme.
Disamping itu, konsep negara bangsa merupakan sebuah negara yang berdaulat dan bebas
dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan
bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan
hak untuk menggubal undang-undang sendiri. Di dunia ini ,terdapat beberapa negara yang
dikelaskan sebagai negara bangsa tanpa dipertikaikan seperti Portugis , Iceland dan Jepun .
Akibat perkataan negara bangsa disalahguna untuk merujuk kepada mana-mana negara
berdaulat sama ada sempadan politik yang sama dengan sempadan-sempadan etnik mahupun
budayanya . Penggunaan ini dikatakan timbul sebagai percubaan membezakan negara bangsa
daripada negara yang menganggotai sesebuah sistem persekutuan seperti Amerika Syarikat dan
Kesatuan Eropah yang merangkumi 27 buah negara di serata dunia.
2
2.0 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
Pembinaan negara bangsa Malaysia bermula sejak tahun 1957 dan masih berterusan
sehingga akhir ini hingga kini. Usaha ini memerlukan perkongsian bijak antara kaum dalam
pelbagai bidang seperti politik,ekonomi dan sosia. Semua pihak sama ada pemimpin atau
rakyat perlu berganding bahu merealisasikan negara dan bangsa Malaysia yang Bersatu padu
dan maju bagi menghadapi era globalisasi dan cabaran ke-21.
Sejarah perkembangannegara kita telah memperlihatkan bahawa proses pembinaan negara dan
bangsa adalah berasaskan kepada empat ciri utama iaitu negara,bangsa,kerajaan,perlembagaan.
Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk,sempadan dan pemerintah yang
beribawa.Negara Malaysia terdiri daripada persekutuan Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah.
Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggung jawab
membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan
peraturan kerajaan.
Selain itu, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta
yang mempunyai persamaan dari segi Bahasa,adat resam,kesenian dan pengalaman
sejarah.Idea bangsa kini sering digunakan oleh negara kita untuk melahirkan perasan bersatu
padu di kalangan rakyat yang berbilang kaum demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh.
Seterusnya, kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggung-jawab menggubal dan
melaksanakan dasar sesebuah negara. Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi
semua badan yang membuat,mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut.Kerajaan
juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah negara.
Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan,iaitu Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Akhir sekali, perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis
yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara.Di
Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan
dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan
perlindungan kepada rakyat negara ini .
3
3.0 CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA
Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri
negara bangsa moden pada hari ini. Ciri-ciri tersebut adalah wilayah pengaruh, kedaulatan,
rakyat, kerajaan, lambang-lambang dan keunggulan undang-undang.
Setiap negara mempunyai wilayah, iaitu Kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya
yang diterima umu. Wilayah pengaruh merujuk kepada Kawasan yang rakyatnya menerima
dan memperakui pemerintahan seorang raja.Kesultanan Melayu Melaka mempunyai Kawasan
lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan
negara moden. Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh
timur sumatera.
Selain itu, kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan
kekuasaan tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. Kedaulatan juga merujuk pada
kekuasaan yang dimilki oleh sebuah negara atau pemerintah. Negara atau pemerintah boleh
menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-
undang. Ini bermakna negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.
Kedaulatan juga memaastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur
tangan,paksaan,taklukan atau penjajahan kuasa asing.
Disamping itu, pengertian tentang kedaulatan dalan konteks Kesultanan Melayu Melaka
berbeza daripada pengertian tentang kedaulatan negara moden. Pada Zaman Melayu Melaka,
kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah. Raja yang memerintah mewakili negeri
atau kawasan pemerintahan.
Seterusnya, lambang negara pula merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah
negara. Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsan dan lambang penyatuan negara dan
bangsa. Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu,Bahasa dan agama islam merupakan
warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga hari ini. Kebesaran
sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat
regalia,nobat,warna,Bahasa,undang-undang,protokol dan adat istiadat istana.
4
Salah satu asas pembentukan negara dan bangsa adalah keunggulan undang-undang dalam
pemerintahan. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal
masyarakat melalui peraturan yang telah ditawarkan. Undang-undang dicipta untuk
memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan
struktur kerajaan,kehakiman ,Bahasa,agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat. Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka mendapat dua sumber undang-undang bertulis yang
mempengaruhi dari hukum adat tempatan dan agama islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka.Hukum kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang meyentuh
bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat. Hukum
Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam ,undang-
undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran
di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal,atur cara pelayaran,perniagaan,bidang kuasa
nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenyah.
Rakyat ialah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-
undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.Pada zaman kesultanan
Melayu Melaka,rakyat bertanggungjawab untuk mentaati Raja yang memerintah.Sebagai tanda
ketaatan,rakyat bersedia mempertahankan negara,menghadiri adat istiadat
kerajaan,mengadakan gotong-royong dan sebagainya.
Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran,menjaga
keamanan,mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatic dengan
negara lain.Pada masa dahulu,kerajaan hanya wujud apabila adanya Raja.Pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka,Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu
oleh Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Laksamana.Mereka menjadi tonggak
institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-
masing.Sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja
dan kerajaan di Melaka.
5
4.0 CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Sewaktu berlakunya proses pembinaan negara dan bangsa ,terdapat beberapa cabaran-cabaran
yang telah dilalui sebelum wujudnya konsep negara dan bangsa .Pertama sekali ,cabaran
globalisasi yang membawa maksud dunia tanpa sempadan dan lebih dikenali sebagai
kesajagatan ataupun dunia tanpa sempadan .Setiap negara terpaut kepada jaringan aliran
maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan teknologi .Menurut Kenichi Ohmae
‘globlisasi adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap negara terpaut kepada jaringan aliran
maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan teknologi . Seperti yang kita tahu
,sempadan negara bangsa akan berakhir dan globalisai akan menjadikan kehidupan yang lebih
muda dan cemerlang . Ia akan mencabut nilai-nilai kebangsaan dan kenegaraan ,lalu
menggantikannya pula dengan konsep kesajagatan .Seterusnya ,berlakunya kepelbagaian
budaya di negara Malaysia .Pembentukan masyarakat majmuk dalam proses perkembangan
sesebuah negara yang mewujudkan dilema baru kepada penduduk negara tersebut .Menurut
Ibnu Khaldun tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah ,yang
akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung
yang patut ditiru oleh bangsa yang pernah dijajah .Oleh itu ,nilai budaya Malaysia harus
menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa .Dalam sebuah negara dan bangsa ,rakyatnya
berkongsi identity ,lambang kebudayaan ,nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat
negara bangsa tersebut .Selain itu ,cabaran yang berlaku dalam proses pembinaan negara dan`
bangsa ialah pluralisme sering disalahertikan menjadi keberagamaan faham yang pada
akhirnya memicu ambiguitas .Akibat daripada dasar ini ,maka secara tidak langsung telah
mewujudkan suatu permasalahan dalaman yang kompleks kepada negara yang terjajah apabila
di merdekan .Ini secara jelas menjadikan ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan
negara bangsa .Di samping itu ,cabaran seterusnya ialah liberalisme yang ,membawa
keserdehanaan ataupun keterbukaan .Ia merupakan suatu keterbukaan .Ia merupakan suatu
keperluan yang nyata bagi mewujudkan sesebuah negara bangsa .Ia juga merupakan
keterbukaan tanpa had dan memanipulasi keadaan sedemikian akan menjerumuskan kepada
penyewelengan dan perkara-perkara yang akan menggugat kemakmuran serta kelicinan
pentadbiran dan sekali gus menggugat perkembangan negara .Sebagai rakyat ,kita hendaklah
dipersiapkan dengan ketahana daripada keadaan sedemikian supaya sikap liberalisme yang
terlampau dapat dielakkan serta mengukuhkan semangat nasionalisme dan patriotisme demi
kepentingan nasional .Akhir sekali ialah neo-feudalisme yang merujuk kepada sistem
6
konservatif berkaitan pemerintahan yang terbentuk dalam cara baru masa kini .Sistem
feudalisme yang dirujuk ialah sistem pemerintahan oleh golongan elit yang menguasai segala
aspek ekonomi,politik dan sosial sesebuah negara.Sekiranya wujud sistem pemerintahan yang
sedimikan dibimbangi tercetusnya pemerintahan yang penuh dengan penyalahgunaan
kuasa,penyewelenngan,penipuan dan kuku besi .Menangani kewujudannya akan dapat
membantu proses pembinaan negarab bangsa tanpa mengetepikan factor ini.Pertahan yang
kukuh diperlukan bagi menghadapi iaitu dengan kewujudan perlembagaan dan undang-undang
yang sentiasa kebal dalam mempertahankan keadilan .
5.0 PENUTUP
Bagi membina negara bangsa ini,nilai-nilai kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam
setiap sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bagi memperjuangkan
keamanan dan mencapai matlamat wawasan 2020 sekaligus menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain bak kata pepatah
‘berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.Walaubagaimanapun,bukan mudah untuk membentuk
Malaysia sebagai negara bangsa.Oleh itu,semua pihak harus memainkan peranan masing-
masing dan harus konsisten bagi memastikan pembentukkan negara bangsa Malaysia tercapai
dan menuju kearah negara yang maju.Peranan-peranan yang boleh diambil seluruh masyarakat
Malaysia ialah dengan bersatu padu dan menerapkan semangat nasionalisme dalam diri
masing-masing.Selain itu,pihak berkuasa tidak terlepas untuk memainkan peranan yang
penting dalam usaha membangunkan negara bangsa yang aman dan harmoni.Hal ini
kerana,sebuah negara yang maju mampu terbentuk dengan adanya rasa saling memerlukan
dalam kalangan masyarakat.Negara bangsa tidak dapat dibentuk dengan sempurna jika
masalah perselisihan faham antara kaum masih berleluasa.Andai kata,semua pihak memainkan
peranan yang baik dalam pembentukan negara bangsa tentu Malaysia dapat mencapai matlamat
2020 dan sekaligus membentuk sikap golongan remaja yang berakhlak mulia.
7
6.0 RUJUKAN
BUKU PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
http://historyzzz.blogspot.com/2011/11/ciri-ciri-negara-
http://maryatirahmanisejarah.blogspot.com/2010/03/ciri-ciri-negara-bangsa-
dalam_11.htmldan-bangsa.html
8
7.0 LAMPIRAN
9