The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ADAB PENGURUSAN JENAZAH T3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Panitia Pendidikan Islam, 2020-04-05 23:31:35

PENGURUSAN JENAZAH

ADAB PENGURUSAN JENAZAH T3

Keywords: JENAZAH

PENDIDIKAN ISLAM T3

PENGURUSAN JENAZAH

Disediakan Oleh : Ustazah Amalina bt Khalid.
SMK Taman Tasik

PENGURUSAN JENAZAH

UNIT 1 : KONSEP PENGURUSAN JENAZAH :

Maksud :
menguruskan jenazah dengan cara
tertentu mengikut ketetapan
syarak.

Hukum :
fardhu kifayah

Dalil :

(ms125)

PENGURUSAN JENAZAH

TINDAKAN KETIKA MENGHADAPI ORANG YANG
TENGAH NAZAK:

1. diajarkan kalimah " ‫" ﻻَ ِإﻟَ َﻪ ِإﻻﱠ ﷲ‬
2. mengingatkan pesakit agar
bersangka baik terhadap Allah swt

3. dibacakan surah Yasin disisinya

PENGURUSAN JENAZAH

TINDAKAN AWAL TERHADAP JENAZAH:

1. menutup kedua-dua mata jenazah.
2. mengikat dagu jenazah dengan kain
agar mulutnya tidak terbuka.
3. meletakkan jenazah atas katil/tempat
tinggi daripada lantai.
4. menghadapkan jenazah kearah kiblat.
5. melembutkan sendi2 tulang.
6. meletakkan tangan jenazah diatas
dada.
7. menggantikan pakaiannya dengan kain
yang menutup tubuh jenazah.
8. meletakkan sesuatu yang sederhana
berat di atas perutnya supaya
tidak kembung.

PENGURUSAN JENAZAH

ADAB MENZIARAHI JENAZAH :

1. mendoakan keampunan dan
rahmat Allah swt untuk jenazah.

2. mengucapkan takziah kepada
keluarga si mati.

3. membantu meringankan beban
keluarga si mati.

4. tidak meratapi pemergian si
mati dengan meraung.

PENGURUSAN JENAZAH

UNIT 2 : KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH

1. memandikan jenazah
2. mengapankan jenazah

3. menyembahyangkan jenazah

4. mengebumikan jenazah

PENGURUSAN JENAZAH

MEMANDIKAN JENAZAH:

1. Maksud : meratakan air ke seluruh jenazah.
2. Tujuan : membersihkan jenazah dan
memuliakan.

3. Kaifiat memandikan jenazah :
1. meletakkan jenazah di tempat yang tinggi.
2. memastikan aurat jenazah tertutup.
3. menekan perut jenazah untuk keluarkan najis.
4. bersihkan tubuh jenazah dari sebarang najis.
5. bersihkan gigi, lubang hidung, telinga dan celah
kuku.
6. jenazah diwudukkan dengan sempurna.
7. berniat ketika memandikan jenazah :
‫ﻧَ َﻮ ْﻳ ُﺖ ا ْﻟ ُﻐ ْﺴ َﻞ ا ْﻟ َﻮا ِﺟ َﺐ ﻟِ َﻬ َﺬا ا ْﻟ َﻤ ﱢﻴ ِﺖ ِﻟﻠ ِﻪ ﺗَ َﻌﺎ َﱃ‬
8. siram tubuh jenazah dengan air bercampur
daun bidara dan sabun.
9. bilas seluruh tubuh jenazah dengan air.
10. mandikan jenazah dengan air campur kapur
barus.

PENGURUSAN JENAZAH

MENGAPANKAN JENAZAH:

1.Maksud : menutup seluruh tubuh jenazah dengan
sekurang-kurangnya sehelai kain.
2. Tujuan : menutup aurat jenazah.

3. Kaifiat mengapankan jenazah lelaki :
1. afdal dikafankan dengan 3 lapisan kain putih.
2. setiap lapisan kain dapat menutupi tubuh
jenazah.

4. Kaifiat mengapankan jenazah perempuan :
1. afdal dikafankan dengan 5 lapisan kain putih.
2. 1 lapisan baju untuk menutup bahagian tubuh
jenazah.
3. 1 lapisan tudung untuk menutup bahagian
kepala jenazah.
4. 1 lapisan untuk menutup bahagian antara
pusat hingga lututnya.
5. 2 lapisan kain untuk menutup seluruh tubuh
jenazah.

PENGURUSAN JENAZAH

MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH:

1.Maksud : solat yang dilakukan ke atas jenazah
dengan kaifiat tertentu.
2. Tujuan : mendoakan jenazah agar mendapat
rahmat dan keampunan Allah swt.

3. Kaifiat solat jenazah :
1. niat solat jenazah L/P.
2. takbir kali pertama : membaca surah al-
Fatihah
3. takbir kali kedua : membaca selawat ke atas
nabi Muhammad saw.
4. takbir kali ketiga : berdoa untuk jenazah.
5. takbir kali keempat : memberi salam.

PENGURUSAN JENAZAH

KEDUDUKAN IMAM SOLAT JENAZAH:

1.Jenazah Lelaki :
imam berdiri bersetentangan dengan kepala
jenazah. Kepalanya di sebelah kiri imam.

2. Jenazah Perempuan:
imam berdiri bersetentangan dengan pinggul
jenazah. Kepalanya di sebelah kanan imam.

3. Jenazah Lelaki dan Perempuan :

PENGURUSAN JENAZAH

MENGEBUMIKAN JENAZAH:

1.Maksud : mengebumikan jenazah di dalam tanah
mengikut kaifiat tertentu.
2. Tujuan :

i- menghalang daripada timbulnya bau yang
tidak menyenangkan.
ii- agar tidak dapat digali oleh binatang buas.

3. Kaifiat mengebumikan jenazah :
A) Pengendalian Jenazah :
1. sunat mendahulukan kepala jenazah ketika
dihulur ke dalam kubur.
2. sunat orang yang meletakkan jenazah
kedalam kubur membaca
.‫ﺑِ ْﺴ ِﻢ ﷲ َو َﻋ َﲆ ُﺳ ﱠﻨ ِﺔ َر ُﺳﻮ ِل ﷲ‬
3. wajib diletakkan jenazah di atas rusuk kanan
dengan menghadap ke arah kiblat.
4. kubur yang wajib ialah sekurang-kurangnya
dapat menahan daripada keluar bau &
dibongkarkan oleh binatang buas.

PENGURUSAN JENAZAH

MENGEBUMIKAN JENAZAH:

B. Kubur :

Lahad :
Liang lahad dibuat pada dinding kubur
sekiranya tanah keras.

Syaq :
Liang kubur dibuat secara syaq (lubang
ditengah-tengah bahagian kubur)
sekiranya tanah lembut dan berpasir.


Click to View FlipBook Version