The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KELAS TUISYEN PINTAR YPM @KPLB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadrithaudeen85, 2022-12-01 06:24:27

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KELAS TUISYEN PINTAR YPM @KPLB

BUKU PROGRAM MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KELAS TUISYEN PINTAR YPM @KPLB

MAJLIS PENUTUPAN
PROGRAM KELAS TUISYEN PINTAR

YPM @KPLB 2022

TAJAAN

EKUITI NASIONAL BERHAD

DISEMPURNAKAN OLEH:

PUAN SITI AISHAH REDZUAN LU
PENGURUS CSR EKUINAS

3 DISEMBER 2022 DEWAN SERAYA KUNING
SABTU MRSM TUN MOHAMMAD
FUAD STEPHENS SANDAKAN
11.00 PAGI

Ucapan Alu-Aluan

ROSLAN BIN HJ MOHAMED SALLEH

Pengetua
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan

ASSALLAMMUALAIKUM WARRAMAHTULLAHI WABARAKATUH
SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah terlebih dahulu, saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat
dan kasih sayang-Nya, dapat kita bersua pada hari ini bagi meraikan Program Perasmian Tuisyen Pintar YPM @ KPLB 2022.
Saya ingin merakamkan sekalung apresiasi penghargaan buat Yayasan Pelajaran MARA atas peluang yang diberikan pada
tahun ini sebagai penyelaras bersama bagi program ini. Sekalung penghargaan juga saya tujukan buat Ekuinas Berhad atas
tajaan yang diperuntukkan sebagai pelaburan pendidikan. Dengan kepercayaan yang diberikan, alhamdulillah kita dapat
menjayakan program tuisyen Pintar YPM @ KPLB 2022. Walaupun dengan keterbatasan endemik, program tuisyen dijalankan
secara hibrid iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian.

Hadirin sekalian,
Seperti yang kita sedia maklum, Program Tuisyen Pintar YPM diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk menyebarluaskan ilmu
dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. Diharapkan agar kerjasama strategik antara MRSM TMFS dan lima
buah sekolah di daerah Sandakan ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Program ini juga diharapkan agar menjadi
platform untuk membentuk modal insan yang dinamik. Peluang pelajar-pelajar daerah ini melangkah masuk ke MRSM dilihat
sebagai satu peluang untuk memberikan motivasi kepada mereka selain menyokong pembudayaan ilmu. Di samping itu, pelajar
juga berpeluang untuk menikmati suasana kondusif pembelajaran dalam sistem MRSM.

Hadirin yang saya hormati,
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Program Tuisyen Pintar @KPLB
2022 dalam menjayakan serta melancarkan pelaksanaan program ini. Tidak dilupakan juga guru-guru yang turun padang pada
hujung minggu untuk berkongsi ilmu kepada para pelajar, terima kasih saya ucapkan! Seterusnya, ucapan terima kasih dan
tahniah saya garapkan buat anak-anak pelajar Program Tuisyen Pintar YPM @ KPLB dari lima buah sekolah Sandakan. Kalian
memang terbaik! Semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2022 insya Allah!

Hadirin,
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada fasiliti yang kami
sediakan. Sesungguhnya, kami sangat berbesar hati untuk menyediakan platform pendidikan yang bermanfaat kepada semua.

Sekian wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

Ucapan Alu-Aluan

MOHD AMRAN BIN MOHD ARIFFIN

Ketua Pegawai Eksekutif

Yayasan Pelajaran MARA

ASSALLAMMUALAIKUM WARRAMAHTULLAHI WABARAKATUH
SALAM SEJAHTERA
SALAM KELUARGA MALAYSIA

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan, dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Ekuinas Berhad terutamanya
kepada YBhg. Pn. Siti Aishah Redzuan Lu - Manager, Corporate Social Responsibility ke majlis yang cukup bermakna hari ini bagi meraikan Program Perasmian Tuisyen Pintar YPM
@KPLB 2022 MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens.

Majlis ini menandakan wujudnya jalinan kerjasama strategik yang mencerminkan kesepakatan dan komitmen semua pihak dalam memastikan anak-anak bangsa kita menerima
manfaat secara menyeluruh dalam usaha membantu dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar serta masyarakat di bandar.

Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB ini merupakan program tuisyen secara percuma berkonsepkan CSR oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama Pihak Penaja
dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang dilantik sebagai penyelaras bersama. Pejabat Pendidikan Negeri atau Daerah bertindak dalam menyediakan peserta tuisyen
daripada sekolah-sekolah berhampiran.

Bagi pusat tuisyen MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens ini, seramai 100 orang pelajar Tingkatan 5 Calon SPM 2022 daripada 5 buah sekolah iaitu SMK TINUSA, SMK LIBARAN,
SMKA TUN JUHAR, SMK GUM GUM, SMK ELOPURA Sandakan yang datang untuk mengikuti tuisyen ini bagi matapelajaran BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SEJARAH dan
MATEMATIK. Pemilihan matapelajaran ini adalah hasil perbincangan antara penyelaras MRSM dan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, dan program tuisyen ini berjalan
selama 10 kali pertemuan.

Apa yang menjadi istimewanya program ini ialah suasana di dalam MRSM itu sendiri yang menyediakan prasarana terbaik untuk peserta tuisyen belajar dengan guru-guru terbaik
MRSM, dan pelajar dapat berkawan dengan pelajar-pelajar pintar MRSM yang menjadi mentor kepada mereka. Masuk sahaja ke dalam kawasan MRSM sudah cukup membuatkan
diri termotivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Inilah dia antara hasrat MARA khususnya YPM untuk mewujudkan satu ekosistem pendidikan melibatkan MRSM dan sekolah berhampiran melalui kerjasama pintar. Bukan sahaja
kepada pelajar, tetapi faedahnya dapat dipanjangkan kepada golongan pendidik dan pentadbiran. Hubungan erat antara kementerian juga dapat dipertingkatkan.

Ekosistem Pendidikan yang dilahirkan ini sudah pasti akan menjadi lengkap dengan penglibatan daripada syarikat-syarikat korporat. Dalam hal ini, Yayasan Pelajaran MARA (YPM)
ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Ekuinas Berhad yang sudi membuat pelaburan pendidikan melalui hubungan strategik ini dengan sumbangan RM35,000.00
untuk menaja keseluruhan kos program di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens bagi tahun 2022.

Saya difahamkan juga, pihak Ekuinas Berhad telah berada di sini sejak semalam untuk menghadiri program lawatan pemantauan program tuisyen dan Majlis penutup pada hari ini.
Program pemantauan ini juga merupakan tanggungjawab kami untuk membawa penaja melihat sendiri program tuisyen dijalankan, dan secara tidak langsung penaja terlibat sama
dalam pelaksanaan program dengan idea-idea penambahbaikan bagi pelaksanaan akan datang dan seterusnya meneruskan penajaan program tuisyen ini.

Saya berharap majlis pada hari ini tidak dilihat sebagai suatu upacara dan keraian semata-mata tapi merupakan suatu simbolik yang menunjukkan kejayaan semua pihak dalam
melahirkan anak bangsa yang berkualiti. Pelajar-pelajar juga harus diingat sebenarnya kejayaan seseorang pelajar tidak hanya datang bergolek begitu sahaja, tetapi terletak pada
diri para pelajar itu sendiri dalam memberi komitmen dan motivasi diri yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Peranan guru-guru juga harus dititikberatkan dalam
menghasilkan pelajar yang berkelas tinggi pengetahuannya. Anak-anak pelajar harus sedar bahawa guru-guru tugasnya adalah ‘memberi’, manakala pelajar pula harus bersedia
untuk ‘menerima’.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens
khususnya tuan Pengetua MRSM yang berbesar hati membenarkan kita menggunakan sekolah ini sebagai pusat kepada Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB.

Seterusnya ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, dan sekolah-sekolah terlibat SMK TINUSA, SMK LIBARAN, SMKA TUN JUHAR, SMK GUM GUM dan
SMK ELOPURA menghantar pelajar-pelajar mereka mengikuti program di sini. Barisan guru-guru pakar yang sangat komited walaupun hujung minggu adalah waktu anda bersama
keluarga.

Dan kepada para pelajar yang dikasihi sekalian, manfaatkanlah peluang yang diberikan ini sebaik-baiknya. Inilah masanya para pelajar dapat bersama-sama guru pakar dan
janganlah segan dan silu untuk bertanyakan perkara-perkara yang tidak difahami walaupun program tuisyen sudahpun berakhir. Jika di luar, tuisyen sebegini memerlukan kos yang
perlu dibayar. Maka, janganlah disia-siakan peluang yang telah diberikan ini.

Dan akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada pihak penaja, Ekuinas Berhad yang sudi menaja program ini. Semoga adalah lagi rezeki untuk anak-anak B40 pada tahun hadapan.
Maka, dengan itu saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahi Taufik Walhidayah, Wasalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ucapan Perasmian

PUAN SITI AISHAH REDZUAN LU

Pengurus CSR EKUINAS
Ekuiti Nasional Berhad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

Terima kasih kerana mengalu-alukan kedatangan kami dari Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas). Kami berbesar hati untuk berada di sini
mewakili pihak Ekuinas untuk program bersama YPM iaitu Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB.

Ekuinas adalah sebuah firma pelaburan yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Syarikat kami berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Selain dari membuat pelaburan dan meraih keuntungan melalui aktiviti pelaburan kami, mencapai objektif sosial juga telah terbina
dalam model operasi Ekuinas. Oleh itu, setiap tahun kami akan merancang program-program berkaitan dengan pembelajaran di dalam
kelompok komuniti terpilih disamping membantu menaikkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah, dengan itu melalui kerjasama dengan Yayasan Pelajaran MARA kami berada di bumi Sandakan dan kami teruja dapat
bertemu dengan anda semua hari ini. Untuk maklumat hadirin, ini merupakan tahun pertama ILTIZAM bersama Ekuinas bekerjasama
dengan pihak YPM dalam program ini di bawah projek ILTIZAM iaitu Education Collaboration Fund (ECF). Dana kolaborasi ini
diamanahkan oleh syarikat kami, Ekuinas untuk menjalankan program-program berasaskan pembelajaran kepada pelajar-pelajar
sekolah dan juga di peringkat universiti.

Pendidikan adalah tanggungjawab bersama. Setiap insan tentu bercita-cita untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti
namun tidak semua daripada kita berpeluang untuk mendapatkannya disebabkan kekangan-kekangan kewangan atau ekonomi.
Pendidikan berkualiti adalah hak setiap individu.

Masa depan yang lebih cerah bermula dengan pendidikan. Melalui inisiatif ini, kami ingin memberi sokongan kepada pelajar-pelajar
yang memerlukan untuk berjaya di sekolah dan juga dalam kehidupan. Disamping itu, inisiatif ini juga memberi peluang sama rata
kepada pelajar-pelajar untuk terus belajar dalam persekitaran persekolahan yang berkualiti dan berdaya saing. Ramai warga Ekuinas
merupakan alumni MRSM dan kami tahu serta yakin dengan tahap pendidikan yang diberikan oleh MRSM.

Selain daripada Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB, kami juga menjalankan program bersama YPM di dalam program Skim Dana
Ehsan Pendidikan di mana kami memberi bantuan kewangan melangkah ke universiti kepada 100 orang pelajar Sarjana Muda dari
keluarga berpendapatan rendah. Setiap pelajar diberikan kos bantuan pendaftaran dan duit sara hidup sebanyak RM2,500 seorang.

Bukan itu sahaja, kami juga menjalankan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) kepada 30 belia B40 untuk membuka
peluang pekerjaan serta menjana pendapatan sendiri dengan memberikan kemahiran automotif yang kami berikan.

Di kesempatan ini juga, pihak Ekuinas berbesar hati menjadi sebahagian dari komuniti dalam menjayakan Program Tuisyen Pintar
sepanjang ia berlangsung. Ekuinas akan terus menyokong inisiatif penting yang membawa impak positif kepada masyarakat
terutamanya buat warga MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan dan sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini.

Harapan kami, dari hasil kerjasama ini, semua pelajar dapat mendapat manfaat daripada program ini. Dengan berbekalkan semua ilmu,
dan hasil pembelajaran selama program ini berlangsung dapat memudahkan semua pelajar untuk menjawab semua kertas soalan
peperiksan SPM yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Bagi pihak Ekuinas, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rosnani Ibrahim, selaku pihak YPM yang bertungkus lumus
menguruskan program Tuisyen PINTAR ini. Penghargaan kepada sekolah MRSM, sekolah-sekolah dan semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan program hebat seperti ini dan selamat maju jaya kepada semua calon-calon pelajar SPM.

Untuk pihak YPM, semoga kita dapat terus bekerjasama demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Akhir kalam, dengan lafaz
Bismillahirahmannirahim, saya merasmikan majlis penutup program Tuisyen PINTAR YPM@KPLB di MRSM Sandakan 2022.

Sekian, Terima kasih.

7.30 pagi Aturcara Majlis
8.00 pagi
10.00 pagi Program Motivasi Dan
11. 00 pagi Penutupan Program Kelas
11.15 pagi Tuisyen Pintar YPM @KPLB

12.30 tengahari : Kehadiran / Pendaftaran Pelajar

: Program Motivasi Pelajar dan Taklimat Hala Tuju Kerjaya

: Minum Pagi

: Kehadiran Pengetua sekolah terlibat dan guru-guru,
Pegawai-pegawai YPM, Pihak Pengurusan TMFS, PPD Sandakan
dan Perasmi Majlis

: Nyanyian Lagu NegaraKu, Sabah Tanah Airku dan Amanah Rakyat

Bacaan Doa

Ucapan alu-aluan Oleh En. Roslan Bin Hj Mohamed Salleh
Pengetua MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan.

Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan
Dr Dalmansa bin Hj Tahil
Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan

Ucapan Perasmian oleh
Pn Siti Aishah Redzuan Lu
Pengurus CSR Ekuinas

Tayangan Montaj Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB

Penyampaian Anugerah Pelajar Subjek Terbaik (4)
Penyampaian Anugerah Komitmen Sekolah Terbaik (1)

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Guru-guru Subjek

Penyampaian Cenderahati & Sijil Program Tuisyen
Pintar @ KPLB kepada Pengetua/Wakil Sekolah

Penyampaian Cenderahati & Sijil Program Tuisyen
Pintar @ KPLB kepada Pihak PPD Sandakan

Penyampaian Cenderahati kepada Pengurus CSR Ekuinas

Persembahan Pelajar

Jamuan Makan tengahari

Sesi bergambar

: Majlis Bersurai

Ahli Jawatankuasa

Program Kelas Tuisyen Pintar
YPM @KPLB

Roslan Bin Hj Mohamed Salleh
Pengetua

Amin Sayani Bin Zainal Hariza Binti Abd Halim Mohd Hasbullah Nawawi Bin
Pengerusi I Pengerusi II Che Ismail
Pengerusi III

Ahmad Rithaudeen Bin Aman Yasser Bin Pramlee Siti Rohaya Binti Mohamad
Janudin Penyelaras II Setiausaha

Penyelaras I

Nur Saliza Binti Kahar Che Rosma Hafizah Dominic James Mohd Afizie Bin Akmat
Bendahari Binti Che Omar AJK AJK
AJK

Nuraini Binti Abdul Azhari Bin Mat Shukri Nawal Binti Nasarudin Shasa Shafieza Binti
Shukor AJK AJK Sulaiman
AJK
AJK



Audry Augustine Gudid Ariani Binti Raini Hazrinsyah Bin
AJK AJK Shamsudin
AJK

Abdul Asri Bin Radjail Mohd Khazzany Addrie Mohd Rizal Bin Mohd
AJK Bin Bahar Bakar
AJK AJK

"If we are a good team and know what we want to
do, one of us can defeat ten of them."
- Jack Ma

Tenaga Pengajar

Program Kelas Tuisyen Pintar
YPM @KPLB

JABATAN BAHASA

MUHAMAD KHUSYAIRI BIN SITI HAJAR BINTI ISMAIL MASJURAIQAIS BIN MUHAMMAD TAUFIQ BIN
MOHD DAUD CHE SOH ISMAIL
SUB
JEK SUBJEK SUB
JEK SUBJEK
BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS






JABATAN SAINS SOSIAL

MOHAMMAD RIEZA FAHMI CELESTINE NORBET MARRY BINTI LALIM SEBASTEO MC DAIMLER BIN
BIN MISRAH
STANISLAUS
SUB
JEK SUBJEK SUBJEK
SEJARAH SUBJEK SEJARAH SEJARAH
SEJARAH

JABATAN MATEMATIK

NUR ASILLA BINTI HASNOL PUAD
SUBJEK

MATEMATIK

Senarai Nama Pelajar

Program Kelas Tuisyen Pintar YPM @KPLB

Senarai Nama Pelajar

Program Kelas Tuisyen Pintar YPM @KPLB

Senarai Nama Pelajar

Program Kelas Tuisyen Pintar YPM @KPLB

Senarai Nama Pelajar

Program Kelas Tuisyen Pintar YPM @KPLB

Senarai Nama Pelajar

Program Kelas Tuisyen Pintar YPM @KPLB

Gambar Kelas Tuisyen
Pintar YPM @KPLB

Gambar Kelas Tuisyen
Pintar YPM @KPLB

SEKALUNG PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH



BUAT SEMUA YANG TERLIBAT
DALAM MENJAYAKAN



PROGRAM KELAS TUISYEN
PINTAR YPM @KPLB 2022


Click to View FlipBook Version