The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Marduwati Amroji, 2020-01-13 19:26:06

Peristiwa penting disebalikdinaraf45

Peristiwa penting disebalikdinaraf45

Peristiwa-peristiwa menarik dalam novel Di Sebalik Dinara (Tingkatan 4)

1. Peristiwa Aqram membawa Farisha ke Soft Lab.

Farisha menunggu Aqram di sofa empuk berhadapan meja penyambut tetamu di
pejabat Soft Lab untuk menunggu Aqran yang masih dalam mesyuarat. Tepat pukul 2.55
petang Aqram muncul di hadapan Farisha. Aqram membawanya ke bilik keselamatan
untuk mendaftar cap jari dan retina mata untuk membolehknnya mengakses tempat-
tempat tertentu di Soft Lab.

Aqram menunjukkan ruang untuk Farisha bekerja yang lebih lengkap daripada pejabat
kecil Farisha. Farisha terharu terhadap layanan yang diberi oleh Soft Lab kepadanya.
Aqram juga menunjukkan pusat data sistem Dinara kepada Farisha. Farisha dapat
melihat pelbagai peralatan yang menarik yang disediakan di Soft Lab. Sekitar pukul 5
petang , semua urusan yang telah dirancang berjaya diselesaikan.

Nilai Persoalan Latar masyarakat Pengajaran

2. Peristiwa Azraai Membongkar Rahsia

Farisha berkunjung ke rumah abangnya, Azraai. Azraai memberitahu dua berita yang
mengejutkan Farisha. Azraai menyatakan bahawa doctor mengesahkan bahawa Azraai
menghidap penyaki jantung.

Farish menangis dan meminta Azraai tidak menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Berita kedua ialah sewaktu Azraai menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya.
Fail tersebut mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai
anak angkat.

Farisha tabah menerima berita tersebut . walau bagaimanapun, Azraai tetap
menyayangi Farisha seperti adik kandungnya sendiri.

Nilai Persoalan Latar masyarakat Pengajaran

3. Peristiwa di rumah Karl

Aqram , Farisha dan Rosman disambut oleh seorang lelaki ketika di hadapan pintu utama. Dr.
Maxi menjemput mereka untuk duduk di ruang tamu. Farisha dan Rosman telah ditawarkan
tawaran langsung.

Selain itu, Dr. Maxi menawarkan harga tawaran sebanyak RM1.5 juta kepada Farisha dan

Rosman. Sebelum pulang, mereka berjumpa dengan Karl. Ketika ingin menuju berjumpa
dengan Karl mereka melalui sesuatu terowong sepanjang sepuluh meter.

Seorang lelaki bernama Rasul menyambut mereka dengan memakai kot biru labuh. Mereka

dipakaikan dengan kot biru labuh dan penutup kepala plastic . karl menghidap barah usus dan
diletakkan di dalam sebuah bilik . karl dirawat oleh seorang doktor dan seorang jururawat.

Nilai Persoalan Latar masyarakat Pengajaran

4. Peristiwa mengenai penerangan tugasan yang perlu dilakukan oleh
Farisha.

Aqram menerangkan tugasan yang perlu dipikul oleh Farisha. Beliau juga menerangkan
mengenai sistem Dinara. Farisha diminta untuk menggodam sistem itu agar keselamatan

sistem ini boleh dipertingkatkan. Sistem Dinara telah diceroboh dan diletakkan virus bom
jangka yang boleh memusnahkan segak sistem dari Syarikat Soft Lab. Farisha telah mengenal

pasti banyak kelemahan yang terdapat pada sistem Dinara.

Farisha bertanggungjawab untuk menjadikan Dinara lebih sekimat. Dari sini, Farisha
mengetahui perkara yang lebih mendalam mengenai sistem Dinara. Beliau diberitahu bahawa

penceroboh itu ada dendam peribadi. Malangnya, penceroboh itu tidak didedahkan namanya
oleh Aqram. Kini, Farisha mengetahui bahawa beliau mempunyai beban tugas yang kerat

standing dengan jumlah ganjaran yang diberikan. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana
dalam peristiwa ini saya dapat mengetahui lebih mendalam mengenai sistem Dinara dan cara

sistem itu berfungsi.

Nilai Persoalan Latar masyarakat Pengajaran

5. Farisha keluar dari hospital akibat keselamatan yang terjejas.

Sudah tiga hari Farisha dirawat di hospital. Pada suatu malam Farisha ada berbual dengan ibu
kandungnya. Perkara ini amat merisaukan Azraai sehinggakanAzraai membuat keputusan

untuk membawa Farisha keluar dari hospital. Azraai mengarahkan Farisha untuk mengemas
barang-barang miliknya untuk keluar daripada hospital dalam masa yang terdekat ini. Azraai

berbincang dengan doktor untuk membawa Farisha keluar dari hospital.

Setelah selesai, Azraai membawa Farisha menuju ke selatan. Dalam perjalanan, Azraai
memceritakan kepada Farisha kenapa dia perlu meninggalkan hospital dengan kadar yang

segera. Azraai memberitahu yang Farisha telah dilindungi selama 26 tahun daripada ibu
kandungnya supaya ibu kandungnya tidak berjumpa dengan Farisha. Azraai mengetahui

perkara ini seminggu yang lalu. Azraai berhenti di Hentian Ayer Keroh untuk mengambil
kunci tempat yang mereka akan tinggal buat sementara.

Nilai Persoalan Latar masyarakat Pengajaran

6. Peristiwa Pertemuan Farisha dan Alia

Alia menuggu Farisha di lobi pejabat pada awal pagi . setelah sampainya Farisha di soft lab,
Alia menghulurkan tangan dan ersalaman dengan Farisha dan tersenyum. Alia membawa
Farisha ke biliknya untuk berbincang tentang masalah sistem Dinara.

Farisha terlapang mendengar pembentangan Alia. Alia begitu lancar dan betul-betul fasih.
Farisha berasa kagum . farisha juga berasa hairan kerana sejak tadi dia tidak nampak pun Alia
mengerdipkan mata. Sedari dan awal lagi, kulit muka Alia sangat tegang.

Nilai Persoalan Latar masyarakat Pengajaran

7. Peristiwa Farisha diculik

Farisha telah diculik oleh Amin dan Faris untuk membawanya berjumpa dengan
Marilyn, ibu Farisha. Mereka membawa Farisha di dalam kereta sambil dia diikat dan tidak
sedarkan diri. Dalam pada itu, Rosman mengekori kereta yang dipandu oleh Farid.

Marilyn ingin berjumpa dengan Farisha kerana dia sudah 26 tahun tidak berjumpa dengan
anaknya itu. Tetapi Farisha tidak mahu berjumpa dengan Marilyn. Tiba-tiba kereta yang
dipandu oleh Farid itu berhenti di sebuah stesen minyak. Marilyn masuk ke dalam kereta itu
untuk berjumpa dengan anaknya. Tetapi Farisha melawan dan mengelaknya.

Nilai Persoalan Latar masyarakat Pengajaran

8. Peristiwa Farisha ke Hotel Renaissance

Farisha dan Rosman menghadiri symposium yang diadakan di Hotel Renaissance dan
dirasmikan oleh Phillips Young iaitu Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Segala
urusan di dewan tersebut termasuk menyambut tetamu diuruskan oleh robot. Farisha duduk d
bahagian kiri dewan, barisan yang paling belakang. Ratusan peserta symposium yang lain
sudah bersedia untuk mendengar captama oleh Phillips Young. Tetapi yang muncul di atas
pentas hanyalah hologram Phillips Young. Farisha berasa sangat kecewa kerana tidak dapat
bertemu tokoh pujaannya.

Tanpa diduga, Farisha bertemu lagi dengan Aqram pada waktu rehat , sekaligus
memperkenalkan Aqram kepada Rosman. Aqram yang bekerja di soft lab menyatakan

bahawa dia sedang mencari jururunding untuk projek mini di Soft Lab. Dalam pada itu,
Aqram telah Berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan peneflator berupa pen

berwarna perak. Tetapi, Wall yang dimiliki oleh Farisha telah menghalang Aqram daripada
meneroboh fikiran Farisha.

Nilai Persoalan Latar masyarakat Pengajaran

Peristiwa-peristiwa menarik dalam novel Silir Daksina (Tingkatan 5)

1. Peristiwa Haiqal mengetahui identiti dirinya yang sebenar.

Peristiwa tentang identiti diri sebenar Haiqal. Umi memberitahu bahawa Abdul Fatah
yang selama ini dianggap walid kandungnya bukanlah bapa sebenarnya. Ayah
kandung sebenar Haiqal ialah Abdullah bin Kayan. Pada suatu malam, seminggu
sebelum Haiqal mendaftarkan diri ke tadika, Umi melabuhkan punggungnya di birai
katil kamar tidur Haiqal dan mengusap rambut anaknya itu dan umi berkata walid
bukan ayah kandungnya.

2. Peristiwa Haiqal mengunjungi pusara ayahnya.

Haiqal berhasrat untuk menziarahi pusara ayahnya. Dia terjumpa dengan Tauke Ong
di pusara tersebut. Haiqal tidak dapat menahan daripada menitiskan air mata. Dia
terlalu rindukan ayahnya, malah hendak melangkah pergi pun dia agak keberatan.

3. Peristiwa kehadiran umi di Kampung Seri Purnama pada malam persembahan
Zapin D’Purnama.

Kehadiran Umi di Kampung Seri Purnama pada malam zapin D’Purnama telah
meleburkan dendam di hati Umi terhadap ayah kandung Haiqal. Umi telah
menyaksikan sendiri bahawa Haiqal menarikan tarian zapin yang diperjuangkan oleh
Abdullah binKayan. Umi juga telah sedar bahawa minat anaknya dalam bidang
sastera tidak boleh dinafikan kerana darah ayahnya mengalir dalam diri Haiqal.

4. Peristiwa Haiqal diberikan tanggungjawab baru.

Haiqal yang diberikan tanggungjawab baharu oleh Taukeh Ong. Dia banyak
membantu Haiqal terutamanya menguruskan tentang duit simpanan arwah ayahnya
dan segala hasil jualan kelapa sawit. Taukeh Ong menyerahkan segala urusan kelapa
sawit kepada Haiqal dan bersedia membantu jika terdapat sebarang masalah.

5. Peristiwa perbincangan tentang penubuhan pasukan penari zapin.

Sewaktu bersembang dengan orang kampung di balai raya dengan Pak Cik Bakar,
Tauke Ong memberi cadangan kepada Haiqal untuk belajar langkah asas dahulu
kemudian barulah belajar langkah seterusnya. Pada mulanya, Haiqal dihambat
perasaan gelisah kerana dia tidak pernah terfikir untuk menarikan tarian itu. Lama-
kelamaan, Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang
Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mengajarnya.

6. Peristiwa Taukeh Lim meraikan kejayaan anaknya memenangi pertandingan
syair.

Taukeh Lim merupakan bapa kepada Ah Ling. Dia sangat gembira apabila
menjejakkan kaki ke warung Pak Dollah kerana dia mengetahui anaknya memenangi
pertandingan syair di sekolahnya. Dia sungguh berbangga kerana anaknya berbakat
besar walaupun berbangsa Ciba.

Taukeh Lim juga menggunakan wangnya untuk membiayai segala makan minum
orang kampung yang sedang makan di warung tersebut bagi meraikan kemenangan
anaknya.

7. Peristiwa Haiqal bertemu Tauke Ong.

Haiqal dapat bertemu dengan Tauke Ong iaitu watak yang disebut dalam manuskrip
Abdullah bin Kayan sebagai Tauke Lim. Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah
menaiki sebuah teksi ke Kampung Seri Purnama.

Pemandu teksi yang bernama Pak Cik Salleh, telah menurunkan Haiqal di sebuah
warung kampong tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak
Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya ke rumah arwah
ayahnya. Tauke Ong berasa lapang hati kerana amanah yang diberikan oleh Abdullah
bin Kayan kini akan dilepaskan kepada Haiqal.

8. Peristiwa pertentangan Haiqal dan uminya.

Haiqal tersentak, api yang membara telah menguasai Uminya. Haiqal hanya cuba
menegakkan haknya sebagai anak. Namun, dek tembok batu keegoan ibunya segala
ungkitan yang dikeluarkan Umi menepis apa-apa yang dikatakan oleh Haiqal.

Haiqal tertunduk ke bawah, perit menahan air matanya.Walid memandang sayu
terhadap pertelingkahan ibu dan itu ibarat anjing dengan kucing. Ugutan keras Umi
yang tidak akan memberikan satu sen pun perbelanjaan sekiranya Haiqal ingin tetap
pergi ke Batu Pahat.

9. Peristiwa Haiqal bertemu Ratna.

Haiqal begitu mengagumi Ratna iaitu rakan sekelasnya semasa berada di sekolah
menengah. Hal ini demikian kerana Ratna bercita-cita tinggi untuk menjadi usahawan
yang berjaya walaupun dia tidak mendapat keputusan yang baik dalam SPM.

10. Peristiwa Haiqal diminta membuat persembahan tarian zapin.

Haiqal telah diminta untuk memujuk See Hwa supaya menjadi pasangannya membuat
persembahan di hadapan tetamu kehormat. Hal ini berlaku sedemikian setelah ahli
kumpulan zapin D’ Purnama dikejutkan dengan insiden kemalangan jalan raya yang
menimpa Lazim sewaktu dia pulang dari tempat kerja.


Click to View FlipBook Version